Tema 3: Kerjaya "Kolar Baharu" Daripada Muhammad Khuhafizi
Pendahuluan "Kolar Baharu" merupakan istilah yang merujuk kepada individu yang memajukan diri mereka dengan kemahiran teknikal dan insaniah. Selari dengan fasa pemodenan, kemunculan bidang kerjaya ini memberikan impak positif terhadap pasaran pekerjaan negara. Pertumbuhan pesat dan kemajuan dalam teknologi digital menyebabkan landskap kerjaya mengalami perubahan. Sebagai persoalannya, apakah kelebihan kerjaya kolar baharu terhadap generasi muda?
Jika diluaskan horizon pemikiran, kelebihan yang dapat diperolehi oleh generasi muda adalah peluang perkerjaan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. sebagai tamsilannya, pekerjaan dalam industri fesyen sebagai tukang gunting rambut dan industri berat negara sebagai juruelektrik yang amat memerlukan golongan kolar baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana secara tidak langsung dapat menjamin kelangsungan hidup generasi muda. Perkara ini turut disebabkan oleh kerajaan dan majikan syarikat swasta mencari pekerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus. Tuntasnya, sudah jelas lagi bersuluh bahawa golongan muda mudah untuk memperoleh pekerjaan demi memenuhi keperluan industri dan pasaran. Isi 1 :
Memetik wasitah nirmala seterusnya, kelebihan kerjaya kolar baharu adalah membuka peluang kepada generasi muda yang kurang cenderung ke arah akademik untuk melanjutkan pelajaran. Sebagai contoh, terdapat sekelompok pelajar yang lebih berbakat dalam pembelajaran secara praktikal dan visual daripada teori dan auditori. Polemik ini tidak dapat disangkal lagi bahawa peluang pendidikan tidak memandang sebelah mata golongan ini tetapi sebaliknya mengembangkan potensi mereka. Perkara ini menjadi pemacu utama dalam usaha kerajaan demi melahirkan tenaga mahir tempatan. Konklusinya, kerjaya kolar baharu menjadi sinar harapan kepada generasi muda untuk melanjutkan pelajaran agar mereka tidak terpinggir dalam arus pemodenan. Isi 2 :
Penutup : "Sebagai penghias bicara akhir, kerjaya kolar baharu mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat dinafikan untuk golongan muda. Golongan muda masih lagi dihulurkan tangan agar beramai-ramai menceburkan diri dalam bidang kerjaya kolar baharu. Harapan setinggi gunung dititipkan supaya generasi muda menyokong inisiatif kerjaan untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing. Intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yang dapat diberikan kepada golongan muda dalam kerjaya kolar baharu sehingga kecil tapak tangan, nyiru mereka tadahkan.
Terima Kasih!