The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

u-Pustaka Kemudahan Pinjaman Buku Dalam Talian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eriniwatializa, 2022-02-27 23:58:50

u-Pustaka Kemudahan Pinjaman Buku Dalam Talian

u-Pustaka Kemudahan Pinjaman Buku Dalam Talian

Keywords: u pustaka

U-PUSTAKA: KELITERASI MAKLUMAT DALAM TALIAN
DIGITAL

SEMPENA BULAN PUSAT SUMBER 2022

MUDAHAN PINJAMAN BUKU

UNIT PUSAT SUMBER & PERPUSTAKAAN
KOLEJ VOKASIONAL PUTERI

U-PUSTAKA

Nak pinjam buku dengan cara mudah? Memperkenalkan u-
Pustaka, pusat bahan digital negara.

Perkhidmatan ini dapat diakses oleh seluruh rakyat
Malaysia pada bila-bila masa dan di mana jua berada
melalui portal u-Pustaka.

Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi
kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli
Konsortium u-Pustaka yang terdiri daripada beberapa
perbadanan perpustakaan negeri seperti Selangor (PPAS)
dan Melaka (PERPUSTAM).

Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh
rakyat Malaysia. Antara kelebihan ahli u-Pustaka ialah
boleh meminjam sehingga tiga buku fizikal dari 12
perpustakaan konsortium u-Pustaka di 6 negeri ataupun
boleh dihantar terus ke rumah anda melalui perkhidmatan
Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.

U-PUSTAKA

Untuk bahan digital pula, u-Pustaka menyediakan lebih
52.9 juta akses seperti buku audio, buku elektronik dan
jurnal. Dalam waktu terkini, semua bahan digital boleh
didapati secara PERCUMA untuk anda nikmati bersama-
sama keluarga dalam semua lingkungan umur dari pagi
hingga ke malam.

Sehingga kini, lebih 540,000 pengguna sudah menjadi ahli
u-Pustaka dan mencapai akses bacaan digital secara
mudah. Mungkin anda juga boleh menjadi ahli yang
seterusnya. Bak kata orang, peluang sudah berada di
depan mata. Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-
PUSTAKA.Mari kita lihat cara-cara untuk mendaftar
keahlian u-Pustaka. Ikuti langkah-langkah mudah ini.

1.Layari portal u-Pustaka
2.Pilih Daftar untuk mencipta akaun baru
3.Sila pilih Mykad/Mykid/PemegangPPR (warganegara) atau pilih

Warga Asing (bukan warganegara), kemudian klik Daftar Sekarang
4.Masukkan nama dan nombor kad pengenalan
5.Lengkapkan maklumat peribadi anda
6.Anda akan menerima satu emel pengaktifan u-Pustaka
7.Buka emel yang di daftarkan kemudian tekan pada link pengaktifan
8.Portal u-Pustaka kini boleh di akses menggunakan kata laluan yang

di beri (anda digalakkan untuk menukar kata laluan yang baru)

U-PUSTAKA

Pengguna juga boleh mengakses Pangkalan Data i-Learn
Ace yang boleh diakses melalui portal u-Pustaka di http://u-
pustaka.gov.my.

JOM DAFTAR U-PUSTAKA
BANYAK KELEBIHANNYA

Terima kasih

Sumber rujukan:
https://www.locco.com.my/2021/06/07/u-pustaka-

kemudahan-pinjaman-buku-dalam-talian/


Click to View FlipBook Version