RAHSIADANSTRATEGIPENGURUSANKEWANGANBSJ3063 APLIKASI KOMPUTER DALAMTULISANJAWIKUMPULANBTUGASAN BERPASANGAN: E-BOOKPENSYARAH : DR MAKMURBINHARUND I S E DI AKANOLEH:A T H I R O H B T ABDULGHANIN U R A F I F AHQI STINABTREDZUAN
SENARAI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT1. PENGENALAN 1-2 2. TOKOH KEWANGAN 3-5 3. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN 6-9 4. LANGKAH-LANGKAH MENYEMAI MINAT UNTUK MENABUNG DALAM KALANGAN MASYARAKAT 10-11 5. AKIBAT MENGABAIKAN SIFAT BERHEMAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN 11-12 6. RUMUSAN 12 7. RUJUKAN 13
1 PENGENALAN Meniti kehidupan yang kian mencabar ini, isu pengurusan kewangan menjadi satuperihal yang perlu dititikberatkan oleh setiap generasi. Kita dapat lihat saban hari nilai mata wang semakin kecil jika dibandingkan pada zaman dahulu yang hanyamembawa 20 sen ke sekolah sudah cukup untuk membeli minuman dan makanansementara itu, pada hari ini jika membawa wang RM5 ringgit ke sekolah masih belummencukupi . Apakah ini dikatakan semakin bertambah tahun semakin sukar dalamkehidupan atau ekonomi negara yang masih berterusan tidak kukuh sehingga ke hari ini. Isu pengurusan kewangan ini bukan hanya perlu diketengahkan kepada golonganmiskin atau kurang bernasib baik bahkan penting juga kepada semua golongan samaadagolongan kaya atau jutawan. Namun, acap kali kita didengari dengan kisah bahawa golongan kaya pula yangbijak menguruskan kewangan daripada golongan miskin. Apakah masalahini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dalam menguruskan kewangan ataugolongan miskin berlagak menjadi golongan kaya kerana takut dihina olehmasyarakat sekitar. Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat pentingdalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukankesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak lumayan jugatidakdapat lari dari masalah pengurusankewangan.
2 Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalammenguruskan wang: Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan. Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya padatahap minimum. Asyik memikirkan mengenai wang sehingga mengabaikan tanggungjawab yanglain. Berbelanja mengikut nafsusehingga melebihi kemampuan. Sering kali terlibat dalam pelaburan tetapiterlalu cetek ilmu yang adamengenai produkyang dipilih. Tidak mempunyai simpanan khas untukdigunakanketika kecemasan
3 TOKOH KEWANGAN Tokoh kewangan didefinisikan sebagai individu yang memainkan peranan pentingdalam bidang kewangan sama ada dalam sektor perbankan, pasaran kewangan, ataubidang kewangan lain. Terdapat banyak tokoh kewangan yang terkenal keranasumbangan mereka kepadapembangunan ekonomi dan kewangan. Bil Tokoh Butiran Diri 1. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Beliau adalah bekas Gabenor BankNegara Malaysia (BNM) danmerupakan tokoh yang dihormati dalam bidang kewangan di Malaysia. Beliau memainkan peranan pentingdalam menguruskan ekonomi negara, terutamanya semasa krisis kewanganAsia padatahun 1997.
4 2. Datuk Seri Nazir Razak Beliau adalah bekas Pengerusi CIMBGroup Holdings Berhad, salah satubank terbesar di Malaysia. Nazir Razak dikenali sebagai seorangpemimpin yang progresif danberpengaruh dalamindustri kewangan. 3. Tan Sri Tony Fernandes Meskipun terkenal sebagai pengasas dan CEO AirAsia, Tony Fernandes juga memiliki kaitan dengan sektor kewangan melalui pelbagai inisiatif perniagaan dan pelaburan dalambidang hiburan dan perkhidmatankewangan.
5 4. Datuk Seri Johari Abdul Ghani Bekas Menteri Kewangan Malaysia yang memainkan peranan dalammenguruskan dasarkewangannegara. 5. TanSri AzmanHashim Beliau merupakan Pengerusi AmbankGroup, salah satu institusi kewanganutama di Malaysia. Azman Hashimdikenali sebagai usahawan berjaya dan tokoh yang berpengaruh dalambidang perbankan.
