EDISI TERKINI
MODUL
TATABAHASA
PEDAGOGI :
PENGGOLONGAN
KATA
•ALLYSA SULAU STEPHEN •NUR AIN SOHAIMI •NUR ATIKAH NATASHA ARIFFIN
•NURUL NAJIHAH SAMSUL KAMAL •ROZSDYANA JULAN ANTHONY LERANG
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK
BML 3053:
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI:
PENGGOLONGAN KATA
TUGASAN BERKUMPULAN
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
ALLYSA SULAU STEPHEN D20191087820
NUR AIN BINTI SOHAIMI D20191087768
NUR ATIKAH NATASHA BINTI ARIFIN D20191087777
NURUL NAJIHAH BINTI SAMSUL KAMAL D20191087792
ROZSDYANA JULAN ANTHONY LERANG D20191087749
KUMPULAN KULIAH F
JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN BAHASA MELAYU
NAMA PENGAJAR ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF
i
MODUL PEDAGOGI TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
ALLYSA SULAU STEPHEN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NUR AIN BINTI SOHAIMI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NUR ATIKAH NATASHA BINTI ARIFIN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NURUL NAJIHAH BINTI SAMSUL KAMAL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
ROZSDYANA JULAN ANTHONY LERANG
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
ii
KANDUNGAN HALAMAN
1
BIL PERKARA
1. Pengenalan 3
2. Penggolongan Kata Nama 5
7
2.1 Kata Nama Khas
2.2 Kata Nama Am 13
2.3 Kata Ganti Nama 15
3. Penggolongan Kata Kerja 16
3.1 Konsep Kata Kerja
3.2 Contoh Yang Berkonteks 19
3.3 Aktiviti Yang Sesuai 23
4. Penggolongan Kata Adjektif 24
4.1 Konsep Kata Adjektif 25
4.2 Contoh Yang Berkonteks
4.3 Aktiviti Yang Sesuai 28
4.4 Latihan 1 40
5. Penggolongan Kata Tugas 40
5.1 Kelompok Kata Tugas 43
5.2 Aktiviti Yang Sesuai 44
5.3 Latihan 45
6. Kesimpulan
7. Rujukan
8. Lampiran
iii
1.0 PENDAHULUAN
Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan atau mengelompokkan kata berdasarkan
kriteria tertentu. Kriteria-kriterianya ialah kriteria struktur semantik, kriteria sintaksis dan
kriteria morfologi. Penggunaan kriteria semantik bermaksud memasukkan perkataan ke dalam
golongannya menurut makna perkataan berkenaan. Seterusnya, penggunaan kriteria sintaksis
pulabermaksud memasukkan perkataan ke dalam golongannya menurut fungsinya dalam
binaan frasa dan ayat. Manakala, penggunaan krtiteria morfologi pula bermaksud memasukkan
perkataan ke dalam golongannya menurut bentuk binaan perkataan, lebih-lebih lagi setelah
menerima imbuhan. Oleh hal demikian, penentuan golongan kata bagi sesuatu perkataan dibuat
berdasarkan ciri persamaan yang dimiliki oleh kata itu, khususnya dari segi makna, keserupaan
bentuk, posisi kata dan fungsinya dalam ayat.
Menurut Kamus Linguistik (1997), golongan kata ialah kategori tatabahasa yang
berasaskan fungsi tatabahasa. Antaranya termasuklah kata nama, kata kerja, kata adjrktif dan
kata tugas. Selain itu, Abdullah Hassan (2007), menjelaskan golongan perkataan sama
maknanya dengan istilah dan jenis perkataan. Manakala, menurut Asmah Hj. Omar (1968),
perkataan-perkataan tidak hanya semata-mata digolongkan berdasarkan kepada maknanya
sahaja tetapi ianya dilihat juga pada fungsi tatabahasanya, dimana ia dibahagikan kepada tiga
iaitu kata namaan, kata kerjaan dan kata tugas. Oleh hal demikian dapat disimpulkan bahawa
penggolongan kata boleh ditakrifkan sebagai proses menjeniskan atau mengkategorikan
perkataan dalam golongan yang sama berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi.
Golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif merupakan golongan kata utama iaitu
kata yang dapat menjadi inti frasa dan predikat ayat. Seterusnya, golongan ini juga dikenali
sebagai kata leksikal, iaitu kumpulan kata yang mempunyai makna yang jelas. Ketiga-tiga
golongan kata ini berpotensi untuk menambah bilangan kata baharu yang tidak terhad
1
jumlahnya. Perkara ini bermakna golongan kata ini boleh ditambah dan dicipta pada kelas
katanya. Sehubungan dengan itu, tiga golongan kata ini juga tidak terdapat lagi golongan kata
yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa nama. Manakala perkataan bagi selain tiga
golongan kata nama itu boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata secara kolektif yang
dinamakan sebagai kata tugas. Hal ini dapat disimpulkan bahawa terdapat empat golongan kata
dalam bahasa Melayu, iaitu golongan kata nama, kata kerja, kata adejktif dan kata tugas.
Sebenarnya usaha menggolongkan kata ke dalam golongan tertentu bukanlah bidang
yang baharu di Malaysia. Menurut Norliza Jamaluddin (2006), usaha penggolongan kata
bahasa Melayu pada peringkat awal dilakukan oleh beberapa orang sarjana Barat yang
dilakukan sejak awal abad ke-19. Sarjana Barat tersebut ialah Marsden, Crawfurd, Maxwell,
Winstedt, Payne dan Lewis melalui buku-buku yang dihasilkan oleh mereka. Selain itu, usaha
melakukan penggolongan kata turut dilakukan oleh orang melayu menerusi buku-buku
tatabahasa seperti Kitab Permulaan Pertuturan Melayu yang dihasilkan oleh Abdullah Abdul
Rahman pada tahun 1911 dab buku Pelita Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Zainal Abidin
Ahmad (Za’ba) pada tahun 1940.
