The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WONG TECK KIM Moe, 2020-02-20 21:46:43

BOOKLET PIBG 2020 EDIT

BOOKLET PIBG 2020 EDIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13
JALAN USJ 13/1, 47630 UEP SUBANG JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN

Mesyuarat
Agung

PIBG

kali ke-20

Tarikh : 22.02.2020 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Laluan Bestari
Perasmi : Tuan Musa Bin Ismail,

Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Petaling Perdana

ANAK NADI ASPIRASI KITA
PENDIDIKAN ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA

SETITIS TINTA MESYUARAT AGUNG PIBG
- YDP PIBG SMK USJ 13

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya PIBG SMK USJ 13 sekali lagi
dapat mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-20 bagi sesi 2020/2021. Kehadiran ibu bapa dalam
Mesyuarat Agung kali ini merupakan bukti sokongan padu kepada PIBG SMK USJ 13. Semoga
PIBG SMK USJ 13 akan terus bergerak maju ke hadapan dalam melahirkan warganegara yang
cemerlang daripada segenap aspek.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua AJK PIBG sesi 2019/2020 yang telah memberi
kerjasama dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komited
dan ikhlas. Selain sumbangan tenaga, idea yang dilontarkan oleh AJK PIBG untuk memajukan
lagi SMK USJ 13, sedikit sebanyak telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Kejayaan yang kita capai berkait rapat dengan reaksi dan pilihan yang kita ambil dalam me-
nangani cabaran. Kecemerlangan tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha yang ikhlas teru-
tama dalam organisasi kompleks seperti sebuah sekolah. Bagi menghidupkan suasana budaya
kerja yang ikhlas adalah penting bagi setiap anggota PIBG memberi komitmen yang jitu tanpa
mengharapkan apa-apa balasan untuk menjadikan PIBG sebagai sebuah organisasi yang ter-
baik untuk kita dan masyarakat. Justeru PIBG telah meneruskan tradisi menjalankan pelbagai
aktiviti dengan kerjasama pihak sekolah demi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
ceria untuk murid menuntut ilmu dengan selesa dalam usaha melahirkan generasi murid ulul
albab yang bakal memacu tranformasi negara sebagai sebuah negara maju. Sesungguhnya
tanggungjawab mendidik anak bukanlah terletak di bahu guru semata-mata. Ibu bapa perlulah
bekerjasama menyelia perkembangan dan kegiatan anak-anak supaya menjadi insan yang
berjaya.

Di ruangan ini saya mengambil kesempatan menyeru agar kerjasama erat yang sedia terjalin
antara warga sekolah dengan ibu bapa akan kukuh dan padu demi kecemerlangan pendidikan
negara. Hal ini telah terbukti bahawa kejayaan sesebuah sekolah adalah hasil daripada ikatan
yang kukuh dan komitmen semua pihak, warga sekolah, PIBG dan masyarakat sekeliling. Saya
berharap PIBG akan terus menjadi tulang belakang kepada pihak sekolah dalam menjayakan
program yang berkaitan dengan kecemerlangan generasi muda ini.

Sekian, terima kasih.

SUHAIMI BIN MOHD DASIR

SEUNGKAP BICARA MESYUARAT AGUNG PIBG
– PENGETUA SMK USJ 13

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
selamat datang kepada semua ibu bapa yang hadir untuk menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 pada tahun ini.

Pada kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih
kepada barisan AJK PIBG Sesi 2019/2020 yang sanggup bersengkang mata, rela berkorban
tenaga dan masa dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang walaupun ada-
kalanya program tertentu tidak dapat dilaksanakan atas alasan yang tidak dapat dielak-
kan .Namun pada masa hadapan AJK PIBG yang baharu dilantik nanti diharapkan dapat mene-
ruskan perjuangan, mencurahkan bakti, tenaga dan wang ringgit demi membangunkan dan
melonjakkan kegemilangan sekolah ini.

Pada tahun ini pihak sekolah berazam untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang
sama ada yang melibatkan para murid, para pendidik, para pentadbir dan staf, juga tidak
ketinggalan PIBG. Namun kejayaan yang diimpikan ini memerlukan komitmen dan kerjasama
daripada semua pihak termasuklah PIBG, selaras dengan objektif yang termaktub dalam Ge-
lombang Kedua PPPM iaitu meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid untuk berjaya.
Penglibatan semua pihak mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan
dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.

