1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam
Manusia
Organ Rangsangan
Hidung
Mengesan bau (bahan kimia dalam
Lidah udara
Kulit Mengesan rasa (bahan kimia dalam
makanan)
Telinga
Mata Mengesan sentuhan, tekanan, kesakitan,
haba dan kesejukan
Mengesan bunyi
Mengesan cahaya
KULIT
Kulit ialah organ deria terbesar dan meliputi
seluruh bahagian luar badan manusia.
Kulit manusia terdiri daripada lapisan nipis di
bahagian luar yang dikenali sebagai epidermis
dan lapisan dalam yang dikenali sebagai dermis.
KULIT
Kulit mempunyai
beberapa jenis
reseptor yang
boleh mengesan
lebih daripada
satu jenis
rangsangan
Bagaimana kulit mengesan sentuhan
Reseptor pada kulit mengesan rangsangan
Impuls saraf akan dihasilkan dan dihantar ke
otak
Pentafsiran impuls saraf oleh otak
membolehkan kita mengesan rasa seperti
panas, sejuk, berat, ringan dan sakit.
Kepekaan Kulit pada Bahagian Badan yang
Berlainan terhadap Rangsangan
Kepekaan kulit terhadap rangsangan
bergantung pada bilangan reseptor dan
ketebalan epidermis kulit.
Contohnya, hujung jari sangat peka terhadap
sentuhan kerana di hujung jari terdapat bilangan
reseptor sentuhan yang banyak dan epidermis
yang nipis. Lidah, hidung dan bibir juga sangat
peka terhadap sentuhan
Siku, tapak kaki dan belakang badan pula
kurang peka terhadap sentuhan
Orang buta menggunakan
hujung jari untu membaca
tulisan Braille kerana
bahagian tersebut
mempunyai bilangan
reseptor yang banyak.
Suntikan diberikan di
lengan pesakit kerana
lapisan epidermis yang
lebih tebal dan dapat
mengurangkan rasa
sakit.
Hidung ialah organ deria
mengesan rangsangan bau.
Bau merupakan zarah-zarah
bahan kimia yang terapung
di udara.
Kira-kira 10 juta reseptor bau
terletak di bahagian atas
rongga hidung
Bagaimana bau dikesan?
1. Bahan kimia daripada objek meresap ke
dalam udara.
2. Bahan kimia yang memasuki rongga hidung
akan melarut dalam mukus lalu
merangsangkan reseptor bau untuk
menghasilkan impuls saraf
3. Impuls saraf itu akan dihantar ke otak untuk
ditafsirkan sebagai bau
Struktur Lidah
Lidah ialah organ deria rasa.
Terdapat bintil kecil yang dikenali sebagai papila
pada permukaan lidah.
Permukaan papila pula dilapisi oleh beratus-ratus tunas
rasa.
Setiap tunas rasa pula mengandungi 10 hingga 50
reseptor rasa.
Reseptor rasa ini dapat mengesan lima jenis rasa
asas, iaitu manis, masin, masam, pahit dan umami.
Umami
Dikelaskan sebagai rasa asas kerana terdapat
reseptor rasa yang dapat mengesan rasa
umami sahaja
Hal ini sama bagi rasa asas yang lain seperti
manis, masin, masam dan pahit.
Rasa umami dikaitkan dengan rasa lazat seperti
rasa daging dalam sup atau rasa bahan
penapaian seperti keju dan cendawan atau
monosodium glutamate, MSG.
Bagaimana lidah mengesan rasa
1. Bahan kimia dari makanan akan melarut dalam
air liur di atas permukaan papila pada lidah.
2. Bahan kimia ini akan memasuki liang pada tunas
rasa.
3. Reseptor rasa menerima rangsangan dan
menghasilkan impuls saraf.
4. Impuls saraf ini akan dihantar ke otak untuk
ditafsirkan sebagai rasa.
Kawasan Berbeza pada Lidah Lebih Peka terhadap Rasa Tertentu
Semua kawasan pada lidah adalah
peka terhadap kelima-lima rasa. Akan
tetapi, kawasan yang berbeza pada
lidah mempunyai kepekaan yang
berlainan terhadap rasa tertentu.
