The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alifah.dbsf1002, 2021-11-29 22:11:07

EBOOK ETIKA DAN PERADABAN

KESEPADUAN NASIONAL
MELAHIRKAN

MASYARAKAT YANG
DINAMIK DAN RASIONAL

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

MOHD ASRI BIN ABDUL GHANI

NUUR AMIZA BINTI WIRA
(23DBS21F1020)

NUR ALIFAH AMIRAH BINTI MOHD FAUZI
(23DBS21F1002)

NUR SYAZWANI NAJWA BINTI CHE SOH
(23DBS21F1017)

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT
PENGENALAN 3
APA ITU KESEPADUAN? 4
TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI 5-6
ETOS NASIONAL 7
MASYARAKAT DINAMIK
MASYARAKAT RASIONAL 8-14
KESIMPULAN 15
16

PENGENALAN

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah
masyarakat seperti Malaysia.Setiap komuniti misalnya
mempunyai akar etika dan perdaban yang berbeza dan
terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-
masing.Namun kesemua perlu hidup dalam sebuah masyarakat
Malaysia,berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan
ketika terjadi perbezaan.Kesediaan tawar menawar berunding
dan melakukan mediasi telah membawa keamanan dan
kestabilan dan jeharmonian semenjak merdeka.Inilah
kesepaduan nasional yang telah wujud,didukong dan mesti
terus menerus dimantapkan.Ia dilaksanakan melalui tiga
rangkai proses ya ng bergerak serentak yang dipacu oleh
motivasi iaitu,perpaduan yang diidamkan,kesepaduan yang
dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.Tindakan
membina Indeks Perpaduan Nasional (Ipnas 2018) adalah satu
usaha serius untuk memantau oemantapan kesepaaduan
nasional

APA ITU KESEPADUAN?

Keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang
utuh.Keadaan yang dimaksudkan adalah

aman,stabil,makmur dan sejahtera yang dicapai

 Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu proses dinamik
apabila rakyat pelbagai kaum dan etnik dengan sosiobudaya,
agama, adat resam, bahasa dan wilayah yang berbeza dapat
hidup dalam suasana aman damai serta harmoni.

 Berdasarkan sejarah, ada beberapa isu perbalahan kaum yang
agak besar dan rumit pernah berlaku dalam negara kita.
Bagaimanapun, ia dapat ditangani dan tidak merebak ke
tempat lain.

 Kini, isu-isu sensitif melibatkan hubungan kaum kelihatannya
semakin meningkat apabila berkembangnya media sosial yang
menjadi media utama rakyat menyalurkan perasaan tidak puas
hati terhadap orang lain.

 Penggunaan media sosial yang begitu terbuka telah
mengakibatkan ada pihak yang menggunakan kesempatan ini
untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan
api perkauman

 Masyarakat perlu bijak dalam menerima pakai segala
maklumat yang diperolehi di internet agar tidak mudah
terpengaruh dengan sentiment dan mainan segelintir pihak
untuk menggugat keharmonian dan perpaduan yang sudah
dibina sejak sekian lama.

 Perbezaan ideologi politik dalam kalangan rakyat sering
mencetuskan perbalahan yang boleh membawa kepada konflik
perkauman yang serius sekiranya ianya tidak ditangani secara
bijak.

 Setiap pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk
memastikan kesepaduan ini dapat dikekalkan dan menjadi bert

TAHAP KESEPADUAN
YANG DICAPAI

KESEPADUAN NASIONAL

 Kesepadun nasional bermaksud penyatuan
pelbagai kelompok yang mempunyai latar
belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza
dan menjadi satu entiti fizikal

 Hasil dari penyatuan ini keadaan akan lebih
aman, makmur, stabil dan sejahtera

 Walaubagaimanapun masih terdapat perbezaan
dalam bentuk deficit social yang wujud dalam
sesebuah masyarakat di negara kita

 Dalam mewujudkan kesepaduan nasional,alat
yang utama bagi kesepaduan nasional adalah
Perlembagaan Persekutuaan dan Rukun Negara

