BAB 3
NUTRISI
Sains Tingkatan 2 KSSM
Oleh Cikgu Masni binti Othman
SMK Air Tawar Kota Tinggi, Johor
3.3 Sistem
Pencernaan
Manusia
APA
PENCERNAAN
MAKANAN?
Pencernaan makanan ialah
proses penguraian makanan
yang kompleks dan besar
kepada molekul-molekul
yang lebih kecil, ringkas dan
boleh larut supaya dapat
diserap ke dalam sel sel
badan
Apa Enzim ?
Enzim ialah bahan di
dalam badan yang
menggalakkan tindak
balas kimia dalam sistem
pencernaan.
APA PENCERNAAN FIZIKAL ?
• Proses pemecahan
makanan yang dimakan
kepada cebisan-cebisan
kecil di dalam mulut
dengan bantuan gigi, lidah
dan air liur
• Melibatkan peristalsis
APA
PENCERNAAN
KIMIA ?
Proses penguraian
makanan daripada molekul-
molekul kompleks kepada
molekul yang lebih ringkas
dengan bantuan enzim
Struktur Sistem Pencernaan Manusia
• Sistem pencernaan manusia
terdiri daripada satu tiub
yang disebut sebagai salur
pencernaan dan beberapa
organ lain seperti hati, pundi
hempedu dan pankreas.
• Salur pencernaan ialah tiub
panjang yang bermula dari
mulut dan berakhir di dubur.
Aliran Makanan dalam
Salur Pencernaan
• Mulut
• Esofagus
• Perut
• Duodenum
• Usus kecil
• Usus besar
• Rektum
• Dubur
Mulut
• Makanan dikunyah oleh gigi.
• Cebisan makanan dilembutkan oleh air liur.
• Amilase liur dalam air liur menguraikan kanji kepada
maltosa.
Esofagus
• Makanan yang
memasuki esofagus
disebut sebagai bolus.
• Proses peristalsis pada
dinding esofagus
menolak bolus untuk
masuk ke dalam perut.
Perut
• Dinding perut merembeskan
protease dan asid hidroklorik.
• Asid hidroklorik mengaktifkan
protease dan membunuh bakteria di
dalam makanan yang masuk ke
dalam perut.
• Protease mencernakan protein
kepada polipeptida
• Makanan yang menjadi separa
cecair disebut sebagai kim.
Duodenum
• Makanan memasuki bahagian
pertama usus kecil, iaitu
duodenum.
• Hati menghasilkan jus hempedu
dan disimpan oleh pundi
hempedu.
• Jus hempedu mengemulsikan
lemak menjadi titisan kecil dan
meneutralkan asid dalam kim.
Duodenum
• Pankreas menghasilkan jus
pankreas yang mengandungi
enzim amilase, protease dan
lipase.
• Amilase pankreas mencernakan
kanji menjadi maltosa.
• Protease mencernakan polipeptida
menjadi dipeptida
• Lipase mencernakan lemak
menjadi asid lemak dan gliserol.
Usus kecil
• Usus kecil merembeskan enzim
maltase, protease dan lipase.
• Maltase mencernakan maltosa
menjadi glukosa.
• Protease mencernakan dipeptida
menjadi asid amino
• Lipase mencernakan lemak
menjadi asid lemak dan gliserol.
Usus besar
• Makanan yang tidak
tercerna akan
memasuki usus besar.
• Proses penyerapan
semula air berlaku di
dalam usus besar.
Rektum
• Makanan yang tidak
tercerna dikenali
sebagai tinja akan
memasuki rektum dan
tersimpan sementara
di dalamnya.
Dubur
Tinja disingkirkan
dari badan melalui
dubur.
• Badan kita menghasilkan Enzim
enzim untuk mempercepat
tindak balas pencernaan
makanan.
• Amilase, protease dan lipase
merupakan contoh enzim
dalam pencernaan. Enzim
diperbuat daripada protein.
• Tanpa enzim, proses
pencernaan makanan berlaku
dengan kadar yang rendah.