KATA ADJEKTIF WAKTU CIKGU AINATUL
definisi kata adjektif waktu Kata adjektif waktu ialah kata sifat yang digunakan untuk menerangkan keadaan atau situasi berkaitan dengan masa, seperti tempoh, jangka, atau sesuatu yang merujuk kepada waktu tertentu.
contoh kata adjektif waktu Dia telah menunggu di stesen bas untuk tempoh yang sangat lama. Kami menghadiri majlis perkahwinan itu pada waktu yang awal. Projek ini memerlukan tindakan yang lebih cepat untuk disiapkan tepat pada masanya. Rumah itu kelihatan masih baru kerana baru sahaja dicat minggu lepas. Amir tiba di kelas dengan lambat kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
terima kasih