Oleh itu, pihak sekolah dan PIBG perlu berganding bahu merangka program dan aktiviti
memajukan sekolah sebagai sebuah institusi yang disegani . Peranan PIBG membantu sekolah
dalam bidang yang dibenarkan . Kesefahaman dan keselarian tugas antara pihak sekolah dan
PIBG menjadi indikator kemajuan sekolah kerana salah satu ciri kecemerlangan ialah
mengekalkan hubungan yang harmoni bersandarkan konsep keikhlasan dan kepercayaan
untuk melihat pencapaian anak-anak dalam pembelajaran di sekolah.

Akhir kata, sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang
dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan,
Setiap pendidik tidak dapat lari daripada pelbagai kemelut dan cabaran. Banyak yang perlu
dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah me-
nyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengor-
banan, memerlukan kesabaran dan air mata. Anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk
mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.

Sekian, terima kasih.

HJH MAZNI BINTI MOHD SHERIFF

ATUR CARA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -20, TAHUN 2020

7.30 Pagi - Ketibaan Ibu bapa/ penjaga serta pendaftaran
8.30 Pagi - Ketibaan tetamu kehormat
- Sarapan Pagi
- Perarakan Masuk (Paluan Kompang)
- Lagu Negaraku, Lagu Selangor
- Bacaan Doa
- Persembahan 1 (Tarian Selamat Datang)
- Ucapan Alu-aluan oleh Pengetua SMK USJ 13

(Cikgu Hjh Mazni Binti Mohd Sheriff)

Ucapan YDP PIBG
(En. Suhaimi Bin Mohd.Dasir)

Ucapan Perasmian Oleh Pegawai PPD Petaling
Perdana
(Tuan Musa Bin Ismail, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah)

Persembahan Multimedia

Penyampaian cenderamata dan sijil kepada
AJK PIBG Sesi 2019/2020

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Persembahan 2 ( Koir )

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 dimulakan

VISI, MISI & MOTO

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI,
INSAN SEIMBANG,

SMK USJ 13 GEMILANG

MISI

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
BERKESAN MELAHIRKAN INDIVIDU
YANG BERKETERAMPILAN KE ARAH

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

BERUSAHA MOTO

Melahirkah pelajar yang mempunyai daya usaha yang
tinggi tanpa mengenal putus asa untuk mencapai
kejayaan.

BERILMU Membentuk pelajar yang berpengalaman luas dalam
segenap bidang.

BERAMAL Melahirkan pelajar yang mempraktikkan ilmu dan nilai-
nilai yang dipelajari untuk kepentingan agama, bangsa
dan Negara.

JK KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-20

Penasihat : Pn. Hjh Mazni Bt Mohd Sheriff (Pengetua)
Pen. Penasihat : Pn. Hjh Norhaliza Bt Abdul Hamid (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi : Pn. Hjh Normadiah Bt Abu ( Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Hjh Maizurfidar Anom Bt Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum)
: Pn. Norlin Binti Abd Ghafar (Penolong Kanan Petang)
Penyelaras Program : Pn. Rodiah Sanwikarto (GKMP Kemanusiaan)
Pen. Penyelaras : Pn. Tan Poh Yoon (GKMP Sains dan Matematik)
: Pn. Lim Lay Chin (GKMP Teknik dan Vokasional)
Setiausaha : Pn. Hjh. Sharifah Zarina Bt Syed Lope (GKMP Bahasa)
: Pn. Sahhara Harafi A.R

