The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anis Sufina, 2025-03-14 11:16:47

NOTA KESALAHAN TATABAHASA

KESALAHAN TATABAHASA (KESALAHAN TANDA BACA)


ISI KANDUNGAN 4 3 2 1 5 KESALAHAN TATABAHASA DAN CARA MEMBETULKANNYA LATIHAN TANDA BACA AKTIVITI KESIMPULAN NOTA KESALAHAN TANDA BACA 5


Bahasa tidak formal yang digunakan dalam perbualan tetapi tidak sesuai untuk penulisan akademik. Contoh: Salah: Kerja tu susah gila kot! Pembetulan: Itu kerja yang sangat sukar! Tip: Gunakan bahasa yang baku dan formal dalam komunikasi akademik dan profesional. Kesalahan Penggunaan Bahasa Pasar Kesalahan tatabahasa boleh diperbaiki dengan pemahaman dan latihan yang berterusan. Sentiasa semak semula ayat sebelum menulis atau bercakap dalam situasi formal. Gunakan sumber rujukan seperti kamus dan buku tatabahasa untuk memperbaiki kemahiran berbahasa. “Bahasa mencerminkan keperibadian kita. Gunakan bahasa yang betul untuk komunikasi yang lebih berkesan ”. Murid sering tersalah memilih atau menggunakan imbuhan yang tidak sesuai dalam ayat. Contoh: Salah: Ali mendermakan kepada tabung kebajikan. Pembetulan: Ali menderma kepada tabung kebajikan. Tip: Kenali fungsi imbuhan dan gunakannya mengikut konteks ayat yang betul. Kesimpulan Penggunaan singkatan dalam mesej ringkas adalah biasa, tetapi tidak sesuai dalam penulisan akademik dan formal. Contoh: Salah: Pljrn BM sgt ptg. X blh abaikn Pembetulan: Pelajaran Bahasa Melayu sangat penting. Tidak boleh diabaikan. Tip: Elakkan dalam esei, laporan, atau surat rasmi. Kesalahan Kod Campur Bahasa Melayu dicampur dengan bahasa Asing dalam satu ayat. Contoh: Salah: Saya prefer makan di restaurant. Pembetulan: Saya lebih suka makan di restoran. Tip: Elakkan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain dalam situasi formal. Kesalahan Imbuhan Kesalahan Tanda Baca Penggunaan tanda baca yang salah boleh menyebabkan kekeliruan dalam memahami maksud ayat. Contoh: Salah: Saya suka makan nasi, ayam ikan dan sayur. Pembetulan: Saya suka makan nasi, ayam, ikan, dan sayur. Tip: Gunakan tanda baca koma untuk memisahkan senarai. Kesalahan Singkatan Berlebihan Kesalahan Tatabahasa dan Cara 5 Membetulkannya