Contohnya, kawasan hadapan lidah
lebih peka kepada rasa manis,
manakala bahagian tepi lidah lebih
peka kepada rasa masam dan masin.
Kawasan Berbeza pada Lidah Lebih Peka terhadap Rasa Tertentu
Kawasan di bahagian
belakang lidah lebih peka
kepada rasa pahit
Kawasan di bahagian tengah
lidah pula lebih peka kepada
rasa umami
Cuping telinga
Mengumpul dan
menghantar
gelombang bunyi
ke dalam salur
telinga
Salur telinga
Menghantar
gelombang
bunyi ke
gegendang
telinga
Gegendang telinga
(membran yang nipis)
Bergetar mengikut
frekuensi gelombang
bunyi yang terkena
padanya dan
memindahkan getaran
ke osikel
Osikel (terdiri daripada
tiga tulang kecil)
Menguatkan getaran
bunyi lalu
memindahkannya ke
jendela bujur
Jendela bujur
Mengumpul dan
menghantar
getaran bunyi
dari osikel ke
koklea
Tiub Eustachio
Mengimbangkan
tekanan udara di
kedua-dua belah
gegendang
telinga
Koklea(mengandungi
bendalir)
Mengesan dan
menukar getaran bunyi
kepada impuls saraf
Salur separuh
bulat(mengandungi
bendalir)
Mengesan kedudukan
kepala dan membantu
mengawal
keseimbangan badan
Tiub Eustachio
Mengimbangkan
tekanan udara di
kedua-dua belah
gegendang
telinga
Saya
Kaya
Raya
KORNEA
Lapisan lut sinar
yang
membiaskan dan
memfokuskan
cahaya
Konjunktiva
Membran lut sinar
yang melindungi
bahagian
hadapan sklera.
GELEMAIR
Bendalir lut sinar
yang mengekalkan
bentuk bola mata
dan memfokuskan
cahaya ke dalam
mata.
PUPIL
Bukaan di tengah
iris yang mengawal
kuantiti cahaya
yang masuk
kedalam mata
OTOT SILIA
Otot yang
mengubah
ketebalan kanta
matamelalui
pengecutan dan
pengenduran
Ligamen
Penggantung
Gentian kuat
yang memegang
kanta mata
pada
kedudukannya
KANTA MATA
Kanta cembung
lut sinar dan
kenyal yang
memfokuskan
cahaya ke retina
GELEMACA
Bahan jeli lut sinar
yang mengekalkan
bentuk bola mata
dan memfokuskan
cahaya ke retina
SKLERA
Lapisan teguh yang mengekalkan bentuk dan
melindungi mata.
KOROID
Lapisan hitam yang
mencegah pantulan
cahaya dalam
mata dan
membekalkan
oksigen dan nutrien
kepada mata.
RETINA
Lapisan yang
mengandungi
fotoreseptor yang
mengesan cahaya
dan menghasilkan
impuls saraf
BINTIK KUNING
Bahagian pada
retina yang paling
peka terhadap
cahaya kerana
terdapat banyak
fotoreseptor.
BINTIK BUTA
Bahagian pada retina
yang tidak peka
terhadap cahaya
kerana tiada
fotoreseptor dan
merupakan tempat
keluar bagi semua
gentian saraf optik.
SARAF OPTIK
Gentian saraf yang membawa impuls
saraf dari retina ke otak untuk ditafsirkan
Apakah Warna Objek yang Dilihat?
Retina mengandungi dua jenis fotoreseptor, iaitu sel
rod dan sel kon
Sel rod peka kepada keamatan cahaya yang
berbeza termasuklah cahaya yang samar tetapi tidak
peka kepada warna cahaya.
Sel kon peka kepada warna cahaya dalam keadaan
yang cerah
Terdapat tiga jenis sel kon, iaitu sel kon yang peka
kepada cahaya merah, hijau dan biru.
Ringkasan Mekanisme Penglihatan
Kornea → Gelemair → Pupil →
Kanta mata →Gelemaca → Retina
→ Saraf Optik → Otak