2 Ditulis oleh Nur Zukhairiah Hamdan Danial tak amat Nakal
Danial Bin Ahmad Rizqin. Nama itu memang selalu disebut-sebut di sekolah. Danial amat terkenal di sekolah kerana selalu menceriakan suasana dengan senyuman nakalnya dan gelak ketawa yang gemersik. Namun, ada satu perkara yang membuatnya lebih terkenal daripada yang lain — hobinya yang gemar mengusik orang, terutama guru-gurunya. Walaupun tidak berniat jahat, Danial sering beranggapan bahawa pranknya hanyalah hiburan tanpa kesan buruk. 2
3 Pada suatu hari, ketika matahari bersinar cerah, Danial duduk bersama rakanrakannya di kantin sambil merancang sesuatu yang lebih besar. “Apa kata kita buat prank pada Cikgu Azman hari ini?” kata Danial, dengan senyuman nakalnya. Cikgu Azman, guru matematik yang sangat tegas dan jarang tersenyum, menjadi sasaran mereka.
"Bayangkan, kalau kita letak slime di kerusi Cikgu Azman, " cadang Danial. Semua rakan-rakannya ketawa terbahakbahak, membayangkan reaksi Cikgu Azman yang jarang berubah itu. Mereka berfikir, pasti guru mereka yang serius itu akan terkejut dan mereka akan ketawa bersama. 4
Pagi itu, mereka mula melaksanakan rancangan mereka. Dengan hati-hati, Danial dan rakan-rakannya menyelinap ke bilik guru semasa waktu rehat. Mereka meletakkan slime hijau terang di kerusi Cikgu Azman dengan harapan guru mereka akan duduk tanpa mengesyaki apa-apa. Setelah selesai, mereka bersembunyi di belakang meja, menunggu detik yang penuh debaran. 5
6 Namun, apa yang terjadi selepas itu amat berbeza daripada yang mereka bayangkan. Cikgu Azman masuk kelas seperti biasa lalu duduk di kerusi yang telah diselaputi slime. Wajah Cikgu Azman yang biasanya serius tibatiba berubah menjadi pucat dan dalam sekelip mata, kegembiraan yang dirasakan Danial dan kawan-kawannya bertukar menjadi kebingungan.
7 Cikgu Azman tidak ketawa, sebaliknya kelihatan kecewa dan marah. Tanpa berkata sepatah pun, dia bangun dari kerusinya lalu menatap mereka dengan mata yang tajam, seolah-olah dapat melihat perasaan bersalah yang mulai muncul di hati mereka. "Siapa yang buat ini?" suara Cikgu Azman berbunyi dengan nada yang lembut namun penuh kekecewaan.
8 Tiada siapa yang berani menjawab. Danial merasakan sesuatu yang belum pernah dia rasakan sebelum ini — penyesalan. Wajahnya merah padam, hatinya berdebar kencang dan segala yang dirasakannya tidak lagi seperti kelakar. Dalam sekelip mata, prank yang dirancang dengan penuh kegembiraan itu berubah menjadi beban yang sangat berat di hatinya. Cikgu Azman hanya menggelengkan kepala dan suasana kelas menjadi sunyi sepi.
Hari itu berlalu dengan lambat. Danial tidak dapat fokus pada pelajaran. Setiap kali dia menoleh ke arah kerusi kosong Cikgu Azman, rasa bersalah semakin menghantui dirinya. Setelah sekolah tamat, dia pulang ke rumah dengan hati yang penuh beban. Setiap langkah yang diambilnya terasa sangat berat, dan setiap detik yang berlalu membuatkan dia semakin gelisah. 9
Pada malam itu, Danial tidak dapat tidur. Wajah Cikgu Azman yang kecewa terus menghantui fikirannya. "Apa yang telah aku buat?" bisik hatinya. Dia menyedari bahawa prank yang dianggapnya sekadar gurauan itu bukan hanya mengganggu kelas, tetapi juga merosakkan hubungan antara guru dan pelajar. Dia berasa malu dengan dirinya sendiri dan sangat menyesal. 10
Keesokan harinya, Danial bangun dengan tekad baru. Dia tahu jika ingin memperbaiki keadaan, dia perlu berbuat sesuatu. Dengan hati yang berdebar, dia mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah lebih awal. Dia ingin menemui Cikgu Azman dan meminta maaf secara ikhlas. 11
Setibanya di sekolah, Danial terus menuju ke bilik guru. Dengan langkah perlahan dan penuh penyesalan, dia mengetuk pintu. "Masuk, " terdengar suara Cikgu Azman dari dalam. Danial melangkah masuk dengan penuh rasa bersalah. "Cikgu, saya datang untuk memohon maaf. Saya tahu saya telah buat kesilapan besar. Saya tidak patut buat prank itu. Saya benarbenar menyesal, " kata Danial dengan suara yang bergetar. 12
Cikgu Azman menatapnya lama. "Danial, saya tahu kamu seorang budak yang ceria dan suka mengusik tetapi prank itu bukanlah cara yang betul untuk berinteraksi dengan orang lain. Setiap perbuatan ada akibatnya. Kadang-kadang kita tidak tahu bahawa perbuatan kecil kita boleh memberi kesan besar kepada orang lain." 13
14 Danial menundukkan kepala. "Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi, Cikgu. Saya mahu belajar menjadi lebih bertanggungjawab."
15 Cikgu Azman tersenyum perlahan. "Itu sudah cukup. Kita semua membuat kesilapan, Danial. Yang penting adalah kita belajar daripadanya."
Sejak hari itu, Danial berubah. Dia tidak lagi berbuat prank pada orang lain dan mula lebih bertanggungjawab dengan setiap tindakannya. Danial belajar bahawa setiap perbuatan, sekecil mana pun, pasti ada akibatnya. Dengan menyesali kesilapan dan berusaha untuk memperbaikinya, kita dapat menjadi lebih baik — untuk diri sendiri dan orang lain. 16
2 Danial, seorang budak lelaki yang suka mengusik, merancang sebuah prank besar dengan rakan-rakannya untuk Cikgu Azman, guru matematik yang tegas. Adakah rancangan mereka akan berjaya atau adakah mereka akan dimarahi oleh Cikgu Azman? weekly_bahasa_sg Tidak dibenarkan untuk mencetak semula tanpa keizinan pemilik.