LITERASI MAKLUMAT
DIGITAL
SEMPENA BULAN PUSAT SUMBER 2022
MUDAHAN PINJAMAN BUKU
U-PUSTAKA: KE & DALAM TALIAN
PANGKALAN DATA OOKBEE BUFFET
UNIT PUSAT SUMBER & PERPUSTAKAAN
KOLEJ VOKASIONAL PUTERI
28000 TEMERLOH
U-PUSTAKA
Nak pinjam buku dengan cara mudah? Memperkenalkan u-
Pustaka, pusat bahan digital negara.
Perkhidmatan ini dapat diakses oleh seluruh rakyat
Malaysia pada bila-bila masa dan di mana jua berada
melalui portal u-Pustaka.
Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi
kolaboratif daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan
sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-
ahli Konsortium u-Pustaka yang terdiri daripada beberapa
perbadanan perpustakaan negeri seperti Selangor (PPAS)
dan Melaka (PERPUSTAM).
Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh
rakyat Malaysia. Antara kelebihan ahli u-Pustaka ialah
boleh meminjam sehingga tiga buku fizikal dari 12
perpustakaan konsortium u-Pustaka di 6 negeri ataupun
boleh dihantar terus ke rumah anda melalui perkhidmatan
Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.
U-PUSTAKA
Untuk bahan digital pula, u-Pustaka menyediakan lebih
52.9 juta akses seperti buku audio, buku elektronik dan
jurnal. Dalam waktu terkini, semua bahan digital boleh
didapati secara PERCUMA untuk anda nikmati bersama-
sama keluarga dalam semua lingkungan umur dari pagi
hingga ke malam.
Sehingga kini, lebih 540,000 pengguna sudah menjadi ahli
u-Pustaka dan mencapai akses bacaan digital secara
mudah. Mungkin anda juga boleh menjadi ahli yang
seterusnya. Bak kata orang, peluang sudah berada di
depan mata. Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-
PUSTAKA.Mari kita lihat cara-cara untuk mendaftar
keahlian u-Pustaka. Ikuti langkah-langkah mudah ini.
1.Layari portal u-Pustaka
2.Pilih Daftar untuk mencipta akaun baru
3.Sila pilih Mykad/Mykid/PemegangPPR (warganegara) atau pilih
Warga Asing (bukan warganegara), kemudian klik Daftar Sekarang
4.Masukkan nama dan nombor kad pengenalan
5.Lengkapkan maklumat peribadi anda
6.Anda akan menerima satu emel pengaktifan u-Pustaka
7.Buka emel yang di daftarkan kemudian tekan pada link pengaktifan
8.Portal u-Pustaka kini boleh di akses menggunakan kata laluan yang
di beri (anda digalakkan untuk menukar kata laluan yang baru)
U-PUSTAKA
Pengguna juga boleh mengakses Pangkalan Data i-Learn
Ace yang boleh diakses melalui portal u-Pustaka di http://u-
pustaka.gov.my.
Pangkalan data i-Learn Ace PNM disediakan secara
percuma bagi memberi kemudahan kepada pelajar sekolah
rendah dan menengah belajar secara dalam talian
menerusi portal u-Pustaka.
KELEBIHAN PANGKALAN DATA
OOKBEE BUFFET
LANGKAH-LANGKAH MENGAKSES
PANGKALAN DATA OOKBEE BUFFET
(MELALUI TELEFON BIMBIT)
JOM DAFTAR U-PUSTAKA &
OOKBEE BUFFET
BANYAK KELEBIHANNYA
BANGSA MEMBACA ,
BANGSA BERJAYA
Terima kasih
RUJUKAN