The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smolyati5738, 2022-10-16 20:37:42

SEJARAH SK ULU TIRAM

SEJARAH SKUT

EKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
BATU 13 JALAN SUNGAI TIRAM
81800 ULU TIRAM
JOHOR
No. Tel : 07-8611007

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1954 berbekalkan azam, satu jawatankuasa
pengasas telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM
4,200.00 daripada penduduk Kampung Ulu Tiram, Datuk
Mackanzie, Tuan Pengurus Ladang dan mandur-mandur Ladang
Ulu Tiram untuk membina sebuah bangunan yang terdiri daripada
3 buah bilik darjah sekali gus sebuah dewan.

Semenjak itu, sekolah telah ditadbir oleh sebuah
jawatankuasa pentadbir yang dipilih daripada kalangan penduduk
yang berpengaruh iaitu :-

En. Mohd Jhom bin Sarpan -Pengerusi
En. Mohd Yusof bin Mohd Shah -Guru Besar / Setiausaha
En. Abd. Kohir bin Hassim
En. Nazal bin Somo
En. Mohd Dahwan bin Marto
En. Sarpan bin Hj. Salleh
En. Alwee bin Mami
En. Ramso bin Sarwo

Pada tahun 1959, Tuan Syed Nasir bin Syed Ismail, Nazir
Sekolah Melayu Negeri Johor telah merasmikan bangunan
sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Ulu Tiram. Pada
tahun 1962 (Blok Mutiara), bangunan yang berdindingkan papan
dan beratapkan zink itu telah dirobohkan serta digantikan dengan
sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah
dan sebuah pejabat. Bangunan ini diberi nama HAMKA. Ekoran
itu, Jemaah Pengurus sekolah telah dibentuk seperti arahan
daripada Kementerian Pelajaran.

Tuan Hj. Nasan bin Somo - Wakil Kerajaan
Tuan Hj. Mohd Said bin Hassan - Wakil Kerajaan
En. Suhud bin Hj Sirat - Wakil Kerajaan
En. Hamdan bin Hj Rais - Wakil Kementerian

En. Suhud bin Kondoh Pelajaran
- Wakil Kementerian
En. Wagio bin Arjo
Pelajaran
En. Salman bin Jemien - Wakil Kementerian
En. Sulaiman bin Hj Ali
En. Hamzah bin K. Bava Pelajaran
En. Amari bin Satimah - Wakil Ibu Bapa
En. Jamby bin Hj. Sanusi - Wakil Ibu Bapa
En. Denin bin Jolabi - Wakil Ibu Bapa
- Wakil Murid Tua
- Wakil Murid Tua
- Wakil Murid Tua

Bangunan asal tahun 1959

Tidak lama kemudian, nama sekolah telah ditukar kepada
Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram. Berikutnya pada tahun 1972
(BANGUNAN PEJABAT), sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina
oleh Kerajaan Persekutuan di mana ianya bersambung dengan
kantin serta dilengkapi dengan bekalan elektrik. Bangunan ini
terdiri daripada 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik
rehat, sebuah perpustakaan, 4 buah tandas, dan sebuah setor.
Bangunan ini dinamai ZA'BA. Di samping itu, 2 pintu rumah guru
telah didirikan di bahagian belakang bangunan ini melalui jasa baik
Kerajaan Negeri Johor dalam penyediaan tapak tanah dan RIDA
dengan menampung kos pembinaan.

Semakin hari jumlah murid semakin meningkat. Justeru
sebuah bangunan 3 tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah,
sebuah perpustakaan, sebuah bilik TV, 4 buah tandas, dan 3 buah
stor telah dibina sekitar tahun 1982 (BANGUNAN CEMERLANG).
Bangunan ini pula dinamakan PROFESOR UNGKU AZIZ.

Beberapa projek perumahan mewarnai bandar Ulu Tiram.
Kepesatan pembangunan dan kepadatan penduduk memaksa
sepasukan tentera dari Rejimen Kor Jurutera, Kem Kluang
membina sebuah bangunan pasang siap dengan 4 buah bilik
darjah pada tahun 1984 (BLOK HARAPAN) setelah merobohkan
bangunan sementara yang usang berlantaikan papan lapis.

Berkat usaha gigih Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan bekas
Yang Dipertua PIBG pada ketika itu, iaitu Tuan Haji Tamat bin
Rejo, sebuah surau telah dapat dibina pada tahun 1985 (SURAU).

Masa silih berganti, Pada tahun 1989 (BLOK TERBILANG)
telah menyaksikan sebuah lagi bangunan 3 tingkat dengan 8 buah
bilik darjah, sebuah bilik untuk kelas pemulihan, sebuah bilik solat
dengan bilik berwuduk, 4 buah setor, sebuah pejabat ( cadangan
SKUT 2 ), dan 4 buah tandas telah megah berdiri bagi
menampung kepadatan populasi sekolah.

Sejajar dengan aspirasi teknologi pendidikan, sebuah pusat
sumber sekolah yang dilengkapi dengan perpustakaan, bilik
tayang, bilik Kerel, dan bilik penyelaras PKG J15 dibina sekitar
tahun 1990 (PUSAT SUMBER).

Pada tahun 1998 (BLOK GEMILANG), sejarah sekolah
tercatat lagi dengan pembinaan sebuah bangunan tambahan 3
tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah Bilik
Mesyuarat, sebuah Bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Makmal
Sains, sebuah Bilik Komputer, sebuah Bilik PKG J15, 6 buah
setor, dan 4 buah tandas.

