[Type here]
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
TUGASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN –COVID 19
NOTA BERFOKUS
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2
SIRAH :
TERBITNYA FAJAR DAKWAN
UST NOR FAEZAH MOKHTAR
(MRSM SAS)
PELAJARAN TERBITNYA FAJAR DAKWAH
20
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
DAKWAH SECARA SULIT.
✓ Ianya bermula dengan turunnya wahyu Allah Surah al-Mudatsir ayat 1-5 .
✓ Sasaran dakwah di peringkat awal ialah kaum keluarga terdekat dan para
sahabat yang rapat.
✓ Antara orang yang terawal memeluk Islam:
i. Saidatina Khadijah (isteri Rasulullah SAW) .
ii. Saidina Ali Bin Abi Talib ( sepupu Nabi )
iii. Zaid Bin Harithah ( pembantu Nabi ) .
iv. Saidina Abu Bakar as-Siddiq ( sahabat karib Nabi )
v. Saidina Othman Bin Affan .
vi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf.
✓ Dakwah secara sulit berlaku selama hampir tiga tahun .
✓ Dalam tempoh tersebut, umat Islam berjumpa dan solat secara bersembunyi di
lorong atau di lembah yang jauh daripada pengetahuan awam. .
✓ Pusat penyebaran Islam ialah di rumah al-Arqam Bin Abi al-Arqam
DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN
KEPADA KAUM KERABAT
٢١٤ :ﭐﱡﭐ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱠ الشعراء
Maksud : dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat.
KEPADA MASYARAKAT AWAM
٩٤ :ﭐﱡﭐ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱠ الحجر
Maksud : Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa-apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai
Muhamad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin itu.
UCAPAN AWAM Baginda naik ke Bukit Safa dan
mengajak masyarakat Mekah
beriman kepada Allah dan menyakini
hari kiamat.
STRATEGI DAKWAH MENCARI SOKONGAN Nabi bertemu dengan kabilah Arab
yang datang ke Mekah pada setiap
musim haji dan pertemuan berlaku
pada malam hari.
MENCARI TEMPAT Nabi menggalakkan umat Islam
SELAMAT berhijrah ke Habsyah kerana
negaranya aman dan mempunyai
raja yang baik.
MENGADAKAN JAMUAN Nabi SAW menjemput seluruh
keluarga Bani Mutallib ke jamuan
makan dan menyampaikan ajaran
Islam.
2
HIKMAH STRATEGI DAKWAH
✓ Memantapkan aqidah umat Islam yang masih baru
SECARA SULIT dengan ajaran Islam. tanpa
✓ Memastikan ajaran Islam dapat diterima
SECARA TERUS-
TERANG gangguan. umat
✓ Untuk kemaslahatan dan menyelamatkan nyawa
Islam yang menjadi penggerak dakwah.
✓ Menyuntik semangat berdakwah dalam diri umat
Islam. umat Islam untuk
✓ Menimbulkan rasa tanggungjawab
menegakkan syiar Islam.
✓ Kemaslahatan untuk menyelamatkan nyawa umat Islam
yang menjadi penggerak dakwah .
AGAMA SOSIAL
Masih berpegang teguh dengan Mereka berpegang teguh dengan
kepercayaan nenek moyang iaitu semangat perkauman dan
mengamalkan perhambaan. Oleh itu,
percaya tuhan berbilang. Mereka mereka menolak persamaan taraf dan
menolak keesaan Allah SWT dan keadilan masyarakat yang dibawa oleh
menafikan hari kebangkitan. Islam.
FAKTOR
PENENTANGAN KAUM
MUSYRIKIN
POLITIK EKONOMI
Golongan bangsawan dan kaya tidak Golongan pengukir dan peniaga berhala
mahu kehilangan kuasa . Mereka merasakan ekonomi mereka terjejas .
melihat Islam sebagai ancaman yang
membahayakan kepimpinan mereka. Hal ini kerana Islam melarang
penyembahan berhala.
BENTUK PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH RASULULLAH SAW.
BERTEMU ABU Kaum musyrikin cuba mempengaruhi Abu Talib, bapa
TALIB
1 saudara Rasulullah SAW agar menghalang usaha dakwah
Baginda.
MEMBURUK- Memesongkan perhatian masyarakat Mekah daripada dakwah
2 BURUKKAN
Baginda melalui syair serta memburuk-burukan .
DAKWAH ISLAM
Baginda dan umat Islam.
3
BENTUK PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH RASULULLAH SAW.
Menyakiti dan menyeksa Rasulullah SAW dan umat Islam.
MENYEKSA DAN Para hamba diseksa oleh majikan seperti Bilal Bin Rabah .
3 MENYAKITI UMAT dan Sumayyah .
ISLAM Para pemuda Islam pula ditentang oleh anggota keluarga
sendiri.
4 TAWARAN Memberi tawaran pangkat , harta dan wanita
5 KOMPROMI kepada Rasulullah SAW dengan syarat Baginda menghentikan
6 PEMULAUAN dakwah.
Meminta Rasulullah SAW agar bertolak ansur .
mengamalkan ajaran Islam dan ajaran mereka secara bersilih
ganti .
Hal ini dirakamkan dalam Surah al-Kafirun, ayat 1-6.
