1
ATURCARA MAJLIS 10.00 pagi - Ketibaan ahli PUSPANITA JUPEM Johor Mesyuarat Agung dimulakan Pengesahan Minit Mesyuarat Pengesahan Penyata Kewangan Pembentangan usul Pembentangan aktiviti bagi Tahun 2023/2024 Hal-hal berbangkit Hal-hal lain Mesyuarat Agung ditangguhkan 12.00 tengahari - Ketibaan Ahli PUSPANITA JUPEM Johor Ketibaan dif-dif jemputan Bacaan doa Nyanyian Negaraku, Bangsa Johor & PUSPANITA Ucapan Perasmi dari Tuan Penasihat JUPEM Johor Tayangan multimedia aktiviti sepanjang tahun 2022 Cabutan bertuah Penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli PUSPANITA JUPEM Johor Penyampai cenderahati kepada Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor Sesi bergambar kenang-kenangan Jamuan makan/bersurai 2
3 NOTIS JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG
MINIT MESYUARAT AGUNG PUSPANITA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN (JUPEM) JOHOR TAHUN 2022 Tarikh : 27 Mac 2022 (Ahad) Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor SENARAI KEHADIRAN 1. YBrs Pn Amal Hayati Bt Md Nor Timbalan Pengerusi 2. Pn Nur Marshila Binti Sulieman Setiausaha 3. Pn Nor Salimah Binti Haji Tohit Bendahari 4. Pn Norazimah Binti Rayian Ahli Jawatankuasa AJK 5. Pn Norliza Binti Ab Wahab Ahli Jawatankuasa AJK 6. Cik Siti Nurshahirah Binti Othman Ahli Jawatankuasa AJK 7. Pn Ida Kamilia Binti Mudzakir Pemeriksa Kira-Kira 8. Pn Nazliah Binti Chikon Ahli 9. Pn Nur Hayati Ayob Ahli 10. Pn Noor Syazlinn Binti Mahidzir Ahli 11. Pn Zalmiza Binti Ibrahim Ahli 12. Pn Najati Binti Md Nasir Ahli 13. Pn Shahrunedza Binti Sharom Ahli 14. Pn Shahrizan Binti Abdullah Ahli 15. Pn Norazam Binti Ismail Ahli 16. Pn Norasikin Binti Sailan Ahli 17. Pn Siti Arbaiyah Binti Badri Ahli 18. Cik Natasha Amira Binti Khairudeen Ahli 19. Pn Saedah Binti Sabli Ahli 20. Pn Farzidatul Azani Binti Abdullah Ahli 4
SENARAI KEHADIRAN 21. Pn Suryati Binti Abdullah Ahli 22. Pn Joan A/P Augustine Amburose Ahli 23. Pn Siti Norasiah Binti Abdul Rahman Ahli 24. Pn Norazliyani Binti Mohd Ghazali Ahli 25. Pn Nor Aziah Binti Doriat Ahli 26. Cik Siti Raudzatun Nisa Binti Mohd Dahlan Ahli 27. Pn Junidah Binti Abu Bakar Ahli 28. Pn Hasrinawaty Binti Gawi Ahli 29. Pn Nurina Binti Jusoh Ahli 30. Pn Rinawati Binti Md Salleh Ahli TIDAK HADIR DENGAN MAAF 1. Pn Iryani Balqis Binti Abdul Murad AJK 2. Pn Norsyafikah Binti Kamarauzaman Ahli 3. Pn Ismaliza Binti Mustaffa Ahli 4. Pn Nur Fazilah Binti Sujarn Ahli 5. Pn Nor Fadzlina Binti Ainuddin Ahli 6. Pn Nurbayani Binti Md Esa Ahli 7. Pn Emizah Binti Arshad Ahli 8. Pn Nuremira Binti Ibrahim Ahli 5
AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN TIMBALAN PENGERUSI PUSPANITA JUPEM 1.1 YBrs. Puan Timbalan Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada ahli PUSPANITA JUPEM Johor yang hadir pada mesyuarat kali ini. 1.2 YBrs. Puan Timbalan Pengerusi juga mengharapkan agar PUSPANITA JUPEM Johor pada tahun ini akan terus aktif dan bekerjasama dalam menjayakan semua aktiviti / program yang diadakan oleh PUSPANITA JUPEM Johor. 1.3 YBrs. Puan Timbalan Pengerusi juga menyampaikan pesanan agar semua ahli PUSAPANITA JUPEM Johor menjaga Standard of Procedure (SOP) agar terhindar daripada wabak Covid-19. 