The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 6 Elektrik dan Kemagnetan (6.1 at dan au)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Masni, 2021-06-21 10:07:04

Bab 6 Elektrik dan Kemagnetan (6.1 at dan au)

Bab 6 Elektrik dan Kemagnetan (6.1 at dan au)

BAB 6 ELEKTRIK
DAN KEMAGNETAN

Sains Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks ms 162 – 176
Buku Amali Proses Sains ms 119 – 120
Tarikh : 22 Jun 2021, Selasa

ARUS TERUS (A.T)

Contoh penjana atau sumber
tenaga elektrik yang

menghasilkan arus terus

■ Sel suria
■ Akumulator
■ Bateri

ARUS ULANG-
ALIK (A.U.)

Arus ulang-alik ialah arus
elektrik yang arah alirannya

berubah-ubah secara
berterusan.

Osiloskop Sinar
Katod (O.S.K.)

■ Osiloskop sinar katod
(O.S.K.) ialah sebuah
alat elektronik yang
boleh digunakan untuk
menunjukkan
perbezaan bentuk graf,
arah arus dan
perubahan voltan bagi
arus terus dan arus
ulang-alik.



Aktiviti 6.4 Arus Terus dan Arus Ulang Alik
(ms 119 – 120)

Tujuan : Mengkaji perbezaan antara arus terus (a.t)
dengan arus ulang alik (a.u)

Pemerhatian

Aktiviti 6.4 Arus Terus dan Arus Ulang
Alik (ms 119 – 120)

Perbincangan
1. Apakah jenis arus yang dibekalkan oleh sel
kering?
■ Arus terus
2. Adakah kedua-dua mentol bernyala? Inferens.
■ Kedua-dua mentol bernyala. Arus terus dan

arus ulang alik boleh mengalir melalui mentol.

Aktiviti 6.4 Arus Terus dan Arus Ulang
Alik (ms 119 – 120)

Perbincangan
3. Banding beza : Bekalan Arus Terus dan Arus Ulang Alik
Persamaan : Arus terus dan arus ulang alik menghasilkan
kesan pemanasan kepada wayar.
Perbezaan : Arus terus mengalir dalam satu arah sahaja
manakala arus ulang-alik mengalir berulang-alik secara
berkala.
Arus terus mempunyai magnitud yang tetap manakala
magnitude arus ulang alik berubah-ubah.

Aktiviti 6.4 Arus Terus
dan Arus Ulang Alik
(ms 119 – 120)

Perbincangan
4. Label rajah :

i) Arus ulang-alik
ii) Arus terus
iii) Arus terus
iv) Arus ulang-alik

Aktiviti 6.4 Arus Terus dan Arus Ulang
Alik (ms 119 – 120)

Perbincangan
5. Jenis arus yang dijanakan di stesen jana kuasa
nuklear? Arus ulang-alik

Kesimpulan :
Arus terus mengalir dalam satu arah sahaja dan
magnitudnya tetap manakala arus ulang-alik mengalir
berulang-alik dan magnitudnya berubah-ubah.

TERIMA KASIH

CIKGU MASNI BINTI OTHMAN


Click to View FlipBook Version