Memulaukan Nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani
Mutalib serta orang Islam dengan memutuskan segala
bentuk perhubungan dengan mereka.
7 ANCAMAN Mengancam untuk membunuh Nabi SAW, sehingga turun
BUNUH wahyu untuk Nabi berhijrah .
KEADAAN MASYARAKAT ARAB SETELAH AQIDAH
MENERIMA DAKWAH RASULULLAH SAW Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan Allah
SWT dan mengakui Nabi Muhamad SAW sebagai pesuruh Allah
SWT.
Hanya Allah SWT sahaja yang disembah dan menjadi tempat
mengharap sesuatu hajat.
AKHLAK
Meninggalkan akhlak yang keji kepada berakhlak mulia
dengan menjaga hubungan yang baik dan harmoni dengan Allah
SWT dan makhluknya.
Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan
persaudaraan yang menjadikan umat Islam hidup saling
menghormati dan berkasih sayang.
SYARIAT
Hidup berlandaskan panduan daripada al-Quran dan sunnah.
Hukum yang diamalkan ini memelihara hak individu dan
masyarakat.
4
KEUNGGULAN Rasulullah SAW mempunyai akhlak yang
AKHLAK tinggi dan terpuji, sehingga mendapat
gelaran al-Amin iaitu yang jujur.
RASULULLAH SAW
Keperibadian yang unggul ini menjadikan
masyarakat arab tertarik kepada seruan
Baginda.
FAKTOR KEADILAN DAN Ajaran Islam membawa keamanan dan
KEJAYAAN PERSAMAAN DALAM kesejahteraan. Sebagai contoh keadilan dan
DAKWAH persaudaraan dalam Islam dapat memelihara
RASULULLAH ISLAM
hak setiap individu.
SAW
KEBIJAKSANAAN Baginda sentiasa berfikiran positif dan yakin
IKTIBAR RASULULLAH SAW dengan kejayaan Islam. Baginda berdakwah
DARIPADA
DAKWAH secara teratur dan berstrategi.
RASULULLAH Kebijaksanaan strategi Rasululah SAW
berjaya menjadikan Islam berkembang
SAW
dengan sempurna.
SEMANGAT JIHAD Umat Islam mempunyai keyakinan dan
YANG TINGGI semangat jihad yang tinggi. Mereka sangat
yakin kepada Allah SWT dan hari akhirat
menyebabkan mereka sanggup menghadapi
pelbagai rintangan untuk mempertahankan
akidah.
KEWAJIPAN BERDAKWAH .
Umat Islam mestilah berdakwah kerana kerana dakwah ialah
sunnah Rasulullah SAW. Tugas ini perlu dilaksanakan secara
bersungguh-sungguh agar Islam tersebar ke seluruh alam.
MENUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK .
Umat Islam mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kerana
cara ini merupakan dakwah yang paling berkesan.
MEMULAKAN DAKWAH KEPADA ANGGOTA KELUARGA .
Setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan anggota
keluarganya daripada kekufuran dan kemaksiatan. Oleh itu,
dakwah mesti bermula daripada rumah sendiri sebelum kepada
masyarakat.
MERANCANG STRATEGI DALAM BERDAKWAH.
Berdakwah pula dilakukan secara terancang dan berstrategi dan
bukannya mengharapkan perkara luar biasa berlaku supaya
mendapat hasil yang lebih baik.
5
PELAJARAN HIJRAH DETIK BERSEJARAH
21
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
MAKSUD HIJRAH RASULULLAH SAW.
BAHASA Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
ISTILAH Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah .
atau Yathrib.
Peristiwa hijrah ini berlaku pada tahun ketiga belas kerasulan.
✓ Umat Islam berhijrah ke Madinah secara beransur-ansur selepas menerima
arahan daripada Rasulullah SAW.
✓ Mereka keluar dari Kota Mekah secara rahsia supaya tidak diketahui oleh kaum
Musyrikin Mekah.
✓ Tiada seorang pun sahabat yang berani berhijrah secara terang-terangan kecuali
Umar bin al-Khattab.
✓ Setelah hampir dua tahun, para sahabat beransur-ansur berhijrah ke Madinah
barulah Rasulullah SAW berhijrah setelah mendapat isyarat daripada Allah SWT.
FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA HIJRAH
Isyarat Allah SWT Allah SWT mengisyaratkan Rasulullah SAW
supaya berhijrah.
Memelihara Akidah Umat Islam mengorbankan tanah air dan
harta mereka demi menyelamatkan akidah
tauhid yang lebih berharga.
FAKTOR YANG Pelawaan Penduduk Sekumpulan penduduk Yathrib telah
MENDORONG Yathrib (Madinah) mempelawa Rasulullah SAW untuk
BERLAKUNYA HIJRAH menjadi pemimpin mereka di Yathrib.
Rasulullah SAW mengadakan baiah
Aqabah Pertama dan baiah Aqabah Kedua
dengan sekumpulan penduduk di Yathrib.
Baginda telah menghantar Mus’ab Bin
Umair untuk berdakwah dan mengajar al-
Quran kepada penduduk Yathrib.
Penentangan Musyrikin Musyrikin Mekah melakukan pelbagai
Quraisy Semakin Kuat bentuk penentangan termasuklah
penyiksaan terhadap umat Islam.
