CAWANGAN MELAKA
GIRL’S SUMMIT 2019
TARIKH : 3 - 6 SEPTEMBER 2019
TEMPAT
: PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN
ANJURAN
PERAK, SELANGOR
PERASMI MAJLIS RENJER
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
: DATO JEYADEHVI SUBRAMANIAM
KETUA PESURUHJAYA PPPM
1.0 LATAR BELAKANG:
Acara ini diadakan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada ahli Pandu
Puteri Renjer mengendalikan acara disamping menyebarkan pengetahuan mengenai
cabaran dunia luar selepas persekolahan dan peluang yang boleh mereka sertai
berkaitan dengan aktiviti Pandu Puteri terutamanya di peringkat antarabangsa selain
memastikan seramai yang mungkin ahli Pandu Puteri dikekalkan dalam persatuan
ini.
2.0 OBJEKTIF:
Menyediakan ahli untuk menghadapi cabaran dunia selepas tamat persekolahan.
Memastikan ahli mengetahui adanya program Pandu Puteri selepas
sekolah dan kekal sebagai ahli Pandu Puteri.
Menyerlahkan kualiti kepimpinan dalam diri ahli Pandu Puteri.
Memperkasakan pendirian ahli Pandu Puteri untuk menolak perkahwinan bawah umur.
3.0 PENYERTAAN Penolong Pesuruhjaya Renjer Cawangan
Pemimpin Kolej Yayasan Saad
PEMIMPIN:
1 Puan Noriza Binti Ab. Rahim
2. Puan Nur Suriyati
MURID: Lapan orang pelajar
( 4 dari SMK Munshi Abdullah, 2 Kolej Yayasan Saad, 2 SMK Datuk Bendahara)
51
4.0 AKTIVITI/TENTATIF PROGRAM:
1. Perjalanan Melaka – Pulau Pangkor, Perak
2. Pendaftaran
3. Hari Kedua – Cabaran untuk Ocean Challenge Badge ( Berkayak dalam
kumpulan, Mengenal hidupan laut, Membina Istana Pasir,
Pembersihan pantai)
4. Hari Ketiga – Flying fox, Pandu arah menggunakan kompas dan peta,
Melukis poster bertemakan laut, Malam persembahan,
5. Hari Keempat – Majlis penutup dan penyampaian sijil, perjalanan balik Melaka.
5.0 PENCAPAIAN
3. Sijil Penyertaan
4. Ocean Challenge Badge
6.0 KEKUATAN AKTIVITI/ PROGRAM
1. Murid dapat bekerjasama dalam aktiviti yang dijalankan
2. Murid lebih tampil yakin dalam mengutarakan pendapat.
3. Murid dapat berkenalan dan menambah kawan dari sekolah lain
4. Fasilitator yang berpengalaman dan banyak membantu.
7.0 KELEMAHAN AKTIVITI/ PROGRAM
1. Yuran terlalu mahal untuk murid sekolah kerana tempat di premis kerajaan.
2. Kawasan khemah murid yang banjir apabila berlaku cuaca buruk seperti hujan.
3. Murid tidak berpeluang membuat aktiviti sekitar kawasan pulau dan
hanya di dalam pusat Koku.
8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Mengkaji semula yuiran bagi program Girls Summit.
2. Tapak perkhemahan yang perlu ditambak atau sediakan tapak yang
lebih tinggi untuk kawasan khemah.
3. Aktiviti kemasyarakatan yang lebih menarik perlu diadaakan.
Disediakan Oleh:
NORIZA BINTI AB. RAHIM
PENOLONG PESURUHJAYA RENJER
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA
52
DOKUMENTASI BERGAMBAR
53
CAWANGAN MELAKA
PEMBENTANGAN KHIDMAT MASYARAKAT TIGA BULAN
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2019
TEMPAT
: DEWAN WISMA PANDU PUTERI MALAYSIA ,
ANJURAN JALAN PANTAI BAHARU KUALA LUMPUR.
: PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
1.0 PENDAHULLUAN
Khidmat masyarakat selama tiga bulan merupakan antara syarat wajib bagi seorang
calon Pandu Puteri Raja untuk mendapatkan anugerah Pandu Puteri Raja. Perancangan
khidmat masyarakat ini perlu dibentangkan kepada panel-panel penguji untuk kelulusan
atau diberi tunjuk ajar cara pembaikan yang bersesuaian.
2.0 PENYERTAAN
9 calon dari Kolej Yayasan Saad, Melaka
5 calon dari SMK Gajah Berang, Melaka
1 calon dari SMJK Yok Bin
3 orang pemimpin (Pn Sio Pek Suan, Pn Suriyani Mohamad dan Pn Suriati Shaaban)
1 orang penguji (Pn Vijaya)
3.0 KEPUTUSAN
Kesemua cadangan dan perancangan calon Pandu Puteri Raja dapat dibentangkan
dan masing- masing menerima tunjuk ajar daripada penilai-penilai.
Disediakan oleh:
Adawiah
(RABIATUL ADAWIAH BINTI AB. AZIZ)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
54
CAWANGAN MELAKA
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH
U-REPORT RECRUITMENT COMPETITION 2019
TARIKH : 12 OKTOBER 2019
TEMPAT
: DEWAN WISMA PANDU PUTERI MALAYSIA ,
ANJURAN JALAN PANTAI BAHARU KUALA LUMPUR.
PERASMI : UNICEFF DAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
: DYAM RAJA PUAN MUDA PERAK DARUL RIDZUAN, TUNKU
SORAYA BINTI AL-MARHUM SULTAN HAJI ABDUL HALIM
MU’ADZAM SHAH
TIMBALAN YANG DIPERTUA PPPM
1. LATAR BELAKANG:
Program ini adalah penganugerahan pencapaian dalam pertandingan Projek U report
bersama UNICEFF. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka turut
menghadiri majlis ini dan menerima anugerah pencapaian sebagai johan
pertandingan peringkat Kebangsaan.
2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan penyertaan ahli Pandu Puteri dalam pertandingan
yang dianjurkan oleh U-Report.
2.2 Menyemai semangat kerjasama dalam penyertaan sesuatu program
3. PENYERTAAN
Guru: 8 Orang
Murid: 37 Orang
(8 dari Ayer keroh, 7 Bukit Cina, 12 Jasin, 4 dr Masjid Tanah, 6 Tanjung)
4. ATUR CARA PROGRAM
MASA ATUR CARA
9.00 pagi Ketibaan ahli pandu puteri dan tetamu jemputan
9.40 pagi Ketibaan Dato Jeyadhevi Subramaniam, ketua Pesuruhjaya
PPPM dan Marianne Clark-Hattingh, wakil UNICEF Malaysia
10.00 pagi Ketibaan Timbalan Yang Dipertua PPPM,
DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Al-Marhum
Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah
55
10.15 pagi Ucapan oleh Dato Jeyadhevi Subramaniam, ketua Pesuruhjaya
PPPM dan Marianne Clark-Hattingh, wakil UNICEF Malaysia
10.30 Ucapan perasmian oleh Timbalan Yang Dipertua PPPM,
DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Al-Marhum
Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah
Penyampaian Anugerah kepada pemenang-pemenang U-Report Recruitment
Competition
10.45 pagi Sesi bergambar
11.00 pagi
Jamuan Ringan
Sesi temubual dengan ahli Pandu Puteri dari cawangan yang menang
11.30 pagi Bengkel Khidmat Masyarakat oleh pegawai dari UNICEF Untuk KPC dan
Pengurus serta AJK Projek Khidmat Masyarakat
1.30 tengah Bersurai
hari
5. PENCAPAIAN
JOHAN : MELAKA
NAIB JOHAN : KUALA LUMPUR
TEMPAT KETIGA : NEGERI SEMBILAN
TEMPAT KEEMPAT : PERAK
TEMPAT KELIMA : SABAH
Disediakan Oleh:
TUAN SALINA BINTI TUAN BAHRU
PESURUHJAYA PROGRAM
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA
56
DOKUMENTASI BERGAMBAR
57
CAWANGAN MELAKA
CABARAN ANUGERAH TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA 2019
TARIKH : 19 - 21 OKTOBER 2019
TEMPAT : KEM WHITE RESORT, PULAU PINANG
ANJURAN : PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PERASMI : YAB TOH PUAN DATO’ SERI UTAMA HAJAH MAJIMOR BT SHARIFF
PENAUNG PPPM CAW PULAU PINANG
1. LATAR BELAKANG
Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah
pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu
Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini, ia secara langsung- mengiktiraf ahli Pandu
Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.
Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara
tahunan melalui pelaksanaan BATHKPC, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat
Kebangsaan.
2. OBJEKTIF
i. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam
melakukan aktiviti-aktiviti Pandu Puteri.
ii. Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
iii. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.
iv. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan
perkembangan semasa.
3. PENYERTAAN
2 Pemimpin: Pn Siti Hajar Ramli dan Pn Patimahtun Zaharah Abd Jalil
18 Ahli Pandu Puteri Tunas Melaka
(4 dari SK Seri Bemban, 5 SK Chenderah, 3 SK Merlimau 2, 3 SK Convent Infant Jesus 2, 2 SK Alor Gajah 1
dan 1 SK Merlimau 1)
58
4. JADUAL AKTIVITI
Masa 19.10.119 20.10.19 21.10.19
0700 - 0800 Selamat Datang Lingkungan Pandu Senaman&
Puteri Tunas & Sarapan Pagi
0800 - 1000 Pendaftaran Peserta Sarapan Pagi
Cabaran Mengemaskan Tempat
1000 - 1030 Minum Pagi penginapan dan lain
1030 - 1230 Minum Pagi lain
1230 - 1400 Pendaftaran Peserta Persiapan untuk Majlis
1400 - 1430 Taklimat & Makan Cabaran Penutupan
1430 - 1600 Tengah hari & Makan Tengah hari Majlis Penutupan
1600 - 1630 Persiapan Upacara Selamat jalan
1630 - 1830 Majlis Perasmian Cabaran
1830 - 2000 Upacara Majlis
Perasmian Cabaran
2000 - 2230 Minum Petang
Cabaran Minum Petang
Makan Malam & Cabaran
Persiapan untuk Malam Makan Malam &
Bazaar Persiapan untuk Malam
Malam Bazaar Bakat
Pow- Wow Malam Bakat
Pow- Wow
5. MASALAH (JIKA ADA)
Yuran penyertaan yang mahal dan terhad pada yang lulus log lencana kecekapan..
6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Penerangan dan bengkel buku log diadakan mengukit daerah dilakukan oleh PJ Tunas
Negeri dengan kerjasama PJ Tunas Daerah dan Pesuruhjaya Daerah bagi menggalakan
murid-murid terlibat dalam membuat buku log.
Disediakan oleh:
……………………… ajar
( SITI HAJAR BINTI RAMLI)
Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
59
Kontinjen Melaka ke Cabaran Pandu Puteri Tunas peringkat kebangsaan
Aktiviti-aktiviti yang disertai semasa Cabaran Pandu Puteri Tunas peringkat kebangsaan
60
CAWANGAN MELAKA
MAJLIS PELANCARAN PANDU PUTERI SISWI
TARIKH : 4 DISEMBER 2019
TEMPAT
ANJURAN : DEWAN BESAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERASMI
: PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
: DYMM SPB RAJA PERMAISURI AGONG
TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH
BINTI AL-MARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN
ISKANDAR AL-HAJ
1. LATAR BELAKANG:
Persatuan Pandu Puteri Malaysia melancarkan cawangan baharu iaitu Pandu Puteri
Siswi yang ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar institusi-institusi tertiari di
seluruh negara.
2. PENYERTAAN
i. Pemimpin: 9 orang
ii. Pelajar : 76 orang
(19 dari Ayer Keroh, 2 Bukit Cina, 1 Masjid Tanah, 8 Jasin, 11 Tanjung
dan 35 Pandu Puteri Dewasa Politeknik Merlimau Melaka)
3. AKTIVITI
a. Pendaftaran peserta
b. Tayangan video PPPM
c. “Sharing session” bersama Pandu Puteri yang telah menghadiri Juliette Low Seminar
d. Ketibaan tetamu undangan
e. Ketibaan tetamu Diraja
f. Majlis perasmian
g. Lawatan ke booth Pameran – Melaka mempamerkan – biji benih Pokok bakau, pokok
benih, gambar-gambar pencapaian PPPM Caw Melaka 2019, hasil kraft calon pandu
puteri Raja seperti kerusi dibuat daripada botol plastic dan seluar jeans terpakai dan
bag serta alas kaki dibuat daripada baju T terpakai)
Disediakan oleh
Tunz
(PATIMAHTUN ZAHARAH BINTI ABD JALIL)
Pesuruhjaya Perhubungan dan Kemasyarakatan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
61
DOKUMENTASI BERGAMBAR
62
LAPORAN AKTIVITI
PERINGKAT NEGERI
2019
63
CAWANGAN MELAKA
SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA 2019
TARIKH : 9 APRIL 2019
TEMPAT : MAHKOTA PARADE, MELAKA
PERASMI
: DATIN SERI ZAINUN BINTI TUN ABDUL GHAFAR,
YANG DIPERTUA PERSATUAN PANDU PUTERI
MALAYSIA CAWANGAN MELAKA
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Peringatan Sedunia disambut oleh semua ahli Pandu Puteri dan Puteri
Pengakap di seluruh dunia pada setiap 22 Februari. Hari ini merupakan hari untuk setiap ahli
memikirkan mengenai nasib rakan ahli lain di seluruh dunia dan impaknya terhadap global.
Pada tahun ini, Sambutan Hari Peringatan Sedunia membawa tema LEADERSHIP. Pungutan
Tabung Hari Peringatan akan diserahkan ke Ibu Pejabat PPPM untuk menyokong projek yang
dibawa oleh ahli-ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri seluruh dunia.