 Dua perkara ini menjadi tunjang utama
kesepaduan nasional

 Kesepaduan nasional amat penting untuk
mewujudkan masyarakat yang dinamik iaitu
mewujudkan kelompok petani tradisional
kepada petani komersial,golongan miskin kepada
kelas menengah dan masyarakat kampung
kepada warga cosmopolitan

 Daripada segi kemajmukan bangsa,akan wujud
pelbagai etnik dan budaya medeniti yang
mengutamakan kestabilan dan kemajuan

KESEPADUAN SOSIAL

 Kesepaduan sosial adalah antara teras penting dalam menjamin
semua bangsa dalam Malaysia berada dalam keadaan aman dan
harmoni

 Kesepaduan asas utama kepada keadaan yang stabil dan konsep
kesepaduan social yang diasaskan oleh kerajaan adalah sebagai
formula penting untuk menguruskan masyarakat plural
berbilang kaum dan agama khususnya di Malaysia

DIMENSI KESEPADUAN SOSIAL

a) Kepunyaan-Pemencilan (ia merujuk kepada kewujudan atau
ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan identiti
yang sama)

b) Rangkuman-Pengecualian (tahap kesaksaman dan peluang
dalam kalangan warga dan ekonomi khasnya pasaran)

c) Penyertaan-Ketakterlibatan (Ia fokus pada penyertaan dalan
politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap pusat atau
lokal sahaja dalam kerajaan)

d) Pengiktirafan-Penolakan (kebimbangan akan perbezaan atau
toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat)

e) Setara-Tidak setara (penyelenggaraan legitimasi dalam politik
dan institusi sosial)

f) Kesamaan-Ketidaksamaan (persamaan dan peluang yang
sama dalam masyarakat tanpa mengira etnik)

ETOS NASIONAL

Etos nasional merujuk kepada watak, karakter, sikap, etika, keperibadian dan

keyakinan atas sesuatu perkara yang dapat menggambarkan ciri-ciri semangat yang
dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Dengan wujudnya etos nasional dalam
diri individu, maka ia dapat menggambarkan tentang sentimen kenegaraan yang
berpaksikan kepada platform nasional. Sehubungan itu, secara spesifiknya ini
mengaplikasikan takrif etos nasional sebagai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang
mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat individu
dengan negara. Ciri-ciri unik tersebut merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai,
perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti. Ciri-ciri unik etos nasional
tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia
yang terdiri dari pelbagai etnik. Golongan yang seringkali mendapat tumpuan
apabila membahaskan tentang proses pembinaan negara-bangsa ialah golongan
belia. Ini kerana mereka adalah tulang belakang dan tunjang bangsa pada masa
hadapan. Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama
kejayaan pembangunan negara-bangsa pada hari muka. Kajian ini mendapati empat
dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan serta identiti telah
membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang lain, dan
di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji. Oleh
yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos
nasional menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya
golongan belia yang masih tercari-cari jati diri mereka.

NILAI PERASAN
&SEMANGAT

CIRI-CIRI ETOS
NASIONAL

KEPERCAYAAN IDENTITI

MASYARAKAT DINAMIK

APAKAH MASYARAKAT MALAYSIA BERSIFAT
DINAMIK?

• Secara umumnya, bila memerihalkan tentang masyarakat, majoriti ahli
sosiologi berpendapat bahawa masyarakat adalah bersifat dinamik.
Manusia, komuniti dan masyarakat pada lazimnya adalah bersifat dinamik
dan sentiasa berubah berdasarkan keperluan terhadap persekitaran dan
lingkungan.

• Ia sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT kepada
manusia iaitu sebagai khalifah yang memakmurkan alam ini. Justeru,
dengan tanggungjawab dan peranan manusia itulah maka dapat dilihat
sejak nabi Adam A.S. sehingga kini kehidupan manusia dan masyarakat
global semakin unik, kompleks dan dinamik. Hal yang sama berlaku
kepada masyarakat Malaysia yang bersifat kepelbagaian dari segi agama,
etnik, adat dan budaya.

