The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Masni, 2022-05-21 21:12:30

Penulisan Laporan KT 2022

Penulisan Laporan KT 2022

PENULISAN LAPORAN
KAJIAN TINDAKAN

BENGKEL PENULISAN KAJIAN TINDAKAN
FORMAT EPRD KEPADA PENYELARAS KAJIAN

TINDAKAN/BAKAL PENGKAJI

DI DEWAN CENDANA, PPD
17 MEI 2022 / RABU / 2.00 PETANG

Disampaikan oleh:-

JULAILA BINTI HJ SELAMAT, SK BANDAR, KOTA TINGGI.

Mata Kredit dalam SPLKM

Bil/ Aktiviti Maksimum
Kod PPB Mata Kredit
Kursus/Bengkel/Seminar/Kolokium/Konvensyen
1 /Simposium/Forum/Klinik Kaunseliing 15

2 Wacana Ilmu/Taklimat/Bicara Profesional/ 15
Perkongsian Ilmu/Sesi Dialog/Ceramah

3 Bimbingan dan Pementoran 10

4 Peningkatan Akademik 20
5 Komuniti Pembelajaran Proesional (PLC) 20

6 e-Pembelajaran/Portal eGuru 15

7 Penyelidikan 20
8 Penulisan & Pengkaryaan Kreatif 20
9 Lawatan Penanda Aras (Brenchmarking) 10

Pelaporan Kajian Tindakan

❖ Penulisan laporan kajian tindakan tidak mempunyai format yang Sebagai panduan, laporan kajian tindakan mengandungi perkara
khusus. berikut:

❖ Pelaporan boleh disampaikan mengikut format atau gaya penyelidik 11. Tajuk

sendiri. 22. Pengenalan

❖ Walau bagaimanapun laporan kajian perlu dilaporkan secara sistematik, 33. Demografi/ Profil sekolah dan murid

jelas dan mudah difahami oleh pembaca.

4❖ Pelaporan perlu memenuhi empat langkah asas konsep kajian tindakan 4. Pelaksanaan Kajian Tindakan
iaitu memerhati, mereflek, merancang dan bertindak. a) Pemerhatian isu dalam bilik darjah - naratif.

b) Refleksi terhadap pemerhatian.

c) Merancang: menetapkan objektif yang ingin dicapai dan

metodologi untuk mencapai objektif tersebut.

d) Bertindak: melaksanakan intervensi yang diperihalkan PENTING

dalam metodologi untuk mencapai objektif.

a) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.
b) Refleksi sama ada objektif tercapai.
c) Merancang untuk tindakan seterusnya (jika perlu).
d) Bertindak melaksanakan intervensi (jika perlu).

55. Kesimpulan

16

RUJUK

GARIS PANDUAN A
KANDUNGAN PENULISAN

LAPORAN KAJIAN
TINDAKAN

LAMPIRAN KULIT
RUJUKAN HADAPAN

ISI
KANDUNGAN

6. KESIMPULAN PENGHARGAAN

FORMAT ABSTRAK
LAPORAN
1. PENDAHULUAN
5. RUMUSAN/
PERBINCANGAN 2.
TINJAUAN
4. DAPATAN LITERATUR
KAJIAN

3. METODOLOGI

KULIT HADAPAN

‘plain paper’ dan ‘staple’

Ditulis – tajuk
- nama-nama pengkaji
- nama & alamat sekolah/tempat bertugas.
- eMail

Tajuk – menggambarkan subjek dan skop kajian.
- jgn guna singkatan (kecuali gambarkan skop kajian)
- guna ayat positif dan menarik perhatian pembaca

Hendaklah ringkas (tidak melebihi 15 perkataan) dan
menepati skop kajian yang dilaksanakan, ada hala tuju
(ada kaedah/teknik) dan ditulis dalam bentuk ayat
positif.

Contoh tajuk kajian

Teknik Jari Kanan BeFrienD : Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Pengelasan Tuas

DAM : MENINGKATKAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PERKARA-
PERKARA MEMBATALKAN SOLAT DENGAN
PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN WUDUK

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Murid
Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan DOMINO

Contoh cover

Contoh tajuk kajian

• Mengandungi isu yang dikaji dan kata kerja yang

berkaitan.