2.0 PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT Pn Nur Marshila Binti Sulieman mencadangkan dirinya untuk dilantik menjadi Pengerusi Mesyuarat. Ahli mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju. 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PUSPANITA JUPEM JOHOR KALI KE-14 Minit Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-14 telah dicadangkan oleh Pn Junidah Binti Abu Bakar untuk disahkan oleh dan disokong oleh Pn Hasrinawaty Binti Gawi dengan pindaan. 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2021 Laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2021 telah dibentangkan oleh Puan Nur Marshila Binti Sulieman, Setiausaha PUSPANITA JUPEM Johor sepertimana yang dibentangkan di Laporan Aktiviti PUSPANITA JUPEM Tahun 2021. Setiausaha membentangkan sebanyak 15 aktiviti telah berjaya dijalankan sepanjang tahun 2021. Aktiviti-aktiviti yang dijayakan adalah merangkumi aktiviti anjuran PUSPANITA JUPEM Johor dan juga aktiviti anjuran PUSPANITA JUPEM Ibu Pejabat. 6
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2021 5.1 Laporan kewangan bagi tahun 2021 telah dibentangkan oleh Puan Nor Salimah Binti Haji Tohit, Bendahari PUSPANITA JUPEM sepertimana di Laporan Kewangan PUSPANITA JUPEM Tahun 2021. 5.2 Kedudukan Tunai Akaun PUSPANITA JUPEM Johor berakhir pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM12,173.99 daripada jumlah pendapatan sebanyak RM18,156.79 yang diterima dari Jualan Gaji, Jualan Pelitup Muka dan Sumbangan daripada Ibu Pejabat JUPEM. Manakala dividen bank sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM173.59. Akhir sekali, jumlah perbelanjaan sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak RM5,982.80. 5.3 Pembentangan Laporan Kewangan PUSPANITA JUPEM Johor Tahun 2021 diterima oleh Pn Junidah Binti Abu Bakar dan disahkan dan disokong oleh Pn Hasrinawaty Binti Gawi tanpa pindaan. 6.0 SENARAI PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA JUPEM Johor TAHUN 2022/2023 6.1 Setiausaha PUSPANITA JUPEM memaklumkan bahawa pengisian beberapa jawatan telah dibuat secara lantikan dan beberapa jawatan lagi telah dibuat pengundian. Senarai Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor secara lantikan adalah seperti berikut : 6.1.1 Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor YBrs Pn Amal Hayati Bt Md Nor 6.1.2 Setiausaha Puan Nur Hayati Ayob 6.1.3 Bendahari Puan Norliza Binti Ab Wahab 6.2 Perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2022/2023 secara undian adalah seperti berikut : 6.2.1 Biro Agama Cik Siti Raudzatun Nisa Binti Mohd Dahlan 6.2.2 Biro Ekonomi Cik Siti Nurshahirah Binti Othman Cik Natasha Amira Binti Khairudeen 7
6.2.3 Biro Kebajikan dan Sosial Puan Ida Kamilia Binti Mudzakir 6.2.4 Biro Sukan Puan Nurina Binti Jusoh 6.2.5 Pemeriksa Kira-Kira Puan Farzidatul Azani Binti Abdullah Puan Siti Norasiah Binti Abdul Rahman 7.0 PERBINCANGAN USUL -Tiada8.0 LAIN-LAIN HAL 8.1 Ahli-ahli PUSPANITA JUPEM Johor mencadangkan Baju Sukan PUSPANITA JUPEM Johor dapat dibuat dan diagihkan kepada semua ahli. 8.2 Pn Suryati Binti Abdullah memaklumkan terdapat wakil isteri-isteri kepada kakitangan yang bertugas di Pejabat Ukur Daerah yang berminat untuk menyertai PUSPANITA JUPEM Johor. Pihak PUSPANITA JUPEM Johor tiada halangan dan penyertaan adalah terbuka dengan mematuhi syaratsyarat yang telah ditetapkan. 