The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E FOLIO FAREZ (2014), ALDIMAR (2032), HAZIM (2054)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fareziskandar26, 2023-04-16 05:59:47

E FOLIO FAREZ (2014), ALDIMAR (2032), HAZIM (2054)

E FOLIO FAREZ (2014), ALDIMAR (2032), HAZIM (2054)

This template was created by Slidesgo MPU23012 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PERANAN AHLI POLITIK DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL (PERPADUAN)


This template was created by Slidesgo NAMA AHLI KUMPULAN 1) MUHD FAREZ ISKANDAR BIN ZAKARIA (15DAD20F2014) 2) ALDIMAR BIN HASIMAN (15DAD20F2032) 3) MUHD HAZIM BIN KAMARUDIN (15DAD20F2054)


Unit Isi kandungan Muka surat 1.0 Penghargaan 1 1.1 Definisi Perpaduan 2-3 1.3 Definisi Integrasi Nasional 4 2.0 Peranan Ahli Politik Dalam Pelaksanaan 5 2.1.1 Menganjurkan Program Perpaduan 5-6 2.1.2 Penjagaan Dalam Perbahasan 7-8 2.1.3 Ahli Politik Yang Menjadi Teladan 9 2.1.4 Meningkatkan Literasi 10-11 2.1.5 Meningkatkan Pemahaman Sejarah 12 2.1.6 Memperkukuh IntegraNasionalsi 13 2.1.7 Mengukuhkan Peranan Bahasa Sebagai Medium Intergrasi Perpaduan 14 2.1.8 Mengukuhkan Kefahaman Agama 15 2.1.9 Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia. 16-17 2.2.0 Memantapkan keberkesanan komunikasi 18 2.2.1 Mengekalkan,membina dan Mengukuhkan perpaduan 19


Unit Isi Kandungan Muka Surat 2.2.2 Memperkasakan Jentera Perpaduan melalui Kerjasama strategik 20 2.2.3 Memantapkan dan Memperkasakan Institusi Keluarga dan Komuniti 21 2.2.4 Meningkatkan Penguatkuasaan Undang Undang dan Keberkesanan Mekanisme Pemantauan. 22 2.2.5 Memperkukuh Peranan Pemimpin Sebagai Pemangkin Perpaduan. 23 3.0 Kesan jika masyarakat tidak mengamalkan perpaduan. 24-25 4.0 Kesimpulan. 26 5.0 Rujukan. 27


Salam sejahtera dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan kursus ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Puan Chan Suet Fong, Pensyarah Etika dan Peradaban (MPU 23012), kerana sudi memberikan tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses membentuk tugasan ini. Selain itu, kami juga tidak lupa untuk menghargai ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang boleh kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa bantuan daripada semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna 1.0 Penghargaan 1


1.1 Definisi Perpaduan Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud “sesuatu perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi satu”.Integrasi pula bermakna “penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan”. Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama”. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 2


Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama yang dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlasDalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu dentiti Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang terkenal dengan kehidupan aman dan harmoni. Tiga kaum utama di Malaysia adalah Melayu Cina dan India. 3


Intergrasi Nasional pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik serta kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju tanpa mempunyai masalah yang mengekangnya. Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun pada tahun 2006 ,kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan ini dilaksanakan dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun 2006 iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut telah dirangka dan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah perkara asas bagi mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara maju dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk mencapainya. Secara keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan. 1.3 Maksud Integrasi Nasional 4


2.0 Peranan ahli politik dalam perpaduan 2.1.1 Menganjurkan program perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang memuji usaha pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjayakan program bagi meningkatkan kerjasama dan perpaduan kaum dalam kalangan warga sekolah. Wong melakukan gimik perasmian Program Jelajah Perpaduan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Bahagian Kuching 2019 di Mydin Petra Jaya. Turut kelihatan, Dr Kelvin, Dirwana (tiga kiri), Willie dan Mordi. 5


Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bekerjasama dengan sebuah akhbar tempatan menganjurkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk perdana untuk diedarkan kepada penduduk setempat Kampung Tempoyang, Kuala Lipis bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan. Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri I, KPLB, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad. Hadir bersama, Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan Harun. 6


2.1.2 Penjagaan dalam perbahasan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila mengulangi kata-kata kesat terhadap salah seorang wakil rakyat Pakatan Harapan. 7