Fungsi: Menunjukkan seruan, perintah, atau ungkapan emosi kuat. Kesalahan umum: ❌ Menggunakan noktah untuk ayat seruan. ❌ Menggunakan tanda seru dalam ayat biasa. Contoh Salah: • Tolong berhenti. • Saya pergi ke sekolah! Contoh Betul: • Tolong berhenti! • Saya pergi ke sekolah. Fungsi: • Digunakan dalam kata majmuk yang belum mantap. Digunakan dalam nombor atau tarikh tertentu. Kesalahan umum: ❌ Menggunakan sengkang dalam kata majmuk yang sudah mantap. ❌ Tidak menggunakan sengkang dalam kata ganda. Contoh Salah: • Siti tinggal di rumah dua-tingkat. Contoh Betul: • Siti tinggal di rumah dua tingkat. Fungsi: Digunakan di akhir ayat tanya. Kesalahan umum: ❌ Menggunakan noktah dalam ayat tanya. ❌ Menggunakan tanda soal dalam ayat penyata. Contoh Salah: • Di mana rumah awak. • Saya pasti awak sudah makan? Contoh Betul: • Di mana rumah awak? • Saya pasti awak sudah makan. TANDA SENGKANG (-) Fungsi: • Memisahkan senarai kata atau frasa. • Meletakkan jeda dalam ayat untuk memudahkan pemahaman. • Diletakkan selepas kata keterangan atau seruan di awal ayat. Kesalahan umum: ❌ Tidak meletakkan koma dalam senarai lebih daripada dua item. ❌ Tidak menggunakan koma selepas kata/frasa keterangan di awal ayat. Contoh Salah: • Selepas makan saya terus ke sekolah. Contoh Betul: • Selepas makan, saya terus ke sekolah. TANDA KOMA (,) Fungsi: Digunakan untuk menandakan kata-kata langsung. Kesalahan umum: ❌ Tidak menggunakan tanda petik dalam ayat petikan langsung. ❌ Menggunakan tanda petik dalam ayat tidak langsung. Contoh Salah: • Ali berkata, saya akan ke sekolah esok. Contoh Betul: • Ali berkata, “Saya akan ke sekolah esok.” TANDA NOKTAH (.) Fungsi: Digunakan di akhir ayat penyata. Kesalahan umum: ❌ Tidak meletakkan noktah di akhir ayat. ❌ Menggunakan noktah dalam ayat tanya atau seruan. Contoh Salah: • Saya suka membaca • Siapa nama awak. Contoh Betul: • Saya suka membaca. • Siapa nama awak? TANDA SOAL (?) Tanda Seru (!) TANDA PETIK (“”) KESALAHAN TANDA BACA


LATIHAN TANDA BACA Objektif: 1. Membantu pelajar mengenal pasti dan membetulkan tanda baca dalam ayat 2. Meningkatkan pemahaman pelajar mengenai fungsi tanda baca dalam penulisan. 3. Menggalakkan pelajar menggunakan tanda baca yang betul dalam penulisan karangan. Contoh: 1. Ali berkata saya akan pergi ke kedai (Salah) Ali berkata, “Saya akan pergi ke kedai” . (Betul) KENAL PASTI DAN BETULKAN TANDA BACA


Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bil Murid Masa Tema Tajuk 1 Tulip 25 10:00 pagi - 11:00 pagi Kesalahan tatabahasa Tanda Baca Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahan Pembelajaran Roda soalan , komputer riba dan kadbod ( penanda arah ) Objektif Pembelajaran Mengenal pasti jenisjenis tanda baca Menjelaskan fungsi setiap tanda baca dalam ayat Mengaplikasikan tanda baca yang sesuai


Induksi ( 5 Minit ) Guru akan menerangkan terlebih dahulu tujuan pembelajaran Guru meminta pelajar untuk mengenal pasti tanda baca dalam ayat Langkah - langkah pembelajaran ( 45 minit ) Langkah 1: Penerangan ringkas tanda baca Guru menerangkan jenis tanda baca, maksud serta penggunaanya dalam ayat Langkah 2: Aktiviti “ Spin-NLucky” Aktiviti secara individu Pilihan soalan berdasarkan roda soalan sebelum itu, guru akan memusingkan kadbod anak panah untuk memilih pelajar yang bertuah untuk menjawab soalan Pelajar diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab soalan Langkah 3: Latihan Memberikan latihan untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar melalui aktiviti yang telah dijalankan


Pada akhir pembelajaran, guru merumuskan isi pelajaran dengan menyoal pelajar untuk mengukur pemahaman mereka terhadap topik yang diajar 5/25 pelajar belum mahir untuk menggunakan tanda baca 20/25 pelajar menguasai tanda baca . Mengenal pasti jenis-jenis tanda baca, fungsi serta penggunaannya Pelajar yang gagal menguasai tanda baca, guru perlu menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk memastikan pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka. Penutup ( 10 Minit ) Refleksi


Kesimpulan Pengajarantatabahasayangmenarikdari segilatihandanaktiviti kreatifmembantu meningkatknkemahiranbahasapelajar Untukmemastikanpelajarmahirdalam tatabahasaguruperlumenggunakan kaedahinovatif sepertipenggunaan PengajaranAbadKe-21(PAK21) Palingpentingdalamsetiapproses pengajarandanpembelajaran(pdp) guru menerapkansatupembelajaransecara aktifdanreflektif,


Click to View FlipBook Version