8.3 Ahli PUSPANITA JUPEM Johor bersetuju dalam mesyuarat ini agar yuran tahunan ahli kekal sebanyak RM20.00 bagi tahun 2022. 9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 9.1 Ucapan terima kasih juga diucapkan semua ahli PUSPANITA JUPEM Johor yang baru dan ahli sedia ada atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan semua aktiviti yang dijalankan. Diharapkan semoga tahun 2022 akan dapat terus merancang dan menjayakan lebih banyak aktiviti yang lebih bermanafaat serta dapat bergerak lebih aktif. 8
9.2 YBrs. Puan Timbalan Pengerusi menangguhkan Mesyuarat PUSPANITA JUPEM Johor Tahun 2022 pada jam 12.30 tengahari. Disediakan oleh : Disahkan oleh : (Puan Nur Hayati Ayob) (Puan Amal Hayati Bt Md Nor) 30 Mac 2022 Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor 9
10
11
12
13
14 PEMBENTANGAN USUL
LAPORAN PUSPANITA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN JOHOR AHLI JAWATANKUASA TAHUN 2022/2023 Penasihat : Sr Nazri Bin Othman Pengerusi : Pn Hanita Binti Mohamad Timbalan Pengerusi : Pn Nor Fadzlina Binti Ainuddin Setiausaha : Sr Nur Hayati Binti Ayob Penolong Setiausaha : Pn Norsyafikah Binti Kamarauzaman Bendahari : Pn Norliza Binti Ab Wahab Ahli Jawatankuasa : i) Puan Ida Kamilia Binti Mudzakir Biro Kebajikan dan Sosial ii) Puan Nurina Binti Jusoh Biro Sukan iii) Cik Siti Nurshahirah Binti Othman Cik Natasha Amira Binti Khairudeen Biro Ekonomi iv) Puan Siti Raudzatun Nisa Binti Mohd Dahlan Biro Agama v) Puan Fardzidatul Azani Binti Abdullah Puan Siti Norasiah Binti Abdul Rahman Pemeriksa Kira-Kira 15
AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2022 BULAN TARIKH AKTIVITI JANUARI 25/1/2022 & 26/1/2022 Jualan Hari Gaji Januari 2022 FEBRUARI 5/2/2022 Sukan Bowling Santai Puspanita JUPEM Johor MAC 27/3/2022 Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-14 Tahun 2022 31/3/2022 Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor kali ke-29 Tahun 2022 27/3/2022 & 28/3/2022 Jualan Hari Gaji Mac 2022 APRIL 5/4/2022 Majlis Perasmian Program Tadarus Al-Quran 5/4/2022 – 26/4/2022 Program Tadarus Al-Quran 6/4//2022 Majlis ziarah Pn. Shahrizan binti Abdullah di Hospital Kota Tinggi atas kehilangan suami beliau. 7/4/2022 Mesyuarat AJK PUSPANITA JUPEM Johor Bil. 1/2022 18/4/2022 Jualan PUSPANITA (Menu: Laksa Johor & Sagu Melaka) 19/4/2022 Mesyuarat AJK PUSPANITA JUPEM Johor Bil. 2/2022 24/4/2022 Jualan PUSPANITA (Kuih badak berendam & Onde-onde) 25/4/2022 Majlis Penutupan Program Khatam Al-Quran & Majlis Serahan Sumbangan Amal Ramadan 25/4/2022 – 27/4/2022 Bazar Aidilfitri (Menggantikan Jualan Hari Gaji April 2022) 26/4/2022 Majlis Serahan Bubur Lambuk Sumbangan Zara Food kepada kakitangan JUPEM Johor MEI 25/5/2022 & 26/5/2022 Jualan Hari Gaji Mei 2022 16
