The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI RASHIDAH MOHD SIDIK, 2023-06-01 09:45:10

MEMANAH FLIPBOOK

MEMANAH FLIPBOOK

A S A S S U K A N M E M A N A H KUMPULAN 1 PENSYARAH NURUL LAIL BIN TARMUIN (SX201231HPIHS04) UMUN NAJWAH BINTI HUSSIN (SX201008HPIHS04) NUUR HAFEZZAH BINTI MOHD NIZAM (SX201228HPIHS04) SITI RASHIDAH BINTI MOHD SIDIK (SX200992HPIHS04) ROSHIDAH BINTI MAT SALLEH (SX200991HPIHS04) DR. MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL (SHPP 2882) PE N G URUSA N KO-KURIKULUM, SUKA N DA N PERMAI N A N


ISI KANDUNGAN PE N DAHU L UA N T EK N IK ASAS MEMA N AH Alatan Memanah Aksesori Memanah KESE LAMATA N J E N IS/KAT E G O R I PE RALATA N MEMA N AH Teknik Latihan Fizikal Penggunaan alatan Lapang Sasar Teknik memanah Larangan Semasa Memanah Undang-undang Teknikal Kategori PE N U T U P


Sukan memanah merupakan aktiviti yang semakin mendapat sambutan oleh masyarakat, samada di sekolah, pusat rekreasi dan kawasan setempat. Ini kerana memanah adalah kaedah yang telah lama digunakan untuk berperang, memburu dan mempertahan diri dari serangan musuh pada suatu masa dahulu. Kini aktiviti memanah telah di komersialkan menjadi sukan dan rekreasi oleh para penggiat sukan memanah. Sejarah memanah tidak dapat dikaji secara terperinci oleh kerana para arkiologi tidak dapat menemukan aktiviti memanah bermula dari tahun berapa. Hanya menjumpai lukisan di dinding gua yang berumur 500,000 tahun lamanya berkenaan aktiviti memanah. PENGENALAN M E M A N A H | 1 SEJARAH SUKAN MEMANAH


Diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium (mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat) dan karbon graphite. Setiap anak panah ditanda dengan nombor contoh 2013 mempunyai ukur lilit 20/64th inci (7.94mm),ketebalan dindingnya ialah 13/1000th inci (0.33mm) dan ia digunakan semasa pertandingan. Anak panah yang melebihi 9.3mm (2312, 2314, 2315 dan 2317) tidak boleh digunakan di dalam pertandingan. PERALATAN ASAS MEMANAH Diperbuat daripada kayu berlapis dan pemegang serta lengannya dilapisi oleh fiberglass untuk ketahanan limbs. Panjangnya berbeza iaitu antara 1220mm (48 inci) sehingga 1780mm (70 inci) dan kebiasaan yang digunakan di dalam pertandingan Target Archery adalah 1675mm (66 inci). M E M A N A H | 2 Busar yang paling asas yang mana ia dibentuk dari sebatang kayu dan pemegangnya biasanya diperbuat dari sekeping kulit yang diikat di sekeliling busar. Di sebelah kanan atau kiri busur dipotong dan membentuk satu lekukan di mana ia bertujuan untuk meletakkan anak panah (arrow rest). Anak Panah Busar Panjang (Long Bow) Busar Recurve (Recurve Bow)


AKSESORI MEMANAH M E M A N A H | 3 NOCK Di perbuat daripada plastik keras dan diipasang di belakang arrow untuk memudahkan arrow dipasang pada string. Pelindung Jari (Finger Tabs): Ia mempunyai permukaan yang licin untuk tali panah mengelungsur dan berfungsi melindungi jari pemanah daripada sebarang kecederaan. Pelindung Tangan (Arm Guards): Kebiasaanya dibuat daripada kulit dan berfungsi melindungi pergelangan tangan pemanah daripada dipukul oleh string bowl dan ia membantu mengetatkan pergelangan tangan pada baju. Pelindung Dada (Chest Guard): Ia diperbuat daripada jaring nilon sangat elestik yang mana ia berfungsi melindungi pakaian daripada string bow.


AKSESORI MEMANAH M E M A N A H | 4 Kantung Anak Panah (Quivers): Digunakan oleh pemanah untuk meletak dan menyimpan anak panah supaya ia berada dalam keadaan baik Aksesori String (String Accescories): Seperti string wax, string loops dan replacement string. Target archery (Archery Target): Biasa digunakan jenis foam, bag dan Rinehart target, di mana ia merupakan tempat penuju anak panah setelah dilepaskan. Sayap (Fletchiers): Ia diperbuat daripada plastik lembut dalam pelbagai bentuk dan saiz serta digunakan untuk memudahkan arrow dipasang pada string dan ia dipasang di belakang arrow.