2
2.0 PENGGOLONGAN KATA NAMA
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama
dalam ayat, Biasanya, kata nama digunakan untuk merujuk kepada orang, tempat, benda,
konsep dan sebagainya. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata nama khas,
kata nama am dan kata ganti nama.
2.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas merupakan bentuk kata yang merujuk khusus kepada sesuatu nama orang,
haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang – undang, bangsa, bahasa, pangkat dan
seumpamanya. Dari segi tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Kata nama khas boleh terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata
nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula dibahagikan lagi kepada kata nama khas
hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
2.1.1 Kata Khas Hidup Manusia
Kata nama hidup manusia ini meliputi perkataan yang mewakili manusia. Ianya dapat didahului
oleh nama panggilan atau gelaran.
Formula : Kata nama khas hidup manusia = merujuk kepada manusia sahaja
Contoh : Fatimah , Marina Tan, Ali, Doktor Muthusamy
2.1.2 Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia ini merujuk kepada benda-benda hidup tetapi bukan
manusia seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan.
3
Formula : Kata nama khas hidup bukan manusia = benda hidup tetapi bukan manusia
Contoh : Jibrail, kancil, Belang, Sang Kancil, Lamri
2.1.3 Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata nama khas tak hidup ini merujuk kepada benda-benda yang khusus tetapi bukan seperti
nama benda, institusi, negara, bangsa, bahasa, pangkat, dan undang-undang.
Formula : Merujuk benda khusus = tetapi tak hidup
Contoh : Melayu, Proton Saga, Tan Sri , Indonesia
Sifat Berintegriti Perlu Terus Menjadi Amalan
Bintulu: Masyarakat Islam membudayakan sifat integriti tinggi, jujur, amanah, dan
menolak,rasuah supaya pembudayaan sifat itu mampu membawa kemajuan serta disegani
masyarakat. Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib
Zulpilip berkata tidak mengira apa jawatan dipegang sifat berintegriti perlu terus menjadi
amalan. Menurutnya, integriti merangkumi nilai jujur dan amanah perlu menjadi budaya orang
Islam kerana semakin tinggi nilai budaya dipegang semakin tinggi penghormatan orang terhadap
kita. Kita disegani kalau kita berintegriti tinggi. Kalau rasuah orang tidak hormat kita malah
keadaan hidup masyarakat itu menjadi kucar – kacir,”katanya.
(sumber): Utusan Borneo Sabah 21 Disember 2020
❖ Kata nama khas yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah Jabatan Ketua Menteri
4
AKTIVITI
1. Berdasarkan bahan pembelajaran yang telah diberikan, murid-murid dikehendaki bina
satu peta minda berkaitan jenis-jenis kata nama khas berdasarkan bahan tersebut.
2. Bentukkan 5 kumpulan di dalam kelas, anda dikehendaki membina satu buku skrap
bertajuk kata nama khas. Buku skrap tersebut mestilah cantik dan kreatif mengikut
kreativiti kumpulan anda.
2.2 KATA NAMA AM
Kata nama am ialah bentuk kata yang merujuk sesuatu konsep atau benda yang umum. Dengan
kata lain, kata nama am ialah kata selain kata nama khas dan tidak ditulis dengan huruf besar.
Kata nama am ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am hidup dan kata nama
am tak hidup. Kata nama am hidup merujuk kepada manusia dan binatang manakalaa kata
nama am tak hidup merujuk kepada benda yang tidak bernyawa.
2.2.1 Kata Nama Am Hidup Manusia
Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk kepada manusia, iaitu bersidat hidup dan
mendukung makna nama am.
guru, bayi, pelayan, jutawan, ibu, kanak-kanak, penoreh, pekerja
Contoh :
2.2.2 Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia
Kata nama am hidup bukan manusia ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda
hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am.
Contoh : gajah, burung, jin, hantu, syaitan, pokok, malaikat, bidadari, cacing
5
2.2.3 Kata Nama Am Tak Hidup Institusi
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat
tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.
Formula : Dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada
sebelum kata nama institusi.
Contoh : sekolah, hospital, lembaga, majlis, pertubuhan, university, persatuan
2.2.4 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya.
Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat.
Formula : Kata nama jenis ini didahului oleh sendi nama ke dan dari
Contoh : rumah, padang, jalan, bandar, negeri, bumi , sungai
2.2.5 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara – perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan.
Contoh : senyuman, hisapan, bayangan, pendapat, gangguan, rancangan
2.2.6 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tak Berbilang
Kata nama jenis ini mmerujuk benda-benda atau perkara perkara-perkara yang bukan jenis
hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.
Contoh: angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, ketibaan, angkasa
6
JBPM Kelantan dilengkapi PPE
Bachok: Semua pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Kelantan yang mengendalikan operasi menyelamat serta memindahkan mangsa banjir
dilengkapi sut peralatan dan perlindungan diri (PPE). Pengarahnya, Md Salleh Sarbini berkata,
pemakaian PPE terbabit adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika melakukan
pemindahan mangsa banjir di kawasan yang berisiko penularan koronavirus (Covid-19).
Menurutnya PPE berkenaan perlu digunakan oleh setiap petugas bagi mengelak berlaku
jangkitan ketika pasuka melakukan operasi. “Operasi kali ini amat berbeza dan mencabar dari
tahun sebelumnya. Kali ini sebelum pemindahan mangsa dibuat bacaan suhu badan akan diambil
terlebih dahulu.
(Sumber): Sinar Harian 17 November 2020
❖ Kata nama am yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah petugas
AKTIVITI
1. Pelajar dikehendaki membina satu peta i-think dalam kad manila berdasarkan tajuk Kata
Nama Am. Hasil tersebut mestilah kreatif berserta dengan gambar yang menarik
2. Guru dikehendaki membentuk 5 kelompok kumpulan, setiap kumpulan diberi tajuk
berkaitan Kata Nama Am untuk dibentangkan.