BULAN TARIKH AKTIVITI JUN 14/6/2022 Mesyuarat AJK PUSPANITA JUPEM Johor Bil. 3/2022 14/6/2022 Sumbangan kepada Puan Siti Raudzatun (masuk hospital) & Puan Zalmiza Adnan (bertukar ke Pahang) 26/6/2022 & 27/6/2022 Jualan Hari Gaji Jun 2022 29/6/2022 Lawatan ke JARO 29/6/2022 Lawatan Sempena Pameran Seni Visual Alon-alon di Galeri Seni dan Galeri Tenun Johor JULAI 7/7/2022 Ceramah Pemakanan Sihat dan Kesihatan Wanita 7/7/2022 Pemeriksaan Kesihatan Percuma 25/7/2022 & 26/7/2022 Jualan Hari Gaji Julai 2022 28/7/2022 Senam Aerobik Siri 1 28/7/2022 & 31/7/2022 Sumbangan kepada pegawai yang kurang sihat / masuk hospital / bertukar (Pn. Najati & Pn. Amal Hayati) OGOS 14/8/2022 Sumbangan kepad Pn. Siti Arbaiyah & Pn. Norazam (masuk hospital) 24/8/2022 & 25/8/2022 Jualan Hari Gaji Ogos 2022 SEPTEMBER 22/9/2022 Kursus Pengurusan Jenazah 25/9/2022 & 27/9/2022 Jualan Hari Gaji September 2022 4/7/2022 – 29/9/2022 Lost Weight Challenge 29/9/2022 Senam Aerobik Siri 2 OKTOBER 12/10/2022 Bacaan Yassin untuk Pn. Nur Hayati bt Ayob dan pegawai JUPEM Johor yang diuji masalah kesihatan 18/10/2022 & 19/10/2022 Jualan Hari Gaji Oktober 2022 17
TARIKH AKTIVITI NOVEMBER 25/1/2022 & 26/1/2022 Penglibatan Ahli PUSPANITA JUPEM Johor dalam Perarakan Maulidur Rasul WPJB 16/11/2022 Lawatan ke Astaka di One Bukit Senyum 16/11/2022 Perlawanan Boling antara Ahli PUSPANITA JUPEM Johor 22/11/2022 & 23/11/2022 Jualan Hari Gaji November 2022 DISEMBER 20/12/2022 & 21/12/2022 Karnival WPJB (Menggantikan Jualan Hari Gaji Disember 2022) 29/12/2022 Sumbangan kepada staf / isteri staf yang baru bersalin (3 orang) 18
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2022 JANUARI PUSPANITA JUPEM Johor akan menganjurkan aktiviti Jualan Hari Gaji setiap hari gaji penjawat awam yang akan berlangsung selama dua (2) hari. Jualan Hari Gaji ini dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang bertempat di Ruang Legar Blok A, Wisma Persekutuan. Sebanyak sepuluh (10) tapak gerai akan dipromosikan oleh Biro Ekonomi kepada peniaga yang berminat untuk menyewa. Hampir setiap bulan tapak niaga mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peniaga yang berminat untuk menjual pelbagai barangan seperti makanan, buah-buahan, pakaian, tudung dan sebagainya. 19
FEBRUARI Sukan boling Santai PUSPANITA JUPEM Johor telah diadakan pada 5 Februari 2022 bertempat di Sahara Bowling, Angsana Mall. Sukan boling ini telah disertai oleh ahli PUSPANITA JUPEM Johor bersama-sama dengan Pengerusi iaitu Puan Norhimah Binti Alimat. 20
MAC Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-14 Tahun 2022 telah diadakan pada 27 Mac 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Puan Amal Hayati Bt Mohd Nor (Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor). Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor kali ke-29 telah diadakan pada 31 Mac 2022 bertempat di Bangunan Majlis Iskandar Puteri. Mesyuarat Agung ini telah dihadiri oleh empat (4) orang wakil daripada PUSPANITA JUPEM Johor iaitu Pn Nur Hayati Ayob (Setiausaha), Pn Norliza Binti Abd Wahab (Bendahari), Cik Natasha Amira Binti Khairudeen (Biro Ekonomi) dan Puan Nur Marshila Binti Sulieman (Ahli). 21
APRIL Majlis Perasmian Program Tadarus Al-Quran dan Program Amal Ramadan untuk mengumpul sumbangan kepada pihak yang memerlukan serta pegawai JUPEM yang mempunyai ahli keluarga yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) telah diadakan pada 27 Mac 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Majlis Ziarah Pn. Shahrizan bt Abdullah yang kehilangan suaminya telah diadakan pada 6 April 2022 di Hospital Kota Tinggi. Serahan sumbangan oleh Pn Nur Hayati Ayob (Setiausaha) wakil daripada PUSPANITA JUPEM Johor. 22