2.0 PENYERTAAN
Ayer Keroh 9 buah sekolah
Tanjung 8 buah sekolah
Melaka Tengah 14 buah sekolah
Bukit Cina 12 buah sekolah
Jasin 13 buah sekolah
Jumlah penyertaan 964 ahli termasuk pemimpin dan ahli LEC , LED Bukit Cina serta
Trefoil Guild Melaka
3.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi Pn. Sio Pek Suan(Ketua Pesuruhjaya PPPMCM)
Penyelaras Pn. Rafidah binti Ahmad(PJ Daerah Bukit Cina)
Setiausaha Pn. Rabiatul Adawiah Binti Ab. Aziz(Setiausaha PPPMCM)
Bendahari Pn. Khaw Lay Wah(Bendahari PPPMCM)
Urusetia Pn Rafidah Ahmad, Pn Samiah Samari
Persiapan Tempat dan Logistik Pn Maheran Rejab, Pn Azizah Talib
Pn Norulhuda, Pn M. Vijayaletchumi
Pendaftaran Pn Low Kim Suan, Pn Sarimah Mohd Ghazali
64
Pertandingan Pn Rossini Rafper (Ketua Tarian)
Pn Foo Huey Koon (Ketua Nyanyian)
Makan Minum AJK Pn Pn Nur Hadijah Omer, Pn Nur Fauziah
Amran
Cenderamata, hadiah & Goodies Bag Pn Ong Ing Chien, Pn Sapina Abdul Hamid Pn
Noriza Abdul Rahim
Dokumentasi & Jurugambar Pn Pathimahtun Zahra Abdul Jalil, Pn Siti
Hajar Ramli
Kebersihan Pn Rohana Che Yusoh, Pn Nor Syahidah Pn
Norlia Aman
Sijil Pn Suriani Mohamad, Pn Rohani Mohd Nor
Juru acara
Liason Officer Pn Noridah Sani, Cik Shazrina Mazny
Pn Tuan Salina Tuan Bahru
4.0 KUTIPAN SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA
Jumlah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM 757.15
i
5.0 AKTIVITI YANG DIADAKAN
Pemenang Pertandingan Tarian Kontemporari:
i. Kategori Sek Menengah:
ii. Johan : Kolej Yayasan Saad
iii. Naib Johan : SMK Cannosa Convent
iv. Tempat Ketiga : SMK Tun Tijah
v. Kategori Sek Rendah :
vi. Johan : SK Convent Infant Jesus 2
vii. Naib Johan : SK Malim
viii. Tempat Ketiga : SK Merlimau 1
6. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
– Persembahan Choral Speaking oleh pelajar Koleh Yayasan Saad
7. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA DAN PANDU PUTERI RAJA
i. Penerima anugerah:
ii. Pandu Puteri Raja - 15 orang
Pandu Puteri Remaja - 13 orang
Laporan disediakan oleh:
Adawiah
(RABIATUL ADAWIAH BINTI AB. AZIZ)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
65
DOKUMENTASI BERGAMBAR
Upacara sambutan tetamu kehormat Yang Dipertua PPPMCM Datin Barisan kepimpinan tertinggi bersama tetamu
Seri Zainun binti Abdul Ghafar undangan Encik Zahiruddin bin Ahmad
Pengurus Besar Mahkota Parade
Perutusan WAGGGS yang disampaikan Perutusan Ketua Pesuruhjaya PPPM Puan Pengerusi Majlis yang
oleh Ketua Pesuruhjaya PPPMCM Pn yang disampaikan oleh Timbalan KPC sedang menjalankan tugas.
Sio Pek Suan
Pn. Samiah binti Samari
Penari-penari cilik yang sedia
membuat persembahan tarian
kontemporari
Sebahagian ahli yang menyertai Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri Penari-penari dari pelbagai sekolah
yang menyertai pertandingan
66
CAWANGAN MELAKA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2019
TARIKH 15 MAC 2019 (JUMAAT)
MASA 8.00 PG- 2.00 PTG
TEMPAT DEWAN BESTARI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI,
PERASMI
YBHG DATO’ JEYADHEVI SUBRAMANIAM
(KETUA PESURUHJAYA PPPM)
1.0 Pendahuluan
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan untuk membincang dan menerima serta memperakui
semua keputusan mesyuarat, memilih dan melantik ahli LEC yang baharu, menghargai jasa
serta khidmat pemimpin dan individu yang telah memberi sokongan dalam menjayakan
program Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka di samping merapatkan
hubungan siraturrahim di antara pemimpin Pandu Puteri dari semua sekolah di dalam
Negeri Melaka.
2.0 Kehadiran:
3.1 Lembaga Eksekutif Cawangan 31
3.2 Daerah Ayer Keroh 16
3.3 Daerah Jasin 12
3.4 Daerah Bukit China 15
3.5 Daerah MasjidTanah/Alor Gajah 31
3.6 Daerah Tanjung 18
123
Jumlah
Turut serta hadir pada MAT ini ialah Ybhg Datin Seri Hjh Zainun bt Tun Ghafar,
YDP Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka, YBhg Datin Norazlina bt Md.
Sanusi (YDP Daerah Melaka Tengah), YBhg Datin Chong Chin Wei (YDP Daerah Jasin) dan
YBhg Datin Noraziah bt Abdullah (YDP Daerah Alor Gajah)
3.0 Penerima Anugerah/Penyampaian Sijil
Pingat Terima Kasih En. Jasmi bin Abu Samah (Ketua Sektor
Pingat Tangkai Padi Pembangunan Murid JPNMelaka)
Puan Ong Ing Chien
Puan Noriza bt Ab. Rahim
Puan Rossini bt Hj. Ab Rafper
Puan Tuan Salina bt Tuan Bahru
67
Sijil Quartermaster (QM) Puan Mahiran bt Rejab
Sijil Juru Pertolongan Cemas (JPC) Puan Tuan Salina bt Tuan Bahru
Puan Samiah Bt Samari
4. Atur Cara
Masa Aturcara
10.20 pagi Ketibaan Yang DiPertua Daerah Jasin, Melaka Tengah dan Masjid Tanah
10.25 pagi Ketibaan Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka,
Datin Seri Hjh Zainun Bte Tun Abd Ghafar
10.30 pagi Nyanyian Lagu Patriotik
10.50 pagi
Istiadat panji-panji
Lagu dunia
Memperbaharui Persetiaan
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Melaka, Datin Seri Hjh Zainun Bte Tun Abd Ghafar
Tayangan Video Aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2018
Penyampaian Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
11.20 pagi Mesyuarat Agung Tahunan
12.00 Makan tengah hari dan solat
Tengah hari
Sambungan Bengkel WAGGGS
2.00 petang Action on Body Confidence (ABC)
4.00 petang Bengkel Pendaftaran Keahlian online
4.45 petang Jamuan Ringan dan bersurai
Disediakan oleh:
Ida sani
(NOORIDAH BT SANI)
Pesuruhjaya Daerah
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah
68
DOKUMENTASI BERGAMBAR
Ucapan oleh perasmi YBhg Dato
Jeyadhevi Subramaniam
Barisan penerimapenerima anugerah dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kata alu-aluan oleh Yang Dipertua PPPMCM
Cawangan Melaka Datin Seri Zainun binti Abdul Ghafar
Peserta dan tetamu undangan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan yang turut dihadiri oleh
Mesyuarat Agung Tahunan YBhg Dato’ Jeyadhevi Subramaniam
Ucapan penangguhan oleh setiap Penerima Pingat Terima Kasih; Encik Antara barisan AJK yang menjalankan
Pesuruhjaya daerah Jasmi bin Abu Samah tugas.
69
CAWANGAN MELAKA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: PASAR PERCUMA
‘KAMI PRIHATIN KAMI KONGSI’
TARIKH SESI 1
MASA : 25 MEI 2019
TEMPAT : 4.00 PETANG – 7.00 PETANG
: PASAR RAMADHAN KG TUN RAZAK, BUKIT KATIL
TARIKH SESI 2
MASA : 1HB JUN 2019
TEMPAT : 4.00 PETANG – 7.00 PETANG
: KESANG TUA, JASIN
TARIKH SESI 3
MASA : 2HB JUN 2019
TEMPAT : 4.00 PETANG – 7.00 PETANG
: RUMAH AWAM CHENDERAH, JASIN
1.0 PENDAHULUAN
Program khidmat masyarakat ‘Pasar Percuma’ merupakan aktiviti pengagihan
sumbangan barang-barang terpakai yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukannya.
Program ini dijalankan bersempena bulan Ramadhan dengan menyasarkan golongan yang
kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Antara barangan yang
disumbangan adalah barangan perkakas dapur, hiasan, pakaian dan lain-lain.
2.0 PENYERTAAN SUKARELAWAN
Ahli LEC serta Pandu Puteri Renjer (SMK Bukit Baru dan SMJK Yok Bin dan
SMK THAM) dan Pandu Puteri Tunas (SK Chenderah dan SK Jln Dato Palembang, SK
Kesang Tua) turut membantu.
3.0 PENERIMA SUMBANGAN
Program dijalankan secara terbuka. Penduduk rumah awam, penduduk yang
berkeperluan sekitar Bukit Katil, Kesang Tua dan Chenderah, Jasin yang mengunjungi pasar
percuma ini datang mengambil barang yang diperlukan oleh mereka. Bagaimanapun, ada
juga kalangan penduduk kawasan tersebut yang datang menghantar barang sumbangan.
