The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

POTENSI PEALNCONGAN DI KAMPUNG KOLAPIS BELURAN SABAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurazuwatul9853, 2022-07-28 11:47:36

NURAZUWATUL BINTI EJOL (D20182085085)

POTENSI PEALNCONGAN DI KAMPUNG KOLAPIS BELURAN SABAH

HGM3063 GEOGRAFI MALAYSIA PelPaontceonnsgi an

KAMPUNG KOLAPIS
BELURAN, SABAH

NURAZUWATUL.E
JULAI 2022

KAMPUNG KOLAPIS PETA LOKASI KAJIAN
BELURAN, SABAH
Kampung Kolapis Daerah Beluran terletak di
Kampung Kolapis terletak di daerah Beluran, Bahagian Sandakan di Pantai Timur Sabah, yang
Sabah. Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali menghadap Laut Sulu di sebelah Timur, Daerah
sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud Sandakan di Tenggara, Daerah Telupid di Barat
sejak awal Pentadbiran British North Borneo Daya, Daerah Ranau di Barat dengan Daerah
Charterd Company, ia merupakan antara Kota Marudu di Barat Laut dan Daerah Pitas di
Daerah yang terawal di Negeri Sabah. Nama Utaranya.
Beluran diambil sempena nama bukit yang
menjadi "Land Mark" pekan ini, iaitu dalam
bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut
"BULUDAN" Pertukaran nama terjadi akibat
daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat
menyurat oleh warga Inggris yang tidak fasih
menyebut perkataan dalam bahasa tempatan
menyebabkan BULUDAN bertukar kepada
BELURAN dan kekal sehingga kini. Pejabat
Pentadbiran Daerah Beluran telah ditubuhkan
seawal tahun 1916, walaubagaimanapun semua
rekod dan data berkenaan telah musnah akibat
perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah
beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber
daripada orang lama, Encik B.S Willie telah
dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada
tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat
Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama,
tetapi kerana kawasan tersebut seringkali
dilanda banjir, Pemerintah British telah
memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke
kaki bukit Beluran.

Landskap Fizikal

PINGGIR SUNGAI SUGUT

Sungai Labuk merupakan salah sebuah
sungai yang terdapat di Kampung Kolapis
Beluran, Sabah. Sungai ini menjadi sumber
pendapatan bagi orang kampung untuk
menangkap hasil makanan laut. Hasil
tangkapan tersebut akan dijual di Pasar
Beluran. Sungai ini sangat penting untuk
penduduk Kampung untuk menyara hidup
dan memperoleh pendapatan.

HUTAN PAYA AIR MASIN

Tumbuh di kawasan pinggir laut berlumpur,
terlindung dan ditenggelami air semasa air
pasang. Hidupan liar yang dapat ditemui ialah
ikan belacak, ketam uca, kerang, memerang,
burung bangau, ular, monyet dan spesies
burung seperti burung merak, burung botak
dan burung upih.

AIR TERJUN TAPAANG

Secara ringkasnya, Air Terjun Tapaang terletak di Kampung
Kolapis dan terdiri daripada 7 peringkat air terjun. Kawasan
ini telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Lipur. Peringkat
pertama air terjun berada di sekitar pintu masuk dan setiap
peringkat berada semakin jauh kedalam hutan. Untuk sampai
ke peringkat tertinggi masa sekitar 2 jam diperlukan
(termasuk rehat dan bergambar). Dalam hal ini, anda perlu
melalui trek yang sedikit curam, berbatu dan agak licin.
Sedikit kesilapan boleh menyebabkan anda terjatuh. Selain
daripada mendaki ke puncak, anda juga boleh melakukan
aktiviti riadah di air terjun sekitar pintu masuk. Dari jalan
utama anda boleh memandu sendiri sekitar 5-10 minit
dengan melalui jalan tanah dan berbatu. Air Terjun Berkelah
sangat cantik. Airnya jernih menghijau dan sejuk. Arus dan
kedalaman pula berbeza mengikut peringkat air terjun.
Semakin ke puncak udaranya semakin nyaman.