Berikut di atas merupakan contoh ahli politik yang tidak menjaga perbahasan.Sebagai ahli politik, mereka perlulah menjaga percakapan atau perbahasan bagi memupuk ekonomi yang berdisiplin dan memperlihatkan contoh teladan yang baik terhadap rakyat-rakyat Malaysia. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini terkenal dengan jolokan ‘YB Gangster’ sekali lagi mencuri tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini. Ia selepas berlaku pertikaman lidah ketika menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berkenaan kesan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ) terhadap nelayan Pantai Kundor. 8


1. Pembangunan perbandaran di sekitar MVV dan Bandar Seri Jempol-Bahau. 2. Pembangunan jajaran transit kereta api laju Kuala Lumpur – Singapura. 3. Pembangunan pendidikan di ‘Lembah Ilmu’ di Nilai dan Seremban. 4. Pembangunan hab Pendidikan Islam di Gemencheh. 5. Pembangunan pelancongan di Port Dickson – Teluk Kemang - Linggi – Lubok China (Sempadan Melaka). 6. Pembangunan eko pelancongan dan biodiversity di Jelebu. 7. Pembangunan semula pelancongan warisan di Kuala Pilah dan Bandar Diraja Seri Menanti. 8. Penjenamaan semula Halal Food Park di Rembau. 9. Pembangunan hab pengeluaran ruminan di Gemas Jasa YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang merupakan Adun Rantau sejak 2004 2.1.3 Ahli politik yang menjadi teladan 9


2.1.4 Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup Satu mekanisme yang utuh perlu diwujudkan di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan mahasiswa. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian sebagai usaha melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, berwawasan, bermaruah dan beretika. 10


Peningkatan tahap kecelikan demokrasi yang berasaskan kefahaman Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan Rukun Negara akan membentuk rakyat Malaysia yang matang dalam berpolitik dan menyuarakan pandangan. Penekanan wajar diberikan kepada pendidikan formal yang menekankan pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan Rukun Negara 11


2.1.5 Meningkatkan pemahaman dan penghayatan sejarah Malaysia. Rakyat Malaysia yang memahami serta menghayati sejarah negara akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan masing-masing agar perpaduan yang terbina akibat pengorbanan masa lalu dapat dipelihara. Pendidikan dan perkongsian sejarah Malaysia yang seimbang, seperti sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan serta Perjanjian Malaysia 1963 berupaya untuk meningkatkan jati diri dan semangat patriotisme di samping melindungi hak setiap rakyat 12


2.1.6 Memperkukuh integrasi nasional. Usaha-usaha merapatkan jurang perbezaan dan menggalakkan proses integrasi di setiap wilayah dan negeri serta antara pelbagai etnik perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasionalKhususnya jurang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dari aspek pembangunan dan kebolehcapaian serta akses kepada kebajikan perlu diselesaikan bersamaPerpaduan dan integrasi nasional yang mantap memerlukan kekuatan hubungan masyarakat yang berpaksikan toleransi dan persefahaman yang tinggi yang akhirnya akan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu. Proses integrasi nasional yang dipratikkan tidak akan mengikis ciri-ciri unik kaum masing-masing 13


2.1.7 Mengukuhkan peranan Bahasa sebagai medium intergrasi perpaduan. Penguasaan bahasa Melayu perlu ditekankan sejak di peringkat pendidikan awal kanak-kanak lagi dan diteruskan di semua peringkat meliputi sekolah rendah dan menengah, malah sebagai subjek wajib di IPTKebiasaan berkomunikasi dalam bahasa yang difahami bersama merupakan satu petanda masyarakat menerima usaha kebersamaan dan cinta akan negara demi perpaduan.Bagi mengukuhkan integrasi dalam kalangan pelbagai etnik, usaha serta galakan mempelajari bahasa etnik tempatan yang berbeza perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan interaksi antara pelbagai etnik. 14


2.1.8 Mengukuhkan kefahaman agama, budaya, dan adat resam pelbagai etnik. Usaha untuk memupuk dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap agama-agama yang berbeza dapat membentuk dan membuka ruang interaksi yang lebih luas antara masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang berbeza.Pemahaman dan penghayatan budaya dan adat resam pelbagai etnik wajar didedah dan dibentuk di peringkat awal kanak-kanak lagi. Institusi pendidikan berperanan dalam menyediakan suasana yang kondusif, menggalakkan percampuran serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan adat resam dalam kalangan pelajar.memainkanSektor swasta dah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) juga peranan mempromosikan budaya. serta penting bagi mengetengahkan, mengarusutamakan kepelbagaian 15