6 KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN Kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlumerancang kewangan masing-masing tidak kira sama ada kaya atau miskin. Namun, rancangan kewangan yang tidak dilaksanakan dengan baik akan mengundangkegagalan dalam menguruskan kewangan. Pengurusan kewangan peribadi bukanperkara yang mudah. Ini adalah fakta dan walaupun ramai yang cakap mudah sahajanak urus kewangan peribadi, tetapi hakikatnya uruskan kewangan peribadi perlukanrancangan yang teliti, perlaksanaan yang bijak, dan disiplin diri yang tinggi. Anda tidakperlu menjadi pakar kewangan atau jutawan untuk bijak merancang kewangan. Hanyaperlu tingkatkan pengetahuan kewangan anda celik kewangan, perancangan yang teliti, dan disiplin tinggi untuk menguruskan kewangan dengan berhemah. Perancangankewangan ini termasuklah membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan sewaktu kecemasan.
7 Membekalkan sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewanganPertama sekali, antara faedah atau kepentingan menabung adalah dapat membekalkansebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini. Jikaseseorang itu gagal untuk menyimpan wang yang secukupnya untuk masa hadapan, akanmenjadi sukar untuk menjamin masa depan yang cerah baginya. Sebagai contoh, jikasepasang suami isteri yang melahirkan anak dalam usia agak lewat serta tidakmempraktikkan kegiatan menabung, mereka akan berhadapan dengan masalahkewangan apabila tiba waktu persaraan kerana perlu menanggung kos pembelajarananak mereka yang masih kecil. Bagi seorang pelajar pula, wang sangat penting untukmenampung perbelanjaan persekolahan seperti berikut: Alat tulis, Buku-buku rujukanYuran sekolah Yuran kelas tambahan (tuisyen) Dan apabila pelajar itu berjaya dalampeperiksaan dan terus mara ke peringkat seterusnya seperti di universiti, diamemerlukan wang yang lebih banyak bagi menampung kos pengajian. Ini keranaperbelanjaan tambahan adalah seperti kos penginapan di hostel pusat pengajian yangkemungkinan terletak jauh dari tempat tinggal rumah pelajar. Oleh yang demikian, menabung mesti diamalkan sejak kecil lagi supaya wang tersebut dapat digunakan padamasa akan datang. Bekalan wanguntuk kegunaan kecemasan Seterusnya, setiap orang perlu sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasanjuga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidakdapat menjangka pada bila masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyakbagi menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti peribahasa “malang tidak berbau”. Misalnya, contoh kes kecemasan adalah seperti Bencana alam seperti gemba bumi, tanah runtuh dan banjir besar Kemalangan jalanraya Kematian ahli keluarga secara mengejut Masalah kesihatan Justeru, kita perlumengambil langkah bersiap sedia jika hal yang tidak diingini seperti ini menimpa kitaatau keluarga kita. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan dengan simpanan yangbanyak hasil menabung dapat membantu mengatasi masalah atau situasi ketikakecemasan.
8 Amalan agartidak menjadi boros dan membazir Selain itu, menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran. Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuknilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita. Seseorang itu cenderung untuk boros ketika berbelanja danberfikiran secara tidak rasional ketika membuat pilihan. Manusia akan mudah tertarikdengan promosi produk keluaran syarikat yang bijak mempromosikan sesuatu produkdengan pakej pembungkusan yang cantik dan menarik perhatian. Lalu pembeli akanterus membeli produk tersebut dengan tidak berfikir panjang walaupun barangitutidak diperlukan. Sama juga, seorang pekerja yang bekerja keras untuk memperolehwang tetapi tidak pandai untuk menabung dan mengawal perbelanjaannya akhirnyaakan dibebani dengan masalah kewangan. Dalam agama Islam terdapat kenyataanbahawa sikap boros itu adalah amalan syaitan. Secara rumusannya, menabung bolehmenghindarkan diri daripada bersikap boros serta dapat meningkatkan jumlahsimpanan seseorang. Dapatmenjadi contoh tauladan kepada anak Tambahan pula, amalan menabung yang disemai oleh ibu bapa dapat dijadikan contohteladan kepada anak mereka. Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yangmengambil berat tentang amalan menabung akan disambung generasi seterusnyamelibatkan anak, cucu, sehinggakan cicit akan turut serta mencontohi perbuatanmoyang mereka. Ini sangat sesuai dengan pepatah Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Sebagai contoh, anak-anak yang setahun jagung akan diajar untuk menabungsehingga dewasa, dan seterusnya ideologi ini akan diwariskan. Oleh itu, amalanmenabung dalam keluarga akan berkekalan sekiranya ibu bapa memainkan perananpenting dalammemupuk tabiat menabung dikalangan ahli keluarga.