LANDSKAP BUDAYA

KAWASAN PETEMPATAN

Petempatan adalah sebuah kawasan tempat
kediaman dan persekitarannya. Unit
petempatan yang paling kecil disebut hamlet
atau dukuh. Unit petempatan terbesar pula
ialah ekumenapolis yang seluruh kawasan
muka bumi didiami manusia. Kawasan
petempatan dilokasi kajian ialah unit
petempatan yang kecil iaitu perkampungan
dan pola serta taburan lazimnya merujuk
kepada rumah kediaman di sebuah kampung
(skala kecil). Pola petempatan Kampung
Kolapis bercorak sejajar dan berselerak.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Ukuran asas untuk menilai maju

mundur sesebuah kawasan adalah

bertitik tolak pada gambaran

lanskap budaya sesebuah kawasan

berkenaan. Ini bermakna semakin

banyak pembangunan di sesuatu

kawasan dengan kewujudan

pelbagai lanskap budaya sesuatu

memberi gambaran visual

terhadap tahap kemajuan

sesebuah kawasan yang mana The

Cultural Landscape Foundation

(2016) menyatakan lanskap budaya

merupakan tempat yang memberi

gambaran terhadap asal usul dan

hubungan berterusan sesuatu

tempat dengan persekitaran fizikal.

Walaubagaimanapun, dalam

memperkatakan lanskap budaya di Di Kampung Kolapis, terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan Kolapis
atau nama ringkasnya SK Kolapis, merupakan sebuah Sekolah
kawasan kajian ini telah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 51. Pada 2022, Sekolah
Kebangsaan Kolapis memiliki 83 pelajar lelaki dan 96 pelajar
dikenalpasti dan hanya contoh- perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 179
orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru. Sekolah ini berfungsi
contoh lanskap budaya yang utama untuk memberikan pendidikan kepada penduduk di Kampung
Kolapis Beluran, Sabah.
sahaja sebagai kerangka kepada

lanskap budaya yang begitu

kompleks di kawasan kajian.

KOLAM IKAN

D’kolam Acong dinamakan sempena nama pemilik
tanah kawasan tersebut iaitu Acong. D’Kolam Acong
ini terletak di Kampung Kolapis Beluran, Sabah.
Kawasan tersebut juga berhampiran dengan hutan
paya bakau dan Sungai Besar di Kampung Kolapis,
Beluran Sabah. Pada mulanya pemilik kawasan ini
hanya membuat kolam ikan untuk dijadikan tarikan
penduduk kampung dan melakukan aktiviti seperti
memancing ikan secara berbayar. Lokasi D'Kolam
Acong ini sangat berhampiran dengan Sungai Besar
dan ia juga merupakan lokasi penting bagi hasil
perikanan kepada penduduk setempat. Kawasan
kajian ini hanya mengambil masa selama 20 minit
untuk sampai ke destinasi melalui jalan Pekan
Beluran.

D'Kolam Acong merupakan sebuah kolam
memancing ikan air tawar dalam hutan
yang amat popular di Kampung Kolapis,
Beluran Sabah. Kolam yang dibina pada
tahun 2020 ini pada awalnya diusahakan
untuk menternak ikan air tawar tetapi
ditukar menjadi kolam memancing
berikutan potensi dan hasrat ramai kaki
pancing yang pernah datang memancing
sejak beberapa tahun lalu.

D'Kolam Acong juga menyediakan kafeteria
untuk pengunjung yang datang melawat.
Penyediaan makanan yang dijual
menggunakan kafe menjadi trend bagi
memudahkan orang ramai mendapatkan
pelbagai makanan dengan mudah. Mereka
tidak perlu membazirkan masa sekiranya
menjamu selera di restoran atau kafe, yang
jauh berbanding di kafe yang disediakan
hanya tiga hingga lima minit. Konsep yang
sangat efektif dan menyediakan makanan
panas yang disediakan cef di hadapan mata
dalam tempoh singkat, namun mengekalkan
kualiti rasa.

Bukan itu sahaja, tempat yang menarik dan
cantik juga telah disediakan untuk
pengunjung yang ingin bergambar di
kawasan kolam ikan tesebut. Kepelbagaian
hidangan yang terdapat di kafeteria ini
mampu menarik kebanyakan pengunjung
sama ada orang kampung yang tinggal
berhampiran di kawasan kajian ini sendiri
ataupun orang luar untuk mengunjungi dan
menjadikan kafe D'Kolam Acong sebagai
pilihan tempat makan yang pertama.