Tekanan ke atas Rasulullah SAW pula
semakin hebat, terutamanya selepas
kematian bapa saudara baginda, iaitu Abu
Talib.
Kemuncak kepada penentangan mereka
ialah mereka berpakat di Dar al-Nadwah
untuk membunuh Rasulullah SAW.
6
Rasulullah SAW mengadakan baiah Aqabah Pertama dan baiah Aqabah Kedua dengan
sekumpulan penduduk di Yathrib.
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN
BAIAH AQABAH PERTAMA BAIAH AQABAH KEDUA
✓ Tidak menyekutukan Allah SWT.
✓ Tidak mencuri . ✓ Melindungi dan mempertahankan
Rasulullah SAW seperti melindungi
✓ Tidak berzina . keluarga sendiri.
✓ Tidak membunuh anak.
✓ Tidak mengada-adakan dusta.
✓ Tidak menderhakai perkara yang baik.
NOTA PERISTIWA PENTING SEMASA HIJRAH RASULULLAH SAW
KRONOLOGI HIJRAH KE MADINAH
27 SAFAR - MEKAH Rasulullah SAW dan Saidina Abdullah, putera Saidina Abu
Abu Bakar RA menyusuri jalan Bakar RA bertugas meninjau dan
Pada waktu tengah malam yang tidak biasa dilalui oleh melaporkan situasi yang berlaku
Rasulullah SAW keluar orang ramai ke Madinah. di Mekah.
bersama-sama dengan Saidina
Abu Bakar RA. Saidina Ali RA Asma’, puterinya pula bertugas
pula tidur berselimut di tempat menyediakan bekalan makanan.
baginda untuk mengelirukan
Musyrikin Quraisy. A’mir bin Fuhairah, hambanya
pula membawa kambing ke pintu
gua untuk menyediakan bekalan
susu dan menghilangkan kesan
jejak kaki Rasulullah SAW.
Musyrikin Mekah menawarkan Kelompok Quraisy membuat GUA THUR
100 ekor unta kepada sesiapa operasi besar-besaran menjejaki
yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Setelah tiga hari di Gua Thur,
Rasulullah SAW. mereka menuju ke Madinah
Sebahagian daripada mereka bersama-sama dengan seorang
8 RABIUL AWAL – QUBA’ telah tiba ke Gua Thur tetapi petunjuk jalan, iaitu Abdullah
dengan bantuan Allah SWT bin Uraiqiz, iaitu seorang
Rasulullah SAW tiba di Quba’ mereka tidak dapat menemui musyrik yang jujur.
dan tinggal beberapa hari Rasulullah SAW.
disana. Semasa berada di 12 RABIUL AWAL
Quba', Rasulullah SAW telah Dalam keadaan yang cemas itu,
membina masjid. Rasulullah SAW menenteramkan Ketibaan Rasulullah SAW
Saidina Abu Bakar RA disambut gembira oleh
sebagaimana yang disebut dalam penduduk Yathrib. Mereka
ayat 40 Surah al-Taubah. berlumba-lumba merebut tali
unta tunggangan Rasulullah
Suraqah bin Malik berjaya SAW dengan harapan
menjejaki Rasulullah SAW Rasulullah SAW menetap di
tetapi apabila dia menghampiri rumah mereka. Akhirnya unta
Rasulullah SAW, kuda yang Rasulullah SAW berhenti di
ditungganginya terperosok ke rumah Abu Ayub al-Ansari.
dalam pasir sebanyak tiga kali.
Rasulullah SAW memaafkan
Suraqah dan memintanya
merahsiakan pertemuan
mereka lalu menjanjikan
mahkota kisra untuknya.
7
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
TUGASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN –COVID 19
NOTA BERFOKUS
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2
SIRAH :
HIJRAH DETIK BERSEJARAH
SOSIAL POLITIK
Kehidupan masyarakat Tertegaknya negara Islam
Madinah berubah kepada pertama yang berdaulat
sistem hidup yang lebih
baik dari segi akidah, di bawah pimpinan
Rasulullah SAW
syariat dan akhlak.
AGAMA KESAN EKONOMI
DARIPADA
Ajaran Islam semakin PERISTIWA Kedudukan ekonomi
tersebar kerana umat Islam semakin
HIJRAH kukuh melalui
dakwah dapat RASULULLAH sistem ekonomi Islam
dilaksanakan secara yang dilaksanakan.
SAW KE
lebih terbuka. MADINAH
IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH
Bijak membuat perancangan dan menyusun
strategi sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Sentiasa bersikap optimis , yakin bahawa
kejayaan pasti bersama dengan orang-orang yang
benar.
Mencari teman yang soleh, baik budi pekerti .
dan ikhlas membantu.
Umat Islam perlu:
Sabar dan tabah menghadapi halangan dan
cabaran.
Sentiasa bertawakal dan memohon
pertolongan Allah SWT serta mematuhi segala
perintahnya.
Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian
akidah dan keselamatan nyawa.
8
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
TUGASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN –COVID 19
NOTA BERFOKUS
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2
SIRAH :
KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI
MADINAH
PELAJARAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
22
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
✓ Pemerintahan kerajaan Islam yang pertama di dunia bermula di Madinah .
✓ Rasulullah SAW telah membina asas negara Islam Madinah yang kuat dengan cara :
✓ Membina masjid .