Contoh:

• i. Meningkatkan Kemahiran Murid dalam Menguasai

Tajuk meiosis semasa PdPR

• ii. Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum dalam Normal

Baharu

• iii. Meningkatkan minat dan kemahiran mengelas

kumpulan haiwan vertebrata murid tahun empat

ISI KANDUNGAN

Mengandungi senarai isi kandungan
dan muka surat bagi pecahan tajuk.

PENGHARGAAN

Mengandungi ucapan penghargaan kepada
pihak yang membantu melaksanakan
kajian atau menyiapkan laporan.

ABSTRAK

Memberi maklumat penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa
membaca keseluruhan laporan kajian.

Terdiri daripada 200 – 250 patah perkataan.

Abstrak ditulis dalam satu perenggan dan satu muka surat. Menggunakan Font 9
dan jenis tulisan Arial/Times New Roman.

Abstrak mengandungi :
- Latar belakang berkaitan isu dikaji,
- kenyataan isu,
- objektif kajian,
- metodologi,
- dapatan kajian,
- implikasi kajian

Mengandungi perkara berikut: 5 kata kunci

Contoh abstrak

• Nombor bulat merupakan salah satu konsep asas matematik yang utama dalam pembelajaran Matematik Tahun
5. Dalam kelas saya, didapati bahawa terdapat 25 orang murid yang mengalami masalah dalam topik nombor bulat.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan intervensi Kad Magmatik dan Modul Mokas
dalam meningkatkan kemahiran murid menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan. Metodologi yang digunakan
dalan kajian ini ialah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi
menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep asas nombor bulat sejak di Tahap 1, tidak minat dalam
pembelajaran matematik, keliru dengan nilai tempat dan nilai digit, kurang mahir dalam ejaan, tiada keyakinan diri
dan guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada semua murid. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati
bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam memahami dan menguasai kemahiran dan menulis nombor
bulat dalam angka dan perkataan. Penggunaan Kad Magmatik berjaya mengukuhkan kemahiran asas, meningkatkan
minat dan keyakinan murid. Modul Mokas juga menunjukkan peningkatan pemahaman bagi menulis nombor bukat
dalam angka dan perkataan yang betul. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran asas nombor bulat dengan baik. Oleh yang demikian saya akan terus menggunakan kaedah
tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang.

• Kata kunci: nombor bulat, matematik, refleksi, kajian tindakan, konsep asas, bahan bantu mengajar.

CONTOH ABSTRAK

Menulis persamaan kimia seimbang merupakan salah Latar
satu kemahiran yang dikaji dalam subjek Kimia bagi belakang
Tingkatan 4B dan 4C di SMK Laksamana, Kota Tinggi.
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah isu
pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran
menulis persamaan kimia seimbang. Tinjauan awal Tujuan
untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar kajian
dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah
dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat Metodologi
oleh pelajar serta jawapan peperiksaan pertengahan /Alat
tahun berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik kajian
pelajar juga digunakan bagi meninjau pandangan
pelajar terhadap pengajaran guru. Berdasarkan Dapatan
analisis tersebut, pelajar didapati belum menguasai kajian
beberapa kemahiran yang berkaitan dengan penulisan
persamaan kimia seimbang, manakala cara
penyampaian guru bagi kemahiran tersebut pula
didapati mempengaruhi minat pelajar terhadap
pembelajaran di bilik darjah.

Sambungan CONTOH ABSTRAK

Bagi menangani masalah tersebut, kaedah Tindakan
konstruktivisme telah digunakan sebagai pendekatan kajian
pengajaran dan pembelajaran dan penekanan diberi
kepada aktiviti berpasukan bagi merangsang Dapatan
penglibatan pelajar. Modul pembelajaran dan penilaian kajian
kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran
yang perlu dibuat oleh pelajar pada akhir tiap-tiap sesi Cadangan
pembelajaran. Sebanyak tiga sesi pengajaran dan kajian
pembelajaran khusus telah dijalankan dan didapati
tindakan yang dijalankan telah membantu pelajar
meningkatkan kemahiran menulis persamaan kimia
seimbang. Tindakan tersebut juga membantu
mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran
kemahiran ini. Di samping itu, penguasaan dan
kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari turut
meningkat. Kaedah ini akan digunakan pada pelajar-
pelajar lain pada tahun hadapan.

1. PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN Contoh

1.1 Latar belakang

1.1.1Nyatakan tugas hakiki dan SK Putrajaya Presint 11(1) merupakan sebuah
porfolio anda sebagai seorang sekolah bandar yang terletak di Wilayah Persekutuan
pendidik Putrajaya. Tahap pencapaian matematik di sekolah ini
1.1.2Perihalkan profil murid/ adalah pada tahap sederhana. Mata pelajaran
personel di bawah seliaan anda. matematik seringkali dianggap sebagai satu mata
1.1.3Terangkan isu yang berlaku pelajaran yang sukar (Sugiman et. al 2020). Oleh yang
dalam amalan tugas hakiki anda demikian, guru perlu lebih kreatif dalam
sebagai pendidik. membangunkan intervensi yang bersesuaian dengan
1.1.4Nyatakan 2-3 kajian lepas potensi murid dalam mempelajari matematik dalam
yang menunjukkan isu yang usaha meningkatkan tahap profesionalisme secara
berkaitan dengan isu yang anda berterusan.
hadapi (cari rujukan literatur)
Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid
dalam pembelajaran matematik, pelaksanaan kajian
tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik
darjah. Seseorang guru matematik sekolah rendah
akan menjadi lebih efektif sekiranya mereka mengkaji
amalan dalam tugasan hakiki mereka bagi
membolehkan mereka mentafsir dan mereka bentuk
pembelajaran matematik yang memenuhi kehendak
yang terkandung silibus (Ilukena 2020).

1. PENDAHULUAN

1.2 PENDAHULUAN Contoh

1.2 Pernyataan masalah

1.2.1 Nyatakan Pembelajaran secara PdPR semasa pandemik
masalah anda sebagai COVID-19 memberikan implikasi yang besar
pendidik berkaitan isu di dalam pembelajaran matematik di kelas saya.
1.1.3. Saya dapati murid menghadapi masalah dan
1.2.2 Nyatakan kurang mahir untuk menulis nombor bulat
masalah murid/ personel dalam angka dan dalam perkataan. Mereka
di bawah seliaan yang menunjukkan sikap kurang bermotivasi
dikaji. semasa belajar matematik di mana mereka
1.2.3 Nyatakan tidak melibatkan diri secara aktif semasa
implikasi jika masalah proses PdPc dan PdPR berlangsung. Ada juga
tidak diatasi. dalam kalangan murid yang tidak fokus serta
tidak memberi tumpuan dan banyak berkhayal
semasa pengajaran guru baik di dalam kelas
mahupun waktu PdPR. Berdasarkan
pemerhatian dalam bilik darjah dan mendapati
bahawa murid kurang bermotivasi dan tahap
penguasaan mereka dalam topik nombor
adalah rendah, seperti ditunjukkan dalam
Rajah 2 dan Rajah 3. Jika masalah ini tidak
diatasi akan menganggu proses pembelajaran
untuk tajuk seterusnya.

1. PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN Contoh

1.3 Kerangka Berdasarkan kepada isu yang
konseptual kajian dihadapi saya melaksanakan kajian
tindakan berdasarkan model
Kemmis & McTaggart (1988) yang
telah diadaptasi (Rajah 1) yang
melibatkan proses memerhati,
refleksi, merancang dan tindakan.

1.3.1 Nyatakan
model kajian
tindakan yang
digunakan (contoh:
Kemmis &
McTaggart)

1. PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN Contoh

1.4 Tujuan kajian Kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan murid
1.4.1 Nyatakan dalam pembelajaran matematik
apa isu yang anda tahun 5 bagi topik nombor bulat.
ingin selesaikan.

1. PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN Contoh

1.5 Objektif kajian

1.5.1 Nyatakan aspek Membangunkan pendekatan
murid/ personel di bawah pengajaran yang menarik
seliaan anda yang hendak minat murid mempelajari
ditambah baik, berkaitan Matematik.
isu yang dihadapi

1.5.2 . Nyatakan aspek Meningkatkan kemahiran
dalam amalan (pekerjaan murid menulis nombor bulat
anda) yang hendak dalam angka dan perkataan.
ditambah baik, berkaitan
isu yang dihadapi.

Jika ada 2 objektif guru, perlu ada 2 kajian literatur.

2. TINJAUAN LITERATUR

2. TINJAUAN LITERATUR Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Matematik

2.1 2.1 Nyatakan satu teori Pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan

yang berkaitan dengan akan berlaku sekiranya guru berjaya membuat murid
isu yang dikaji. memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang nyata
(Skarky 2020), iaitu dengan menggunakan bahan bantu

2.2 Nyatakan 6 - 8 mengajar. Bahan bantu mengajar boleh membantu murid
memahami pembelajaran dengan lebih mudah (Ririn et al.

kajian lepas yang 2018). Penggunaan bahan bantu mengajar akan merangsang

berkaitan dengan isu pemikiran dan menambah baik persekiratan pembelajaran

yang dikaji (semua dalam bilik darjah di mana penggunakan bahan tersebut
kajian lepas yang akan menggantikan persekitaran bilik darjah yang
dirujuk adalah dari monotonus. Dalam situasi sedemikian, murid akan dilatih
tahun 2010-2021). untuk mengembangkan dan meningkatkan kefahaman
kendiri dalam bidang yang dipelajari dan mereka akan lebih

berjaya dalam persekitaran pembelajaran yang

2.3 Nyatakan teori menyeronokkan (Ririn et.al 2018).

yang berkaitan dengan Penggunaan bahan maujud seperti kad respons (RC) dalam
intervensi yang pembelajaran matematik membolehkan murid lebih mudah
digunakan. memberi respons kepada guru semasa sesi PdP (Duchaine
et. al 2018). Penggunaan alat bantu mengajar menyebabkan

murid terlibat secara aktif semasa pembelajaran

2.4 Nyatakan 3-5 berlangsung (Adamson & Lewis, 2017). Penggunaan kad

kajian lepas yang respons dalam pembelajaran matematik membolehkan guru

berkaitan dengan membuat pentaksiran formatif secara langsung semasa PdP
kejayaan intervensi bagi menilai tahap penguasaan murid (Adamson & Lewis,
yang digunakan. (semua 2017). Berdasarkan kepada literatur ini, saya menggunakan
kajian lepas yang kad respons yang saya namakan Kad Magmatik bagi
mengukuhkan pembelajaran murid dalam topik nombor

dirujuk adalah dari bulat.

tahun 2010-2021).

2. TINJAUAN LITERATUR

2. TINJAUAN LITERATUR Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Matematik

2.1 2.1 Nyatakan satu teori Pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan

yang berkaitan dengan isu akan berlaku sekiranya guru berjaya membuat murid

yang dikaji. memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang

nyata (Skarky 2020), iaitu dengan menggunakan bahan

2.2 Nyatakan 6 - 8 kajian bantu mengajar. Bahan bantu mengajar boleh membantu

lepas yang berkaitan murid memahami pembelajaran dengan lebih mudah (Ririn

dengan isu yang dikaji et al. 2018). Penggunaan bahan bantu mengajar akan

(semua kajian lepas yang merangsang pemikiran dan menambah baik persekiratan

dirujuk adalah dari tahun pembelajaran dalam bilik darjah di mana penggunakan

2010-2021). bahan tersebut akan menggantikan persekitaran bilik

darjah yang monotonus. Dalam situasi sedemikian, murid

2.3 Nyatakan teori yang akan dilatih untuk mengembangkan dan meningkatkan

berkaitan dengan intervensi kefahaman kendiri dalam bidang yang dipelajari dan

yang digunakan. mereka akan lebih berjaya dalam persekitaran

pembelajaran yang menyeronokkan (Ririn et.al 2018).