Antara sebab utama kafe ini menjadi pilihan
adalah disebabkan harga makanan yang


sangat berpatutan disamping pilihan
makanan yang segar. Mungkin satu lagi
kepentingan taman rekreasi ialah kawasan
ini boleh dijadikan tempat menghilangkan
penat setelah bekerja. Suasana yang tenang
dengan kehijauan dan kolam disekitarnya
memberikan satu perasaan hening yang
diperlukan oleh manusia setelah penat
bekerja di pejabat.

KAWASAN PERIKANAN
(udang galah)

Kampung Kolapis Beluran memang terkenal dengan hasil
tangkapan laut yang segar terutamanya udang galah.
Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap
udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke
lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini
sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya
ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada. Penduduk
Kampung Kolapis mahupun pengunjung dari luar kawasan
kampung akan turun ke sungai untuk mencari udang galah.
Udang galah merupakan salah satu tarikan pengunjung
luar untuk datang ke Kampung Kolapis semata-mata
hendang memancing udang galah tersebut.

koleksi gambar kaki memancing

KePseelsauanciaonngJaennis

KAMPUNG KOLAPIS BELURAN, SABAH

Kesepaduan antara sektor pelancongan dan alam sekitar melahirkan kegiatan ekopelancongan yang
berasaskan sumber alam semulajadi. Ekopelancongan merujuk kepada lawatan untuk menghayati
hubung kait organisma dengan persekitaran yang masih belum tercemar. Hal ini bertujuan untuk
mempelajari, menikmati atau memberi khidmat sukarela berkaitan dengan flora, fauna, geoglogi,
ekosistem, penduduk dan budaya.

EKOPELANCONGAN

Kawasan kajian merupakan kawasan yang berhampiran dengan hutan paya bakau.
Hutan paya bakau merupakan hutan yang unik yang mampu bertaburan di
kawasan persekitaran ekstrim dan air masin. Hutan ini terdiri daripada pelbagai
jenis pokok bakau seperti Bakau Kurap, Bakau Minyak, pelbagai jenis Tumu, Nyireh
dan sebagainya. Hutan paya bakau menjadi habitat pelbagai spesies fauna seperti
monyet, ular, memerang, burung serta menjadi kawasan pembiakan pelbagai jenis
kerang, krustasia dan juga ikan. Hal ini menjadikan hutan paya bakau sebagai
sebuah kawasan yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi.

Selain berfungsi sebagai habitat flora dan fauna, hutan paya bakau
berperanan sebagai pelindung semula jadi kepada bencana alam seperti tsunami,
ombak besar serta angin kencang seterusnya membolehkan persisiran pantai yang
dilitupi hutan paya bakau selamat daripada impak bencana. Pada masa yang sama,
hutan ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kepada penduduk setempat. Ia
menyediakan sumber ekonomi sama ada dari sumber perikanan, kayu arang dan
ekopelancongan kepada penduduk setempat. Ekopelancongan akan meningkatkan
kecekapan pengurusan kawasan yang dilindungi. Ekocpelancongan lebih
menitikberatkan pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan. Aktiviti
ekopelancongan melibatkan kawasan yang memberi kesan yang paling minimum
terhadap alam semulajadi atau penduduk sekitar.

Hidupan liar yang dapat ditemui ialah
ikan belacak, ketam uca, kerang,

memerang, burung bangau, ular, monyet
dan spesies burung seperti burung

merak, burung botak dan burung upih

Produk
agroPELANCONGAN

BUDAYA & AGAMA KRAF TANGAN

Lawatan untuk Penduduk Kampung Kolapis
memperkenalkan adat dan membuat kraf tangan untuk
budaya serta pakaian etnik
dijual kepada pengunjung




MAKANAN PENGINAPAN

Makanan etnik dan tradisional Pakej lawatan kepada pelancong
seperti kuih muih iaitu kulupis,
kuih perahu, sinagol dan termasuk dikawasan perikanan

untuk melihat proses

pembuatan makanan seperti

ikan dan udang kering secara

tradisional

PENILAIAN TERHADAP POTENSI KAWASAN KAJIAN
UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH LOKASI
PELANCONGAN YANG MENARIK DI MALAYSIA

