bulat hati
bersungguh-sungguh melibatkan sesuatu
perkara sama ada dalam bidang pekerjaan
mahupun pembelajaran
Jason bulat hati untuk mendaki gunung itu
sehingga puncaknya.
membanting tulang
bekerja bermati-matian
Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk
menyara kami sekeluarga.
aBakri berpeluk tubuh
malas melakukan kerja
Bakri hanya berpeluk tubuh sahaja semasa
kawan-kawan bertungkus lumus menyiapkan
tugasan itu.
bulat air kerana
pembetung, bulat kata
kerana muafakat
kata sepakat yang dicapai dalam
perbincangan dan permuafakatan 团结一致
Setiap perkara jika dilakukan secara sepakat
akan menjadi lebih baik umpama bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
lipas kudung
pantas dan cekap membuat kerja
Bakri dapat menyiapkan kerja-kerja itu dalam
sekelip mata sahaja bagai lipas kudung.
seperti limau masak
seulas
mempunyai kelebihan daripada yang lain
Dalam kalangan adik-beradiknya, Lisa seperti
limau masak seulas, bukan sahaja pandai
menari dan menyanyi tetapi juga menguasai
empat bahasa
ringan tulang
rajin bekerja
Man yang ringan tulang itu selalu membantu
ibunya di rumah.
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing
hidup bantu membantu antara satu sama lain
Dalam kehidupan, kita mestilah tolong-
menolong bak peribahasa berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
senyum simpul
senyum yang menunjukkan kesenangan ,
kesayangan dan kegembiraan hati /
tersenyum sedikit
Aminah senyum simpul
apabila mendengar berita baik itu.
bagai isi dengan kuku
hubungan persahabatan yang sangat akrab
Alisyah dan Atiyah merupakan kawan baik
bagai isi dengan kuku.