2.3 KATA GANTI NAMA
Menurut buku Tatabahasa Edisi Ketiga, kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi penganti
kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula
dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti
nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri
orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Menurut Abdullah Hassan (1992) bahawa
kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan berfungsi seperti nama.
7
2.3.1 Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ini merujuk kepada perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung makna menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
Formula: Kata ganti nama tunjuk umum Kata ganti nama tunjuk tempat
Ini (dekat) Sini (dekat)
Itu (jauh) Sana (dekat)
Contoh: 1. Hadiah ini untuk ibunya. 3. Bolehkah kita bercuti di sini nanti?
2. Itu buku hasil karya Samad Said. 4. Gelanggang seni silat berada di sana.
2.3.2 Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti
nama diri orang.
2.3.2.1 Kata Ganti Nama Diri Tanya
Perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Kadang-kadang mengalami
proses penggandaan yang membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan.
Formula:
Kata ganti nama diri tanya Penggandaan
Apa (benda atau perkara) Apa - apa
Mana (benda atau orang)
Mana - mana
Siapa (orang) Siapa-siapa
8
Contoh : 1. Makanlah apa – apa yang awak suka.
2. Siapa – siapa boleh menjawab soalan ini.
3. Pilihlah mana – mana baju yang awak sukai.
2.3.2.2 Kata Ganti Diri Nama Orang
Ianya mengandungi perkataan yang merujuk kepada diri orang tertentu iaitu diri orang
pertama, kedua dan ketiga.
Contoh : (a) Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, patik, kami, dan kita
(b) Kata ganti nama diri orang kedua: anda, engkau, awak, dan kamu
(c) Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, mereka dan -nya
Akaun Polis dipantau
Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Kerjasama Bank Malaysia (BNM) bagi
mengesan mana-mana akaun milik pegawai dan anggotanya yang mempunyai wang simpanan
luar biasa. “Daripada maklumat BNM itu, kita akan menjalankan siasatan bagi mengetahui
sumber kewangan yang diperoleh dan kemudian disimpan dalam mana-mana akaun,” kata beliau
semalam. “Mereka yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan disiplin manakala yang
terlibat dengan jenayah dan dituduh di mahkamah pula boleh dibuang kerja,” jelasnya.
(Sumber): Utusan Malaysia 17 Disember 2020
❖ Kata ganti nama yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah mereka
9
AKTIVITI YANG SESUAI
1. Pelajar dikehendaki membina 5 jenis ayat berdasarkan kata ganti nama yang telah
Dipelajari semasa proses pembelajaran.
2. Pelajar dikehendaki melakonkan cerita klasik iaitu Bawang Putih Bawang Merah .
Dialog setiap watak mestilah menggunakan kata nama diri orang pertama
LATIHAN 1
Tandakan (/) pada ayat yang betul penggunaan kata nama khas dan tandakan (x) pada
penggunaan yang salah.
1. Buku sejarah melayu semakin diminati pembaca.
2. Majalah Bestari majalah kesukaan kanak-kanak.
3. Mereka pernah mengunjungi Muziam Taiping.
4. kuala kangsar Bandar Di-raja negeri perak.
5. Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kaya
dengan khazanah alam semula jadi.
LATIHAN 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai bagi kata nama am tak hidup bukan
institusi konkrit dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak.
10
KATA NAMA AM TAK HIDUP KATA NAMA AM TAK HIDUP
BUKAN INSTITUSI KONKRIT BUKAN INSTITUSI ABSTRAK.
1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
LATIHAN 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _______________ itu bertungkus lumus mengerjakan sawah miliknya.
A. Nelayan C. Penjaja
B. Petani D. Peniaga
2. Kasut sukan berjenama _______________ dijual dengan harga yang berpatutan
sempena
jualan promosi besar – besaran.
A. Adidas C. Taman Ehsan
B. Singapura D. Kamus Sari
3. Perlawanan persahabatan bola sepak antara Selangor dan Perak itu akan dijalankan di
________________.
A. Jalan Maharaja C. Restoran Maju
B. tasik Bera D. Stadium Bukit Jalil
11
4. ____________ mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan.
A. Ibu bapa C. Saya
B. Itik D. Kenderaan
5. Beberapa ekor ____________ bergayut pada sebatang pokok.
A. Buaya C. Harimau
B. Kera D. Beruang
LATIHAN 4
Nyatakan jawapan yang betul bagi kata ganti nama diri orang di ruangan bawah tersebut.
KATA GANTI NAMA DIRI CONTOH
1) Diri Pertama
2) Diri kedua
3) Diri ketiga
LATIHAN 5
Berdasarkan ayat-ayat berikut, nyatakan ciri Kata Nama Am bagi perkataan yang bergaris
1) Seorang usahawan ternama sedang bermain golf sambal
berbincang urusan jual beli dengan rakan – rakanya.
2) Pokok manga yang terletak di tengah laman itu sudah berbuah.
3) Ali dan Alif belajar di sekolah yang sama sejak dari tahun
tahun satu hingga kini.
12
4) Kerja sebagai seorang anggota polis adalah untuk menangkap
dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
3.0 PENGGOLONGAN KATA KERJA
3.1 Konsep Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja
terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Terdapat tiga ciri kata kerja iaitu boleh didahului
oleh kata bantu, boleh dijadikan kata perintah dalam ayat minimal dan boleh didahului oleh
kata nafi tidak. Kata kerja dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja aktif dan
kata kerja pasif.
3.1.1 Kata kerja aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif pula dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif.
3.1.2 Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut. Objek
tersebut boleh terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa nama. Hal ini kerana tanpa
objek, ayat yang dihasilkan adalah tidak gramatis.
13
3.1.3 Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
selepasnya. Kata kerja aktif tak transitif ini pula dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu,
kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
Formula
Kata kerja aktif transitif
KKAT + Objek (Frasa nama)
Contoh ayat: Abu suka membaca buku cerita. ( membaca mesti disertai dengan buku untuk
dijadikan satu ayat yang lengkap)
Terdapat beberapa bentuk kata adjektif iaitu:
Bentuk kata kerja aktif transitif Contoh
Kata kerja berawalan ter- Termakan, tertelan, terjatuh
Kata kerja berawalan meN- Mencuci, menendang, memandu
Kata kerja berapitan meN…-i Menaiki, mendekati.