2.4 Nyatakan 3-5 kajian Penggunaan bahan maujud seperti kad respons (RC)

lepas yang berkaitan dalam pembelajaran matematik membolehkan murid lebih

dengan kejayaan intervensi mudah memberi respons kepada guru semasa sesi PdP

yang digunakan. (semua (Duchaine et. al 2018). Penggunaan alat bantu mengajar

kajian lepas yang dirujuk menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa

adalah dari tahun 2010- pembelajaran berlangsung (Adamson & Lewis, 2017).

2021). Penggunaan kad respons dalam pembelajaran matematik

membolehkan guru membuat pentaksiran formatif secara

langsung semasa PdP bagi menilai tahap penguasaan

murid (Adamson & Lewis, 2017). Berdasarkan kepada

literatur ini, saya menggunakan kad respons yang saya

namakan Kad Magmatik bagi mengukuhkan pembelajaran

murid dalam topik nombor bulat.

3. METODOLOGI KAJIAN

3. METODOLOGI KAJIAN Contoh

3.1 Nyatakan bahawa kajian ini adalah kajian Kajian ini adalah kajian tindakan
tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: yang mengikuti langkah yang
pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. sistematik iaitu: pemerhatian
(isu), refleksi, perancangan,
3.2 Nyatakan profil responden: murid/ personel tindakan, pemerhatian semula
yang terlibat dalam kajian ini. dan refleksi semula. Kajian ini
melibatkan urutan langkah
3.3 Kajian ini melibatkan urutan langkah berikut: berikut:
a) Mengenalpasti isu
3.3.1 Mengenalpasti isu/ pernyataan masalah. b) Membuat pemerhatian (I)
3.3.2 Membuat pemerhatian (I). c) Refleksi berdasarkan ikuiri
3.3.3 Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I). kendiri (I)

3. METODOLOGI KAJIAN

3. METODOLOGI KAJIAN Contoh

3.3.4 Membuat d) Membuat perancangan

perancangan i. Intervensi: Menggunakan Kad

a. Jelaskan/perincikan Magmatik
kaedah/intervensi yang ii. Indikator /petunjuk kejayaan
digunakan untuk intervensi:
menangani isu yang - Penilaian prestasi melalui kerja

dihadapi. rumah dan ujian topikal.

b. Jelaskan/perincikan - Kurang kesilapan dan markah ujian

indikator /petunjuk yang skurang-kurangnya 40% dan lulus.
digunakan untuk menilai e) Melaksanakan tindakan
kejayaan intervensi.
- Dilaksanakan dalam bilik darjah

3.3.4 Melaksanakan mengikut normal baharu (penjarakan
tindakan. sosial) selama 2 waktu mengajar.
- Nyatakan bila/tempoh f) Membuat pemerhatian semula (II)

masa dan tempat g) Membuat refleksi semula (II)

dilaksanakan.

3.3.5 Membuat
pemerhatian semula (II).

3.3.6 Membuat refleksi
semula (II).

4. DAPATAN KAJIAN

4. DAPATAN KAJIAN Contoh

4.1 Nyatakan jawapan kepada Berdasarkan reffleksi, saya membuat
persoalan kajian 1 dan disokong perancangan untuk meningkatkan tahap
dengan bukti dalam bentuk pengusaan murid. Saya memperkenalkan
jadual/grafik/gambar/dll - kaedah Kad Magmatik untuk membantu
berdasarkan perbandingan murid-murid meningkatkan penguasaan
Pemerhatian I dan Pemerhatian kemahiran asas matematik secara
II. Buat penilaian berdasarkan bermain sambil belajar. Terdapat tiga
indikator yang anda gunakan.

jenis kad iaitu kad nombor, kad simbol

dan kad arahan aktiviti (Rajah 3) yang

saya gunakan dalam Aktiviti 1 dan

Aktiviti 2.

