H u k u m m e n u r u t s y a r a k N i k a h G a ntu ng M i sy a r d a n M e n u r ut Sy a r a k M a k s u d n i k a h g a n t u n g & m i s y a r
Nikah Gantung Nikah Misyar sebuah pernikahan yang terjadi antara pasangan suami isteri yang mana mereka tidak tinggal serumah dalam waktu yang ditetapkan dari hasil kesepakatan bersama antara kedua pihak. pernikahan yang memenuhi syarat pernikahan pada umumnya, hanya saja pasangan suami isteri dalam hal ini masih tinggal perpisah dan tidak ada tanggungjawab sebagai suami isteri. Nikah gantung atau dikenali sebagai nikah khitbah adalah berasal daripada bahasa arab Al-Khutbah iaitu peminangan Ahmad Al-Tamini: pernikahan yang dibina dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. Ibn Mani'ia: pernikahan yang memenuhi syarat dan rukunnya tetapi kedua pasangan saling redha meredhai dan bertujuan bahawa isteri tidak mempunyai hak pembahagian giliran bermalam. Sudut bahasa kata misyar berasal daripada perkataan sara iaitu berjalan atau melakukan perjalanan.
Jika ditinjaua menurut Imam As-Syafi' e, suatu perkahwinan yang sah adalah kerana tepat dengan syarak dan rukun sah perkahwinan. Menurut beliau juga si suami wajib memberi nafkah kepada isterinya namun, sekiranya si isteri memenuhi syarat iaitu serahkan dirinya kepada suami sepenuhnya dan perlu mengikut suaminya tinggal di tempat suaminya. "Baginda telah berkahwin dengan saidatina Aisyah ketika itu masih berumaur enam tahun. Dan Baginda tinggal bersama beliau ketika umurnya sembilan tahun " (ibn Hajar) "...Rasulullah SAW menikahiku pada umur enam tahun dan menggauliku ketika umur sembilan tahun..." (saidatina Aisyah) Hukum Nikah Gantung (Khitbah)
Hukum Nikah Misyar Menurut Yusuf Al-Qordhowi, nikah Misyar dibolehkan kerana nikah ini sudah memenuhi syarat dan rukun nikah. Beliau berpendapat bahawa seorang muslim tidak mempunyai alasan untuk melarang seorang wanita melaksanakan perkahwinan dengan melakukan tanazul kerana dia adalah seorang wanita yang sudah baligh, berakal dan lebih mengetahui mana yang baik untuk dirinya. Selain itu, ia dibolehkan kerana di dalamnya ada maslahat syariat iaitu wujudnya kepuasan batin antara suami dan isteri secara sah. Menurut Dr. Natsir Farid Washil, perkahwinan ini berbeza dengan perkahwinan Mut' ah yang mana ia tidak mencukupi syarak dan rukun nikah. Jika si isteri memerlukan haknya, dia boleh menunutut dengan selayaknya walaupun dia kaya atau orang tuanya memberikan nafkah kepadanya.
Kesimpulannya Kedua-dua nikah ini bukanlah dianjurkan oleh islam, tetapi dibolehkan kerana adanya desakan kebutuhan dan perkembangan masyarakat dan berubahan zaman. Walaupun tidak ramai para fuqaha ' yang membahas isu ini, namun pelaksanaannya haruslah mematuhi syarak dan rukun yang ditetapkan oleh islam.