• Dalam rentasan masa sejarah masyarakat Malaysia dapat disoroti
bagaimana proses dinamika masyarakat berlaku sejak prasejarah sehingga
zaman pascamoden ini (Shamsul Amri, 2012). Pelbagai peristiwa sejarah
yang berlaku serta bagaimana proses ia berlaku dapat difahami dalam
perspektif sejarah, antropologi, sosiologi dan sosiopsikologi. Peristiwa-
peristiwa yang berlaku ini menjadi bukti kedinamikan masyarakat yang
hidup dalam kepelbagaian citra budaya dan persekitaran yang
majmuk.

• Sejarah awal Tanah Melayu menjelaskan bagaimana citra masyarakat yang
bersifat homogenus (penduduk peribumi serumpun) akhirnya bertukar
bentuk kepada masyarakat majmuk akibat daripada proses interaksi antara
budaya berlaku menerusi kolonialisasi, perdagangan dan imigrasi. Dapat
dikatakan bahawa abad ke-19 hingga kini bermulanya fasa negara bangsa
dalam konteks global. Globalisasilah antara yang memungkinkan faktor
berlakunya dinamika dan transformasi masyarakat di dunia dan Malaysia

APAKAH
KEDINAMIKANNYA?

 Kedua-dua elemen iaitu masyarakat dan budaya adalah bersinonim dan
tidak dapat dipisahkan. Masyarakatlah yang membina, membentuk dan
dalam situasi yang ekstrim memusnahkan budaya.

 Secara amnya, budaya bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. Ia
merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha
manusia dalam sesuatu kelompok.

 Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang
bermaksud “budi dan daya” ,iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia
yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah
manusia yang meliputi usaha dan hasilan.

 Maka kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala
penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang
dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang
penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan
suatu masyarakat yang lain.

 Dalam konteks Malaysia pada hari ini, isu dinamika masyarakat yang
paling penting dan menonjol adalah untuk membina sebuah masyarakat
dan negara idaman yang di dalamnya terbina ciri-ciri perpaduan,
kesepaduan dan penyatupaduan antara kaum dan wilayah

 Sebuah masyarakat yang dinamik adalah masyarakat yang berdiri sebagai
sebuah negara bangsa yang menjadikan nilai-nilai teras dan unggul
sepunya sebagai teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

 Iaitu lahirnya sebuah bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik
dengan nilai agama, kepercayaan, nilai, adat dan cara hidup yang berbeza
namun dapat disepadukan menerusi penyatupaduan nilai dan etos, budaya
yang diterima secara universal sepertimana yang termaktub dalam
pelbagai dasar, polisi, konsep dan strategi antaranya seperti Rukun
Negara, Falasafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara,
Wawasan 2020, Islam Hadhari dan 1Malaysia dan TN50.

DINAMIKA MASYARAKAT SEBELUM
PENJAJAH

• Sebelum kedatangan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan British ke Alam
Melayu dan Tanah Melayu khasnya, sifat masyarakat adalah homogenus yang
keseluruhannya adalah Melayu atau diaspora Melayu. Alam Melayu yang meliputi
kawasan yang begitu luas mengandungi pelbagai subetnik dan subbudaya yang
rencam dan pelbagai. Menurut Mansor (2006), dinamika masyarakat di Alam
Melayu adalah bersifat “permeable” dan “canopy ethnicity”.

• Setiap kumpulan etnik mempunyai ciri-ciri bahasa, budaya dan agama tersendiri.
Namun, kesemua kumpulan etnik ini seperti Bugis, Mandailing, Jawa, Madura,
Acheh, Sunda dan sebagainya bernaung di bawah etnik Melayu di alam Melayu
dari segi bahasa, budaya dan agama. Malah, dalam kalangan etnik Melayu ini
terbangunnya tamadun-tamadun yang besar dan kuat seperti empayar Sriwijaya,
Majapahit, Melaka, Mataram, Acheh dan sebagainya. Masyarakat dinaungi oleh
Sultan atau Raja

DINAMIKA MASYARAKAT SEMASA PENJAJAHAN
AWAL BRITISH

 Zaman penjajahan dalam konteks ini lebih merujuk pada masa penaklukan British ke atas Tanah
Melayu antara tahun 1876 hingga 1957. Lebih kurang 85 tahun Tanah Melayu berada dalam
cengkaman British. Kewujudan masyarakat majmuk juga sangat berkaitan dengan dasar buka
pintu British terhadap warga asing khususnya dari India dan China sebagai buruh dalam industri
perladangan dan perlombongan.

