The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin ini memaparkan aktiviti Sektor Bahasa dan Kesusasteraan, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan Julai hingga Ogos tahun 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DrCtAyu, 2021-09-09 01:25:51

Buletin SBK Bil 4_Julai Ogos 2021

Buletin ini memaparkan aktiviti Sektor Bahasa dan Kesusasteraan, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan Julai hingga Ogos tahun 2021.

Keywords: buletin sektor bahasa

BULETIN SBK BIL.4/2021
JULAI & OGOS

SEKTOR BAHASA DAN
KESUSASTERAAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera

64 tahun laungan berulang
Adakah cukup untuk kita memahami erti kemerdekaan?
sambutan kemerdekaan penyatuan perpaduan
penghayatan makna sebenar kemerdekaan

bukan sekadar
retorik pengkisahan sejarah
tidak cuma bebas cengkaman penjajah
tidak cuma laungan di bibir sahaja
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

merdeka sebenar
kemerdekaan jiwa dan minda
jati diri tonggak utama
agama, akhlak, ilmu dan bahasa bersulam sama
agar jajahan terbenteng selamanya

Salam kemerdekaan,
Hajah Faridah Mohamed Zain

Unit Bahasa Melayu

STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN
PENGAYAAN

Unit Bahasa Melayu (UBM) terlibat sama dalam
usaha menyediakan bahan Strategi Mampatan,
Pecutan dan Pengayaan (M2P). M2P merupakan
cadangan strategi pembelajaran yang
dicadangkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum bagi menyokong Pelan Pemuliharaan
Negara (PPN). Kumpulan petugas M2P diketuai
oleh Puan Fazlinah binti Said Timbalan Pengarah
Sektor Sains Sosial.

UBM telah menyediakan contoh strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah dan sekolah menangah. Bahan
info grafik yang mengandungi penerangan dan
soalan lazim pelaksanaan M2P dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu juga disediakan untuk
rujukan guru.

Unit Bahasa Melayu

BENGKEL PEMILIHAN ANUGERAH
TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR
PENDIDIKAN TAHUN 2021
PERINGKAT SARINGAN 2

Bengkel ini diadakan selama dua hari iaitu pada 28
dan 29 Julai 2021, secara dalam talian. Panel
jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh
Timbalan Pengarah Kanan Kluster Dasar, Sains &
Teknologi, Bahagian Pembangunan Kurikulum ini
menerima surat pelantikan daripada KSU
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu YBhg.
Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof.

Panel pemilihan peringkat saringan 2 terdiri
daripada pegawai Bahagian Profesionalisme Guru,
Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan dan
Latihan Teknikal Vokasional, Institut Pendidikan
Guru Malaysia, dan Jemaah Nazir. Panel telah
menyenarai pendek dua daripada 29 calon yang
mengemukakan permohonan. Kedua-dua calon
yang mencapai titik ambang tertinggi iaitu melebihi
75% berdasarkan instrumen yang disediakan oleh
pihak urus setia ini akan dikemukakan untuk
penilaian peringkat saringan ketiga.

Unit Bahasa Melayu

BENGKEL PEMILIHAN ANUGERAH
TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR
PENDIDIKAN TAHUN 2021
PERINGKAT SARINGAN 3

Bengkel Pemilihan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu
Sektor Pendidikan (ATBMSP) Tahun 2021 peringkat
saringan tiga ini diadakan pada 12 Ogos 2021 dan
dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Tuan Haji Azman bin Haji
Adnan.

Panel pemilihan yang dilantik khas
oleh KSU Kementerian Pendidikan
Malaysia ini terdiri daripada
Pengarah Bahagian Profesional
Guru, Pengarah Bahagian
Matrikulasi, Pengarah Bahagian
Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional, Ketua Nazir Sekolah,
dan Rektor Institut Pendidikan
Guru Malaysia.

Dapatan bengkel ini akan
mengemukakan calon ATBMSP
Tahun 2021 untuk pengesyoran
kepada KSU KPM melalui
Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
Bahasa Kebangsaan Sektor
Pendidikan.

Unit Bahasa Inggeris

MESYUARAT JAWATANKUASA
PEMANDU PROGRAM LITERASI DAN
NUMERASI SEKOLAH RENDAH (PLAN)
BILANGAN 1 TAHUN 2021

Mesyuarat yang telah diadakan pada 16 Ogos 2021
ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor
Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia telah membincangkan perkara
berkaitan pelaksanaan PLaN serta membuat
keputusan berkaitan isu literasi dan numerasi.

Isu literasi dan numerasi
sering dikaitkan dengan
kualiti pendidikan negara
dan Kementerian Pendidikan
perlu memastikan murid
sekolah rendah menguasai
kemahiran asas literasi dan
numerasi.

Unit Bahasa Cina

Penyediaan

Kit Penyebaran

Kursus Orientasi KSSR (Semakan
2017) Tahun 6 bagi Mata Pelajaran
Bahasa Cina SJKC dan
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Kit penyebaran 2021 yang sedang dalam proses
penyediaan mempunyai 5 modul, iaitu :

● Kemahiran Mendengar dan Bertutur
● Kemahiran Membaca
● Kemahiran Menulis
● Seni Bahasa
● Sistem Bahasa
Setiap modul berkenaan akan dilengkapi dengan soalan-
soalan penilaian kendiri.