✓ Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar .
✓ Menggubal Piagam Madinah.
✓ Membina pusat perniagaan.
Zaman Pemerintahan Kerajaan Islam
1. Rasulullah SAW 4. Abasiyyah
2. Khulafa’ Ar Rasyidin 5. Uthmaniyyah
3. Umaiyyah
Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW berdاةoَكaَََب:ْال ام َن َِابَ َّكة اض ْعَف ْي ِابْلََم ادينَاة اَّلَل ُهَّم
) ( متفق عليه َما ا ْجَع ْل
Maksud : “Wahai Tuhanku jadikanlah Madinah ini dua kali ganda keberkatan daripada yang telah Engkau jadikan di
Mekah”.
KEPIMPINAN
RASULULLAH SAW
Ketenteraan Kemasyarakatan Politik Ibadah
Kehebatan Kepimpinan Rasulullah SAW.
1. IBADAH : Pengikat Hubungan Antara Manusia Dengan Allah.
Asas dakwah Rasulullah SAW ialah usaha menyeru manusia supaya menyembah
Allah SWT yang Esa.
Kepimpinan Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda menjadi imam .
pada setiap solat fardu kecuali ketika baginda sakit.
Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai syiar Islam , tempat tumpuan
masyarakat untuk beribadah, menuntut ilmu dan menyelesaikan sebarang
masalah.
Rasulullah SAW mengutamakan solat fardu kerana hubungan akidahnya
yang rapat dengan Allah.
Rasulullah SAW istiqamah menunaikan solat sunat dan qiamulail di rumah
sebagai tanda syukur kepada Allah.
Kesempurnaan akidah dan ibadah Rasulullah SAW adalah kerana
kesempurnaan akhlak Rasulullah SAW yang mengamalkan perintah Allah SWT.
9
2. KEMASYARAKATAN : Ukhwah Teras Kesatuan Umat.
Kehebatan kepimpinan Rasulullah SAW telah berjaya menjadikan masyarakat
Madinah hidup harmoni, saling membantu dan bersatu mempertahankan
negara Madinah.
Kemudian terbentuknya sebuah masyarakat Madinah yang baharu gabungan
daripada Ansar , Muhajirin dan Yahudi .
Kejayaan ini dapat dilihat melalui usaha baginda, antaranya :
PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM JAMINAN KESELAMATAN
KAUM BUKAN ISLAM
✓ Rasulullah SAW mempersaudarakan
Muhajirin dan Ansar dalam ✓ Rasulullah SAW mengadakan
ikatan Islam.
perjanjian dengan kaum Yahudi dan
✓ Setiap orang Ansar mengambil
seorang Muhajirin sebagai musyrikin yang tinggal di
saudaranya serta berjanji untuk
membantunya . Madinah.
✓ Mereka perlu bersama-sama
✓ Orang Ansar memberikan pelbagai
bantuan seperti tempat tinggal dan menjaga keselamatan dan .
harta.
keamanan Madinah.
✓ Hak kemasyarakatan dan kebajikan
mereka dijaga dan tidak diceroboh.
3. POLITIK : Memacu Kestabilan Negara. dan kestabilan negara Madinah .
Rasulullah SAW bijak menjaga keamanan
Strategi politik baginda seperti berikut :
HUBUNGAN DALAMAN HUBUNGAN LUARAN
✓ Rasulullah SAW menggubal Piagam ✓ Rasulullah SAW mengadakan
perundingan dengan sebanyak
Madinah iaitu Perlembangaan . mungkin qabilah Arab di sekitar
Madinah.
negara Madinah secara bertulis .
✓ Piagam ini dibina atas dasar ✓ Rasulullah SAW mengikat perjanjian
persahabatan dengan mereka atau
tanggungjawab dan keadilan . sekurang-kurangnya perjanjian
berkecuali supaya mereka tidak
untuk memastikan hak setiap akan menyokong atau berperang
untuk mana-mana pihak.
individu yang mematuhi piagam ini
✓ Rasulullah SAW patuh kepada
terpelihara. syarat-syarat perjanjian tersebut.
✓ Rasulullah SAW mengamalkan
✓ Rasulullah SAW mengutus surat
konsep Syura dalam kepada kerajaan luar sekitar
Madinah untuk mengajak mereka
pemerintahan. Baginda sentiasa beriman kepada Allah SWT.
berbincang dengan para sahabat,
meminta pandangan dan
menetapkan keputusan secara
bersama.
10
4. KETENTERAAN : Menjulang Maruah Agama Mempertahankan Nyawa.
Kewibawaan Rasulullah SAW dalam aspek ketentetaraan dapat menjaga
maruah agama dan keselamatan umat Islam .
Antara tindakan Rasulullah SAW termasuklah :
UMUM STRATEGI PEPERANGAN
✓ Mengutamakan pendamaian . ✓ Mempelbagaikan strategi
berbanding peperangan. peperangan untuk mengelirukan
✓ Menubuhkan pasukan peronda .
musuh .
untuk mendapat maklumat musuh. ✓ Bergerak secara rahsia dan
✓ Memperkuat umat Islam dengan
pantas sehingga tidak memberi
ilmu dan kemahiran ketenteraan . peluang kepada musuh untuk
✓ Mengetuai hampir kesemua
menyerang balas dan akhirnya
peperangan dengan kemahiran musuh menyerah atau melarikan
yang tinggi dan meminimumkan diri.
