The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM BANTUAN PERANTI BAWAH PROGRAM CERDIK SMK AIR TAWAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Masni, 2021-10-16 23:34:53

PROGRAM BANTUAN PERANTI BAWAH PROGRAM CERDIK

PROGRAM BANTUAN PERANTI BAWAH PROGRAM CERDIK SMK AIR TAWAR

1. Siapakah murid yang layak menerima peranti komputer di bawah program
CERDIK?
Peranti tablet iPad ini dipinjamkan kepada murid warganegara Malaysia Tahun 4 dan
Tingkatan Tiga.

Pelajar yang layak akan menerima :

a) Tablet iPad b) Sim Kad Maxis c) Dongle

2. Apakah spesifikasi minimum peranti komputer yang dipinjamkan?

Peranti Spesifikasi Umum
Tablet iPad
Tablet iPad berspesifikasi minimum
processor (CPU) A12 Bionic Chip with 64-bit
architecture neural engine atau setara

3. Adakah murid dibekalkan dengan SIM Card pelan data bagi tujuan mengakses
Internet?
Ya. Satu (1) SIM card pelan data Maxis berspesifikasi minimum 15GB sebulan untuk
tempoh satu (1) tahun akan dibekalkan bagi tujuan mengakses ke talian Internet.

4. Adakah ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang sebelum peranti komputer dan
SIM Card pelan data diserahkan?
Ya. Ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang berikut dengan lengkap:
i) Borang Permohonan Bantuan Peranti Komputer (Borang PB-1 atau Borang PB-
2)
ii) Borang Aku Janji Penerimaan Peranti

5. Bilakah murid perlu memulangkan peranti komputer yang dipinjamkan?
Peranti komputer perlu dipulangkan kepada pihak sekolah sekiranya murid tersebut:

i) menamatkan persekolahan; atau
ii) berhenti sekolah; atau
iii) dibuang sekolah; atau
iv) bertukar sekolah; atau
v) menyalahgunakan peranti komputer dan dan SIM Card yang dibekalkan untuk

mendatangkan kemudaratan kepada negara atau menyalahi undang-undang negara

6. Adakah peranti komputer dan SIM Card pelan data yang hilang akan diganti
baharu?
Tidak.

7. Adakah peranti komputer dan SIM Card pelan data yang rosak dalam tempoh
waranti akan diselenggarakan?
Ya

8. Apakah yang perlu ibu bapa/penjaga lakukan apabila berlaku kehilangan peranti
komputer atau SIM Card pelan data?
Ibu bapa/penjaga apabila telah memastikan kehilangan peranti komputer atau SIM
Card pelan data, perlu segera membuat laporan polis dan melaporkan kepada pihak
sekolah untuk tindakan seterusnya.

9. Adakah ibu bapa/penjaga perlu menggantikan peranti komputer sekiranya
hilang/rosak?
Tidak. Tetapi penalti berjumlah RM300.00 akan dikenakan kepada ibu
bapa/penjaga sekiranya Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer)
mendapati peranti komputer hilang/rosak disebabkan oleh kecuaian dan jenayah.

10. Adakah pihak sekolah boleh meminta murid menyerahkan peranti komputer dan
SIM Card pelan data yang dipinjamkan untuk diperiksa?

Ya. Sepanjang tempoh pinjaman/waranti, pada bila-bila masa Jawatankuasa
Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) boleh mengarahkan peminjam peranti
(murid/ibu bapa/penjaga) untuk menyerah peranti komputer dan SIM Card yang
dibekalkan untuk diperiksa dan disemak kandungan yang dimuatkan ke dalam
peranti komputer.

11. Apakah peranan dan tanggungjawab murid apabila menerima pinjaman peranti
komputer dan SIM Card pelan data? (maklumat wajib)

Murid mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:

i) Menjaga keselamatan dan kebersihan peranti komputer yang diterima.

ii) Memastikan peranti komputer yang diterima tidak diconteng, ditulis atau sebarang
jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan peranti komputer;

iii) Mematuhi peraturan/polisi KPM yang ditetapkan;

iv) Menggunakan sebaik-baiknya boleh peranti komputer yang dibekalkan untuk
pembelajaran kendiri; dan

vi) Menggunakan SIM card pelan data yang diterima untuk mengakses talian Internet
pembelajaran kendiri dan tidak mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-
undang negara.

12. Apakah peranan dan tanggungjawab ibu bapa/penjaga apabila anak/tanggungan
menerima peranti komputer dan SIM Card pelan data?
Ibu bapa/penjaga mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
i) Memberi kebenaran kepada anak/tanggungan mereka untuk menerima peranti
komputer pada Borang PB-1, PB-2 dan Borang Aku Janji Penerimaan Peranti
Komputer;
ii) Memastikan penjagaan keselamatan peranti komputer yang diterima dengan
baik;
iii) Membuat laporan polis sekiranya peranti komputer anak/tanggungan mereka
hilang;
iv) Memastikan peranti komputer yang diterima oleh anak/tanggungan mereka
dikembalikan pada masa yang ditetapkan;
v) Memastikan anak/tanggungan mereka melaksanakan pembelajaran kendiri
dengan e-bahan/bahan pembelajaran yang dimuatkan dalam peranti
komputer;
vi) Memastikan SIM card pelan data yang diterima anak/tanggungan mereka
mengakses talian Internet atau laman sesawang yang dibenarkan sahaja;
vii) Menjelaskan segala penalti yang dikenakan sekiranya Jawatankuasa Bantuan
Murid Sekolah (Peranti Komputer) mendapati kehilangan/kerosakan peranti
komputer disebabkan kecuaian sendiri; dan
viii) Memulangkan peranti komputer yang diterima oleh anak/tanggungan mereka
sekiranya Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) mendapati
peranti tersebut disalahgunakan dan menyalahi undang-undang negara dan
bukan untuk kegunaan pembelajaran.

13. Apakah saluran ibu bapa/penjaga membuat aduan kepada KPM?
Ibu bapa/penjaga boleh membuat aduan kepada KPM melalui saluran berikut:

GUNAKAN DENGAN BIJAK,
HARGAI KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN

UNIT ICT SMK AIR TAWAR:
PUAN MOHAYAH BINTI MOHAMAD,
019 7372 049


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Buah-buahan dalam bahasa Arab
Next Book
palvagai nadanangal