TEKNIK ASAS MEMANAH Berat badan ditampung oleh kedua-dua kaki secara seimbang iaitu 60 hingga 70 peratus daripada berat badan tertumpu pada hujung kaki, manakala selebihnya pada tumit. Posisi tubuh harus seimbang dan tegak. Pemanah tidak boleh membongkok ke hadapan atau mendada ke belakang atau berada di posisi menyenget di sebelah kiri atau kanan. Stance (Sikap atau cara berdiri) M E M A N A H | 5 LA N G KAH 1 LA N G KAH 2 LA N G KAH 3 Bulu indeks bahagian ekor panah haruslah menjauhi sisi jendela busur. Ekor panah haruslah tepat masuk ke tali panah dan nocking point. Sekiranya anak panah terlalu besar dan longgar, ia akan menggangu pergerakkan ke sasaran. Nocking (Memasang ekor panah) Hanya 3 jari sahaja digunakan untuk menarik tali busur iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Jari telunjuk berada di atas nocking point, manakala 2 jari lagi berada di bawah nocking point. Setiap jari akan menerima tekanan yang berbeza daripada regangan tali busur. Jari Yang Menarik (THE DRAWING HAND)


M E M A N A H | 6 LA N G KAH 4 LA N G KAH 5 LA N G KAH 6 Adalah gerakan teknik memanah dengan menjangkarkan tangan penarik pada bahagian dagu atau rahang. Anchoring (menegangkan tali penarik) Teknik memanah dengan melakukan gerakan menarik tali busur sehingga menyentuh bahagian dagu, bibir dan hidung serta dilanjutkan dengan menjangkarkan tangan penarik tali ke dagu. Sewaktu menarik busur, bahu tetap berada pada posisinya, tidak terlalu rendah dan menonjol. Sewaktu lengan panahan busur diluruskan, hujung bahu berada di dalam keadaan membentuk huruf 'V'. Drawing (Menarik tali busur) Teknik tighten adalah teknik menahan sikap panahan beberapa saat setelah anchoring dan sebelum anak panah dilepas. Tighten \ hold (Menahan tali penarik)


M E M A N A H | 7 LA N G KAH 8 LA N G KAH 9 LA N G KAH 7 Adalah gerakan memanah untuk melepaskan jari-jari daripada penarik tali agar anak panah dapat diterbangkan dengan jitu. Teknik ini juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak panah tepat mengenai sasaran di hadapan. Release (Melepaskan anak panah) Adalah suatu gerakan teknik memanah untuk meletakkan pandangan sasaran secara tepat berada pada titik sasaran. Ada tiga (3) perkara yang perlu diperhatikan sewaktu membidik, iaitu: teknik memanah yang konsisten, string alignment yang konsisten dan tidak membidik sasaran terlalu lama. Aiming baru boleh dibuat semula sekiranya fasa Transfer to holding berjaya dicapai. Tempoh idealnya adalah antara 1 hingga 3 saat bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Aiming (Membidik dengan focus) Sebahagian daripada teknik release kerana ia boleh digunakan secara semula jadi dan tidak berlebihan. Follow through yang berlebihan akan menyebabkan gangguan kepada bidikan. Seorang pemanah harus mengawal panahan dan fokusnya sewaktu bidikan dibuat. After hold (Menahan sikap memanah)


TEKNIK LATIHAN FIZIKAL MEMANAH 3) Melonggarkan bahu dan otot belakang 1) Melonggarkan lengan atas dan otot dada 2) Melonggarkan dada, bahu atas dan otot bawah lengan 4) Melonggarkan otot belakang dan bahu 5) Melonggarkan otot bahu 6) Melonggarkan otot, dada dan bahu 7) Melonggarkan otot memanah M E M A N A H | 8


KESELAMATAN Target Stand dalam keadaan yang baik dan selamat. Jika Target Butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan lebih baik. Periksa peralatan memanah dengan kerap. Pastikan alatan dililin dan tidak rosak. Periksa nock dan mata panah Baiki sebarang kerosakan sekiranya perlu. Gunakan whistle dengan kuat atau beri arahan yang jelas dan nyaring supaya pemain dengar dan faham akan arahan dengan jelas. Rumput padang seharusnya berada dalam keadaan pendek supaya senang pemain memanah untuk mencari anak panah yang hilang. Pemain pemanah yang melakukan sebarang kesalahan boleh disingkirkan dari pertandingan Sekiranya anak panah jatuh atas tanah berdekatan shooting line, JANGAN AMBIL anak panah tersebut kecuali selepas semua pemanah telahpun menghabiskan panahan mereka M E M A N A H | 9