✓ Melancarkan serangan psikologi .
kehilangan nyawa dan harta.
✓ Mengamalkan peperangan yang untuk melemahkan semangat
beretika seperti tidak membunuh musuh dan dapat mengelakkan
orang awam dan tidak merosakkan pertumpahan darah.
✓ Tidak panik walaupun berada dalam
tanaman.
situasi genting malah terus bangkit
menyusun strategi baharu.
Kesungguhan Rasulullah SAW dalam qiamulail :
Daripada Al Mughirah bin Syukbah berkata : “ Rasulullah SAW menunaikan solat malam sehingga kelihatan bengkak
kedua-dua kakinya . Maka dikatakan kepada baginda mengapa engkau menyusahkan dirimu sebegini sedangkan Allah
SWT telah pun mengampunkan dosamu yang lalu dan yang kemudian? Baginda menjawab :
) " أَفََل أَ ُكو ُن َعبْ ًدا َش ُكوًرا" ( متفق عليه
Maksud : “ Adakah tidak boleh untuk aku menjadi hamba yang bersyukur ?”
Antara inti pati perjanjian Piagam Madinah berkaitan dengan bukan Islam:
Kelompok Yahudi diiktiraf sebagai satu umat dan dijamin keselamatan mereka.
Setiap kelompok bebas mengamalkan agama dan pegangan masing-masing
Orang Musyrikin Madinah tidak boleh memberikan bantuan kepada orang Quraish Mekah.
Antara Isi Piagam Madinah :
• Sebarang perselisihan dirujuk kepada Rasulullah SAW sebagai ketua nagara.
• Setiap pihak yang mengikat perjanjian perlu taat kepada pemerintahan Rasulullah SAW.
• Semua pihak wajib menjaga kesucian kota Madinah daripada sebarang kezaliman.
Contoh surat undangan untuk beriman :
Daripada Muhammad hamba dan pesuruh Allah. Kepada al-Maqawqis pemeluk agama Kristian yang terkenal . Selawat
dan salam ke atas meraka yang mengikut petunjuk Allah SWT. Aku menyeru kamu supaya memeluk Islam dan menjadi
seorang muslim……
11
IKTIBAR DARIPADA KEPIMPINAN RASULULLAH SAW IBADAH Mengajak anggota keluarga dan rakan
KEMASYARAKATAN bersama-sama untuk membudayakan
ibadat dalam kehidupan kerana ketaatan
POLITIK kepada Allah SWT.
KETENTERAAN
Mengimarahkan masjid dengan menyertai
aktiviti masjid seperti solat berjemaah dan
majlis ilmu.
Menyertai dan menggerakkan aktiviti
kemasyarakatan dan kesukarelawanan
seperti gotong – royong dan kenduri
kendara.
Memelihara hubungan baik dan bantu-
membantu sesama rakan tanpa mengira
kaum dan agama.
Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
setempat seperti koperasi sekolah dan
keusahawanan kecil.
Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan selagi tidak bercanggah dengan
syariat Islam
Menyumbangkan idea untuk
pembangunan kelab atau persatuan yang
disertai.
Tidak bersubahat dengan perlakuan jahat
yang boleh memudharatkan diri,
masyarakat, agama dan negara.
Menanam sifat cinta akan negara dan
patriotisme dalam diri serta sanggup
berkorban demi agama dan Negara.
Menjaga kekuatan fizikal dan mental
dengan menyertai aktiviti sukan dan
kokurikulum.
Menyertai dan menggerakkan badan
beruniform.
Medan Peperangan Uhud :
Suasana genting berlaku apabila kumpulan memanah meninggalkan lokasi
mereka sehingga memecahkan barisan tentera Islam. Namun Rasulullh SAW menyusun strategi baharu
dengan membuat pertahanan di kawasan tinggi di bukit Uhud. Akhirnya tentera Islam dapat dikumpulkan
semula dan kembali gigih menyerang musuh.
12
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
TUGASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN –COVID 19
NOTA BERFOKUS
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2
SIRAH :
WANITA SURI TELADAN
1) SAIDATINA KHADIJAH
2) SAIDATINA AISHAH
3) SAIDATINA FATIMA
4) SAIDATINA SUMAYYAH
PELAJARAN WANITA SURI TELADAN UMAT
23
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
SAIDATINA KHADIJAH RA PERMAISURI HATI NABI SAW
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Khadijah binti Khuwailid.
SEBENAR Bangsawan Quraisy daripada suku bani Asad.
KETURUNAN
GELARAN Thahirah bermaksud suci maruah diri.
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan
PERKAHWINAN dikurniakan enam orang cahaya mata, iaitu Qasim, Abdullah,
Ruqayyah, Zainab, Ummu Kulthum dan Fatimah.
KERJAYA Tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya.
KEISLAMAN Orang pertama yang menerima Islam.
KEWAFATAN Tahun ke-10 kerasulan pada usia 65 tahun.
SIFAT UTAMA SEORANG YANG BIJAK Beliau merujuk seorang yang berilmu
BERTINDAK iaitu Warakah Bin Naufal serta
memberikan kata-kata semangat
MEMPUNYAI SEMANGAT kepada Rasulullah SAW ketika baginda
PENGORBANAN YANG menerima wahyu pertama di Gua
TINGGI Hira’.
