The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN KEPADA LUKISAN LITAR SKEMATIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sayakacak Habis, 2024-03-13 02:23:33

PENGENALAN KEPADA LUKISAN LITAR SKEMATIK

PENGENALAN KEPADA LUKISAN LITAR SKEMATIK

Keywords: autocad,cad

TAJUK: PENGENALAN KEPADA LUKISAN LITAR SKEMATIK Disediakan 0leh : Khawaridzmi,feroz


PENERANGAN : Binaan sesuatu sistem elektronik boleh dipersembahkan dengan menggunakan rajah litar bergambar. Dalam rajah ini komponen-komponen dilukiskan menyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang elektronik. untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur fizikal sebenar sesuatu litar.


1.1) Rajah Litar Skematik Apabila sesuatu projek menjadi semakin besar, litarnya akan menjadi semakin kompleks. Bilangan dan jenis komponen yang terlibat juga bertambah banyak dan berbagai-bagai. Jika litar kompleks dilukis menggunakan rajah litar bergambar, ruang yang diperlukan untuk melukisnya lebih besar. rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk mempersembahkannya. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks.


Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatan membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu. Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya dilukis menggunakan simbolsimbol


Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. 1.2) Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut: I. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang II. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza 1.3) Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlu menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar dan sebaliknya


2) LITAR SKEMATIK 2.1) Membaca dan menterjemah lukisan skematik a) Lukisan Skematik : Lukisan yang menggambarkan susunan dan kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran dalam lukisan skematik : I. Komponen II. Cara penyambungan III. Punca bekalan IV. Punca tamatan Lukisan bergambar : Menggambarkan susun atur komponen pada bod litar


2.2) Lukisan Elektrik ▪ Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. ▪ Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik. ▪ Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk symbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan 2.3) Simbol Piawai Elektrik (Lagenda) ▪ Alat tambah dan alat kelengkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz, ▪ mempunyai fungsi yang berlainan ▪ Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai


3) SIMBOL SIMBOL ELEKTRIKAL DAN ELEKTRIK


Click to View FlipBook Version