Kata kerja berapitan meN…-kan Mengemaskan, memasukkan
Kata kerja berawalan memper- Memperbuat, memperlebar
Kata kerja berapitan memper…-i Memperbaiki, mempelajari
Kata kerja berapitan memper…-kan Memperkenalkan, mempertemukan
14
Kata kerja aktif tak transitif
KN + KKATT
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan tidak memerlukan objek.
Contoh ayat: Dia sedang tidur. ( Kata kerja tidur jelas menunjukkan perbuatan dia tidak
memerlukan objek sebagai pelengkapnya.
Terdapat beberapa bentuk kata kerja aktif tak transitif iaitu:
Bentuk kata kerja aktif tak transitif Contoh
Kata kerja tanpa imbuhan Mandi, tidur, duduk
Kata kerja berawalan berR- Berjalan, bersenam
Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung
Kata kerja berapitan ber…-an Bersalaman, berpelukan
3.2 CONTOH YANG BERKONTEKS
Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan Tinggi meluluskan pembinaan lima kolej
komuniti baharu dalam usaha membuka lebih banyak peluang pembelajaran
kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) bagi pelajar
lepasan sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf.
Sumber, Berita Harian 19 April 2018
https://images.app.goo.gl/ASgciZaqV1AkTPwNA
Contoh kata kerja aktif transitif dalam keratan akhbar di atas ialah meluluskan dan membuka.
15
Batu Pahat: Menurutnya, ketika kejadian dia bersama suami sedang tidur, namun
terjaga apabila dia berasa terlalu panas setelah bekalan elektrik di rumahnya terputus.
“Saya bangun dan terus ke dapur nak cari lilin tetapi terkejut apabila terlihat api
marak. Sebahagian dapur rumah terbakar dan saya terus bergegas kembali ke bilik
tidur untuk mengejutkan suami.
Sumber, Sinar Harian 1 Mei 2018
https://images.app.goo.gl/NqaN2gMnSwecNPCi6
Contoh kata kerja aktif tak transitif dalam keratan akhbar di atas ialah tidur dan bangun.
3.3 AKTIVITI YANG SESUAI
Latihan 1
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat - ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada
kata kerja itu kata kerja transitif (KKT) atau kata kerja tak transitif (KKTT)
1) Encik Abu mengasah pisau - pisau itu sehingga tajam. ( )
2) Ali sering mandi di air terjun itu bersama adiknya. ( )
3) Penyanyi itu baru menyanyi dengan penuh emosi. ( )
4) Abang Azwan pergi ke bandar dengan menunggang motosikal. ( )
5) Ethel terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya pagi semalam. ( )
16
Latihan 2
Tuliskan betul (/) atau salah (X) pada kerja di bawah. Jika penggunaannya salah tuliskan
jawapan yang betul.
1) Anggota dewan sedang berbincang tentang krisis kemelesetan ekonomi di rantau ini. ( )
2) Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar. ( )
3) Penceramah itu sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral yang melanda
remaja kini. ( )
4) Cikgu Siti bertanyakan murid - muridnya tentang persiapan sambutan hari Kemerdekaan
yang akan diadakan pada hari esok. ( )
5) Dengan berpandukan pada sungai, kami mencari jalan keluar dari hutan itu. ( )
Latihan 3
1) Ibu kelapa untuk mendapatkan santannya.
A. Memicit
B. Melenyek
C. Memerah
D. Menindih
2) Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba
A. Merenggut
17
B. Menyambar
C. Merampas
D. Mengambil
3) Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan pameran lukisan.
A. Melaksanakan
B. Menjalankan
C. Mengadakan
4) Kampung Berlian dengan Kampung Permata oleh sebatang sungai.
A. Terbelah
B. Terpisah
C. Terpecah
D. Terbahagi
5) Ular sawa itu dua ekor anak ayam.
A. Melulur 18
B. Meneguk
C. Mengunyah
D. Menghisap
4.0 PENGGOLONGAN KATA ADJEKTIF
4.1 Konsep kata adjektif
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata
bantu dan kata penguat. Kata adjektif boleh dibezakan daripada kata nama atau kata kerja yang
boleh didahului oleh kata penguat seperti sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Menurut Nik
Safiah Karim (2004), kata adjektif sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Terdapat banyak jenis
kata adjektif iaitu:
Jenis Keterangan
Sifat/keadaan Menerangkan perangai, tabiat, atau keadaan bagi kata nama atau
frasa nama.
Cara Menerangkan kelakukan atau ragam bagi kata nama atau frasa
nama.
Warna Menerangkan warna sesuatu nama.
Ukuran Menerangkan saiz, berat atau ringan tentang benda yang
bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.
Jarak Menerangkan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan ruang
antara dua benda, tempat, atau keadaan.
Bentuk Menerangkan bentuk atau rupa sesuatu.
Waktu Menerangkan masa atau waktu.
19
Perasaan Menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsurkan emosi.
Pancaindera Menerangkan sesuatu yang dapat dirasai atau dikesani oleh
deria.
Jenis-Jenis Kata Adjektif
a) Kata adjektif berdasarkan sifat atau keadaan
Kata adjektif yang menjelaskan maksud sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan nama
yang boleh dilihat dan mempunyai sesuatu sama ada benda atau orang. Ia juga menunjukkan
perwatakan dari segi tabiat yang ditunjukkan oleh seseorang.
Formula
KN+ KAS (kata adjektif sifat)
Contoh ayat: Alya sangat berani melawan lelaki itu. (Perkataan berani hadir selepas kata nama
yang menunjukkan perwatakan yang dibawa oleh Alya itu).
Contoh kata adjektif sifat ialah: Sakit
Takut Baik
Berani
b) Kata adjektif berdasarkan waktu
Kata adjektif waktu sebagai unsur keteranagn kepada kata nama ialah perkataan yang
berfokuskan kepada konsep masa.