Banyak hartanya digunakan untuk
membantu umat Islam pada awal
Islam, termasuklah keluarga Bani
Hashim semasa dipulau oleh Musyrikin
Quraisy. Pada saat kematian beliau,
keseluruhan hartanya telah
dibelanjakan ke jalan Allah SWT.
Kata-kata Saidatina Khadijah yang menenangkan hati ketika Rasulullah SAW menerima wahyu pertama:
“Bergembiralah! Demi Allah Dia tidak akan merendahkanmu. engkau menjalinkan silaturahim, jujur dan
amanah, menanggung angota keluarga yang kekurangan, menjamu para tetamu dan membantu orang
yang ditimpa musibah.”
13
SUMBANGAN.
Saidatina Khadijah RA sentiasa bersama dengan suami tercinta.
Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW.
Sebagai contoh, beliau menyediakan bekalan kepada Rasulullah SAW sewaktu di Gua
Hira’.
Saidatina Khadijah RA menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah
SAW menyebarkan dakwah Islam.
Saidatina Khadijah RA telah membelanjakan semua hartanya untuk Islam. Beliau
membantu orang yang kesusahan dengan hasil perniagaannya.
Bertindak dengan bijak.
Mendermakan harta di jalan Allah
SWT.
IKTIBAR Kita hendaklah Suka membantu.
Istiqamah memperjuangkan agama
Islam.
Sentiasa menyokong anggota keluarga
yang berdakwah di jalan Allah SWT.
Daripada Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sebaik-baik wanita pada zamannya ialah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”
(Mutaffaq Alaih)
14
SAIDATINA AISYAH RA SRIKANDI ILMU
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Aisyah binti Abu Bakar.
SEBENAR Bangsawan Quraisy daripada suku bani Taimi.
KETURUNAN
GELARAN As-Siddiqah yang bermaksud wanita yang berkata benar
PERKAHWINAN al-Humaira’ (putih kemerah-merahan).
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan Syawal, 3 tahun
sebelum hijrah.
KEWAFATAN Tahun 58 hijrah pada usia 67 tahun.
SIFAT UTAMA CERDAS DAN PINTAR Saidatina Aisyah RA mendapat didikan
SABAR DAN TABAH daripada ayahandanya dan daripada
PEMURAH DAN LEMBUT HATI Rasulullah SAW. Beliau rajin bertanya dan
selalu mengikuti majlis ilmu Rasulullah
SAW.
Antara ilmu yang dikuasainya termasuklah
al-Quran, hadis, Bahasa Arab, syair dan
perubatan.
Apabila difitnah oleh golongan munafik
dalam peristiwa Hadis al-Ifk. Beliau
berserah diri kepada Allah. Akhirnya turun
ayat al-Quran membersihkan Saidatina
Aisyah daripada fitnah tersebut.
Saidatina Aisyah RA sangat dermawan.
Beliau suka bersedekah apa sahaja yang ada
di tangannya. Beliau pernah memberikan
sebiji kurma kepada seorang wanita
bersama dengan dua orang anaknya,
sedangkan itu sahajalah makanan yang
beliau ada.
ALLAH MEMBERSIHKAN SAIDATINA AISYAH DARIPADA FITNAH
ﭐﱡﭐ ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱇﱆ ﱈ ﱉ ﱊ ﱌﱋ ﱍ ﱎ ﱏ ﱑﱐ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱙﱘ ﱚ ﱛ ﱜ
١١ :ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡ ﱠ النور
Maksud : Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu, janganlah
kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan berita itu baik bagi kamu. Setiap orang antara
mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu…
15
SUMBANGAN. Rasulullah SAW dalam pelbagai
1. Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis
bidang.
2. Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW
terutamanya dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan.
3. Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu al-Quran , hadis,
fiqah terutamanya fiqah kewanitaan, Bahasa Arab dan syair.
IKTIBAR Kita hendaklah Belajar bersungguh-sungguh sehingga
menjadi pakar dalam bidang yang
dipelajari.
Bersabar dan berdoa serta berserah
diri kepada Allah SWT.
Bersedekah dan suka membantu.
‘Urwah berkata kepada Saidatina Aisyah:
“Ilmu pengetahuanmu yang luas tidak menghairankan saya kerana dirimu isteri Rasulullah SAW
dan anak kepada Abu Bakar.”
(Ahmad)
16
SAIDATINA FATIMAH RA RATU SYURGA
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Fatimah binti Muhammad SAW.
SEBENAR Az-Zahra’ yang bermaksud putih berseri-seri.
GELARAN
PERKAHWINAN Berkahwin dengan Saidina Ali RA.
NAMA ANAK Hassan, Hussin, Zainab dan Ummu Kulthum.
Puteri bongsu Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah RA.
KEDUDUKAN Kanak-kanak perempuan pertama menerima Islam.
DALAM
KELUARGA
KEISLAMAN
KEWAFATAN 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW pada usia 28 tahun.
KASIH DAN TAAT KEPADA Selain menyokong usaha dakwah,
AYAHANDANYA beliau juga mengurus makan dan
minum ayahandanya selepas kematian
SIFAT UTAMA REDA DAN TABAH . ibunya sehingga digelar “Ummu
Abiha” yang bermaksud “ibu kepada
TERHADAP PERKARA YANG ayahnya”.