 Faktor ekonomi merupakan faktor utama kemasukan imigran ke Tanah Melayu (Azmah, 2005).
Tenaga buruh ini penting dalam membangunkan ekonomi Tanah melayu pada waktu itu. Bagi
melicin dan melancarkan pentadbiran British berhubungan imigran ini, dasar “divide & Rule”
(pecah dan perintah) telah diamalkan.

 Dasar ini secara terbuka memposisikan ketiga-tiga etnik ini mengikut bidang pengkhususan iaitu
orang Melayu bercucuk tanam di kampung-kampung; orang India berkerja di estet dan ladang
getah; manakala orang-orang Cina mengusahakan perlombongan serta menjalankan perniagaan di
bandar dan pekan.Akhirnya, ketiga-tiga etnik ini terpisah mengikut penempatan dan bidang
pekerjaan di kampung, di estet dan di bandar.

 Dasar ini, secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya jarak sosial antara kaum. Malah,
dasar British ini juga telah menyebabkan berlakunya jarak sosial dalam konteks pendidikan.
Masing-masing etnik dibenarkan mendirikan sekolah masing-masing dengan silibus dan
pendekatan yang digunakan di tanah besar China dan India.

DINAMIKA MASYARAKAT DI ZAMAN
JEPUN & DARURAT

 Semasa zaman penjajahan Jepun, kehidupan rakyat digambarkan berada dalam
situasi yang sukar. Sungguhpun penjajahan Jepun amat singkat iaitu selama 3
tahun 8 bulan (Ruslan, 2003), namun implikasinya terhadap kesepaduan dan
integrasi sosial antara masyarakat pelbagai kaum amat besar. Apatah lagi
kekalahan British di tangan Jepun telahmembangkitkan semangat nasionalisme
yang tinggi dalam kalangan rakyat untuk merdeka.

 Zaman Darurat antara 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960 dikatakan zaman sengketa
dan
konflik antara kaum Melayu dan Cina. Majoriti ahli PKM dan penyokongnya adalah
daripada kaum Cina dan sebaliknya.

 Rancangan penempatan semula yang diperkenalkan oleh British telah
memburukkan
keadaan yang mana ia membataskan hubungan antara kaum. Hubungan etnik
menjadi lebih tegang dengan berkuatkuasanya Peraturan Kerahan Tenaga pada 20
Disember 1950 yang menyebabkan ramai pemuda-pemudi Cina pulang ke negara
asal. Kerahan tenaga yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney bertujuan agar
rakyat sama-sama membanteras komunis

KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA
MALAYSIA

 Justeru, selepas mencapai kemerdekaan, Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul
Rahman dan kabinetnya telah berusaha memperkukuhkan kestabilan ekonomi,
politik dan sosial Tanah Melayu.

 Antara usaha yang telah dijalankan adalah menerusi pendidikan dengan
memperkenalkan
beberapa Jawatankuasa Akta Pelajaran seperti Penyata Razak, Penyata Abdul
Rahman Talib (1960) dan sebagainya. Kerajaan juga telah memperkenalkan
pelbagai dasar dan rancangan sosioekonomi seperti Rancangan Malaya
Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) yang
bertujuan mengurangkan jurang perbezaan kemajuan dan pembangunan
sosioekonomi politik antara penduduk bandar (kaum bukan Melayu) dengan
penduduk luar bandar (kaum Melayu).

 Rancangan-rancangan pembangunan sosioekonomi ini menjurus ke arah
pembangunan
sektor luar bandar supaya dapat menambahkan pendapatan dan meningkatkan
taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar dengan memperbaiki
kemudahan asas dan infrastruktur serta menggalakkan penduduk bergerak
aktif dalam pelbagai sektor pertanian.