4.2 Nyatakan jawapan
kepada persoalan kajian 2 dan
disokong dengan bukti dalam
bentuk jadual/grafik/gambar/dll
- berdasarkan perbandingan
Pemerhatian I dan Pemerhatian
II. Buat penilaian berdasarkan
indikator yang anda gunakan.

5. RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5. RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Contoh

5.1 Nyatakan dapatan kajian dan Pelaksanaan Aktiviti 1:
penambahbaikan yang telah berlaku dalam amalan Pada aktiviti 1, murid diminta membina nombor menggunakan Kad
anda sebagai pendidik. Berdasarkan Refleksi II, Magmatik, bermula dengan nombor tiga digit sehingga enam digit.
nyatakan faktor kejayaan/kegagalan intervensi Kemudian, murid diminta menyebut dan menulis nombor yang dibina
anda. Bahaskan dapatan anda dengan dalam perkataan.
membandingkan dengan dapatan kajian lepas Pemerhatian Aktiviti 1:
(tinjauan literatur). Murid-murid didapati berminat dan teruja dengan Kad Magmatik
tersebut. Aktiviti berjalan dengan lancar. Namun, masih ada beberapa
orang murid yang masih belum boleh menulis nombor dalam perkataan
dengan betul dari aspek ejaan dan susunan ayat. Proses pengulangan dan
pembetulan dilakukan secara berterusan sehingga murid dapat menulis
dengan betul nombor yang dibina.

5.2 Nyatakan dapatan kajian dan Pelaksanaan Aktiviti 2:
penambahbaikan yang telah berlaku kepada murid/ Murid-murid diberikan satu nombor dalam perkataan dan murid diminta membina
personel di bawah seliaan anda. Berdasarkan nombor tersebut menggunakan Kad Magmatik tersebut. Murid-murid juga dibekalkan
Refleksi II, nyatakan faktor kejayaan/kegagalan dengan Modul MOKAS sebagai latihan pengukuhan. Murid-murid dikendaki menjawab
intervensi anda. Bahaskan dapatan anda dengan soalan yang diberikan dalam modul tersebut dengan bimbingan guru.
membandingkan dengan dapatan kajian lepas Pemerhatian Aktiviti 2:
(tinjauan literatur). Murid-murid dibimbing untuk membina nombor menggunakan Kad Magmatik dan
kelihatan seronok menggunakannya. Murid-murid dapat melakukan proses membina dan
menulis nombor dengan baik.

Refleksi: Murid-murid dapat memahami dan berjaya menyelesaikan soalan yang diberikan
dengan betul. Didapati murid lebih jelas untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
Berikut adalah dapatan berdasarkan kepada objektif kajian.

Objektif 1: Meningkatkan kemahiran murid menulis nombor bulat
dalam angka dan perkataan.

Dalam pelaksanaan kajian tindakan, saya telah menjalankan sekurang-kurangnya dua aktiviti
menggunakan Kad Magmatik mengikut tahap kebolehan murid. Aktiviti ini telah membantu
murid saya membina atau membentuk sebarang nombor bulat sebelum melaksanakan
kemahiran-kemahiran asas matematik yang lain seperti mengenal, menyebut dan menulis
nombor bulat dalam angka dan perkataan, membandingkan nombor, menyusun nombor
mengikut tertib, rangkaian pola nombor, cerakin nombor, membundarkan nombor dan membina
ayat matematik operasi asas. Dapatan ini adalah seiiring dengan hasrat dalam kurikulum KKSR
yang berfokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid
mengaplikasikan konsep, prinsip, dan proses matematik yang dipelajari (BPK 2017).

Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dilaksanakan, saya mendapati sikap murid-
murid terhadap matematik pada peringkat awal telah berubah berbanding sebelumnya. Prestasi
yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan saya. Murid-
murid berupaya membina nombor dan menulis nombor dalam angka dan perkataan
menggunakan Kad Magmatik dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah mahir dan
berkeyakinan untuk membina nombor yang lebih besar dan menulis nombor tersebut dalam
angka dan perkataan.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran matematik dari mudah
ke sukar. Penilaian dibuat selepas pelaksanaan Kad Magmatik menggunakan Modul MOKAS
untuk menjawab latihan-latihan pengukuhan dan didapati kebanyakan murid telah menunjukkan
peningkatan pemahaman bagi kemahiran menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan
dengan betul. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dan simbol dalam mengkomunikasikan
idea matematik perlu menjadi keutaamaan dalam kurikulum matematik (Card 1998). Ini adalah
kerana, murid yang berjaya dalam matematik adalah murid yang memahami bahasa matematik
serta mampu memanipulasi dan mengaplikasikan makna matematik dalam bentuk simbol, imej
dan perkaraaa. (Rotman 2000).

Objektif 2: Membangunkan pendekatan pengajaran yang
menarik minat murid mempelajari matematik

• Saya dapati bahawa penggunaan Kad Magmatik membolehkan murid

menguasai kemahiran asas nombor bulat dengan membina sendiri sebarang
nombor bulat menggunakan kad tersebut, menyebut dan menulis nombor
yang dibina dalam angka dan perkataan, menentukan nilai tempat dan nilai
digit, membandingkan nombor yang dibina dengan nombor rakan dan banyak
lagi aktiviti pengukuhan kemahiran asas yang boleh dijalankan melalui Kad
Magmatik tersebut. Perkara ini adalah selari dengan kajian Skarky (2020)
yang menyatakan bahawa pembelajaran matematik yang berkesan boleh
berlaku dengan menggunakan bahan yang nyata.

• Kad Magmatik yang saya hasilkan ini adalah untuk membantu menarik minat

murid terhadap matematik dan meningkatkan kemahiran asas matematik di
samping menghilangkan rasa bosan terhadap teknik latihan ulangan yang
diperlukan untuk murid-murid menguasai kemahiran dan konsep matematik
yang penting. Dalam situasi bilik darjah sedemikian, pembelajaran adalah
lebih menyeronokkan (Ririn et. al. 2018) dan akan meningkatkan kefahaman
dalam bidang yang dipelajari.

• Aktiviti melalui Kad Magmatik ini juga dapat meningkatkan motivasi dan

keyakinan diri murid apabila mereka sendiri yang membina dan
menyelesaikan masalah matematik secara individu atau berkumpulan yang
lebih menyeronokkan dan mencabar. Dapatan ini adalah selari dengan kajian
Adamson & Lewis (2017) yang menyatakan bahawa penggunaan alat bantu
mengajar akan menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa
pembelajaran berlangsung

• Saya juga mengamalkan pelaksanaan langkah-langkah intervensi konsep pengajaran

dari mudah ke sukar. Murid-murid didedahkan dengan kemahiran asas mengenal dan
mengira nombor bulat terlebih dahulu, murid lebih faham dan secara tidak langsung
dapat mengukuhkan kefahaman dan ingatan bagi kemahiran menulis nombor bulat
dalam angka dan perkataan.

• Murid-murid Kelas 5 Raya ini memerlukan sesuatu bahan bantu mengajar yang dapat

menarik minat mereka untuk terus menguasai kemahiran tersebut dengan baik.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat
mereka malah dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran asas nombor bulat
dengan baik. Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan, murid menunjukkan
minat dalam menggunakan Kad Magmatik yang diperkenalkan kepada mereka.

• Murid kelihatan teruja untuk belajar sambil bermain menggunakan Kad Magmatik.

Murid-murid lebih berminat terhadap pembelajaran matematik. Mereka lebih
bersemangat dan berminat untuk belajar Matematik. Penerapan peneguhan positif
seperti pujian dan kata-kata galakan membantu saya meyakinkan murid untuk
menyempurnakan lembaran kerja. Melalui cara ini, murid lebih fokus dan cuba
menyempurnakan lembaran kerja sebaik mungkin. Pengalaman menghasilkan sendiri
Kad Magmatik merupakan perkara paling berharga bagi saya. Saya menjadi lebih
yakin dengan pendekatan belajar sambil bermain dengan menggunakan kaedah Kad
Magmatik. Melalui pendekatan ini, murid-murid menunjukkan perubahan positif
terutamanya semasa sesi PdPc.