BERLAKU PADA ANGGOTA Saidatina Fatimah reda dengan dugaan
yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan
KELUARGANYA tabah menghadapi kehidupan yang
serba kekurangan.
Pada suatu ketika Saidina Ali RA meminta Fatimah RA berjumpa Rasulullah SAW untuk mendapatkan
pembantu rumah. Nasihat Baginda, “Inginkah kamu berdua aku tunjukkan perkara yang lebih baik
daripada pembantu rumah? Maka sebelum tidur bacalah Allahu Akbar, Subhanallah dan Alhamdulllah
sebanyak 33 kali.
(Muslim)
SIFAT CAKNA FATIMAH RA TERHADAP AYAHANDANYA
Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang sujud menunaikan solat di Ka’abah, orang Musyrikin telah
meletakkan uri unta ke atas badan Baginda. Lalu Fatimah membersihkan Baginda daripada kotoran
terebut.
17
SUMBANGAN
1. Pendorong kepada Rasulullah SAW ketika ditentang oleh kafir Quraisy .
2. Mengambil berat terhadap ayahandanya dengan memberi khidmat bakti dalam
menyediakan keperluan harian.
3. Berjaya mendidik anak-anaknya menjadi muslim yang soleh .
IKTIBAR Kita hendaklah Menjadi anak yang soleh dan
solehah.
Berkhidmat kepada ibu bapa di
rumah.
Mendorong mewujudkan keluarga
yang mentaati Allah SWT.
بوغسو: ب أ أم أبيها: أ
Fatimah puteri تابه مغهادفي: ت Fatimah menjaga
bongsu Rasulullah makan minum
Tabah menghadapi ayahnya.
SAW. dugaan hidup.
18
SAIDATINA SUMAYYAH RA SAYYIDATU SYUHADA
(PENGHULUWATI PARA SYAHID)
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Sumayyah binti Hubbat.
SEBENAR Bekas hamba kepada Abu Huzaifah Al-Makhzumi.
STATUS
PERKAHWINAN Berkahwin dengan Yasir bin ‘Amir. Anaknya bernama ‘Ammar.
KELEBIHAN Wanita pertama yang mati syahid.
KEISLAMAN Keluarga Sumayyah antara golongan terawal memeluk Islam.
KEWAFATAN Disula dengan tombak oleh Abu Jahal.
Daripada Uthman r.a. baُةhََّنaْْلw اa ْمRدُكaَsاعuْوlمuَ llَنaّ hفاإ S،.Aس ٍر.اWيا. bersabda:
) البيهقي، الطَبانى،(الحكم َصًَْبا آَل،َصًَْبا
Maksud : Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempatmu syurga.
SIFAT UTAMA KESABARAN YANG TINGGI Sumayyah dan anggota keluarganya
DALAM MEMPERTAHANKAN disiksa dengan kejam di tengah
kepanasan padang pasir. Sumayyah dan
AQIDAH ISLAM keluarganya dipaksa untuk kembali
kepada agama asal mereka tetapi
mereka tetap beriman kepada Allah
SWT. Sumayyah akhirnya mati disiksa
oleh Abu Jahal manakala suaminya
syahid akibat disiksa.
‘Ammar pula terus bertahan walaupun
disiksa dengan pelbagai cara sehingga
akhirnya dia terpaksa berpura-pura
mengikut kehendak kafir Quraisy.
19
SUMBANGAN agama Islam.
1. Menjadi contoh dalam mempertahankan
2. Sanggup menggadaikan nyawanya demi Islam.
3. Memberi imej yang baik dalam memperjuangkan aqidah Islam.
IKTIBAR Kita hendaklah Menghargai aqidah dan iman.
Memelihara iman daripada perkara
yang boleh merosakkannya.
Tegas menegakkan kebenaran.
Bercita-cita untuk mati syahid.
RUKHSAH DALAM PENYATAAN IMAN KETIKA DITINDAS.
ﭐﱡﭐ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ
١٠٦ :ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅ ﱠ النحل
Firman Allah yang bermaksud: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman
(maka baginya kemungkaran dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa
(melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman.
20
USTAZAH FAEZAH [Type here] [Type here]
TAMAT
SEMOGA
FAHAM DAN
SILA BUAT
LATIHAN
YANG
DIBERI…..
SOALAN ANEKA PILIHAN (SIRAH TING 2)
PELAJARAN 20 : TERBITNYA FAJAR DAKWAH
1 Pada peringkat dakwah secara sulit Rasulullah menyeru individu dalam kalangan
A Keluarga terdekat
B Pemimpin masyarakat setempat
C Pemimpin negara berdekatan
D Ahli masyarakat
2 Antara sahabat yang berjaya di tarik oleh Saidina Abu Bakar menerima Islam ialah
A Usman bin Affan
B Umar bin Al Khatab
C Muawiyah bin Abi Sufian
D Zaid bin Harithah
3 Rumah sahabat yang menjadi pusat penyebaran Islam semasa dakwah masa sulit ialah rumah
A Saidina Abu Bakar As Siddiq
B Abdul Rahman bin Auf
C Usman bin Affan
D Al Arqam bin Abi Al Arqam
4 Rasulullah telah mengadakan rapat umum di kaki Bukit Safa dalam usaha menyebarkan
dakwah.