DINAMIKA MASYARAKAT
MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

Selepas pembentukan Malaysia, pelbagai rancangan diusahakan untuk
meningkatkan lagi pembangunan sosioekonomi dan politik negara. Rancangan
Malaysia Pertama telah diperkenalkan (1966-1970).Sungguhpun rancangan ini
memberi penekanan kepada semua kaum khususnya untuk mencapai integrasi dan
perpaduan, namun jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masih
ketara.Pada 13 Mei 1969 konflik kaum meletus di Kuala Lumpur dan di beberapa
tempat di seluruh negara. Ia tercetus ekoran rasa tidak puas hati akan status
ekonomi dan politik selain daripada beberapa isu lain seperti bahasa, pendidikan

dan kepentingan lain yang dibangkitkan dalam Pilihanraya Persekutuan 1969.

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Pada tahun 1991, beliau digantikan
oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
kedua telah banyak menyumbang ke sebagai Perdana Menteri keempat.
Selama 22 tahun pemerintahan beliau,
arah perpaduan dan integrasi Malaysia telah mencapai kemajuan dan
kepesatan pembangunan ekonomi,
kaum.Dasar, polisi dan strategi yang politik dan sosial yang mengagumkan
sehingga beliau diberi gelaran sebagai
diperkenalkan oleh beliau kemudiannya „Bapa Pemodenan‟

telah disambung oleh Tun Hussein Onn

sebagai Perdana Menteri

ketiga.Sungguhpun pemerintahan

beliau agak singkat, namun ia telah

dapat memperteguh dan

memperkukuhkan usaha-usaha yang

telah dibuat oleh Perdana Menteri

sebelumnya. Beliau turut memberi

tumpuan terhadap pembangunan

ekonomi dan sosial pada peringkat lokal

dan global.

Tun Abdullah Ahmad Badawi telahMalaysia untuk menjadi sebuah
mengambil alih pucuk pimpinan sebagaimasyarakat yang bertamadun tinggi
Perdana Menteri kelima. Antara gagasandengan memiliki “towering personality”.
dan pendekatan yang telah dibawanya
adalah memperkenalkan Islam Hadhari
dan pembangunan modal insan berkelas
dunia.Tun Abdullah menerusi kedua-dua
gagasan ini berusaha untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang bukan sahaja
bersatu padu, maju dan progresif,
namun yang lebih mendasar adalah
mewujudkan masyarakat yang berakhlak
dan beradab.Sungguhpun ideanya telah
dikritik dan dipandang remeh oleh
sesetengah pihak, namun gagasan
ideanya ini sedikit sebanyak memberi
harapan baru kepada masyarakat

Dato Seri Najib Tun Razak, sebagai
Perdana Menteri keenam telah
meneruskan legasi kelima-lima
Perdana Menteri sebelumnya. Beliau
melihat bahawa perpaduan dan
integrasi kaum dapat disatukan
menerusi gagasan pemikirannya iaitu
Gagasan 1Malaysia dan Agenda
Transformasi Nasional 50
(TN50).Kedua-dua gagasan ideanya
ini bertujuan melahirkan sebuah
masyarakat idaman yang di
dalamnya lebih menonjolkan ciri-ciri
sebuah negara bangsa Malaysia yang
dinamik dan progresif.

Namun, selepas tahun 2004 sehingga kini, isu yang lebih menonjol adalah
berkaitan dengan isu Hak Asasi Manusia. Ia bukan sahaja melibatkan kaum
secara khusus, tetapi juga kumpulan-kumpulan minoriti seperti
LGBT.Dengan menggunakan Hak Asasi Manusia, pelbagai NGO dan parti
politik mengambil kesempatan yang terbuka ini untuk memperjuangkan isu-
isu kaum, hak minoriti seperti LGBT dan kaum elit (PPSMI). Malah, media
sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp telah membuka ruang yang
lebih luas kepada demokrasi dalam kalangan rakyat.Gelombang
pascamodenisme dengan aliran liberalisasi pemikiran semakin mendapat
tempat yang terbuka khususnya kepada generasi X, Y dan Z

Justeru, gelombang Hak Asasi Manusia ini telah memberi impak terhadap
kesedaran politik dalam kalangan rakyat tentang hak dan amalan demokrasi.
Malah pada hari ini, parti-parti pembangkang, NGO dan rakyat tanpa
mengira kaum khususnya golongan bandar yang berpendidikan mulai sedar
akan isu-isu kepimpinan, rasuah, salah guna kuasa, tadbir urus dan integriti.

