BAB 6 ELEKTRIK
DAN KEMAGNETAN
Sains Tingkatan 3 KSSM
Tarikh : 17 Jun 2021, Khamis
6.1 PENJANAAN
TENAGA ELEKTRIK
Buku Teks ms 162 – 176
Buku Amali Proses Sains
ms 115 – 118
6.1 Penjanaan Tenaga Elektrik
■ Penjana ialah sebuah mesin yang menukarkan
tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.
■ Jenis-jenis penjana tenaga elektrik ialah penjana
elektrik terma, penjana hidroelektrik, penjana
elektrik turbin gas, penjana elektrik diesel dan
penjana elektrik nuklear.
■ Sumber tenaga alternatif ialah tenaga hidro, tenaga
biojisim, tenaga angin, tenaga solar, tenaga ombak,
tenaga geoterma dan tenaga pasang surut.
Sumber Tenaga
Boleh baharu Tidak boleh baharu
Sumber Tenaga yang Sumber Tenaga yang
sentiasa diganti akan kehabisan
Angin, Matahari, Air, Arang batu, Bahan
Pasang surut, Ombak, Radioaktif, Petroleum
Geoterma, Biojisim
Proses Penjanaan
Tenaga Elektrik
■ Generator ialah alat
yang digunakan untuk
menjana tenaga elektrik
■ Apabila engkol pada
model generator itu
diputarkan, satu arus
yang dikenali sebagai
arus aruhan akan
dihasilkan. Pengaliran
arus aruhan ini
menyalakan LED.
Proses Penjanaan
Tenaga Elektrik
■ Pada tahun 1831, ahli sains
Michael Faraday telah melakukan
satu siri kajian tentang
penjanaan elektrik dengan
menggunakan medan magnet.
Arus elektrik dihasilkan oleh
gerakan dawai dan gerakan
magnet
Gerakan dawai
■ Gerakan dawai
menyebabkan garis medan
magnet dipotong.
■ Dawai penyambung atau
solenoid digerakkan
melalui ruang antara kutub
magnet dengan pantas
■ Garis medan magnet
dipotong. Arus aruhan
dihasilkan dalam dawai
penyambung atau solenoid
dan mengalir melalui
galvanometer.
■ Jarum penunjuk
galvanometer terpesong.
Gerakan magnet
■ Gerakan magnet
menyebabkan garis
medan magnet dipotong.
■ Magnet digerakkan
supaya garis medan
magnet dipotong oleh
dawai penyambung atau
solenoid
■ Arus aruhan dihasilkan
dalam dawai penyambung
atau solenoid dan
mengalir melalui
galvanometer. Jarum
penunjuk galvanometer
terpesong.
Aktiviti 6.2 : Membina Sebuah Penjana Ringkas
Buku Amali Proses Sains ms 116
Pemerhatian
■ Galvanometer : Jarum galvanometer
terpesong ke kiri dan ke kanan
■ Lampu LED : Bernyala
Aktiviti 6.2 : Membina Sebuah Penjana Ringkas
Buku Amali Proses Sains ms 116
Perbincangan
■ 1. Inferens : Jarum galvanometer terpesong ke kiri
dan ke kanan dan lampu LED menyala kerana arus
elektrik mengalir di dalam wayar kuprum itu.
■ 2. Bagaimana arus diaruhkan : Apabila magnet
digerakkan ke dalam dan ke luar gegelung wayar,
wayar akan memotong medan magnet dan arus
elektrik teraruh di dalam wayar itu.
Aktiviti 6.2 : Membina Sebuah Penjana Ringkas
Buku Amali Proses Sains ms 116
Perbincangan
■ 3. Maksud penjana – alat atau mesin yang
mengubah tenaga mekanik kepada tenaga
elektrik
Kesimpulan
■ Arus aruhan dihasilkan apabila medan
dipotong oleh magnet bar.
Pelbagai Jenis Penjana Elektrik
Jenis Penjana Huraian
a) Penjana Elektrik Diesel Enjin diesel digunakan untuk
memutarkan penjana.
Jenis penjana ini membekalkan tenaga
elektrik ke kawasan perumahan yang
kecil.
b) Penjana Elektrik Turbin Gas Udara termampat dicampurkan dengan
gas asli dan kemudiannya dibakar.
Campuran gas mengembang dan
memutarkan turbin.
Pelbagai Jenis Penjana Elektrik
Jenis Penjana Huraian
c) Penjana Elektrik Terma
Bahan api seperti arang batu atau gas
asli dibakar untuk memanaskan air
supaya menghasilkan stim untuk
memutarkan turbin.
Perubahan Tenaga :
Tenaga kimia → Tenaga haba → Tenaga kinetik → Tenaga elektrik
Pelbagai Jenis Penjana Elektrik
Jenis Penjana Huraian
d) Penjana Elektrik Nuklear
Tenaga nuklear dihasilkan di dalam
reactor nuklear secara pembelahan
nukleus untuk memanaskan air
supaya menghasilkan stim untuk
memutarkan turbin.
Perubahan Tenaga :
Tenaga nuklear → Tenaga haba → Tenaga kinetik → Tenaga elektrik
Pelbagai Jenis Penjana Elektrik
Jenis Penjana Huraian
e) Penjana hidroelektrik
Air dari empangan dilepaskan.
Air yang mengalir laju memutarkan
turbin untuk menghasilkan tenaga
elektrik.
Perubahan Tenaga :
Tenaga keupayaan → Tenaga kinetik → Tenaga elektrik
Tenaga Elektrik
Dijanakan di
Stesen Jana
Kuasa
■ Stesen jana
kuasa yang
menggunakan
sumber tenaga
tidak boleh
baharu seperti
diesel, gas asli
dan arang batu.
STESEN JANA KUASA YANG MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR.
STESEN JANA
KUASA
HIDROELEKTRIK.
STESEN JANA KUASA
YANG MENGGUNAKAN
TENAGA ANGIN.
STESEN JANA KUASA
YANG MENGGUNAKAN
BAHAN API NUKLEAR.
TERIMA KASIH