20
Formula
KN+ KAC (kata adjektif waktu)
Contoh ayat: Pelajar itu kerap ponteng sekolah. (Perkataan kerap yang hadir dalam perkataan
sebagai penerang kata nama).
Contoh kata adjektif cara ialah:
Kerap Lambat
Segera Sering
c) Kata adjektif berdasarkan warna
Kata adjektif yang menjelaskan warna sebagai unsur keterangan.
Formula
KN+ KAW (kata adjektif warna)
Contoh ayat: Baju kurung kakak itu berwarna biru muda. (Perkataan biru muda yang hadir
menunjukkan sejenis warna kepada baju itu sebagai keterangan).
Contoh kata adjektif berdasarkan warna ialah:
Hijau Merah
Hitam Kuning
21
d) Kata adjektif berdasarkan ukuran
Kata adjektif ukuran ialah kata yang menjelaskan kata nama. Ukuran yang dimaksudkan
tidak kira sama ada benda bernyawa atau tidak dan konkrit atau abstrak.
Formula
KN+ KSU (kata adjektif ukuran)
Contoh ayat: Longkang itu sangat dalam. (Perkataan dalam yang hadir menunjukkan
keterangan pada ukuran longkang itu). Rendah
Labuh
Nipis Dalam
e) Kata adjektif berdasarkan jarak
Kata adjektif jarak sebagai keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi
makna konsep ruang atau jarak.
Formula
KN+ KAJ (kata adjektif jarak)
Contoh ayat: Adila hampir terlupa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
(Perkataan hampir yang hadir menunjukkan keadaan yang dekat).
Nyaris Hampir
Dekat Sebelah
22
4.2 CONTOH YANG BERKONTEKS
Seremban: “Selain membangunkan kawasan perumahan, komponen pembangunan itu nanti
adalah yang mesra pesara dengan beberapa kemudahan diwujudkan seperti pusat
kejururawatan, infrastruktur mesra orang kelainan upaya (OKU), taman rekreasi dan
landakap yang berkonsep ‘wellness’.
“Jangan dedahkan maklumat peribadi dan jangan terlalu cepat percaya hingga terus
melakukan transaksi bank kepada individu tiga dikenali bagi mengelak daripada
menanggung kerugian,” katanya.
Sumber Berita Harian, September 2020
https://images.app.goo.gl/3b8wwwYDAGgPu1Ks9
Kata adjektif berdasarkan sifat atau keadaan yang terdapat dalam akhbar ini ialah mesra.
Manakala, terdapat kata adjektif berdasarkan waktu iaitu cepat.
Putrajaya: Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin melancarkan logo sambutan 50 tahun
Rukun Negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Bangunan
Perdana Menteri di sini semalam.
Lima jalur simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi bulan dan bintang
melambangkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Angka 50 sempena sambutan ulang
tahun Rukun Negara dan biru melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan
Kesusilaan.
Sumber Sinar Harian, Julai 2020
https://images.app.goo.gl/6TZPQuwvjAyJe9B9
Kata adjektif berdasarkan warna yang terdapat dalam akhbar ialah biru.
23
Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan berpandangan denda terhadap pihak tidak
bertanggungjawab yang melepaskan sisa buangan ke perairan daratan dan perairan Malaysia
di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dinaikkan kepada RM 2 juta berbanding
RM500,000 ketika ini.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminudin Harun berkata, ia mengambil kira beban kos
tinggi terpaksa ditanggung syarikat pembekal air dan agensi yang terbabit serta kesengsaraan
dialami orang ramai setiap kali loji rawatan air terpaksa ditutup.
Sumber Berita Harian, September 2020
https://images.app.goo.gl/4GkQXd1d5Wn2UiQy6
Kata adjektif berdasarkan ukuran yang terdapat dalam akhbar ialah tinggi.
4.3 AKTIVITI YANG SESUAI
1. Buat aktiviti berkaitan kata adjektif sifat dalam kumpulan dengan cara berdialog dengan ahli
kumpulan masing-masing.
2. Lakukan lakonan sama ada secara individu dengan menggunakan kata adjektif waktu.
3. Buat aktiviti soal jawab dan bahan bergambar bersama guru dan murid untuk meningkatkan
kefahaman murid berkaitan dengan kata adjektif.
24
4.4 LATIHAN 1
Pilih jawapan yang sesuai.
1) Aminah merupakan pelajar yang __________ dan sangat dikenali dalam kalangan
guru kerana memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
A. Lemah C. Nakal
B. Pandai D. Kasar
2) Warna ______________ pada bendera Malaysia melambangkan kegagahan dan
keberanian serta bersedia dalam menghadapi segala rintangan dalam meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara maju.
A. Kuning C. Putih
B. Biru D. Merah
3) Pegawai bomba itu sangat _________ menangkap ular sawa yang besar itu.
A. Berani C. Cantik
B. Sihat D. Rajin
4) Pak Salleh telah melalui jalan kampung itu yang ____________ dengan menaiki
sebuah kereta.
A. Sempit C. Tebal
B. Dalam D. Singkat
5) Besi penghadang jalan raya itu telah _______ akibat kemalangan yang berlaku
semalam.
A. Tinggi C. Bengkok
25
B. Bulat D. Kempis
6) Pokok bunga mawar yang ditanam oleh Maksu sangat _______ dan _________
A. Mekar, semerbak C. Tengik, hodoh
B. Harum, cantik D. Hanyir, wangi
LATIHAN 2
Berdasarkan jenis-jenis kata adjektif tersebut, bina ayat bagi setiap jenis kata adjektif itu.
