The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jenis-jenis ikatan dan simpulan tali di dalam ilmu pengakap.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59055598, 2020-10-27 00:08:51

IKATAN & SIMPULAN PENGAKAP

Jenis-jenis ikatan dan simpulan tali di dalam ilmu pengakap.

Keywords: ikatan,simpulan,pengakap

PERTUBUHAN PENGAKAP
SMK DATO’ SYED OMAR
AKTIVITI KO-KURIKULUM PASCA PKPD

JENIS-JENIS IKATAN & SIMPULAN
DALAM ILMU PENGAKAP

HARI / TARIKH : RABU 28 OKTOBER 2020
MASA : 3.00 – 5.00 PETANG

TEMPAT : RUMAH KEDIAMAN MASING-MASING / ASRAMA

1

JENIS-JENIS IKATAN & SIMPULAN

IMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia
digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan
simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja
menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan tali,
tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari dalam krs.

SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan
untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.

SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia digunakan oleh
nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.

2

IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai
permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai,
ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-
ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).

IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah
ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk
membuat gejet selain ikatan manuk).

SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan
salah satu daripada stopper knots.

SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini
mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.Jika ikatkan
simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas() contohnya simpulan
angka no.8) ke hujung tali untuk keamanan.

3

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara
begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal

SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan
untuk menarik sesuatu barang

SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan lutut.

SIMPULAN PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.

4

SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada bahagian
yang reput,hendak putus atau rosak.

IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat
jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul
manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan
dengan simpul manuk juga.

IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.

5

IKATAN SILANG GUNTING
Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang kayu/buluh untuk
membuat kaki yang bersilang.

SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gejet,dan menyambung kayu dengan
mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.

6


Click to View FlipBook Version