Penyelaras/Urus Setia Penyediaan Dewan/Mengemas dewan
En. Suhaimi Bin Mohd Dasir (K) En. Adrian Pui(K)
Pn. Sahhara Harafi A.R Pn. Ngu Ting Ting
Pn. Khoo Lee Khoon Cik Nurul Huda Bt Amran
Pn. K’ng Li Fong Cik Chang Yuet Mei
Pn. Reimy Suriany Bt Hj Md. Saad Pn. Ng Siew Chin
En. Ishak Bin Abd Aziz
Usul PIBG Pn. Vasantha A/P Letchmanan
En. Suhaimi Bin Mohd Dasir (K)
Pn. Ananthi A/P Ponnalagu Mengemas Dewan
Pn. Hjh Haslida Bt Hussin Pn. Thilaham A/P Krishnasamy
Pn. Wan Mazilah Bt Wan Abdullah Pn. Nor Salamiah Binti Mohd Shazilli
Pn. Nurzazarina Bt Abd Raof Pn. Iza Zakhila Bt Zaki
En. Muizzuddin Bin Mamat
Buku Atur Cara En. Muniandy A/L Verappan
Pn. Mak Chin Foong (K) Pn. Khairunnisa Binti Saleh
Pn. Leong Kui Yeng Pn. Leong Soo Yen
Pn. S Paramesvari A/P Sankaran
Pn. Wong Teck Kim Pendaftaran
En. Mohammed Syahrir Bin Talib Pn. Ng Guet Day (K)
Pn. Norsairah Bt Che Kassim Pn. Nazariah Bt Mohd Zaki
Pn. Nor Adzlinda Bt Othman Pn. Farzanna Bt Shahul Hamid
Dr. Ong Swee Ling
Siaraya/Teknikal Pn. Nurul Ain Bt Hashim
En Jayarathanam A/L Purumal (K) Cik Cheong Swee Mee
En. Mohamad Farid Ehsan Bin Johari
Mencatat dan Mengira Undi

Pn Tay Geok It(K)
Pn. Noor Nadia Binti Said
Pn. Norul Huda Bt Ibrahim
Pn. Ziakiah Binti Omar
En. Mohd Amar Nasrim Bt Mohd Azm

Bacaan Doa Jamuan (Ibu bapa dan guru)
Pn. Wan Masitah Binti Wan Lolok Pn. Mageswary Mahalingam K)
Pn. Nor Azah Bt Sarban
Juruacara Majlis Pn. Norizan Bt Jusoh
Pn. Siti Suriyati Bt Ab. Hamid (K) Pn. Nor Diana Bt Mat Saleh
Pn. Wan Noorazilla Bt Wan Ramli Pn. Siti Nuraini Binti Ibrahim

Sambutan /Cenderamata/Sijil Jamuan (VIP)
En. Faisal Bin Hasan (K) Pn. Sharmila Singam A/P Veerasingam
Pn. Noor Izakiah Binti Saim Pn. Mimisusiyana Bt Momen
Pn. Wan Nora’akidah Bt Wan Abd Kadir Pn. Sapinah Binti Mohamad
Pn. Rina Raihan Bt. Mohammad Pn. Noor Aslamiah Bt Mohd Yusof
Pn. Tor Swee Ching
Backdrop/Banner/Menghias/Mengemas Pentas
Kompang En. Jofry Ariff Bin Ghazali (K)
Pn. Norarbizaitul Laila Pn. Nor Azura Bt Nasrudin
Pn. Fazliana Bt Abdul Hamid
Persembahan Pn. Noor Ashilla Binti Razali
Pn. Tan Pei Yong (Koir) Pn. Nur Zulaikha Bt. Muhammad
Pn. Sankalah A/P Sundaraju (Tarian) Pn. Zuraini Binti Hashim
Pn. Fatin Izzati Binti Mustapa (Tarian) Pn. Yugini Nair A/P Morgan
Pn. Rosnani Binti Awang
Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
Pn. Thinaharadevi A/P Arumugam (K) Jurugambar
Pn. Vithya A/P Subramaniam Pn. Nurulashikin Bt Abd Latif (K)
Pengawas sekolah Pn. Nasreen binti Yaacob
Kelab Fotografi
Buku Laporan
En. Zahidi Binti Jusoh (K) Multimedia
Pn. Tan Kheng How Pn Sharmini A/P Bupalan (K)
Pn. Lai Wing Wai Cik Nadiah Bt Kamaruddin
Pn. Noor Azlina Binti Zakariah
Cik. Azlina Bt Kamarudin Trafik dan Tempat letak Kereta
Pn. Wong Fui Fun En. Lim Chee Keong (K)
Cik Nur Salimah Bt Mohd Hassan Pn. Ashnuraida Bt Mohd @Nurjab
Pn. Suziela Binti Ahmad Pengawas Sekolah
Pn. Salena Binti Hassan
Dokumentasi
Teks Ucapan Pn. Teo Fee Kem (K)
Pn. Hjh Rinafazna Bt Mohd Yusof (K) Pn. Ushamathy A/P Selvarajoo
Pn. Santi Bt Dapari

TERIMA KASIH

Penghargaan

Pihak sekolah dan PIBG merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
SMK USJ 13 kali ke –20


Click to View FlipBook Version