The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2: Penghasilan e-portfolio
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 38-26-adriana, 2022-10-23 23:37:47

BMMB1074:Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Tugasan 2: Penghasilan e-portfolio
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka

SLIDESMANIA.COM Home
You can type something here…

BMM1074 Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu

Tugasan 2: Penghasilan e-portfolio

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka

Nama Pelajar : Nur Adriana Batrisyia binti Rokiman
Angka Giliran : 2022062310038
Nama Pensyarah: En. Razali Mohd Shukor

slidesmania.com

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

SLIDESMANIA.COM Pengenalan

Perkataan “pra” bermaksud “sebelum” manakala perkataan “merdeka” dari
sudut bahasa pula bermaksud “bebas daripada penjajahan”. Jika kedua-dua
perkataan ini digabungkan maka perkataan “pramerdeka” ialah satu zaman yang
berada sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkataan “pasca” pula bermaksud “selepas”. Justeru, perkataan
“pascamerdeka” bermaksud zaman setelah negara mencapai kemerdekaan dan bebas
daripada penjajahan.

Terdapat beberapa pertubuhan yang bergiat aktif dalam mengembangkan
bahasa Melayu pada zaman pramerdeka dan pascamerdeka. Beberapa jawatankuasa
turut dibentuk untuk menjalankan kajian tentang sistem pendidikan pada ketika itu
sehinggalah terhasil beberapa laporan yang membawa kepada pembentukan sistem

pendidikan acuan sendiri.

Home Recent Tabs

You can type something here…

Pejabat Karang Mengarang

Pertubuhan ini ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI) pada tahun 1924. Pengasasnya ialah
Pengetua maktab tersebut iaitu O.T. Dussek dan Za’ba.

Peranan:
➢ Menerbitkan buku-buku teks untuk sekolah Melayu
➢ Menerbitkan bahan bacaan umum untuk masyarakat

Melayu
➢ Menerbitkan jurnal bergambar
➢ Mewujudkan perpustakaan bergerak

SLIDESMANIA.COM Kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sumbangan:
➢ Membina asas pengetahuan bahasa melayu dan ilmu

karang mengarang
➢ Memajukan pendidikan orang Melayu

Home Recent Tabs

You can type something here…

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

PBmPB ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru Dato’ Seri Amar Diraja
melalui usaha Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak Abdul Rahman Andak
dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Pada awal
SLIDESMANIA.COM penubuhannya, aktiviti utama pertubuhan ini ialah Dato’ Muhammad Ibrahim
mengadakan ceramah dan perbincangan tentang ilmu Munsyi
bahasa Melayu seperti persoalan ejaan dan perkataan.
Peranan:
➢ Memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa

Melayu serta memelihara tulisan Jawi
➢ Menstandardkan ejaan dan perkataan
➢ Membentuk/mencipta perkataan-perkataan baharu
➢ Mengembangkan pengetahuan melalui penyelidikan dan

ceramah
➢ Menerbitkan Peredar atau jurnal bagi setiap enam

bulan
➢ Mewujudkan perpustakaan

Home Recent Tabs

You can type something here…

Angkatan Sasterawan 50 @ ASAS 50

SLIDESMANIA.COM Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan Lambang ASAS 50
dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi muda
seperti Tongkat Warrant, Keris Mas, A.Samad Said, Sumbangan:
Masuri S.N., Asraf, dll. ASAS 50 merupakan ➢ Mencadangkan bahasa diberi nilai ekonomi
pertubuhan sastera pertama di Malaysia sebelum
perang berlaku. dengan mengutamakan kelulusan bahasa
Melayu untuk memperoleh pekerjaan
Peranan: ➢ Menghimpunkan persatuan bahasa, sastera
➢ Mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan budaya
➢ Mempertingkatkan martabat kesusasteraan dan ➢ Berperanan dalam ejaan dan peristilahan

kebudayaan Melayu
➢ Menjaga kebajikan dan kepentingan para penulis
➢ Melakukan pembaharuan dalam sastera tanpa

menghilangkan yang lama

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Laporan Barnes (1951)

Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan
oleh L.J. Barnes. Pengarah Latihan Universiti Oxford. Terdapat
beberapa jawatankuasa yang diketengahkan iaitu:

SLIDESMANIA.COM Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat ➢ Meningkatkan taraf pencapaian murid-murid Melayu di sekolah-
Pelajaran yang mengkaji Laporan Barnes sekolah vernakular di samping meningkatkan taraf pencapaian
dan Laporan Fenn-Wu dikeluarkan pada dalam bahasa Inggeris.

bulan September 1951 ➢ Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian aspek
pedagogi di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan
perguruan yang lebih bersesuaian

➢ Mencadangkan apa sahaja kaedah untuk memperbaiki pentadbiran
sama ada dengan menubuhkan penguasa pendidikan tempatan atau
sebuah badan tempatan dengan fungsi sama.

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah
kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Apabila salah satu daripada bahasa tersebut
dijadikan bahasa pengantar, maka bahasa yang

satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua.

Laporan Barnes Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan
1951 tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk

perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang
boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran,
menggalak, merangsang dan membolehkan komuniti
Melayu mencapai kedudukan dalam perhubungannya
dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk

di negara ini.