Akhirnya, seiring dengan kemodenan negara berteraskan
ICT dalam sumber pendidikan sebuah makmal komputer 2
tingkat diwujudkan pada tahun 2004 (MAKMAL KOMPUTER)
yang mengandungi 42 buah komputer dan sebuah bilik server .

Kelas Pendidikan Khas telah dibuka pada tahun 1997 di
bilik darjah biasa di bawah bimbingan 2 orang guru dengan
keramaian 8 orang murid. Bermula dari detik ini, pelajar-pelajarnya
bertambah dari setahun ke setahun.

Pada 7 Januari 2002, sebuah kelas Pra-Sekolah telah
dibuka. Enrolmen kelas tersebut seramai 25 orang murid yang
dididik oleh seorang guru dan dibantu oleh seorang pengasuh.

Pertambahan bangunan, guru, kakitangan dan pelajar
membuktikan keprihatinan serta kewajaran berilmu di kalangan
penduduk setempat semakin tinggi demi masa hadapan yang
cemerlang, gemilang lagi terbilang. Semoga SKUT sentiasa
berada di mercu tanda.

Lambang semangat kesukanan dan kecemerlangan mutu sukan
sekolah. Terdapat 4 buah pasukan sukan sekolah.

Singkatan bagi Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram

Lambang keutamaan ilmu pengetahuan menjadi teras kejayaan dan
kecemerlangan sekolah.

Lambang sains dan teknologi ditekankan di peringkat sekolah
rendah untuk melahirkan generasi berilmu teknologi.

Cogan kata sekolah bermaksud sesuatu usaha yang dilakukan
dengan bersungguh-sungguh pasti akan menghasilkan kejayaan.

Semangat kerjasama dikalangan semua pihak.

Kesuburan rohani dan jasmani kanak-kanak perlu dipupuk supaya
menjadi insan berakhlak tinggi.

LAGU SEKOLAH

Berdiri satu barisan
Halakan ke arah hadapan
Bersatu menuju wawasan

Tingkatkan keazaman

Tersergam indah gemilang
Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram

Menjadi lambang perpaduan
Ke arah keunggulan

Kami berjanji akan patuhi
Disiplin diri dan berhemah tinggi

Rajin berusaha cekal di hati
Kejayaan pasti

Sekolah yang kami sayangi
Ku curahkan khidmat dan bakti
Pada agama dan bangsa tercinta

Kasihku kan kekal abadi

PELAN TAPAK SK ULU TIRAM

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS
DI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM

BIL NAMA GURU BESAR TAHUN TAHUN
MULA TAMAT
1. Tn. Hj. Mohd Yusof bin Hj. Mohd Shah 1954
2. Tn. Hj. Mohd Amin bin Sarwan 1955 1955
3. Tn. Hj. Mohd Yusuf bin Hj. Mohd Shah 1956 1956
4. En. Hassan bin Mohammad 1964 1964
5. Tn. Hj. Mohd Ayub bin Hj. Noor 1971 1971
6. Tn. Hj. Kumasi bin Hj. Dainuri ( PIS ) 1973 1972
7. En. Abd. Kadir bin Hj. Abd Rahim 1978 1978
8. Tn. Hj. Mohd Sies bin Kamsan ( PIS ) 1981 1980
9. En. Omar bin Hj. Hassan 1983 1983
10. Tn. Hj. Mohd Diah bin Ma'asul 1985 1985
11. Tn. Hj. Tarmudi bin Sadri 1989 1989
12. Tn. Hj. Mokhtar bin Mondori (PIS) 1991 1991
13. En. Abd. Rahman bin Mohd Nor (PK, PIS ) 1993 1993
14. En. Seroun bin Hj. Shamsudin 1997 1996
15. Tn. Hj. Mashot bin Hj. Idun 1997 1997
16. Pn. Mazara binti Mansor 2004 2004
17. Pn. Norlilawati binti Mohamed 2008 2008
18. Pn Hjh Fatimah binti Ab Hamid 2012 1012
19. En Padzlan b. Monthel 2016 2015
20. En. Aziz b A. Birangkutty 2017 2017
21 En Zainul Aman b, Mamat 2021 2021

ANTARA WAJAH CERIA GURU-GURU BESAR DALAM
LIPATAN SEJARAH SK ULU TIRAM

Tn. Hj. Kumasi bin Hj. Dainuri ( PIS )
1973 – 1978

Tn. Hj. Mohd Diah bin Ma'asul
1985 – 1989

Tn. Hj. Mokhtar bin Mondori (PIS)
1991 – 1993

En. Abd. Rahman bin Mohd Nor (PK, PIS )
1993 – 1996

Tn. Hj. Mashot bin Hj. Idun
1997 – 2004

Pn. Mazara binti Mansor
2004 – 2008

Pn. Norlilawati binti Mohamed
2008 hingga 2012

Pn Hjh Fatimah bt Abd Hamid
2012 hingga 2015

En. Padzlan B.Monthel
2016 hingga 2017

En. Aziz B. A. Birangkutty
2017 hingga 2021

En. Zainul Aman Bin Mamat
2021 hingga kini

GAMBAR SEKITAR 1976

Terima kasih

Sekolahku Sejahtera
Budimu Dikenang
Jasamu Dihargai


Click to View FlipBook Version