70
4.0 KEKUATAN
Barangan sumbangan yang diterima sangat banyak terutamanya pakaian dan
kebanyakannya memang barangan dan pakaian yang masih elok dan boleh digunakan.
5.0 KELEMAHAN
Ada dalam kalangan pengunjung yang datang mengambil barangan berulang kali,
bagaimanapun ini merupakan perkara yang di luar kawalan.
Laporan disediakan oleh:
Adawiah
(RABIATUL ADAWIAH BINTI AB. AZIZ)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
DOKUMENTASI BERGAMBAR
Pemimpin-pemimpin yang menjayakan Program Pasar Percuma di Bukit Katil Penyerahan perkakas dapur
kepada pengunjung
Pengunjung-pengunjung yang sedang Sukarelawan yang terdiri dari ahli Pandu Puteri mempamerkan baju-baju terpakai.
memilih barang
Pemimpin dan sukarelawan yang menjayakan Program Pasar Percuma di Kesang Tua Pemberian sumbangan kepada pengunjung
71
CAWANGAN MELAKA
BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA
PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKPC)
TARIKH : 19 – 21 JULAI 2019
TEMPAT
ANJURAN : SK CONVENT INFANT JESUS, MELAKA
PERASMI : PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
CAWANGAN MELAKA
: PN SIO PEK SUAN
KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan merupakan salah satu
program yang perlu dijalani oleh calon-calon Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya
yang merupakan tahap pencapaian tertinggi yang boleh diraih oleh seorang Pandu Puteri
Tunas. Calon-calon Pandu Puteri Tunas yang lulus bengkel ini akan menerima Anugerah
Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
2.0 MATLAMAT
Memilih Pandu Puteri Tunas yang benar–benar bersedia untuk menghadapi
Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya.
Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan
perkembangan semasa
Memberi inspirasi kepada Pandu Puteri Tunas yang lain untuk bergerak lebih
aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Tunas.
3.0 PENYERTAAN
20 Calon BATHKPC dan 15 pelapis
Senarai Calon:
Bil Bil. Pelajar Sekolah
1. 4 orang SK Seri Bemban
2. 5 orang SK Chenderah
3. 3 orang SK Merlimau 2
4. 5 orang SK Convent Infant Jesus 2
5. 2 orang SK Alor Gajah 1
6. 1 orang SK Merlimau 1
72
4.0 AKTIVITI :
1. Senaman Pagi
2. Khidmat Masyarakat
3. Taklimat, Persediaan dan Aktiviti Cabaran Bakat dan Komunikasi
4. Ujian Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu & Pemerhati
5. Semakan Buku Log
6. Prapersetiaan
7. Upacara Pandu Puteri
8. Aktiviti Kecergasan
9. Calit Emas
10. Permainan Kim
4.0 PENCAPAIAN
Semua calon telah lulus dan layak ke BATHKP
5.0 MASALAH (JIKA ADA)
Penyertaan terhad kerana tidak ramai murid yang mampu membuat buku log.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Penerangan dan penyebaran maklumat tentang buku log akan
disampaikan mengikut daerah. Maklumat disampaikan oleh PJ Tunas
Negeri dan PJ Tunas Daerah.
Disediakan oleh:
ajar
……………………………….
(SITI HAJAR BINTI RAMLI)
Pesuruhjaya PP Tunas
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
73
DOKUMENTASI BERGAMBAR
.
74
CAWANGAN MELAKA
KARNIVAL PANDU PUTERI 2019
TARIKH : 22 JUN 2019
: 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
MASA : SMK DATUK BENDAHARA, JASIN
TEMPAT : DATIN NURAZLINA MD SANUSI
PERASMI TIMBALAN YANG DIPERTUA PPPM CAW MELAKA
1.0 PENDAHULUAN
Pengukuhan disiplin kendiri dan nilai murni dapat dibentuk menerusi pendidikan
luar, khususnya kegiatan berpersatuan. Sehubungan itu, Karnival Pandu Puteri
ini merupakan salah satu daripada acara yang penting kepada murid-murid yang
menyertai unit beruniform. Melalui karnival ini, guru-guru pemimpin dan para
peserta dari seluruh negeri Melaka akan dapat memupuk nilai-nilai murni dan
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan
aktiviti-aktiviti pandu puteri di samping melahirkan semangat daya saing yang
sihat di kalangan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan berinteraksi antara satu sama lain.
3.2 Melatih ahli-ahli unit beruniform untuk berdikari.
3.3 Memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur, dan berdisiplin.
3.4 Mengaplikasikan kemahiran melalui aktiviti luar.
3.5 Meningkatkan Keahlian Pandu Puteri
4.0 PENYERTAAN PANDU PUTERI PEMIMPIN BUSY BEES Lain-lain JUMLAH
15 5 134
BIL DAERAH 114 11 0 70
1. Ayer Keroh 59 15 25 174
2. Bukit Cina 133 12 0 80
3. Jasin 68 63 87
4. Masjid Tanah 78 40
5. Tanjung 5 589
6. AJK 452 59 33 45
7. Hakim
JUMLAH KESELURUHAN
JUMLAH
75
5.0 AKTIVITI
Bil PP Tunas PP Remaja PP Renjer Terbuka
1. Kuiz Kuiz Kuiz Pertandingan Kawad
kaki Mini
2 Sukaneka Pertandingan Explorace Word Search Puzzle
Doddle Art
3. Pertandingan Pertandingan Pertandingan Gerai jualan
Menyediakan Membina menyediakan
Sandwich Khemah & Gajet Sarapan Sihat Pertandingan Public
Pertandingan Pertandingan Speaking
4. Pertandingan Public Speaking Public Speaking (18 tahun ke atas)
Rekacipta
5. Pertandingan
Public Speaking
6.0 KEKUATAN
1. Dapat mencungkil bakat dan kemahiran yang ada dalam diri ahli pandu puteri.
2. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan juga guru-guru pemimpin
seluruh negeri Melaka.
3. Dapat memilih wakil peserta untuk mewakili cawangan Melaka bagi
peringkat kebangsaan (Public Speaking)
7.0 KELEMAHAN
1. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan terutamanya untuk pertandingan
kawad kaki. Terpaksa dihentikan sementara menanti hujan reda.
PENUTUP
Program ini telah mencapai objektif yang dirancang. Semua aktiviti yang dirancang
telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Semoga program seperti ini dapat
memberi peluang kepada semua ahli menunjukkan kebolehan dan kemahiran
mereka sepanjang menyertai aktiviti dalam pandu puteri.
Disediakan oleh,
Tunz
PATIMAHTUN ZAHARAH ABDUL JALIL
Pesuruhjaya Daerah,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Jasin
76
DOKUMENTASI BERGAMBAR
Pendaftaran Gerai jualan
Explorerace Pertandingan Gajet Kuiz
Pertandingan Kawad Kaki Pertandingan Membuat Sandwic
Para pelajar di Majlis Penutup
Majlis Penyampaian Hadiah dan cenderahati kepada hakim jemputan
77
CAWANGAN MELAKA
UPACARA TERBANG NAIK DAN
PENYAMPAIAN ANUGERAH TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN
TARIKH : 18 OKTOBER 2019
MASA : 2.30 HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : SK CONVENT INFANT JESUS 2
PERASMI
: DATIN SERI ZAINUN BINTI TUN ABDUL GHAFAR
YANG DIPERTUA PPPM CAW MELAKA
1.0 PENDAHULUAN :
Ahli Pandu Puteri Tunas perlu mengikuti program Pandu Puteri Tunas iaitu Prapersetiaan,
Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas. Seseorang ahli yang telah berjaya melengkapkan
kesemua program dan lulus ujian-ujian Lencana Kecekapan serta berjaya menjalani Bengkel
Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) akan diberi anugerah
yang dinamakan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan iaitu anugerah
tertinggi bagi program Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri.