Pelancongan alam semula jadi penting dalam konteks pembangunan lestari kerana ia menawarkan
potensi yang menggerakkan pelbagai sumber alam menerusi sektor swasta. Pelancongan alam semula
jadi juga dapat menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi tempatan dan negara. Matlamat ini
boleh dicapai menerusi aktiviti pemuliharaan guna tanah dan juga daa pemuliharaan biodiversiti.
Walaupun pelancongan alam semula jadi hanya dianggap sebagai pecahan kepada industri pelancongan
global namun ia antara komponen yang bergerak pantas dari aspek pertumbuhannya terutama dalam
membuka peluang pekerjaan, perolehan pendapatan dan juga ekonomi luar bandar.
Ringkasnya, pelancongan alam semula jadi ialah satu bentuk pelancongan yang menggunakan ekologi
alam semula jadi sebagai daya tarikan yang signifikan seterusnya menjadikannya sebagai fokus yang
mengepalai industri pelancongan ke kawasan perlindungan milik kerajaan seperti hutan simpan atau
milik tanah persendirian (Micheal,1997). Kawasan perlindungan alam semula jadi sangat signifikan untuk
menjadikan kawasan tarikan kepada pelancongan. Memang difahami bahawa tujuan mengadakan
kawasan perlindungan adalah untuk pemuliharaan alam semula jadi, namun undang-undang Malaysia
membenarkan sejumlah kawasan tertentu dibuka untuk aktiviti pelancongan.

Potensi ekonomi pelancongan alam semula jadi memang besar dan disedari oleh segelintir
komuniti tempatan. Walau bagaimanapun, penglibatan komuniti tempatan dalam sektor pelancongan
alam semula jadi masih terbatas. Hal ini berlaku disebabkan wujudnya kekurangan pengetahuan dan
pengalaman berkaitan dengan pelancongan alam semula jadi. Selain itu, mereka juga kurang terdedah
kepada maklumat tentang pelabur atau modal, kurang berkemampuan untuk bersaing dengan
pengusaha yang lebih besar serta tiada hak milik ke atas destinasi pelancongan di kawasan mereka atau
berhampiran dengan tempat mereka. (Micheal,1997).

Kampung Kolapis ini sangat berhampiran dengan kawasan hutan paya bakau dan terletak di
pinggir sungai besar. Pokok bakau menyumbang kepada eko pelancongan serta daun yang menghijau
dan tumbuh ditebing sungai serta laut mengindahkan pemandangan mata memandang. Habitat kepada
haiwan tertentu seperti monyet, burung, serangga penambah penarik kepada mereka yang cintakan
alam semulajadi dan haiwan. Pembangunan dikawasan alam semula jadi tanpa mengambil kira
impaknya terhadap generasi akan datang akan membawa kesan negative dalam jangka masa yang
panjang. Tambahan, kawasan yang telah dimajukan tidak akan kekal dengan keaslian semula jadinya.
Oleh itu, keseimbangan sebagai kawasan pelancongan dan alam semula jadi amat bergantung kepada
perancangan dan pengurusan oleh pihak yang bertanggungjawab (Lindberg, 1991). Walaupun
pembangunan ekopelancongan Kampung Kolapis masih lagi dalam proses pembinaan dan naik taraf,
namun pembangunan tersebut telah menampakkan potensinya sebagai sebuah kawasan pelancongan
yang terkenal suatu hari nanti.

Pemandangan adalah salah satu faktor yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke kawasan
ini. Pengunjung yang datang ke lokasi kajian akan menjadi teruja dan terpesona dengan leindahan alam
semulajadi dikawasan tersebut. Selain itu, kolam ikan yang disediakan juga menjadi daya tarikan kepada
pengunjung yang mempunyai hobi memancing ikan lebih-lebih lagi apabila nama tempat ini sendiri
sudah mencerminkan daya tarikan dikawasan tersebut. Keindahan lanskap tidak dapat di sangkal apabila
ternyata lanskap kawasan dapat memukau setiap pengunjung yang datang.

Rujukan

Habibullah, M.S., (1999). Divisia Monetary Aggregates and Economic
Activities inAsian Developing Economies. Aldershot: Ashgate

Inskeep, E., (1991) Perancangan Pelancongan ‘Tourism Planning’.
Van Nostrand Rei nhold, New York

Katiman Rostam. (2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia.
Malaysian Book Publishers Association.

Yahaya Ibrahim. (2014). Keushawanan dan Daya Saing Dalam Sektor
Pelancongan Pulau. Universiti Sultan Zainal Abidin. Univision Press
Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version