APRIL Sempena bulan Ramadan, PUSPANITA JUPEM Johor telah mengadakan Jualan PUSPANITA sebanyak dua (2) kali iaitu pada 18 dan 24 April 2022. Tempahan untuk jualan dibuka kepada pegawai JUPEM Johor yang berminat dengan menu seperti Laksa Johor, Kuih Badak Berendam dan lain-lain. 23
Program Khatam Al-Quran dan Serahan Sumbangan Program Amal Ramadan 2022 telah dirasmikan oleh Pn Amal Hayati Bt Mohd Nor (Timbalan Pengerusi) pada 25 April 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Manakala bacaan bagi Majlis Khatam Al-Quran telah disertai seramai enam (6) orang ahli PUSPANITA JUPEM Johor. Sebanyak tiga puluh (30) bakul makanan telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan sebanyak dua puluh (20) orang penerima ahli keluarga pegawai JUPEM yang mempunyai kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Bazar Aidilfitri telah diadakan selama tiga (3) hari pada 25 hingga 27 April 2022 bertempat di Ruang Legar Blok A, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Pelbagai jualan diniagakan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk kakitangan yang beragama islam. 24
Majlis Serahan Bubur Lambuk sumbangan Zara Food kepada pegawai JUPEM Johor telah diadakan pada 26 April 2022. Sebanyak seratus (100) bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada semua pegawai dan kakitangan JUPEM Johor. JUN Sumbangan kepada Pn. Siti Raudzatun yang telah menjalani pembendahan di Hospital Aminah Johor Bahru dan Pn. Zalmiza Adnan (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang telah bertukar ke JUPEM Pahang. Sedikit cenderahati tanda ingatan kasih sayang disumbangkan kepada kedua-dua ahli oleh Puan Nur Hayati binti Ayob (Setiausaha). 25
Lawatan ke Johor Area Rehabilitation Organization (JARO) dan Lawatan sempena Pameran Seni Visual Alon-alon di Galeri Seni dan Galeri Tenun Johor pada 29 Jun 2022 telah disertai seramai dua puluh (20) orang ahli PUSPANITA JUPEM Johor. 26
JULAI Ceramah Pemakanan dan Kesihatan Wanita dan Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan pada 7 Julai 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Ceramah pemakanan telah disampaikan oleh En Zaid Bin Ramlan (Pegawai Sains Pemakanan) dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru manakala Ceramah Kesihatan Wanita pula disampaikan oleh Dr Vidya Vijayan yang bertugas di Klinik Kesihatan Mahmoodiah Johor Bahru. Seramai dua puluh satu (21) ahli telah menyertai aktiviti ini dan di akhir program peserta menjalani pemeriksaan kesihatan asas dan Pap Smear (HPV) secara percuma. Biro Sukan telah mengadakan Program Senamrobik yang disertai dua puluh empat (24) orang ahli pada 28 Julai 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Jurulatih bagi senamrobik ini adalah instructor/trainer di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu Puan Noor Aishah Bt Md Yunus. 27
Tanda ingatan kepada Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor iaitu Pn Amal Hayati yang telah selamat menjalani pembedahan dan Puan Najati bt Md Nasir ahli Puspanita yang warded di Hospital pada 28-31 Julai 2022. OGOS Sumbangan kepada Pn. Siti Arbaiyah binti Badri dan Pn. Norazam binti Ismail yang turut warded di Hospital Kulai. Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor. 28