Pernyataan ini adalah merupakan strategi dakwah dengan cara
A Mengadakan jamuan
B Ucapan awam
C mencari sokongan
D Mencari tempat selamat
5 Berikut adalah hikmah strategi dakwah secara sulit kecuali
A memantapkan akidah umat Islam
B memastikan ajaran Islam diterima tanpa gangguan
C untuk keselamatan dan menyelamatkan nyawa
D menyuntik semangat dakwah
6 Golongan bangsawan merasa kuasa mereka akan tergugat dengan dakwah Rasulullah.
Pernyataan ini adalah faktor penentangan dakwah Rasulullah dari aspek
A Agama
B Sosial
C Politik
D Ekonomi
7 Faktor penentangan dakwah Rasulullah dari segi ekonomi dirasai oleh golongan
A Pemimpin masyarakat
B Pengembala kambing
C Pembesar Quraisy
D Pengukir berhala
1
SOALAN ANEKA PILIHAN (SIRAH TING 2)
8 Di antara cara untuk menghalang dakwah Rasulullah ialah
A menyekat Rasulullah dari mendapat pangkat
B Membunuh keluarga nabi
C Menghalang Rasulullah mendapat harta
D Meminta Rasulullah bertolak ansur mengamalkan Islam dan amalan jahiliyah secara
bergilir-gilir
9 Perubahan besar dari aspek akidah selepas dakwah Rasulullah ialah
A Perbuatan membunuh bayi perempuan dihapuskan
B mengubah kepercayaan syirik kepada mengesakan Allah
C mengubah fahaman perkauman kepada fahaman persaudaraan
D penindasan golongan kaya kepada golongan miskin berjaya dihapuskan
10 Pilih pernyataan yang salah berkaitan faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW
A Semangat jihad yang tinggi Rasulullah dan sahabat
B Ketinggian dan keunggulan peribadi Rasulullah
C Keutamaan dalam membela kaum lelaki
D Keadilan dan persamaan hak dalam Islam
PELAJARAN 21 : HIJRAH DETIK BERSEJARAH
1 Hijrah bermaksud
A Perjalanan Rasulullah dalam peristiwa israk dan mikraj
B Perpindahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah
C Perpindahan Rasulullah dari Madinah ke Mekah
D Perpindahan Rasulullah dari Mekah ke Hijaz
2 Penduduk Yathrib mempelawa Rasulullah untuk menjadi pemimpin mereka dan mengadakan
perjanjian yang dinamakan
A Ba’iah Aqabah
B Perjanjian Hudaibiah
C Piagam Madinah
D Bai’ah Ridhwan
3 Pada malam penghijrahan , siapakah sahabat yang menggantikan Rasulullah di tempat tidur
setelah Rasulullah diancam bunuh oleh kaum Quraisy
A Saidina Abu Bakar As Siddiq
B Saidina Umar bin al Khatab
C Saidina Usman bin Affan
D Saidina Ali bin Abi Talib
4 Dalam perjalanan hijrah menuju ke Madinah, Rasulullah SAW telah bersembunyi di
A Gua Hira’
B Gua Thur
C Gua Uhud
D Gua An Nur
2
SOALAN ANEKA PILIHAN (SIRAH TING 2)
5 Masjid yang pertama di dirikan oleh Rasulullah ialah
A Masjid Qiblatain
B Masjidil an Nabawi
C Masjidil Haram
D masjid Quba
6 Kesan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW ialah
A Umat Islam semakin ditekan kerana sikap dengki kaum Quraisy
B Kedudukan ekonomi umat Islam semakin mundur
C Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat
D Sistem kehidupan masyarakat Madinah menjadi kucar kacir
PELAJARAN 22 KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
1 Rasulullah SAW telah membina asas negara Islam Madinah yang kuat dengan cara berikut
KECUALI
A Membina masjid
B Membina pusat perniagaan
C Menggubal Piagam Madinah
D Membina Istana
2 Muhajirin ialah golongan
A Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah
B Orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullau dari Mekah ke Madinah
C Suku kaum Aus dan Khazraj
D Kaum musyrikin dan yahudi
3 Berikut adalah isi kandungan Piagam Madinah, kecuali
A Memerangi kaum Yahudi dan Musyrikin secara besar-besaran
B Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan kepecayaan masing-masing
C Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan
D Apabila berlaku perselisihan , hendaklah dirujuk kepada Rasulullah SAW sebagai ketua
negara
4 Berikut adalah tindakan dan strategi Rasulullah dalam aspek kententeraan
I Mengutamakan peperangan berbanding perdamaian
II menubuhkan pasukan peronda untuk mendapatkan maklumat musuh
III Melancarkan serangan secara psikologi untuk melemahkan semangat musuh
IV Membunuh semua musuh dalam peperangan termasuk wanita dan kana-kanak
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
5 Kita hendaklah mengimarahkan masjid dengan mengadakan pelbagai aktiviti
Pernyataan di atas adalah iktibar daripada kepimpinan Rasulullah SAW dari aspek
A Ibadat
B Politik
C Ketenteraan
D Kemsayarakatan
3