1) Kata adjektif sifat atau keadaan
2) Kata adjektif cara
3) Kata adjektif warna
4) Kata adjektif waktu
5) Kata adjektif ukuran
6) Kata adjektif perasaan
7) Kata adjektif bentuk
8) Kata adjektif jarak
9) Kata adjektif pancaindera
26
LATIHAN 3
Aku sepasang baju kurung. Aku diberi nama Melantis Leda. Badan ku berwarna putih dan
bercorak hitam. Walaupun aku daripada jenis kain berkualiti tinggi, namun begitu hargaku
tidaklah begitu mahal. Tambahan pula, aku diletakkan di bahagian ‘promosi khas’ untuk
menarik minat pelanggan. Dengan itu, aku selalu akan dilihat dan dikunjungi oleh para
pelanggan terutamanya golongan remaja. Oleh sebab hargaku yang lebih murah, maka
keluarga tersebut telah berpakat untuk membeli diriku dan dua pasang lagi baju kurung
yang lain tetapi sejenis dengan diriku. Akhirnya, kini aku telah dimiliki.
Petikan daripada “Aku Sepasang Baju Kurung”
1) Kenalpasti perkataan- perkataan yang terdapat dalam petikan diatas berkaitan dengan
jenis-jenis kata adjektif.
5.0 PENGGOLONGAN KATA TUGAS
Kata tugas ialah perkataan yang mendukung sesuatu tugas tertentu frasa, klausa atau ayat. Kata
tugas tidak boleh menjadi unsur inti dalam frasa utama, tetapi mempunyai tugas sintaksis
tertentu. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan
frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau
memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Ciri-ciri kata tugas adalah, ia
tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam dalam frasa predikat. Kata tugas juga mempunyai
maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal. Oleh itu, kata tugas terbahagi
kepada beberapa kelompok.
27
5.1 Kelompok Kata Tugas
Kata tugas dapat dibahagikan kepada empat kelompok di mana setiap satunya terdiri daripada
beberapa jenis.
5.1.1 Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat terdiri daripada satu jenis kata tugas iaitu kata hubung. Kata hubung
bertugas untuk mencantumkan dua atau lebih ayat untuk membentuk ayat majmuk. Ayat
majmuk pula terdiri daripada dua iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.
Ayat majmuk gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk
pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan.
Formula Kata Penyambung Ayat
i) Kata Hubung
KH + KK / KN / FK
5.1.2 Jenis-jenis kata hubung
i. Kata Hubungan Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang
setara sifatnya untuk membentuk ayat majmuk gabungan. Contoh:
dan, atau, tetapi, sambal, kemudian, lalu, malahan, melainkan, manakala
Contoh ayat:
• Zana suka bermain futsal tetapi Adibah suka bermain catur.
• Ibu dan ayah pergi ke pasar malam.
28
ii. Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara
atau klausa pancangannya pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan
terbahagi kepada tiga jenis iaitu:-
• Pancangan relatif –‘yang’
Contoh ayat: Kereta itu kereta yang mahal.
• Pancangan komplemen –‘bahawa, untuk’
Contoh ayat: Dia menjelaskan bahawa perkara itu tidak benar.
• Pancangan keterangan –‘kerana, sekiranya, kalau, hingga’
Contoh ayat: Dia datang kerana dijemput.
5.1.2 Kata Praklausa
Kata praklausa ialah kata tugas yang terletak di hadapan klausa dan ayat. Kata praklausa terdiri
daripada lima jenis, iaitu kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal
ayat.
a) Kata seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut dan sebagainya. Kata seru
digunakan untuk membentuk ayat seru. Contoh:
Kata Seru Ayat Contoh
Aduh Aduh, sakitnya kaki aku!
Aduhai Aduhai, malang sungguh nasib pemuda itu!
Ah Ah, aku tiada masa untuk melayan mereka!
29
Amboi Amboi, sombong sekali wanita itu!
Cis Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan
diduga!
Eh Eh, awak pun ada sini!
Hai Hai, nama saya Sabrina!
Nah Nah, ambillah ini untuk awak!
Wah Wah, sedapnya makanan ini!
b) Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanya tentang sesuatu atau
menyoalkan sesuatu. Contohnya, mengapa, bila, berapa, bagaimana. Kata tanya hadir
dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan
maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Contohnya:
Siapa • Nama kawan awak siapa?
Bila • Siapakah nama kawan awak?
Berapa • Awak balik ke rumah bila?
• Bilakah awak balik ke rumah?
• Harga baju itu berapa?
• Berapakah harga baju itu?
c) Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan perintah, suruhan,
ajakan, keinginan, harapan, atau larangan untuk melakukan sesuatu.
30
Permintaan Tolong, minta, mohon, harap
Silaan Sila, jemput, sudi
Larangan Usah, jangan, tak usah, dilarang
Ajakan Mari, jom, ayuh
Pembiaran biar
d) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan bagi mengesahkan sesuatu pernyataan.
Contoh kata pembenar ialah, ya, benar dan betul.
e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir pada awal ayat yang berfungsi sebagai
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Kata ini banyak digunakan dalam bahasa
Melayu klasik. Contoh:
Hatta, Maka, Syahadan, Adapun, Alkisah, Kalakian, Sebermula, Sekali peristiwa,
Arakian
5.1.3 Kata Parafrasa dan Kata Pascafrasa
Kata parafrasa ialah perkataan yang terletak di depan frasa, manakala kata pascafrasa ialah
perkataan yang hadir selepas frasa. Kedudukan kata parafrasa dan kata pascafrasa boleh
sebelum atau selepas frasa, sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi
nama. Kata prafrasa dan kata pascafrasa terdiri daripada 9 jenis iaitu, kata bantu, kata penguat,
kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata bilangan, dan kata
adverba.
31
a) Kata Bantu
Kata bantu ialah perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Oleh itu, kata bantu terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata bantu aspek dan kata
bantu ragam.
Formula
• KB + KK / KA
• KB + FSN
• KB + KK + KN
Kata bantu aspek merujuk kepada masa dan waktu, sama ada sudah dilakukan, sedang
dilakukan atau belum dilakukan.
Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan
Akan, belum
Sudah, telah, pernah, baru Sedang, masih, tengah, mula
Contoh ayat: Kanak-kanak itu sudah diberi makan.
