BAB 5 Termokimia
5.1 Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik
5.1.1 Mendefinasikan tindak balas endotermik
dan tindak balas eksotermik
Apa itu Termokimia ?
Termokimia ialah kajian tentang perubahan haba
dalam tindak balas kimia.
Semasa tindak balas kimia, tenaga kimia yang
terkandung dalam bahan tindak balas
ditukarkan kepada bentuk lain. Lazimnya tenaga
haba.
Terdapat dua jenis tindak balas kimia:
Endotermik
Eksotermik
Tindak Balas Endotermik
Tindak balas endotermik ialah tindak balas yang
melibatkan penyerapan haba daripada
persekitaran.
Semasa tindak balas endotermik, suhu campuran
tindak balas berkurang menyebabkan bekas
menjadi sejuk.
Perubahan tenaga utama semasa tindak balas
endotermik ialah dari tenaga haba kepada
tenaga kimia.
Tindak Balas Eksotermik
Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang
melibatkan pembebasan haba ke persekitaran.
Semasa tindak balas eksotermik, suhu campuran
tindak balas bertambah menyebabkan bekas
menjadi panas.
Perubahan tenaga utama semasa tindak balas
endotermik ialah dari tenaga kimia kepada
tenaga haba.
Contoh Tindak
Balas Eksotermik
dalam Kehidupan
Harian
Melarutkan kalsium klorida
dalam air
Melarutkan hablur natrium
hidroksida dalam air
Tindak balas peneutralan
Pembentukan ammonia
dalam Proses Haber
Pengaratan
Pereputan
Respirasi
Kondensasi
Pembekuan
Melarutkan garam Pendidihan
Contoh Tindak Balas ammonium klorida Memasak
Endotermik dalam atau ammonium
Kehidupan Harian sulfat dalam air Membakar kek
Fotosintesis Peleburan lilin
Penyejatan
Pek panas segera
Pek panas segera digunakan
untuk membebaskan haba ke
kawasan persekitarannya.
Haba yang dibebaskan oleh pek
panas segera ini dapat
melegakan kekejangan otot dan
menambah saiz lumen di dalam
kapilari darah supaya kadar
peredaran darah yang
melaluinya meningkat.
Pek sejuk segera
Pek sejuk segera digunakan untuk
menyerap haba daripada persekitaran.
Haba yang diserap oleh pek sejuk segera
ini dapat mengurangkan bengkak luka,
menyingkirkan haba daripada
keradangan tisu atau organ badan dan
mengurangkan saiz lumen di dalam
kapilari darah supaya kadar peredaran
darah yang melaluinya menurun dan
membantu menghentikan pendarahan.