Sebelum aktiviti sukan memanah dimulakan, individu perlu memeriksa peralatan yang akan digunakan seperti busur dan hendaklah dicuba tarik beberapa kali sebelum menggunakannya. Selain itu, individu perlu peka dengan keadaan tali busur agar tiada tali yang putus. Penelitian dibuat bagi memastikan kedudukan tali yang dipasang pada busur betul pada bahagian atas dan bawah. Dengan itu, individu perlu pastikan bahawa anak panah (arrow) tidak retak atau pecah dengan cara mencuba lenturkannya beberapa kali. Bahkan, sewajarnya untuk periksa juga bahagian mata panah (point) agar dalam keadaan ketat. Periksa juga segala kelengkapan alatan perlindungan yang lain seperti armguard, quiver, chest guard, finger tab, glove dan sebagainya dalam keadaan baik bagi mengelak kecederaan. PENGGUNAAN ALAT MEMANAH Pada keadaan ini, pihak pengurusan yang menjaga tempat sukan memanah perlu memastikan rumput padang senantiasa dalam keadaan pendek agar memudahkan para pelajar mencari anak panah. Malahan, ia juga untuk membuat penanda padang dan garisan. Kedudukan tempat target butt haruslah jauh dari laluan penjalan kaki atau kenderaan yang parkir di belakangnya. Kecederaan yang biasa berlaku dalam sukan memanah ialah lengan dilibas oleh tali panah sehingga luka atau calar. Ini berpunca kerana, pemanah membuat kesilapan semasa memanah. Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan semasa individu hendak mencabut anak panah dari sasaran, adalah dengan meletakkan sebelah tapak tangan ke target butt dan sebelah lagi memegang anak panah. Setelah itu, tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut. Pemain perlu memastikan mukanya tidak berada di belakang anak panah untuk mengelak kemungkinan terkena muka atau mata semasa cabutan dilakukan. Penggunaan teknik dan kaedah memanah wajib dipelajari dengan betul. Pemanah baharu sebaiknya melakukan aktiviti dengan pengawasan jurulatih dalam bidang kemahiran yang bersesuaian dengan sukan yang dimainkan. Namun, jika berlaku kemalangan yang tidak dijangka, segera melapor pada jurulatih yang memantau. LAPANG SASAR TEKNIK MEMANAH M E M A N A H | 1 0


M E M A N A H | 1 1 LARANGAN KETIKA MEMANAH Melakukan “DRY FIRE” : (Panahan tanpa anak panah). Ini mampu menyebabkan kerosakan pada busar. 1) Bukan "Target Butt" : Menghalakan Busar ketika terdapat sasaran sedang bergerak di hadapan. *Busar hanya boleh diarahkan kepada target butt sahaja. 2) Panahan ke Udara : Kaedah yang tidak boleh digunapakai sepanjang permainan berlangsung dan perlu pada pengawasan coach jika ada keperluan untuk melaksanakannya. 3) Bergurau Senda “HUMAN POINTING” : Individu dilarang bergurau senda atau bermain dengan alatan memanah ketika diluar sesi sukan dan permainan seperti menarik busar beserta arrow, lalu menghalakannya kepada orang lain. 4)


M E M A N A H | 1 2 PERTANDINGAN MEMANAH Sukan memanah ini dikawal atau diselia oleh beberapa badan yang bertanggungjawab mengikut peringkat dan kategori. Bagi peringkat antarabangsa, badan yang terlibat ialah Federation Internationale De Tir A’larc (FITA) 2013 atau World Archery (WA). Manakala di peringkat Asia, ia dikawal oleh Asian Archery Federation (AAF) 2014 atau World Archery Asia (WAA). Seterusnya di peringkat negara, ianya diselia oleh Malaysian National Archery Association of Malaysia (NAAM). Undang-undang teknikal kebiasaannya melalui peraturan yang telah ditetapkan oleh World Archery (WA).


RM : Recurve Men RW: Recurve Women CM : Compound Men CW : Compound Women BM : Barebow Men BW : Barebow Women K A T E G O R I P E R T A N D I N G A N Pertandingan atau kejohahanan memanah dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut jarak, jantina dan juga umur. jarak yang sering di pertandingkan ialah antara 10 hingga 90 meter bergantung kepada penganjur pertandingan.


Aktiviti memanah memerlukan kesabaran yang tinggi serta latihan yang berterusan. Latihan yang konsisten akan meningkatkan kemahiran bagi pemanah dalam setiap teknik yang digunakan. Kini sukan memanah telah tumbuh bagaikan cendawan atas kesedaran dan permintaan bagi penggiat sukan memanah secara tradisional atau professional. Kita dapat lihat samada di peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat antarabangsa, pelbagai pihak telah mempunyai acara yang pelbagai yang dipertandingkan. Fenomena ini akan memberikan impak yang positif kepada semua pihak kerana sukan memanah bukan sahaja sebagai aktiviti yang sihat, namun merupakan satu riadah yang digemari oleh Rasulullah SAW. Buku ini secara ringkas dapat memberi panduan kepada mereka yang ingin menceburi sukan memanah. Sukan memanah memerlukan fokus yang tinggi, aspek keselamatan kepada pemanah dan kawasan lapangan, dan teknik yang betul agar tidak berlaku kecederaan kepada orang lain dan juga kepada pemanah sendiri. PENUTUP M E M A N A H | 1 4


Click to View FlipBook Version