9 Dijadikan bank kecil, tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wangSelain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah yang bakal menimpa kita pada masa akan datang. Perkara ini boleh terjadi apabila sesebuah keluarga memerlukan wang yangberjumlah besar untuk melaksanakan bayaran terhadap sesuatu. Keluarga tersebut berkemungkinan akan mengharapkan pinjaman daripada pihak bank. Tetapi masalah sebenar akan timbul apabila pinjaman tersebut akan dikenakan faedah yangboleh membebankan. Sebagai contoh, jika seseorang yang meminjamsebanyaklima puluh ribu ringgit untuk membeli sebuah kereta, dia perlu memastikan wangsebanyak enam puluh ribu yang mesti dilangsaikan kepada pemiutang atas 10peratus faedah yang dikenakan. Hal ini dapat dielak dengan mudahnya sekiranyakita memilih untuk menyimpan wang pada masa dahulu yang lebih baik berbandingmeminjam wang. Oleh yang demikian, kita mestilah sentiasa menekankankepentingan menabung dalam kalangan keluarga dan orang tersayang agar tidakperlu berada dalam situasi yang tidak diinginkan. Mengekalkanhubunganbaik sesama manusia hasil kegiatan menabung Akhir sekali, melalui tabiat menabung, ianya dapat mengeratkan hubungansilaturrahim antara keluarga. Perkara ini dapat dibuktikan dengan keluarga tersebut akan menggunakan masa untuk berkongsi jumlah wang yang telah disimpan sesamamereka dan kegunaannya pada masa akan datang. Oleh sebab ahli keluarganya yanglain merupakan golongan yang mementingkan amalan menabung, maka seseorangdapat berbincang dengan ahli keluarganya yang lain untuk meminjamduit buat sementara waktu. Oleh itu, di sini dapatlah dilihat menabung itu dapat merapatkankeakraban tali persaudaraan dalam keluarga. Secara kesimpulannya, amalanmenabung mempunyai banyak kepentingan untuk seorang individu dan keluargakerana menabung akan memberi manfaat pada jangka masa panjang khususnya. Galakkan amalan menabung mesti diwujudkan agar lebih ramai orang yang menyedari kepentingan amalan ini. Tidak kira usia samada muda mahupun tua, marilah kita mulamenabung dengan cermat kerana “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.
10 LANGKAH-LANGKAH MENYEMAI MINAT UNTUK MENABUNGDALAMKALANGANMASYARAKAT Menabung boleh membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih baik danlebihbersedia untuk masa hadapan. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakanbagi menyemai minat untukmenabung dalamkalangan masyarakat, antaranya ialah : Mengadakan kempen kesedaran yang efektif tentang faedah dan cara-caramenabung, menggunakan media massa danteknologi. Memberikan teladan yang baik kepada anak-anak dan generasi muda, dengan menunjukkan sikap suka menabung dan membuat simpanan di banksetiap bulan. Mewujudkan pakej simpanan yang menarik dan memberikan pulanganpelaburan jangka panjang yang banyak, dengan memberikan keistimewaandanperlindungan insuran kepadamereka yang menabung sejak muda. Menggalakkan amalan menabung di sekolah, dengan mewujudkan kelabmenabung, menyediakan tabung simpanan, dan melaburkan wang sakupelajar dalam pakej kewangan yang menguntungkan.