Bagi ahli yang telah mencapai umur 12 tahun, mereka akan dapat menjalani satu upacara
terakhir program Pandu Puteri Tunas iaitu upacara Terbang Naik. Upacara ini merupakan
simbolik perpindahan daripada kategori PP Tunas ke PP Remaja.
Pada tahun 2019 ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka Daerah Ayer Keroh
telah diberi tanggungjawab bagi menjalankan Upacara Terbang Naik khusus untuk meraikan
ahli-ahli Tunas yang telah berjaya menamatkan program dengan kerjasama ahli-ahli Pandu
Puteri Remaja
2.0 OBJEKTIF:
1. Sebagai pemangkin kepada ahli pandu puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam
aktiviti- aktiviti pandu puteri
2. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan
perkembangan semasa.
3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang
telah ditetapkan.
3.0 PENYERTAAN
- 30 orang ahli yang telah berjaya menjalani kesemua program PP Tun
- 30 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari sekolah-sekolah berhampiran.
- 20 orang penerima Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
- 12 orang pemimpin
- 21 orang LEC & AJK
78
4.0 AKTIVITI
- Pendaftaran
- Raptai upacara
- Upacara Terbang Naik
- Ucapan Perasmian
- Penyampaian Lencana
5.0 PENERIMA ANUGERAH:
Sijil dan Lencana Terbang Naik
Bil Bil. Pelajar Sekolah
1. 7 orang SK Chenderah
2. 1 orang SK Masjid Baru
3. 5 orang SK Seri Bemban
4. 1 orang SK Jalan Datuk Palembang
5. 11 orang SK Convent Infant Jesus 2
6. 1 orang SK Merlimau 1
7. 2 orang SK Merlimau 2
Sijil dan Lencana Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan
Bil Bil. Pelajar Sekolah
7. 4 orang SK Seri Bemban
8. 5 orang SK Chenderah
9. 3 orang SK Merlimau 2
10. 5 orang SK Convent Infant Jesus 2
11. 2 orang SK Alor Gajah 1
12. 1 orang SK Merlimau 1
6.0 PENUTUP
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PPPMCM yang memberi kepercayaan kepada
PPPM Daerah Ayer Keroh mengelolakan acara ini. Begitu juga ucapan terima kasih kepada
Guru Besar SK Kesang Tua yang memberi kebenaran kepada kami menjalankan acara di
sekolah ini. Akhirnya terima kasih kepada semua AJK yang telah berusaha menjayakan acara
dengan sebaik-baiknya.
Menjadi harapan semua agar pada tahun-tahun hadapan, bilangan ahli yang berjaya
mencapai tahap tertinggi program Pandu Puteri Tunas iaitu Anugerah Tunas Harapan Ketua
Pesuruhjaya Cawangan dan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya akan meningkat
dan berjaya juga mendapat lencana Terbang Naik serta terus menjadi ahli Pandu Puteri
Remaja dan Renjer.
Disediakan oleh,
AZIZAH BINTI TALIB
PESURUHJAYA DAERAH
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAERAH AYER KEROH
79
DOKUMENTASI BERGAMBAR
Tetamu VIP Pandu Puteri Tunas dan Pandu Puteri Remaja
Membuat ladam kuda Salam persahabatan
Pemimpin yang hadir Acara Terbang Naik
80
CAWANGAN MELAKA
PROGRAM KESEDARAN PENANAMAN POKOK BAKAU
SEMPENA HARI KONSERVASI HUTAN PAYA LAUT
TARIKH : 22 OKTOBER 2019
TEMPAT
ANJURAN : HUTAN SIMPAN LINGGI, ALOR GAJAH
PERASMI : JABATAN PERHUTANAN MELAKA BERSAMA PPPM
CAWANGAN MELAKA DAN UNICEF
: YBHG DATUK TIMBALAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN
(DASAR DAN PERANCANGAN)
1. LATAR BELAKANG:
Program ini adalah perancangan yang dilakukan sempena memenangi Projek U report bersama
UNICEFF. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka dengan kerjasama Jabatan
Perhutanan Melaka telah bersetuju untuk melibatkan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Melaka dalam usaha menanam pokok bakau bagi mengurangkan hakisan yang
berlaku disepanjang persisiran pantai Melaka.
Program ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada peserta
tentang kepentingan dan fungsi Hutan Paya Bakau dalam kelestarian hidup masyarakat
setempat khususnya dan Negara umumnya
2. OBJEKTIF:
Memberi kesedaran kepada ahli dan masyarakat untuk menjaga hutan paya bakau
yang semakin berkurang sekaligus memusnahkan habitat fauna dan flora alam.
Mendedahkan kaedah penanaman bakau dilakukan.
Meningkatkan penyertaan ahli Pandu Puteri dalam khidmat masyarakat.
Menerapkan rasa prihatin dan sayang akan alam sekitar.
3. PENYERTAAN PEMIMPIN PANDU PUTERI JUMLAH
1 16 17
Penyertaan Pemimpin : 35 Orang 2 16 18
5 6 11
Penyertaan Murid: 67 Orang 1 5 6
8 20 28
BIL DAERAH 2 4 6
1. AYER KEROH
2. BUKIT CINA
3. JASIN
4. MASJID TANAH
5. TANJUNG
6. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
81
7. WAKIL PPPM 11
8. AHLI LEC 15 15
35 67 102
JUMLAH
4. AKTIVITI PROGRAM:
Masa Aktiviti
8.00 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi Ketibaan tetamu jemputan
9.00 pagi Sarapan pagi
1.00 tengahri Bacaan Doa
Taklimat program dan kaedah penanaman pokok
Gimik pelancaran program penananaman pokok bakau oleh YBhg Datuk
Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan)
Sesi Bergambar
Kumpulan Satu – Penanaman pokok bakau
Kumpulan Dua - Kutipan bijih benih dan anak benih
Kumpulan Tiga – semaian
Bersihkan diri
Makan Tengah hari
Bersurai
Disediakan oleh:
TUAN SALINA BINTI TUAN BAHRU
PESURUHJAYA PROGRAM
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN MELAKA
82
83
CAWANGAN MELAKA
BENGKEL PENYELARASAN
PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS 2019
TARIKH : 7 NOVEMBER 2019
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SK SERI BEMBAN
ANJURAN : PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS, PPPMCM
PERASMI : PN SIO PEK SUAN
KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN
A. LATAR BELAKANG:
Bengkel ini adalah julung kali diadakan dengan tujuan menyebarluaskan ilmu dan
maklumat terkini program-program Pandu Puteri Tunas terutamanya tentang
Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia. Sasaran
peserta ialah semua pemimpin Pandu Puteri Tunas Cawangan Melaka.
B. PENYERTAAN
Penyertaan adalah terdiri daripada:
6 orang ahli Lembaga Eksekutif Cawangan
30 orang ahli pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
C. AKTIVITI
1. Pengurusan Pasukan
2. Istiadat dalam Pandu Puteri
3. Pra-Persetiaan
4. Log Kemajuan
5. Lencana Kecekapan
6. Log Peribadi
7. Perbincangan dan Pembentangan
D. MASALAH
Tidak semua pemimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas sekolah yang hadir.
E. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Roadshow atau perjumpaan berkala diadakan mengikut daerah. Peranan PJ Tunas
Daerah amat-amat diharapkan.
