The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sayakacak Habis, 2023-06-21 04:41:00

Disiplin dalam pekerjaan

Disiplin dalam pekerjaan

DISIPLIN DALAM PEKERJAAN Disediakan oleh En Alfi Afham Bin Ishak


PENDAHULUAN • Pekerjaan adalah satu keperluan yang teramat penting kepada manusia. Kehidupan kita bergantung kepada kerja. Ini kerana ia merupakan sumber ekonomi untuk keperluan. Pekerjaan juga boleh mengangkat status dan pengiktirafan seseorang individu dalam masyarakatnya. Selain itu, pekerjaan juga meletakkan nilai dan harga diri seseorang. • Agama amat menggalakkan setiap penganutnya bekerja dan tidak memintaminta. Ia merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Dengan pekerjaan inilah kita dapat memberi nafkah untuk diri dan keluarga di samping membangun ekonomi bangsa serta negara. • kebanyakan mereka yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja. Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti. Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman. diperoleh dengan adanya DISIPLIN.


PENGERTIAN DISIPLIN • Disiplin merujuk pada kepatuhan pekerja kepada dasar-dasar, peraturanperaturan dan prosedur-prosedur organisasi bagi tujuan menjaga ketenteraman di tempat kerja agar objektif organisasi dapat dicapai. • Tujuan utama sistem displin adalah untuk memastikan tingkah laku kerja para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat-matlamat organisasi. • Tindakan disiplin merupakan hukuman majikan yang dikenakan terhadap pekerja dengan sebab prestasi yang tidak memuaskan atau kerana salah laku. • Prestasi yang tidak memuaskan dikatakan berlaku apabila seseorang pekerja sentiasa gagal melakukan tugas-tugasnya dengan cara yang memuaskan, mengikut piawai-piawai yang ditetapkan oleh organisasi. • Dalam keadaan yang demikian, pihak majikan harus mengenal pasti dan menentukan sebab-sebab berlakunya prestasi yang tidak memuaskan itu dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.


SALAH LAKU • Salah laku berlaku apabila seseorang pekerja sengaja mencabuli peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan. • Salah laku boleh dibahagikan kepada dua iaitu salah laku yang kecil dan salah laku yang besar. • Sukar untuk memutuskan dengan jelas salah laku yang mana harus disifatkan sedemikian. • Sama ada sesuatu salah laku dianggap serius atau tidak banyak bergantung pada jenis perniagaan yang dijalankan, jenis kerja pesalah laku dan keadaan sekitar salah laku. • sebelum sebarang tindakan disiplin diambil, pekerja tersebut harus diberi amaran serta peluang yang mencukupi untuk memperbaiki prestasinya.


SALAH LAKU KECIL YANG DILAKUKAN OLEH PEKERJA : • Lewat masuk kerja • Tidak merakamkan waktu masuk kerja • Bertingkah laku tidak sopan • Mengunakan bahasa pertuturan yang kurang sopan • Tidak memberi tumpuan sepenuhnya pada pekerjaan • Mengabaikan keselamatan sekeliling • Meletakakan sesuatu peralatan tidak kena pada tempatnya


SALAH LAKU BESAR YANG SELALU BERLAKU DI TEMPAT KERJA : • Mencuri • Menipu • Bergaduh pada waktu kerja • Sengaja merosakkan harta benda syarikat • Berada dalam keadaan mabuk ataupun khayal disebabkan pengambilan bahang terlarang • Engkar arahan ketua ataupun Pengurus • Ponteng kerja [Tampa alasan yang kukuh] • Kerja Tidak mencukupi Masa yg ditetapkan [Tanpa alasan kukuh]


CARA MENGATASI MASALAH DISIPLIN PEKERJA • Bagi seseorang pekerja,mereka memerlukan ketenangan pada waktu bekerja atau,ini karena tahap emosional seseorang mampu memberi pengaruh yang buruk pada pekerja itu sendiri dan pekerja lain • Mampu mengugat hasil kualiti kerja yang dilakukan • Akan mendatangkan kerugian bagi pihak syarikat yang bertangungjawab • Langkah keperluan pekerja yang perlu diambil berat adalah :


KEPERLUAN FISIOLOGI • Menjaga keperluan ini amat lah penting karena ini merupakan keperluan asas manusia seperti makanan, tidur dan tempat kediaman. • Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, ia akan mempengaruhi arah fokuspekerja semasa menjalankan sesuatu tugas.


KEPERLUAN KESELAMATAN Tahap keselamatan pekerja haruslah dititik beratkan antaranya keselamatan peribadi,keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.


KEPERLUAN SOSIAL • Inilah keperluan manusia yang semulajadi untuk dicintai dan merasai perasaan "kekitaan". • Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. • Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan ("stress") di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.


KEPERLUAN KEHORMATAN DIRI • Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. • Beri mereka tugas yang boleh memberimereka peluang untuk memberi sumbangan. • meningkatkan "penghormatan diri" (self-esteem.)


KEPERLUAN PERTINGKAT MUTU JATI DIRI Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita-cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).


KEPERLUAN MOTIVASI Ini sangat penting karena setiap info maklumat yang diberikan pada pekerja dapat memberi panduan pada pekerja,juga meningkatkan mutu kerja dengan adanya motivasi akan menanbahkan lagi sikap yakin pada diri dan kewajiapan seorang pekerja pada amnya


KESIMPULAN Peranan disiplin dalan kehidupan seharian manusia amat penting,dengan kehidupan yang lebih berdisiplin kita akan lebih disenangi banyak pihak antaranya majikan tempat kita bekerja,ahli organisasi yang kita sertai,sahabat handai dan juga masyarakat setempat,dengan adanya disiplin yang tinggi ia akan menjamin peluang kerjaya kita dan seandainya kita adalah seorang pekerja ia akan membantu kita mendapat layanan yang setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan


Click to View FlipBook Version