11 Menyarankan masyarakat menabung untuk masa depan, denganmenekankan kepentingan simpanan untuk kegunaan kecemasan, mengelakkan pembaziran, danmengekalkan hubungan baik sesama manusia. AKIBAT MENGABAIKAN SIKAP BERHEMAH DALAMPENGURUSANKEWANGAN Sikap berhemah adalah sikap yang bertimbang rasa, berhati-hati, dan tidak berlebihlebihan dalam membuat sesuatu perkara, termasuklah dalam aspek pengurusankewangan. Sikap ini penting untuk memastikan agar kita dapat mengawal perbelanjaandengan lebih baik menerusi aktiviti menabung untuk masa depan, di sampingmengelakkan hutang yang tidak perlu. Terdapat beberapa akibat apabila seseorangitumengabaikan sikap berhemah dalampengurusan kewangan, antaranya seperti : Tiada simpanan kecemasan yang boleh digunakan untuk menampungkeperluan yang tidak dijangka, seperti penyakit, kemalangan, atau kehilanganpekerjaan. Tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendakyangmenyebabkan kita berbelanja mengikut nafsu dan tidak mengikut kemampuan. Halini boleh membawa kepadapembaziran dan ketidakpuasan hati.
12 Tidak tahu aliran wang keluar yang bermaksud kita tidak mengetahui berapabanyak wang yang kita belanjakan setiap bulan, dan untuk apa sahaja kitamenggunakannya. Hal ini juga boleh menyebabkan kita tidak dapat merancangbajet yang sesuai dalam mengawal penggunaan wang. Citarasa melebihi kemampuan yang bermaksud kita suka membeli barang- barang yang mahal dan mewah, tanpa mengambil kira keperluan dan kewangankita. Hal ini boleh menyebabkan kita terjerumus dalam hutang dan tekanankewangan. Sukar menolak tawaran yang bermaksud kita mudah terpengaruh denganpromosi, diskaun, atau jualan yang ditawarkan oleh penjual, tanpa memikirkansama ada kita benar-benar memerlukan barang-barang tersebut atau tidak. Hal ini boleh menyebabkan kita membeli barang-barang yang tidak perlu dantidakberguna. RUMUSAN Secara keseluruhannya, pengurusan kewangan merupakan aspek yang sangat pentingdalam kehidupan seharian kita. Tanpanya, seseorang itu tidak mampu untuk meneruskankehidupan kerana seperti yang kita tahu, kehidupan pada masa kini memerlukanwangyang mencukupi. Segala perkara memerlukan wang dan melibatkan wang. Tambahanpula, keadaan ekonomi yang agak teruk menyebabkan harga barang semakin meningkat. Oleh itu, sebagai individu yang bertanggungjawab, adalah wajar untuk kita mengetahui dan mempunyai ilmu berkaitan rahsia dan strategi pengurusan kewangan yang baik. Hal ini demikian kerana, tanpa pengurusan kewangan kita akan mudah untuk berlebihandalam berbelanja, tidak mempunyai wang simpanan, pendapatan semasa tidakmencukupi untuk kegunaan dalam tempoh yang ditetapkan dan sebagainya. Akhirnya, adalah sanagt wajar untuk setiap individu mengamalkan sikap suka menabung dari awal serta mencontohi tokoh- tokoh kewangan yang sudah berjaya dalambidang kewanganbak kata pepatah ‘sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit’, begitu jugalah dengankita yang harus bermula dari sekarang demi mendapatkan pengurusan kewanganyanglancar untukjaminan kehidupan yang lebih baik padamasa hadapan.
13 RUJUKAN Ehsan E Marisah (2021, 2 Oktober ). BMS 2021 : Saran Masyarakat Malaysia Menabunguntuk Masa Depan. Astro Awani Online. Diakses pada 1 Januari 2024, daripadahttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/bms-2021-saran-masyarakat-malaysia- menabung-untuk-masa-depan-323118 Norhayati & Zaimah. (2022). Pengurusan kewangan generasi milenial di Seremban2, Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2).1-13. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/466/376. Rozita Baba, Nur Zafirah Muhammad Nor & Juwairiah Hassan. (2022). Tahapliterasi kewangan, masalah kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Jurnal ‘Ulwan, 7(2), 173-190. https://unimel.edu.my/journal/index.php/JULWAN/article/view/1194/960. Salbiah, Suzana, Suhailah, Nurulhayah & Maryam. (2018). Amalan pengurusan kewanganmahasiswa. Jurnal Inovasi Peniagaan, 3(2), 9-23. https://www.academia.edu/download/79517949/452.pdf. Syed Shaniff Said Ali Batu Shah (2010). Amalan Pengurusan Kewangan Peribadi yangBerhemah. Dicapai pada Januari 1, 2024 daripadahttps://km.anm.gov.my/Artikel/Amalan pengurusan kewangan peribadi yangberhemah.aspx