84
Disediakan oleh:
ajar
…………(S…I…TI…H…A…JA…R……BI.NTI RAMLI)
Pesuruhjaya Tunas
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
DOKUMENTASI BERGAMBAR
85
CAWANGAN MELAKA
CABARAN ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA
TARIKH : 23 – 25 Ogos 2019
TEMPAT : SK CJI 2
ANJURAN : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
PERASMI : PN SIO PEK SUAN
KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN
1. Latar belakang
Di kendalikan oleh cawangan sebagai ujian pentafaran calon –calon Pandu Puteri Raja. Terdapat 4
jenis cabaran iaitu Akademik, Pengembaraan, Khidmat Sosial dan Teknologi. Setiap calon perlu
memilih 3 daripada 4 jenis cabaran itu untuk menyempurnakan ujian pentarafan ini. Pengurusan
setiap jenis cabaran melibatkan lima sesi - Pemilihan soalan, Perancangan, Pembentangan
Persediaan dan Pelaksanaan cabaran. Calon yang lulus ujian akan menerima Anugerah Ketua
Pesuruhjaya.
2. Objektif
i. Membolehkan calon bakal PP raja lulus ujian Cabaran Anugerah Ketua Pesuruhjaya CAKP
dan melayakkan diri untuk Bengkel Selau Sedia ( BSS) dan Angerah Pandu Puteri Raja
ii. Memberi pengalaman dan melatih ahli Pandu Puteri untuk mengelola dan menguruskan sesuatu
program dan cabaran
3. Penyertaan: -
CAKP 16 calon PP Raja 2020 dan 100 peserta
Penguji 33 ahli LEC + pemimpin
WAGGGS program – Action Body Confidence ( ABC ) – 146 peserta
Program di kendalikan oleh Cik Lee Yong Yong, Fasilitator Kebangsaan program WAGGGS
4. Aktiviti
Calon –calon CAKP 2019 telah memilih cabaran Akademik, Pengembaraan dan Khidmat Sosial
sebagai ujian cabaran mereka. Setiap calon telah melalui sesi-sesi Pemilihan, Perancangan &
Pembentangan untuk setiap jenis cabaran. Selepas pembentangan mereka diterima oleh penguji,
calon telah menyediakan aktiviti –aktiviti dan bahan –bahan sebelum mereka melaksanakan cabaran.
Semua calon telah menerima soalan yang lain daripada sahabat mereka bermakna tidak ada soalan
berulang-ulang.
Kecekapan calon-calon mengendalikan Istiadat Panji –panji Pandu Puteri dan malam Pandu Puteri
pun diuji.
Majlis penutupan dikendalikan oleh calon- calon CAKP juga. Majlis penutupan di rasmikan oleh Pn Sio
Pek Suan, Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
5. Pencapaian
Kesemua 16 calon telah lulus dan akan di anugerahkan Anugerah Ketua Pesuruhjaya.
86
Saya mengucap terima kasih kepada semua Datin Seri Zainun bt Abd Ghafar, YDP Cawangan , Pn Sio
Pek Suan, KPC, Ahli LEC dan ahli jawatankuasa program yang telah membantu menjayakan program
ini.
Dilaporkan oleh,
M. VIJAYALETCHUMI
PJ Latihan Cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
Peserta –peserta Cabaran 2019
Cabaran 1 (Akademik)
Cabaran 2 (Khidmat Sosial)
Cabaran 3 (Pengembaraan)
87
LAPORAN PESURUHJAYA
BAHAGIAN & PERKEMBANGAN
2019
88
CAWANGAN MELAKA
LAPORAN MESYUARAT LEMBAGA EKSEKUTIF CAWANGAN
BIL NAMA ACARA TARIKH TEMPAT KEHADIRAN PERKARA DIBINCANGKAN
1. Mesyuarat LEC Kali Pertama 11.1.19 SK Convent Semua ahli LEC Penyediaan Laporan
Infant Jesus 2, hadir Aktiviti 2018
Bandar Hilir Perancangan PPPMCM
2019
2. Mesyuarat PJD & 15.2.19 SK Convent Semua PJD dan Orientasi dan Taklimat Hari
Orientasi dan Taklimat Hari Infant Jesus 2, Pemimpin Peringatan Sedunia
Peringatan Sedunia Bandar Hilir Pengiring Peringkat Kebangsaan
Peingkat Kebangsaan
3. Mesyuarat LEC & 14.3.19 Dewan Bestari, Semua ahli LEC Persediaan MAT Negeri
Mesyuarat Penyelarasan Unit LED Masjid
MAT Negeri Kokurikulum. Tanah
JPN Melaka
4. Mesyuarat LEC & 22.3.19 SK Convent Semua ahli LEC Persediaan Sambutan Hari
Mesyuarat Penyelarasan
Infant Jesus 2 LED Bukit Cina Peringatan Sedunia
Sambutan Hari Peringatan Peringkat Negeri Melaka
Sedunia Peringkat Negeri
5. Mesyuarat LEC 3.5.19 SMK Bukit Baru Dipengerusi oleh Pembelian premis utk
YDP dijadikan pejabat
16/22 hadir PPPMCM. Semua
bersetuju.
6. Mesyuarat LEC 9.8.19 SK CIJ 2 14 / 22 LEC hadir Pengurusan harta dan
premis PPPMCM
Persediaan CAKP
7. Mesyuarat LEC 4.10.19 SK CIJ 2 18 / 22 LEC hadir Pengurusan pejabat
baharu PPPMCM
Program khidmat
masyarakat U-Report
Laporan disediakan oleh:
Adawiah
(RABIATUL ADAWIAH BINTI AB. AZIZ)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
89
CAWANGAN MELAKA
LAPORAN PESURUHJAYA BAHAGIAN TAHUN 2019
PJ KEAHLIAN CAWANGAN
KEAHLIAN SEKOLAH RENDAH
BIL SEKOLAH PP TUNAS PEMIMPIN KESELURUHAN
1 SJKT JASIN 16 1 17
2 SK P DURIAN DAUN 24 5 29
3 SK P METHODIST 1 33 1 34
4 SK ALOR GAJAH 1 51 8 59
5 SK AYER KEROH 51 3 54
6 SK AYER MOLEK 37 1 38
7 SK BATU BERENDAM 2 66 9 75
8 SK CHENDERAH 25 1 26
9 SK CONVENT JESUS 1 43 2 45
10 SK CONVENT JESUS 2 54 12 66
11 SK DATO' NANING 38 8 46
12 SK DATUK HJ BAGINDA 16 1 17
13 SK JALAN DATO PALEMBANG 28 15 43
14 SK KEMTERENDAK 1 42 6
15 SK KEMENDOR 19 1 20
16 SK KESANG TUA 25 2 27
17 SK LEREH 39 4 43
18 SK MERLIMAU 1 37 3 40
19 SK MERLIMAU 2 39 8 47
20 SK PULAI 36 1 37
21 SK RAMUAN CHINA KECHIL 20 1 21
22 SK SACRED HEART 33 1 34
23 SK SERI BEMBAN 52 6 58
24 SK SERKAM DARAT 42 1 43
25 SK SRI LAKSAMANA 20 1 21
26 SK SUNGAI TUANG 11 1 12
27 SK SG UDANG 63 10 73
28 SK TMN BUKIT RAMBAI 53 4 57