Unit Bahasa Cina

PERTANDINGAN DEKLAMASI
SAJAK BAHASA CINA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Aktiviti ini dianjurkan oleh Pejabat
Timbalan Menteri Pendidikan dan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Pertandingan pada tahun ini diadakan
secara rakaman video berikutan situasi
semasa pandemik covid-19.

En. Lim Yock Chong (KPP UBC) telah
dilantik sebagai Ketua Panel Hakim
dalam pertandingan ini.

Terdapat 2 sesi Mesyuarat Penyelarasan
Panel Hakim secara maya pada 7 Ogos
dan 12 Ogos. Manakala Sesi perhakiman
secara maya diadakan mengikut kategori
seperti berikut:
1. 14 Ogos 8:30pg Tahap II
2. 14 Ogos 2:30ptg Tahap I
3. 15 Ogos 8:30pg Menengah Atas
4. 15 Ogos 2:30ptg Menengah Rendah

Unit Bahasa Tamil

PEMBINAAN PANDUAN PDP DAN
PENTAKSIRAN DSKP KSSR
(SEMAKAN 2017) BAHASA TAMIL
TAHUN 6 SJKT DAN SK

Dalam bulan Julai dan Ogos

2021, UBT telah mengadakan

beberapa siri perbincangan

secara dalaman unt uk

menyempurnakan Panduan PdP

dan Pentaksiran DSKP KSSR

(Semakan 2017) Bahasa Tamil

Tahun 6 SJKT dan SK. Buku

panduan ini akan diedarkan

kepada guru semasa Kursus

Orientasi sebagai bahan

sokongan kurikulum.

Sebanyak 10 set latihan

pembelajaran bagi SJKT dan

SK masing-masing telah

dihasilkan. Setiap set latihan

merangkumi kemahiran-

kemahiran asas bahasa iaitu

mendengar, bertut ur,

membaca dan menulis serta

dua aspek bahasa iaitu ceyyul

mozhiyani dan tatabahasa.

Unit Bahasa Tamil

PENYEDIAAN KIT PENYEBARAN
KURSUS ORIENTASI DSKP KSSR
(SEMAKAN 2017) BAHASA TAMIL
TAHUN 6 SJKT DAN SK

Sepanjang bulan Julai dan Ogos 2021, UBT telah
mengadakan beberapa siri mesyuarat secara
dalaman untuk menyediakan kit penyebaran
Kursus Orientasi DSKP KSSR (Semakan 2017)
Bahasa Tamil Tahun 6 SJKT dan SK. Sebanyak
10 PowerPoint yang menerangkan kandungan
DSKP berkaitan kemahiran-kemahiran asas
bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta dua aspek bahasa iaitu ceyyul
mozhiyani dan tatabahasa telah dihasilkan dan
dijadikan video. Turut disediakan 2 video
penerangan tentang Pentaksiran Bilik Darjah. UBT
juga telah menyediakan instrumen penilaian
kursus dalam bentuk google form untuk peserta
Kursus Orientasi DSKP KSSR (Semakan 2017)
Bahasa Tamil Tahun 6 SJKT dan SK.

Ketua unit Bahasa Tamil telah menyemak
kandungan dan kesesuaian semua bahan kit
penyebaran yang dihasilkan melalui pertemuan
secara atas talian.

Unit Bahasa Tamil

PENYEDIAAN BAHAN PENGUKUHAN
DAN PENGAYAAN BAHASA TAMIL DAN
KESUSASTERAAN TAMIL BAGI
PROGRAM PEMERKASAAN
PELAKSANAAN KURIKULUM

Dalam bulan Julai dan Ogos 2021, UBT telah
mengadakan beberapa siri mesyuarat secara
dalaman untuk menyediakan bahan pengukuhan
dan pengayaan Bahasa Tamil SJKT dan SMK
serta Kesusasteraan Tamil bagi Program
Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum. Sebanyak
279 bahan yang mengandungi pelbagai latihan
dan aktiviti interaktif telah dihasilkan untuk murid
dari tahap 1 hingga 4. Ketua unit Bahasa Tamil
bersama pegawai mata pelajaran telah menyemak
kandungan dan kesesuaian semua bahan dan
memberi idea penambahbaikan melalui pertemuan
secara atas talian.

Unit Bahasa Tamil

Program Didik TV KPM

Dalam bulan Julai dan Ogos 2021, UBT meneruskan
tugas membantu pihak Jawatankuasa Jaminan
Kualiti Didik TV dengan menyemak sinopsis mata
pelajaran Bahasa Tamil SJKT, Bahasa Tamil SMK
dan Kesusasteraan Tamil.

Pegawai meja dan Ketua unit Bahasa Tamil sama-
sama berbincang tentang isi kandungan siaran Didik
TV dan memberi ulasan.