2.1.9 Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia. Pembentukan masyarakat yang berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia memerlukan usaha berterusan bagi memastikan terbinanya sebuah negara bangsa yang cakna, bertanggungjawab dan mempertahankan kedaulatan negaratidak kira di mana mereka berada, 16


Daripada artikal ini kita dapat tahu bahawa akhlak mulia memberi kesan yang positif terhadap diri sendiri. Akhlak ialah budi pekerti, perangai, tingkah laku, atau tabiat. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak, seperti sabda Baginda bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia." (HR al-Hakim)" 17


This template was created by Slidesgo 2.2.0 Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran Sosial dalam Masyarakat. Terdapat dua aspek di bawah strategi ini iaitu penggunaan platform media secara beretika serta pengukuhan komunikasi dani segi penyampaian yang lebih efektif dalam menyebarkan maklumat yang sahih. Kepesatan pembangunan dan teknologi media hendaklah selari dengan usaha-usaha pengawalan dan pendidikan pengamalan media secara bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini digunakan secara beretika dan tidak diambil kesempatan bagi tujuan memecahbelahkan perpaduan. Mengambil manfaat kelebihan media sosial sebagai medium penyebar maklumat tepat, Kerajaan, pengamal media, sektor swasta dan masyarakat sivil perlu memainkan peranan masing-masing selaku ejen perpaduan secara kreatif dan berkesan. 18


2.2.1 Mengekalkan,membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan Tapak integrasi ialah satu ruang abstrak dan fizikal yang menemukan pelbagai pihak berkepentingan untuk bersama-sama mencari penyelesaian. Tapak integrasi ialah medium yang dinamik bagi menguruskan pertelingkahan dan perselisihan faham yang wujud dalam komuniti. Usaha penyatupaduan masyarakat memerlukan pembinaan dan pengukuhan tapak integrasi secara berterusan. Rakyat Malaysia juga perlu mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi bagi menunjukkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam komuniti. Penglibatan rakyat, khususnya generasi muda dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan bukan sahaja memberikan impak positif kepada diri sendiri, malah masyarakat setempat yang memerlukan perhatian serta bantuan. 19


Pengukuhan mekanisme pelaksana dan jentera perpaduan melalui pemantapan sistem tadbir urus yang inklusif di pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi. Perkara in bagi memastikan dasar serta pelan tindakan dapat dilaksanakan dengan berkesan.Dalam masa yang sama, kerjasama dan usaha yang lebih bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Keraiaan Negeri di peringkat pusat, neger dan daerah perlu diperkasakan. Kerjasama strategik dan kreatif bersama-sama sektor swasta dan NGO serta masyarakat sivil perlu dipertingkatkan agar kepakaran semua pihak dapat digunakan sepenuhnya melalui penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada kumpulan sasar. Setiap komuniti mempunyai is dan cabaran perpaduan yang berbeza. Oleh itu, intervensi dan kaedah penyelesaian adalah berbeza dan khusus mengikut kesesuaian. 2.2.2 Memperkasakan Jentera Perpaduan melalui kerjasama strategic. 20


2.2.3 Memantapkan dan Memperkasakan Institusi Keluarga dan Komuniti Pengukuhan institusi keluarga amat penting dalam pembentukan sahsiah individu yang merupakan unit asas pembentukan sebuah masyarakat yang maju dan mampan. Bagi memastikan potensi setiap keluarga dicapai, kesejahteraan keluarga serta penglibatan aktif dalam komuniti harus diperkukuh. Setiap anggota keluarga perl memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam keluarga dan komuniti, bermula dengan member contoh teladan yang baik kepada anak dan masyarakat setempat. Peranan setiap anggota keluarga dan gender amatiah penting dalam menyumbang nilai-nilai yang berbeza berdasarkan pengalaman dan keupayaan masingmasing pada peringkat individu, keluarga dan komuniti. 21


2.2.4 Meningkatkan Penguatkuasaan Undang Undang dan Keberkesanan Mekanisme Pemantauan. Pentadbiran negara yang berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang telah meniamin hak kebebasan rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Setiap rakyat Malaysia perl. mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa serta memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Sebagai contoh dari aspek perpaduan, keharmonian negara terus dipelihara melalui peruntukan undangundang yang berkuat kuasa seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Kanun•Keseksaan TAkta 5741. Aka Mesin Cetak dan Penerbitan 1984[Akta 301] dan Akta Hasutan 1948 [Akta 15]. Perkara ini perlu diberikan perhatian ole pihak yang bertanggungjawab melalui tindakan penguatkuasaan yang telus dan adil, tapa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas sosial. 22