29 SK P METHODIST 2* 11
30 SK BATU BERENDAM* 11
31 SK BUKIT SENGGEH* 11
32 SK DATO DEMANG HUSSIN* 11
33 SK GANGSA* 11
34 SK KG GELAM* 11
35 SK KG TUN RAZAK* 11
36 SK PENGKALAN BALAK* 11
37 SK SEMABOK* 11
38 SK SERI MACHAP* 11
39 SK SERKAM* 11
40 SK TUN SYED SHAHBUDIN* 11
41 SK MALIM* 22
1102
90
KEAHLIAN DI SEKOLAH MENENGAH DAN POLITEKNIK
BIL SEKOLAH PP PP PP PP PEMIMPIN KESELURUHAN
TUNAS REMAJA RENJER DEWASA
1 POLITEKNIK MELAKA 1 42
2 POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA 2 104 64 41 2 72
3 KOLEJ YAYASAN SAAD 132 63 70 9 179
4 SMJK YOK BIN 3 19 6 7 202
5 SMK AYER KEROH 19 19 7 32
6 SMK BUKIT BARU 41 8 46
7 SMK CANOSSA CONVENT 4 1 46
8 SMK DURIAN DAUN 29 5 1 30
9 SMK DURIAN TUNGGAL 8 84 2 15
10 SMK GAJAH BERANG 80 29 14 178
11 SMK GHAFAR BABA 41 28 4 74
12 SMK KEM TERENDAK 52 8 88
13 SMK KLEBANG BESAR 8 40 1 9
14 SMK MUNSHI ABDULLAH 5 9 1 6
15 SMK SERI MAHKOTA 54 6 1 95
16 SMK SIMPANG BEKOH 10 72 1 20
17 SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA 3 17 1 10
18 SMK TINGGI ST DAVID 112 21 1 185
19 SMK TUN MUTAHIR 31 30 5 56
20 SMK TUN TIJAH 24 95 1 46
21 SMKA TUN PERAK 47 1 6 83
22 SMK INFANT JESUS CONVENT 1 96
23 SMK TUN TUAH* 1 2
24 SM TEKNIK MELAKA* 2 2
25 SMJK NOTRE DAME* 1 1
26 SMJK PULAU SEBANG* 1 1
27 SMJK TINGGI CINA MELAKA* 1 1
28 SMK AYER MOLEK* 2 2
29 SMK P METHODIST MELAKA* 1 1
30 SMK BUKIT RAMBAI* 1 1
31 SMK DANG ANUM* 1 1
32 SMK DATO HJ TALIB KARIM* 1 1
33 SMK DATO' DOL SAID* 1 1
34 SMK DATUK BENDAHARA* 1 1
35 SMK ISKANDAR SHAH* 1 1
36 SMK LUBOK CINA* 2 2
37 SMK PAYA RUMPUT* 1 1
38 SMK RAHMAT* 1 1
39 SMK SELANDAR* 1 1
40 SMK SERI BEMBAN* 1 1
41 SMK SERI PENGKALAN* 1 1
42 SMK SG UDANG* 1 1
43 SMK SULTAN ALAUDDIN* 1 1
44 SMK SULTAN MANSUR SHAH* 1 1
45 SMK TUN HAJI ABDUL MALEK* 1 1
46 SMKA SHARIFAH RODZIAH* 1 1
47 SBPI SELANDAR* 1 1
1639
* tiada pendaftaran pelajar
Disediakan oleh
Amina
(SITI AMINA BINTI SHEIK OMAR)
Pesuruhjaya Keahlian
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
91
CAWANGAN MELAKA
LAPORAN PESURUHJAYA BAHAGIAN TAHUN 2019
PJ STRUKTUR DAN PENGURUSAN CAWANGAN
A. PENERIMA ANUGERAH PPPM DAN ASIA PACIFIC
BIL NAMA ANUGERAH
1. PN. SIO PEK SUAN PINGAT LAYANG-LAYANG
2. PN. M. VJIAYALETCHUMI A/P S. MURUGESU
3. PN. ROSSINI BINTI HJ. A. RAFPER LENCANA JURULATIH
ANUGERAH ASIA PACIFIC LEADERSHIP
4. PN. SURIYANI BINTI MOHAMAD AWARD FOR TROOP/UNIT LEADERS
ANUGERAH ASIA PACIFIC LEADERSHIP
5. PN. KHAW LAY WAH AWARD FOR TROOP/UNIT LEADERS
6. PN. SURIATI BINTI RAZALI LENCANA SEUMUR HIDUP
LENCANA SEUMUR HIDUP
B. PENERIMA ANUGERAH TANGKAI PADI PEN. PJ LATIHAN
1 PN. ONG ING CHIEN PEN. PJ PANDU PUTERI RENJER DAN PEN PJD
2. PN. NORIZA BT AB RAHIM JASIN
3. PN. ROSSINI BINTI HJ. RAFPER PJ STRUKTUR DAN PENGURUSAN
4. TUAN SALINA BINTI TUAN BAHARU
PJ PROGRAM DAN
PEN PJD BUKIT CINA
C. PENERIMA ANUGERAH PINGAT TERIMA KASIH
BIL NAMA JAWATAN
1 EN. JASMI BIN ABU SAMAH
KETUA SEKTOR, PEMBANGUNAN
KEMANUSIAAN,JABATAN PENDIDKAN
NEGERI MELAKA
D. SIJIL QM PJ PANDU PUTERI REMAJA
PJ PROGRAM DAN PEN PJD BUKIT CINA
1 PN. MAHIRAN BINTI REJAB
2. TUAN SALINA BINTI TUAN BAHARU
E. SIJIL JPC TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA
1 PN. SAMIAH BINTI HJ SAMARI CAWANGAN
92
A. JAWATAN AHLI LEC YANG DIPERTANDINGKAN TAHUN 2019
BIL NAMA JAWATAN
1 PN. SITI HAJAR BINTI RAMLI PJ PANDU PUTERI TUNAS
2 PN. TUAN SALINA BINTI TUAN BAHRU PJ PROGRAM
3 PN. NORAIHAN BINTI ISA PJ GUILD
4 PN. SITI AISHAH BINTI HANIS PESURUHJAYA DAERAH TANJUNG
5 MAHIRAN BINTI MAT REJAB PJ PANDU PUTERI REMAJA
B. WAKIL/PEMERHATI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPPM 2019
BIL NAMA JAWATAN
1. DATIN SERI ZAINUN BT TUN ABD GHAFAR YANG DIPERTUA
2. SIO PEK SUAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN
3. KHAW LAY WAH BENDAHARI KEHORMAT
4. SURIYANI BINTI MOHAMAD PEN SETIAUSAHA KEHORMAT
5. ROSSINI BINTI HJ. RAFPER PJ STRUKTUR DAN PENGURUSAN
6. TUAN SALINA BINTI TUAN BAHARU PJ PROGRAM DAN PEN PJD BUKIT CINA
7. MAHIRAN BINTI MAT REJAB PJ PANDU PUTERI REMAJA
8. NORIZA BT AB RAHIM PEN. PJ PP RENJER DAN PEN PJD JASIN
9. SITI AISHAH BINTI HANIS PJ DAERAH TANJUNG
10. PATIMAHTUN ZAHARAH ABD JALIL PJ DAERAH JASIN
11. NOORIDAH SANI PJ DAERAH MASJID TANAH
12. ZAKIAH ABD KADER LED MASJID TANAH
13. SUZANA AHMAD LED MASJID TANAH
Disediakan oleh:
Rossini
(ROSSINI BINTI HJ. A. RAFPER)
Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
93
DOKUMENTASI BERGAMBAR
94
CAWANGAN MELAKA
LAPORAN PESURUHJAYA BAHAGIAN TAHUN 2019
PJ PERHUBUNGAN DAN MASYARAKAT
PERTANDINGAN ‘PUBLIC SPEAKING’
PANDU PUTERI PERINGKAT NEGERI MELAKA
DAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
PERINGKAT NEGERI MELAKA
TARIKH : 22 JUN 2019 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : SMK Datuk Bendahara, Jasin.
PENGENALAN
Pertandingan pengucapan awam yang dijalankan setiap dua tahun sekali ini
bertujuan memberi peluang kepada anak – anak gadis menyuarakan pendapat dan
pandangan mereka mengenai isu – isu semasa berdasarkan tema Hari Peringatan
Sedunia atau World Thinking Day seperti yang telah ditetapkan oleh WAGGGS bagi
setiap tahun sebagai tajuk pengucapan awam.