Masyarakat pelbagai kaum telah mula membina kesedaran terhadap isu-isu lokal
dan global khususnya dalam usaha mewujudkan masyarakat sivil (madani).
Sungguhpun kedengaran isuisu kaum, namun ia sedikit sebanyak telah
dineutralkan dengan Hak Asasi Manusia, tadbir urus yang baik dan integriti

MASYARAKAT RASIONAL

Masyarakat (society) dibentuk oleh individu-individu yang berkongsi budaya, norma,cita-
cita, aspirasi, matlamat hidup dan sebagainya. Tidak terkecuali yang menjadi
perkongsian semua ahlinya - sebagai elemen yang lebih asas - ialah sejarah kelahiran
negara, kepercayaan (anutan) hidup yang diwarisi dan bahasa pertuturan.Elemen-
elemen ini menjadi social glue yang mengikat semua ahli masyarakat agar kekal bersatu
dalam menghadapi cabaran semasa.Bagi masyarakat Malaysia, cabaran maha besarnya
adalah menghapuskan jurang sosial sesama ahli masyarakatnya. Ini adalah disebabkan
masyarakat Malaysia bersifat heterogenus

Dalam bahasa lebih mudah, masyarakat negara ini bersifat majmuk yakni terdiri dari
pelbagai lapisan bangsa atau kaum, keturunan, agama dan budaya.Keadaan ini jauh
berbeza dengan masyarakat Jepun yang rata-ratanya sebangsa -bangsa Jepun.
Masyarakat homogen ini tidaklah sulit untuk dibentuk atau diurus tadbir kerana tiada
perbezaan jurang sosial yang luas dan ketara kerana perbezaan kaum atau budaya. Yang
ada adalah perbezaan ekonomi - kaya miskin, bangsawan vs buruh - antara ahli
masyarakatnya. Ini bukanlah fenomena tempatan di Jepun sahaja. Ia adalah fenomena
global.

Kerana kerencaman dan kompleksiti dalam latar budaya sesebuah masyarakat majmuk
ini maka ia mengahadapi cabaran utama mewujudkan perpaduan dan keharmonian. Ini
kerana semua kaum baik majoriti atau minoiriti (seperti golongan imigran) sentiasa
bersaing untuk mendapatkan peluang dan hak yang sama.Biarpun ada peraturan sosial
dan undang-undang bagi mengawal 'persaingan' ini,kadang-kadang terjadi juga
pergeseran antara kaum hingga mencetus konflik kaum.Di Malaysia, Peristiwa 13 Mei
1969 dan terbaru di Kg. Medan 2001 adalah bukti kepada masalah hubungan antara
kaum yang pernah wujud.Peristiwa ini dan beberapa insiden lain beberapa tahun
kebelakangan ini memberi isyarat yang tidak baik kepada kerajaan dan masyarakat kita.
Bahaya sifat perkauman cukup besar untuk meruntuhkan sebuah negara jika tidak
dibendung.

KESIMPULAN

Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa,
pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan
oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini bukan sahaja
makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi juga
mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu,
serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem
persekutuan.
Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang
menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat
hidup dalam keadaan aman dan damai dengan rakyatnya yang
memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara
hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada
dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan.
Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang
kestabilan sosiopolitik di negara ini yang dapat menjamin
kemajuan dan keutuhan bangsa

SUMBER RUJUKAN

https://anyflip.com/wvqfh/kpiy/basic
https://anyflip.com/eufwa/vgon/basic
https://anyflip.com/rwrie/yysh/basic
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/730526/pe
nubuhan-malaysia-satukan-penduduk-pelbagai-kaum
https://www.scribd.com/doc/98743406/Rasional-Sejarah-Dan-PM


Click to View FlipBook Version