Kata bantu ragam pula bertujuan menyatakan atau menunjukkan ragam perasaan yang
dikaitkan dengan perbuatan. Kata bantu ragam boleh menunjukkan kehendak,
keupayaan, kemungkinan, kemestian, dan keengganan.
Menunjukkan kehendak Hendak, mahu, ingin
Menunjukkan keupayaan Boleh, dapat
Menunjukkan kemungkinan Mungkin, barangkali
Menunjukkan kemestian Perlu, mesti, wajib, harus, pasti, patut, tentu
Menunjukkan keengganan Enggan
32
b) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata atau frasa adjektif.
Kata penguat berfungsi untuk menguatkan maksud kata atau frasa adjektif. Kata
penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang
dan kata penguat bebas. Dua kata penguat tidak boleh hadir serentak dalam frasa
adjektif, kecuali jika kata penguat itu hadir dengan kata penguat bebas.
Formula:
• KPeng + KA / FA
Kata penguat hadapan Hadir di hadapan kata adjektif atau frasa adjektif.
Contoh: agak, paling, cukup, makin, maha, lebih,
Kata penguat belakang kurang, kian, terlampau, teramat
Kata penguat bebas Hadir di belakang kata adjektif atau frasa adjektif.
Contoh: sekali, benar, betul, nian
Boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif atau
frasa adjektif. Contoh: amat, sungguh, sangat
c) Kata Penegas
Kata penegas ialah perkataan yang memberikan penegasan atau penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu
menegaskan frasa predikat dan menegaskan kedua-dua bahagian ayat. Kata penegas
juga terdiri daripada partikel -lah, -kah, dan -tah.
Formula:
• KP + KB + KK
33
d) Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menyangkal atau menidakkan sesuatu.
Kata nafi biasanya hadir dalam ayat nafi. Terdapat dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Kata Nafi Penggunaan
bukan Menafikan kata ganti nama, frasa nama dan frasa kerja
tidak Menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
jangan larangan
Formula :
• KNafi + KK
• KNafi + KK + KN
• KNafi + KA + KPeng
Contoh ayat:
• Dia bukan anak kandung encik Salleh.
• Ana tidak pandai mengeja.
e) Kata Pemeri
Kata pemeri ialah perkataan yang berfungsi untuk merangkaikan frasa subjek dengan
frasa predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu, ialah dan adalah. Kata pemeri ialah
digunakan di depan frasa nama. Contohnya, Dia ialah abang saya. Kata pemeri adalah
pula digunakan di depan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya, Minatnya
sejak dari kecil lagi adalah dalam bidang nyanyian.
34
f) Kata Sendi Nama
Kata sendi nama adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang
membentuk predikat ayat. Terdapat beberapa kata sendi nama, penggunaan dan contoh
ayat yang diberikan.
Formula :
• KS + KN
Kata Sendi Nama Penggunaan Ayat contoh
1. Semua murid sedang berkumpul
di • Menunjukkan
di gelanggang.
tempat 1. Kami akan ke sekolah pada
ke • Menunjukkan petang nanti.
2. Ibu dan ayah membeli-belah dari
tempat atau arah
pagi hingga ke petang.
yang dituju
1. Abang baru sampai dari bandar.
• Menunjukkan 2. Kakak menunggu kawannya
masa dan waktu dari petang tadi.
dari • Menunjukkan 1. Beg itu diperbuat daripada kulit
buaya.
tempat atau arah
yang dituju
• Menunjukkan
masa dan waktu
daripada • Menunjukkan
asal kejadian
atau punca
35
g) Kata Arah
Kata arah ialah perkataan yang hadir selepas kata sendi nama dan sebelum frasa nama
bagi menunjukkan arah, hala, atau jurusan. Antara contoh kata arah yang sering
digunakan ialah atas, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, sisi, luar, samping dan
sebagainya.
Formula :
• KAr + KN
Contoh ayat bagi kata arah ialah:
1) Kanak-kanak itu di samping ibunya.
2) Dia ada di dalam bilik.
3) Kucing itu tidur di bawah meja.
4) Buku itu diletakkan di atas meja.
h) Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama, dan hadir
sebelum frasa nama. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada enam jenis, iaitu:
Bil Jenis Huraian Contoh
1 Kata bilangan tentu atau Membawa maksud jumlah Tiga, enam belas,
kata bilangan cardinal yang ditentukan dalam bentuk tujuh puluh dua,
nombor atau angka seratus tiga puluh,
seribu, sejuta
36
2 Kata bilangan tak tentu Membawa maksud bilangan Banyak, sedikit,
yang tidak tentu jumlahnya. semua, beberapa,
Kata bilangan jenis ini sebilangan,
menunjukkan jamak atau sesetengah,
banyak. kebanyakan, ramai,
segelintir,
segala,seluruh,
segenap, pelbagai
3 Kata bilangan himpunan Kata bilangan jenis ini Beratus-ratus
menunjukkan jamak atau
banyak
4 Kata bilangan pisahan Membawa maksud jamak, Tiap-tiap, setiap,
tetapi dipisah-pisahkan masing-masing
5 Kata bilangan pecahan Membawa maksud Separuh, suku,
sebahagian atau beberapa setengah, sepuluh
bahagian daripada peratus, sepertiga,
keseluruhan. Kata bilangan dua perempat
pecahan boleh menerima per-
yang bermaksud “daripada”
(dua perempat sama maksud
dengan “dua daripada empat”)
6 Kata bilangan tingkat Membawa maksud kedudukan Pertama, kedua,
atau kata bilangan atau turutan. Kata bilangan ini ketujuh, keseratus,
ordinal terdiri daripada struktur ke- + keseribu
37
kata bilangan, kecuali pada
kata bilangan “pertama”.