Pada tahun ini tema adalah ‘ Leadership’ telah dipilih. Sehubungan dengan
itu , Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Melaka menjalankan pertandingan
pengucapan awam ini bagi mencari bakat di dalam setiap ahli persatuan untuk
diketengahkan di peringkat kebangsaan.
OBJEKTIF
1. Melahirkan peserta berbakat dalam pengucapan awam.
2. Mencari pemenang yang terbaik dalam pengucapan awam peringkat negeri bagi mewaklil
Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Melaka di peringkat kebangsaan
KEPUTUSAN PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT NEGERI MELAKA :
Pandu Puteri TUNAS
Johan : Tanissha A/P Selvananthan (SKCIJ2)
N. Johan : Mahalathchme A/P Ramodaran (SKCIJ2)
Ketiga : Arifah Insyirah bt Mohamad Ehsan (SK Chenderah)
95
Pandu Puteri REMAJA
Johan : Nurhasya bt Mahadzir (KYS)
N. Johan : Harvynna Kaur Kler (KYS)
Ketiga : Nik Yuliana Munirah bt Muhammad (SMK Ghafar Baba)
Pandu Puteri RENJER
Johan : Diya Aisha bt Sarizal (KYS)
N. Johan : Nurul Adlina bt Rizal (KYS)
Ketiga : Zetty Suriati Mohammad Zin (MRSM Tun Ghafar Baba)
Pandu Puteri Dewasa/Pemimpin Muda
Tan Ejin
PERINGKAT NEGERI KEBANGSAAN
TARIKH : 27 JULAI 2019 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur
KEPUTUSAN PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN
Pandu Puteri TUNAS
Tanissha A/P Selvananthan (SKCIJ2) – Tempat Ketiga
Pandu Puteri REMAJA
Nurhasya bt Mahadzir (KYS) – Naib Johan
Pandu Puteri Dewasa/Pemimpin Muda
Tan Ejin – Naib Johan
KEKUATAN
1. Dapat mencungkil bakat dan kemahiran yang ada dalam diri ahli pandu puteri.
2. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan juga guru-guru
pemimpin seluruh negeri Melaka.
3. Dapat memilih wakil peserta untuk mewakili cawangan Melaka untuk
peringkat kebangsaan (Public Speaking)
Disediakan oleh,
tunz
Patimahtun Zaharah Abdul Jalil Pesuruhjaya
Perhubungan dan Masyarakat,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
96
LAPORAN BERGAMBAR PERINGKAT NEGERI
PARA PESERTA MENYAMPAIKAN PENGUCAPAN AWAM MEREKA
PARA HAKIM SEDANG BERTUGAS
LAPORAN BERGAMBAR PERINGKAT KEBANGSAAN
Kontinjen Melaka
Tan Ejin Tanissha A/P Selvananthan Nurhasya bt Mahadzir
Naib Johan Tempat Ketiga Naib Johan
(Pandu Puteri Dewasa)
(Pandu Puteri Tunas) (Pandu Puteri Remaja)
97
CAWANGAN MELAKA
LAPORAN PESURUHJAYA BAHAGIAN TAHUN 2019
PESURUHJAYA PROGRAM
WAGGGS PROJECT MALAYSIA
ACTION ON BODY CONFIDENCE / FREE BEING ME
1.0 PENDAHULUAN
Program WAGGGS dibangunkan oleh World Association of Girl Guide and Girl Scout
(WAGGGS) bagi menyokong Konvensyen United Nation dalam menyatakan hak kanak-kanak
di Artikel 29 (Tujuan Pendidikan). Menariknya program ini dijalankan dengan kerjasama
pengeluar Dove. Dalam program Free Being Me, peserta didedahkan dengan pelbagai jenis
mitos tentang imej dan cara mengatasinya demi mencapai potensi diri yang dinamik.
Manakala program Action Body Confidence menyediakan aktiviti yang dapat meningkatkan
keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran.
2.0 OBJEKTIF
2.1 membantu ahli persatuan mendapat dua lencana WAGGGS
2.2 memberi kesedaran kepada ahli / peserta akan kepentingan membina keyakinan diri dalam
pelbagai situasi.
2.3 meningkatkan kesedaran kapada ahli / peserta tentang kepentingan menyayangi dan menghargai
diri sendiri seadanya melalui penerapan nilai positif dan memahami diri sendiri.
3.0 JADUAL PELAKSANAAN
Bil Pogram Tarikh Tempat Penyertaan Fasilitator
SK Serkam 88 peserta a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
1 Free Being 1 Mac Darat, Jasin b. Roslina binti Ab Halim
c. Baidura Rahmat
Me 2019 a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
b. Zakiah binti Hj Abd. Kadir
2 A 15 Mac Dewan Bestari, 112 peserta: c. Fauziah binti Shiekh Saleh
C 2019 JPN Bukit Baru LEC - 27 d. Roslina binti Ab Halim
T Melaka Tanjung - 18 e. Kartini bte Md Yasin
I Ayer Keroh - 16 f. Chaterine Sharlene Fernandez
O SK Terendak 1 Jasin - 12 g. Baidura Rahmat
N Bukit Cina - 15
Masjid Tanah - 31 a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
3 O 23 Mei
N 2019 35 peserta
98
4 21 Julai SK Convent 163 peserta a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
B 2019 Infant Jesus 2 b. Zakiah binti Hj Abd. Kadir
O c. Fauziah binti Shiekh Saleh
D d. Roslina binti Ab Halim
Y e. Kartini bte Md Yasin
f. Baidura Rahmat
5 C 25 Ogos SK Convent 146 peserta a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
O 2019 Infant Jesus 2 b. Zakiah binti Hj Abd. Kadir
N c. Fauziah binti Shiekh Saleh
F d. Roslina binti Ab Halim
I e. Kartini bte Md Yasin
D f. Chaterine Sharlene Fernandez
E g. Baidura Rahmat
N (Lead Fasilitator Jemputan – Cik
C Lee Yong Yong)
6 E 28 Sept SK Lereh, Melaka 200 a. Tuan Salina binti Tuan Bahru.
2019 141 perempuan b. Rahayu Ali
dan 59 lelaki. c. Siti Aishah Hanis
d. Wong Kim Moi
e. Yusmahani Yusof
7 11 Nov SK Kesang Tua, 113 a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
2019 Jasin PPT dan PBB lain b. Fauziah binti Shiekh Saleh
c. Fadhila Idris
d. Rossini H A. Rafper
8 18 Nov SK Ayer Molek, 80 a. Tuan Salina binti Tuan Bahru
2019 Melaka. PPT dan PBB lain b. Roslina binti Ab Halim
c. Baidura Rahmat
d. Kartini bte Md Yasin
e. Rossini H A. Rafper
3.0 REFLEKSI PROGRAM
Program dapat membantu murid perempuan yang agak pasif membina keyakinan diri apabila berhadapan
audien ketika membentangkan hasil perbincangan. Akhirnya mereka lebih gembira dapat berkongsi dan
memperkembang idea dengan lebih jelas.
Peserta juga belajar menerima dan menolak pendapat orang lain dengan baik malah boleh
memujuk dan mempengaruhi rakan / orang lain menerima pendapat yang disampaikan.
Bengkel ini wajar dijalankan secara berterusan agar penglibatan peserta yang lebih ramai
dicapai dan manfaat program dapat dikongsikan kepada lebih ramai ahli dan juga bukan ahli.
Laporan disediakan oleh,
Tuan Salina Binti Tuan Baharu
Pesuruhjaya Program
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka
99
DOKUMENTASI BERGAMBAR
100