• Penggunaan Modul MOKAS sebagai latihan pengukuhan bagi setiap kemahiran asas

nombor bulat merupakan satu pendekatan pentaksiran formatif yang saya gunakan.
Modul ini menilai tahap penguasaan murid dalam menulis nombor dalam angka dan
perkataan, menentukan nilai tempat dan nilai digit, membina nombor terbesar atau
terkecil dan lain-lain. Penggunaan modul ini sebagai alat pentaksiran formatif
membolehkan saya menilai tahap penguasaan murid secara langsung semasa PdP
dilaksanakan (Adamson & Lewis 2017) yang telah saya meningkatkan lagi tahap
profesionalisme saya dalam pendidikan matematik

6. KESIMPULAN

6. KESIMPULAN Contoh

6.1 Rumuskan dapatan secara Berdasarkan kepada kajian tindakan ini,
keseluruhan dan kaitkan dengan pembelajaran matematik akan lebih
outcome yang berkaitan dengan teori/ bermakna sekiranya kita sebagai guru
situasi di peringkat global. berjaya menarik minat dan keyakinan

6.2 Nyatakan apakah implikasi mereka mempelajari matematik dalam
kajian tindakan ini kepada suanan pembelajaran yang
perkembangan/pembangunan menyeronokkan. Guru perlu lebih kreatif
profesionalisme kerjaya anda, kepada menjayakan PdP mengikut keperluan
sekolah/sistem pendidikan secara murid dan sentaisa mencari jalan
umum yang terkandung dalam penyelesaian untuk membuatkan mereka
Aspirasi PPPM 2013-2025 dll. meminati pembelajaran matematik bagi

6.3 Berikan cadangan untuk memenuhi aspirasi murid dalam PPPM
menambah baik amalan anda sebagai 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir dan
seorang pendidik berpengetahuan. Saya akan terus
mendapatkan kaedah yang bersesuaian

dengan topik yang diajar dan

meningkatkan tahap profesionalisme saya

dengan mencari bahan yang boleh

menimbukan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dalam bilik darjah sama

ada secara bersemuka ataupun secara

PdPR.

7. RUJUKAN

- Senaraikan 6 - 8 rujukan kajian
lepas (tahun 2010-2021).

- Senaraikan 1 rujukan teori yang
berkaitan dengan isu yang dikaji.

- Susun mengikut urutan abjad.

CONTOH RUJUKAN

• Reyhan Tekin Sitrava (2018). An Investigation

of Prospective Mathematics Teachers’
Knowledge of Basic Algorithms with Whole
Numbers: A Case of Turkey. European Journal
of Educational Research Volume 7, Issue 3,
513 - 528.

• Sugiman et. Al. (2020). The Creation of

Teaching Aids for Disabled Students as
Mathematical Thinking-Imaginative Product.
International Journal of Instruction

• Kindergarten Students with Teaching Aids

Based on Local Wisdom. English Language
Teaching; Vol. 11, No. 3; 2018

Contoh:
Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi

Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur.
Dr. Kim Phaik Lah. Modul Kajian Tindakan Program PIER

Sub Program Educational Research. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.
Jun, 1995.

8. LAMPIRAN

8. LAMPIRAN

catatan pembudayaan
kajian tindakan

• Sertakan pada penghujung laporan semua

bahan yang digunakan dalam kajian sebagai
bahan lampiran.

• Contoh:-
• instrumen kajian (Soal selidik,

transkripsi temubual, senarai semak
pemerhatian

• latihan pelajar yang mengandungi

kesalahan; telah disemak

• markah ujian pelajar
• bahan P & P yang digunakan dalam

kajian

• Dan lain-lain

SEKIAN, TERIMA KASIH.

MEMBUDAYAKAN PENYELIDIKAN
DAPAT MUHASABAH DIRI SENDIRI

DAN DAPAT
MENGUBAH CARA KEHIDUPAN KEPADA YANG LEBIH BAIK


Click to View FlipBook Version