SEPTEMBER Biro Agama telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 22 September 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Penceramah daripada Bahagian Pengurusan Jenazah, Pejabat Agama Islam Negeri Johor iaitu Puan Suhaila binti Mohd Taib telah hadir memberi ceramah dan memberi latihan secara praktikal kepada ahli. Biro Sukan telah mengadakan Siri Kedua Program Senamrobik yang disertai oleh dua puluh dua (22) orang ahli pada 29 September 2022 bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor. Jurulatih bagi senamrobik ini ialah Puan Rosnah. Penyampaian pemenang bagi Program Loss Weight Challenge yang telah berlangsung selama tiga (3) bulan bermula bulan Julai sehingga September turut dirangkumkan dalam program ini. Tempat pertama Program Loss Weight Challenge ini telah dimenangi oleh Pn Siti Norasiah Binti Abdul Rahman. 29
OKTOBER Bacaan Yassin telah diadakan untuk Pn. Nur Hayati bt Ayob (Setiausaha Puspanita JUPEM Johor) yang telah warded di Hospital Aminah Johor Bahru dan pegawai JUPEM Johor yang diuji dengan masalah kesihatan. NOVEMBER Seramai sepuluh (10) Ahli PUSPANITA JUPEM Johor terlibat dengan Perarakan Maulidur Rasul sekitar Wisma Persekutuan Johor Bahru. Perarakan ini telah diadakan pada 10 Septermber 2022 di bawah anjuran Syarikat Ambang Wira Sdn. Bhd. yang merupakan Pihak Pengurusan Bangunan Wisma Persekutan Johor Bahru. 30
Biro Kebajikan dan Sosial telah mengadakan Lawatan ke The Astaka @ Bukit Senyum yang merupakan kediaman menara berkembar terletak di bandar Johor Bahru. Bangunan ini merupakan bangunan pencakar langit kediaman tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Seramai dua puluh enam (26) ahli PUSPANITA yang telah menyertai lawatan ini. 31
Perlawanan Boling antara Ahli PUSPANITA JUPEM Johor telah disertai seramai tujuh belas (17) orang pada 16 November 2022 bertempat di Lite SuperBowl, Pelangi Leisure Mall. Program ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah bagi pemenang jatuhan pin tempat pertama hingga ke tiga (3) serta cenderahati kepada semua peserta. DISEMBER Julung kalinya PUSPANITA JUPEM Johor di beri kepercayaan menjadi Urusetia bersama dengan JUPEM Johor dalam mengadakan Karnival Jualan di Wisma Persekutuan Johor Bahru yang telah diadakan selama dua (2) hari pada 20 dan 21 Disember 2022. Sebanyak tiga puluh (30) gerai jualan makanan dan enam (6) food truck telah sertai dalam karnival ini. Bagi memeriahkan lagi karnival ini, aktiviti cabutan bertuah berupa hadiah dan hamper yang lumayan hasil sumbangan pelbagai pihak telah diadakan sepanjang dua hari karnival ini berlangsung. 32
Sumbangan saguhati juga telah dibuat kepada ahli puspanita yang bersalin iaiutu Pn Nur Hayati Ayob (Setiausaha). Isteri kepada pegawai JUPEM Johor yang bersalin juga turut diberi sumbangan iaitu isteri En Khairol Nizam dan Isteri En Hairi bin Ramali. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pn Norsyafikah Binti Kamarauzaman (Timbalan Setausaha) pada 29 Disember 2022. 33
34 HAL-HAL BERBANGKIT
35 HAL-HAL LAIN
36 Barisan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ybrs Sr Nazri bin Othman Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor Para penyumbang Cabutan Bertuah Dan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-15.