Unit Bahasa Etnik

MESYUARAT KAJIAN BAHASA SEMAI
BIL. 2/2021

Mesyuarat telah dilaksanakan pada 23 Julai 2021
dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Kanan BPK. Mesyuarat dilaksanakan bagi tujuan
membincangkan strategi terbaik melaksanakan
kajian Bahasa Semai dari segi keupayaan
kewangan, tempoh pelaksanaan kajian dan
kaedah penyediaan laporan, syor dan rumusan
kajian. Mesyuarat telah dihadiri oleh Timbalan
Pengarah SBK, pegawai-pegawai UBE, pegawai
dari Unit Penilaian dan Pentaksiran, BPK, wakil-
wakil BPPDP, BPSH, IPGM dan dari UM, USM,
UPSI dan UUM.

Unit Bahasa Antarabangsa

Mesyuarat Bersama
Korean Education Center

Mesyuarat ini telah diadakan pada 8 Julai 2021 secara
dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Selain UBA yang
mewakili BPK, mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh wakil
BPSBP, wakil IPGKBA dan pensyarah bahasa Korea UiTM.
Pihak Korean Education Center telah menjemput beberapa
wakil dari Korea Selatan seperti International Korean
Education Foundation (IKEF) dan Wakil Universiti Keimyung
untuk membincangkan perkembangan Projek Penulisan
Buku Teks Bahasa Korea.

Projek yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Korea
Selatan ini menggunakan kurikulum yang dibangunkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya bagi
mata pelajaran Bahasa Korea sebagai rujukan.

Selain buku teks Bahasa Korea, buku kerja, buku panduan
guru dan buku tambahan yang merangkumi informasi
berkaitan sejarah dan budaya Korea juga akan diterbitkan
bersama. Pihak IKEF dan Universiti Keimyung juga
bersedia untuk menerbitkan buku panduan guru yang
sesuai digunakan oleh guru bukan penutur jati bahasa
Korea.

Unit Bahasa Antarabangsa

Pembentangan Initiative Report Card (IRC)
kepada PADU bagi Inisiatif BAU #27:
Pengajaran Bahasa Tambahan

Pembentangan Initiative Report Card (IRC)
kepada PADU bagi Inisiatif Business as Usual
(BAU) #27: Pengajaran Bahasa Tambahan di
sekolah menengah telah diadakan pada 12 Julai
2021, menggunakan platform Microsoft Teams.

IRC telah dibentang oleh Puan Dayang Nor
Ashikin selaku Pengurus Program dan dihadiri
bersama oleh Hajah Rasmuna dan Puan Kristina
selaku Ketua Alur Kerja.

Unit Bahasa Antarabangsa

SESI LIBAT URUS BERSAMA BAHAGIAN, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) PROGRAM INISIATIF
BUSINESS AS USUAL #27 DI BAWAH PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 –
2025

Pada 30 Julai 2021, UBA telah mengadakan sesi libat urus
bersama bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan
Malaysia secara dalam talian menggunakan aplikasi Google
Meet. Sesi ini dipengerusikan oleh Timbahan Pengarah SBK,
Pn. Hajah Faridah Mohamed Zain.

BPK dipertanggungjawabkan menjadi peneraju bagi inisiatif
PPPM 2013-2025 BAU #27: Pengajaran Bahasa Tambahan
di Sekolah Menengah, KPM. Bahasa tambahan yang
dimaksudkan ialah, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis,
Bahasa Jerman, Bahasa Korea, Bahasa Arab Komunikasi
(BAK), dan Bahasa Cina Komunikasi (BCK).

Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan
dan maklum balas daripada bahagian mengenai kaedah
memperoleh data pencapaian murid, kualiti PdP dan
kompetensi guru serta mendapatkan kerjasama bahagian
dalam mencapai hasrat PPPM 2013 – 2025 khususnya bagi
Inisiatif #27: Pengajaran Bahasa Tambahan di Sekolah
Menengah.

SIDANG REDAKSI SEKTOR BAHASA
DAN KESUSASTERAAN
TAHUN 2021

PENASIHAT

HJH. FARIDAH MOHAMED ZAIN
TIMBALAN PENGARAH SBK

DR. MAZLAN ISMAIL DAYANG NOR ASHIKIN HARUN
EDITOR EDITOR

EILEEN JESSIE SANDRA LOGIJIN HJH. RASMUNA
AH GUAN MUHAMAD ALI

USHARANI DR. NG POI NI HJH. SITI RAHAYU
ARUMUGAM MUHAMMAD

Memori
Sambutan Kemerdekaan

Pertandingan Senamrobik
Cergas Merdeka

SBK & Vaksinasi
Covid-19

Kami sudah lengkap

SBK & Vaksinasi
Covid-19

Kami sudah lengkap

Kompang dipalu
Pengantin baharu…

9 Jun 2021

Selamat menempuh alam rumah tangga buat
Puan Nasariah binti Jamian dan pasangannya

Encik Muhammad Azfar Zamir bin Muhsin.


Click to View FlipBook Version