2.2.5 Memperkukuh Peranan Pemimpin Sebagai Pemangkin Perpaduan. Pengaruh dan peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan tidak boleh dinafikan. Untuk itu, semua peringkat kepimpinan bermula dari peringkat Persekutuan, negeri, daerah sehingga peringkat akar umbi serta pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu menjadi teladan dan contoh terbaik kepada rakyat dan komuniti. Negara juga perlu bergerak ke arah landskap politik yang menggalakkan perpaduan serta meningkatkan amalan saling menghormati dan toleransi dalam kalangan masyarakat. 23


3.0 Kesan jika masyarakat tidak mengamalkan perpaduan. Kesan yang pertama ialah keadaan masyarakat tidak tenteram, bebas serta bangga denganapa yang dicapai. Ini kerana tiada perpaduan dan integrase di dalam negara. Ketidakwujudanperpaduan dan integrase boleh menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktivitiaktivitiyang dijalankan adalah terhad. Oleh itu timbullah perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakyatdan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di manarusuhan kaum telah berlaku akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiapetnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pulabekerja di Kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di bahagian perindustrian. Hal ini telahmenimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua kaum disebabkan pembahagian dalamsektor ekonomi yang tidal adil untuk mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei ini berulang kembali. 24


Kesan yang kedua sekiranya tiada kedaulatan dalam Negara Malaysia ialahkeharmoniannegara akan terjejas. Keharmonian negara akan terjejas bermaksud tiadakesepaduan antara rakyat. Sebagai contoh rakyat tidak mempunyai matlamat yang jelas danserupa dan tidak dikongsikan Bersama. Ini akan menyebabkan keamanan negara, integrase diperingkat wilayah dan kaum, keharmonian masyarakat, keadilan untuk rakyat, dan kerjasamaantara masyarakat tidak dapat dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seterusnya seperti mana yang kita tahu, semua masyarakat inginkan keharmonian dankeamanan negara demi keselamatan mereka, namun ianya hanya sia-sia tanpa usaha daripadapihak pendtadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrase nasional dalam negara 25


Pemikiran politik yang dinamik dan matang dapat berkembang sejajar dengan pergerakan masa. Kemajuan dan pengalaman politik negara boleh menjadi asas kepada pembangunan pemikiran politik keseluruhannya kearah mempertingkatkan peranan agama dalam pembinaan masyarakat yang sejahtera. Maju mundurnya sesebuahnya negara adalah bergantung kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial, harmoni, bersatu padu, ada rasa kecintaan, keprihatinan antara satu sama lain dan mempunyai kerukunan. Jika diterjemahkan dalam pengurusan negara, ia menjadikan satu falsafah pengurusan yang sangat besar maknanya kepada perpaduan masyarakat yang merupakan denyut nadi kepada negara Malaysia. Membinanya bukanlah suatu tugas yang mudah malah mungkin lebih rumit dari berperang menghadapi pandemik ini, namun ianya perlu diusahakan demi survival dan masa depan politik yang terjamin buat semua.. 4.0 Kesimpulan. 26


5.0 Rujukan Ismail, M. (2018, April 23). Akhlak asas bentuk jati diri masyarakat. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/04/416117/akhlakasas-bentuk-jati-diri-masyarakat KERATAN AKHBAR TENTANG PERPADUAN DI MALAYSIA. http://nilaimasyarakatmalaysia.blogspot.com/2015/09/blogpost_30.html 27 Yusof, A. (2021, February 16). Perpaduan integrasi nasional. HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/16/perpadua n-integrasi-nasional Jamaluddin, M. K. a. B. M. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1). https://doi.org/10.2121/sosiohumanika.v4i1 .436 Hussiin, H. (2018, December 4). Integrasi Kaum Dalam Rancangan Pembangunan Negara: Tumpuan Selepas Dasar Ekonomi Baru. https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/953 Ramli, M. A., & Jamaludin, M. A. (2011). Uruf Majmuk: Konsep Dan Amalannya Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Jurnal Fiqh. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol8no1.3


Click to View FlipBook Version