SLIDESMANIA.COM Laporan Barnes tidak mendapat sambutan
daripada masyarakat Cina yang menentang
pembubaran pendidikan vernacular Cina. Ini
membawa kepada pembentukan jawatankuasa

yang menghasilkan Laporan Fenn-Wu

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Laporan Fenn-Wu (1951)

SLIDESMANIA.COM Disediakan oleh sebuah jawatankuasa yang diektua oleh Dr. Fenn, Setiausaha Kerja Bersekutu Negara
China dan Dr. Wu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mereka berdua telah melayan kehendak
masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut adalah untuk menghapuskan bahasa dan budaya orang
Cina. Cadangan:

➢ Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan India

➢ Sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan

➢ Sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk pembangunan negara.

Walau bagaimanapun, didapati bahawa Laporan Fenn-Wu ini dikatakan telah memperkecilkan keupayaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Akhirnya Laporan Fenn-Wu telah diberi pertimbangan
bersama-sama laporan Barnes oleh sebuah jawatankuasa khas.

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Ordinan Pembelajaran (1952)

Ordinan ini telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada September 1951 yang
membawa perubahan besar kepada susunan sistem pendidikan negara.

Tujuannya:
➢ Untuk membekal dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-

tiap individu
➢ Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat

berbanding bangsa di negara ini.
➢ Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari

pelbagai kaum.

SLIDESMANIA.COM

Home Recent Tabs Option D

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Dalam usaha mencapai matlamat Ordinan Pelajaran 1952, satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara
perkara yang tercatat dalam ordinan berkenaan adalah seperti berikut:

Menubuhkan dan mendirikan Sungguhpun begitu, sekolah
sekolah-sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa
yang mengandungi dua jenis
iaitu, Sekolah Aliran Inggeris perantara Cina dan Tamil
boleh disediakan jika
dengan mata pelajaran
bahasa Melayu dijadikan terdapat seramai 15 orang
sebagai mata pelajaran wajib murid atau lebih di dalam
dan Sekolah Aliran Bahasa salah sebuah bilik darjah
Melayu dengan Bahasa mengikut keperluan bahasa
Inggeris dijadikan sebagai perantaraan masing-masing.

bahasa kedua.

SLIDESMANIA.COM Kerajaan akan memberi
pelajaran percuma selama
enam tahun dan diwajibkan
kepada setiap warganegara
yang berumur dari 6 hingga

12 tahun.

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

SLIDESMANIA.COM Laporan Razak (1956) Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein

Menteri Pelajaran merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran
iaitu Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah mengumumkan
beberapa cadangan pada tahun 6 Mei 1956. Laporan Razak
merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh
orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan
India).

Cadangan:
➢ Sekolah-sekolah rendah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-
sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan
Cina untuk terus maju.
➢ Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah
untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.

Home Recent Tabs

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

SLIDESMANIA.COM Laporan Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat dan akhirnya membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan. Antara perkara tersebut ialah:

1. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah
2. Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan
3. Dua jenis sekolah yang terbuka bagi semua etnik: sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian
4. Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas

(SMA) dan Pra-Universiti
5. Sistem peperiksaan yang sama dan berpusat bagi semua
6. Guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang berkelayakan
7. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional
8. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan

Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya
semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu dengan mengadakan sukatan pelajaran yang
sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah memelihara bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu
pengetahuan melalui bahasa itu. Selain itu, perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis
sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK.

Home Recent Tabs

Pengenalan Bahasa Melayu Moden

Dewan Bahasa dan Pustaka

SLIDESMANIA.COM DBP ditubuhkan sebagai sebuah Peranan:
jabatan di bawah Kementerian ➢ Memajukan dan memperkaya bahasa
Pelajaran pada 22 Jun 1956. Pada
mulanya, ia dikenali sebagai Balai kebangsaan dalam semua bidang
Pustaka. Penubuhan DBP ➢ Memajukan bakat kesusasteraan
bertujuan untuk mengembangkan
bahasa Melayu yang bakal terutamanya dalam bahasa
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
kebangsaan. Pada tahun 1959, ➢ Menerbitkan buku, kamus dan bahan-
DBP dinaikkan taraf menjadi bahan persuratan lain dalam bahasa
badan berkanun menerusi kebangsaan
Ordinan Dewan Bahasa dan ➢ Menyeragamkan ejaan dan sebutan
Pustaka. serta menggubal istilah
➢ Menyusun dan menerbitkan sebuah
kamus bahasa kebangsaan
➢ Menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul

Bangunan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Home Recent Tabs

Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan

Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan

Malaysia dan Indonesia Pada tahun 1985, Brunei
menubuhkan Majlis Bahasa Darussalam menyertai
Indonesia-Malaysia (MBIM)
penubuhan Pakatan ini sekali
pada tahun 1972 bagi gus MBIM diperluas menjadi
memulakan era baharu dalam
Majlis Bahasa Brunei
kerjasama kebahasaan Darussalam-Indonesia-
peringkat serantau.
Malaysia (MABBIM)

Logo MABBIM

SLIDESMANIA.COM Kerjasama ini telah MBIM dan MABBIM
menghasilkan penyeragaman ditubuhkan untuk merancang

pedoman ejaan, dan memantau
penyeragaman pembentukan perkembangan bahasa
Melayu/Indonesia dia rantau
istilah dan penyeragaman
istilah-istilah ilmu tinggi ini.
peringkat professional.

Rujukan

Choo Say Tee, Goay Teck Chong & Zainuddin Ahmad. (2019). Teks Pra-U STPM: Bahasa Melayu.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Mastura Mohamed Salleh. (2014). Siri Pengajian
Bahasa: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

https://www.wikipedia.org

https://prpm.dbp.gov.my

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version