ASAS PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS
SMK AIR TAWAR KOTA TINGGI
Pengenalan Perkara paling asas dalam
rekreasi luar ini ialah
perkhemahan. Khemah atau juga
dengan maksud lain adalah
tempat perlindungan sementara
yang selamat, selesa dan
mempunyai kemudahan asas.
Jenis-Jenis Khemah
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan
untuk keselamatan :
1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari
sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih)
2.Jarak mestilah 3 meter & mempunyai laluan di antara khemah-khemah.
3.Mestilah di pagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
4.Pastikan Khemah :
• Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar ( jika tiada pilihan mestilah
mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong, sebalik nye dirilah
khemah pada berlawanan arah condong ).
• Tidak di dirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu.
• Tidak di dirikan di laluan air, binatang (denai), ataupun manusia.
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan
untuk keselamatan :
1. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan keluar
dari khemah.
2.Jangan ampai baju di atas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang
khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangkamasa
khemah)
3.Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
4.Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat.
5.Tempat masak mestilah 5 meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak
sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah).
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan
untuk keselamatan :
1. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.
2.Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100 meter dari kawasan
perkhemahan.
• Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang sebagai tanda. (untuk
mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat yang telah dilabuh)
• Kedalaman korek mestilah 2kaki.
3.Tempat sampah
• Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan.
4.Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti.
5.Rehat & tidur mestilah cukup semasa sesi perkhemahan.
Etika Perkhemahan :
1. Jangan buat kekotoran.
2. Jangan rosakkan alam semulajadi.
3. Menghormati adat resam orang tempatan.
4. Awasi penggunaan api.
5. Elak daripada bercakap besar.
Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
1. Bag
• Bag 60L atau 90L
• Khemah
• Porch Bag
2.Pakaian
• Pakaian Bersih 1 atau 2
• Baju
• Seluar
• Slipper
• Tuala
• Selimut
Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
• Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakai semasa perjalanan dari awal hingga
akhir aktiviti)
• Baju T-shirt
• Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang.
• Topi
• Stoken
• Stoken Pacat
• Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali kaki, ini bertujuan
menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki)
• Glove
Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
Memasak
• Gas
• Mess Tin
• Mancis (ia juga boleh menjadi penawar bisa sementara dengan cara
menyalakan mancis pada kawasan bisa)
• Solid Fuel
• Biji Kelapa Sawit (jika melalui kawasan kelapa sawit, boleh jadi minyak untuk
memasak)
• Water Container
Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
1.Makanan
• Biskut Kering
• Beras (setiap plastik mesti telah disukat untuk 1 hari, kalau
3 hari berkhemah maka 3 plastik perlu disukar awal-awal)
• Makanan Bertin (Laici, Nenas, Sardin, Kari Ayam, dan Lain-
lain)
Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
1. Peralatan Rescue
• Tool Box First Aids
• Torchlight
• Lilin
• Masking Tape
• Black Tape
• Pisau
• Whistle
• Tali 5 meter ke atas
SEKIAN, TERIMA KASIH
CIKGU MASNI BINTI OTHMAN,
GURU PENASIHAT KADET POLIS,
SMK AIR TAWAR KOTA TINGGI, JOHOR