The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmizam2h, 2021-11-04 04:12:05

Pantulan Dalam Penuh dan Sudut Genting

Pantulan Dalam Penuh dan Sudut Genting

Keywords: Pantulan Dalam Penuh

Pantulan Dalam Penuh dan Sudut Genting

Rajah (a) Rajah (b)

Dalam rajah (a) di Dalam rajah (b), didapati bahawa pada Sudut genting, c ialah
atas, sudut tuju sudut tertentu, sinar cahaya dibiaskan 90° sudut tuju dalam
kurang daripada daripada normal. Ini adalah sudut biasan medium yang lebih
sudut genting, maksimum yang boleh dicapai. Sudut tuju tumpat apabila sudut
pembiasan berlaku. yang menyebabkan keadaan ini berlaku biasan dalam medium
dinamakan segai sudut genting.c yang kurang tumpat
ialah 90°.

Rajah (c) Dalam rajah (c), sinar tuju bergerak ke
permukaan prisma pada satu sudut yang
lebih besar daripada sudut genting c.

Didapati bahawa sinar itu tidak lagi dibiaskan.
Permukaan prisma bertindak sebagai satu
cermin yang sempurna di mana ia
memantulkan 100% cahayayang dituju ke
atasnya. Fenomena ini dinamakan sebagai
pantulan dalam penuh.

Apabila sudut tuju adalah melebihi sudut
genting, c, pantulan dalam penuh berlaku.
Syarat syarat untuk pantulan dalam penuh
berlaku adalah seperti

berikut:
1. Cahaya mesti merambat dari
medium yang lebih tumpat ke
medium yang kurang tumpat.
2. Sudut tuju mesti melebihi sudut
genting, c.

Indeks Biasan dan Sudut
Genting

Sudut genting suatu bahan
dapat dikira daripada
indeks biasannya melalui
persamaan berikut:

Recommended Videos

Total Internal Reflection – Critical Angle

Fenomena Berhubungkait Pantulan Dalam
Penuh

Logamaya

(Logamaya di gurun. Tasik kelihatan di atas permukaan yang kering)

1. Logamaya ialah sejenis
ilusi optik yang disebabkan
oleh pantulan dalam
penuh dalam udara.

2. Penduduk di gurun pasir
selalu mendapati bahawa
pokok dan tasik yang
kelihatan tidak jauh di
hadapan yang sebenarnya
merupakan ilusi sahaja.

3. Pemandu kereta pada hari
yang panas kadang-kadang
mendapati jalan raya
kelihatan basah yang
diperhatikan sebenarnya
merupakan jalan raya yang
kering.

4. Pembentukan logamaya boleh diterangkan seperti berikut:

• Pada hari yang panas, udara berhampiran dengan Bumi akan dipanaskan.
• Udara panas itu mengembang dan menjadi kurang tumpat secara optik

berbanding dengan udara di lapisan atas yang lebih sejuk.
• Cahaya yang memasuki lapisan udara yang panas akan dibiaskan menjauhi

normal secara beransur-ansur.
• Apabila sinar cahaya hampir sampai ke permukaan Bumi, sudut tuju

melebihi sudut genting dan pantulan dalam penuh berlaku.
• Apabila sinar cahaya merambat dari lapisan udara yang panas ke lapisan

udara yang lebih sejuk, cahaya terbias mendekati normal.
• Oleh itu, sinar cahaya yang berasal dari langit terpantul penuh ke atas dan

akhirnya memasuki mata pemerhati.
• Pemerhati akan menganggap cahaya bergerak dalam garis lurus. Oleh itu,

imej langit dan awan kelihatan berada di hadapan pemerhati.

Pelangi 1. Pelangi dihasilkan daripada pembiasan dan pantulan
dalam penuh cahaya.

2. Rajah di atas menunjukkan bagaimana cahaya
maahari dibiaskan dan dipantulkan secara penuh di
dalam satu titis air.

3. Cahaya yang mempunyai warna yang berlainan
dibiaskan pada sudut yang berlainan.

4. Cahaya merah yang bergerak dengan laju yang paling
tinggi di dalam air dipesongkan sedikit manakala
cahaya warna lain dipesongkan dengan sudut yang
lebih besar kerana mempunyai laju yang lebih rendah
di dalam air.

5. Cahaya berwarna ungu dipesongkan dengan sudut yang paling besar kerana lajunya
adalah paling rendah di dalam air berbanding dengan cahaya lain.

6. Cahaya-cahaya itu kemudian mengalami pantulan dalam penuh di dalam titisan air
dan menuju ke mata pemerhati.


Click to View FlipBook Version