Formula:
• KBil + KN
i) Kata Adverba
Kata adverba atau kata keterangan ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif, dan frasa sendi nama. Kata adverba tidak tergolong sebagai kata utama kerana
kata adverba tidak dapat menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat. Oleh
sebab itu, kata adverba tergolong sebagai kata tugas. Contohnya:
o Wanita itu pura-pura baik. (pura-pura ialah kata adverba yang menerangkan
kata adjektif baik)
o Ibu saya kadang-kadang ke hospital. (kadang-kadang ialah kata adverba yang
menerangkan frasa sendi nama ke hospital)
Formula :
• KA + P (KN / KK / KA / KSN)
38
5.1.4 Kata Pascakata
Kata pascakata ialah bentuk kata yang tidak dapat berdiri sendiri, dan hadir selepas
perkataan. Kata pascakata ialah -nya yang berfungsi sebagai kata pembenda dan kata
penekan.
a) Kata pembenda
Kata pembenda berfungsi untuk menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada
kata nama sebagai kata nama. Formula bagi kata pembenda:
KA + -nya = KN (KPB)
Contohnya:
• Lajunya ialah 120 km sejam.
• Budak itu menjerit dengan kuatnya.
Dalam ayat di atas, laju dan kuat merupakan kata adjektif. Apabila laju dan kuat
menerima kata -nya, perkataan yang mendapat -nya mengubah kata adjektif laju dan
kuat kepada kata nama.
b) Kata penekan
Kata penekan berfungsi sebagai untuk memberikan penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Formula kata penekan ialah:
KA KK KT + -nya = KPT
Contohnya:
• Yang datang tadi sebenarnya imam masjid.
39
• Bahawasanya, dia memang tidak bersalah.
• Langit nampaknya hendak hujan.
Catatan -nya juga boleh tergolong sebagai kata nama, dan berfungsi sebagai kata ganti
nama diri ketiga yang sepadan dengan dia. Contohnya:
• Anak bongsu Haji Salleh sering membantunya berniaga.
5.2 AKTIVITI YANG SESUAI
Aktiviti 1
1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, iaitu satu kumpulan
mempunyai empat atau lima orang pelajar.
2. Guru memberikan satu keratan akhbar kepada setiap kumpulan.
3. Guru meminta pelajar untuk mengenalpasti kata tugas yang terdapat dalam keratan
akhbar tersebut.
4. Guru kemudiannya meminta pelajar menyatakan fungsi kata tugas tersebut sama ada
sebagai subjek, objek atau unsur keterangan.
5.3 LATIHAN
LATIHAN KATA HUBUNG/PENYAMBUNG AYAT
1) Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ................ dia mengambil keputusan
untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
a) dan
b) lantas
c) manakala
d) bagaimanapun
40
2) Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya .......... mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada penduduk.
a) jika
b) hingga
c) ketika
d) sementara
3) Mora masih belum pulang ...... hari sudah lewat senja.
a) walau bagaimanapun
b) meskipun
c) setelah pun
d) jikalaupun
4) Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah ................... ada segelintir ibu bapa tidak
membenarkan anak mereka diberi rawatan.
a) jadi
b) oleh itu
c) dengan demikian
d) walau bagaimanapun
5) Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.
a) Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang
b) Awak hendak beli baju ini atau baju itu?
c) Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya
d) Emak terkejut apabila mendengar cerita dari say
41
LATIHAN 2
Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
1. Dia bersiap-siap lebih awal ……………………. tidak lewat tiba di sekolah.
2. Encik Raihan memandu keretanya setiap hari ……………………. pejabatnya hanya dua
meter dari rumahnya.
3. Jalil didenda oleh pengetua ……………………. berkelahi dengan Osman.
4. Askar itu telah dinaikkan pangkat …………………….. berani menentang musuh.
5. Bolehkan saya meminjam buku anda …………………….. anda tidak keberatan ?
6. …………………ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-
bayang akan wajahnya.
7. ……………………anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda
setiap hari.
8.Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis …………………….. disyaki mengedar
dadah.
9.Dia tetap merayu minta dikasihani …………………….. dia tahu usahanya itu sia-sia belaka.
10. Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan
………………….belum diluluskan pihak pengurusan.
LATIHAN 3
LATIHAN KATA PRAFRASA DAN PASCAFRASA
1. Berikan dua contoh kata penguat.
2. Kata pemeri menggunakan frasa..............dan....................
3.Berikan contoh kata penekan.
4. Kata pascafrasa masing-masing ditandai dengan perkataan..............
42
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi sama ada golongan lain ataupun yang serupa.
Justeru itu, aspek penggolongan kata amat penting untuk diketahui dalam bahasa Melayu. Hal
ini dikatakan demikian kerana. Melalui penggolongan kata kita dapat meletakkan gatra tertentu
dalam ayat. Sehubungan dengan itu, perkataan dalam bahasa Melayu juga bersifat berubah-
ubah. Banyak perkara dan konsep perlu digambarkan dengan jelas melalui penggunaan yang
sesuai seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Oleh hal demikian, kita perlu
mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar dapat membezakan mengikut kelas
kata tersebut. Di samping itu, sebagai pengguna bahasa Melayu, kita mestilah menjaga
kesempurnaan dan keindahan bahasa Melayu serta memartabatkan bahasa Melayu agar
setanding dengan bahasa-bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
43
RUJUKAN
Abdullah Hassan (2007). Morfologi. Bentong: PTS Profesional.
Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berita Harian, 30 September 2020, Negeri Sembilan mahu wujud kampung persaraan.
Diperoleh daripada https://images.apps.goo.gl/3b8wwwYDAGgPu1Ks9.
Kamus Linguistik (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ra;in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof (2009). Pembelajaran Tatabahasa
Melayu: Morfologi dan Sintaksis. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norliza Jamaluddin (2011). Sedekat Penggolongan Kata Bahasa Melayu: Kertas Kerja untuk
Perutusan Penulis Budiman. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sinar Harian, 10 Julai 2020. ‘Roh’ dalam logo Rukun Negara. Diperoleh daripada
https://images.apps.goo.gl/6TZPQuwvjAyJe9B9.
44
LAMPIRAN
45
46