MRSM SULTAN AZLAN SHAH
TUGASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN –COVID 19
NOTA BERFOKUS
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1
AKIDAH :
ISLAM AGAMA FITRAH & AKIDAH ISLAM
PELAJAR AKAN DAPAT : ( ISLAM AGAMA FITRAH )
1.Menyatakan Islam sebagai agama fitrah.
2 Menerangkan hanya agama yang benar dan sesuai dengan fitrah manusia.
3 Mengemukakan dalil aqli dan naqli bahawa Islam agama fitrah dan diredhai Allah.
4. Menerangkan ciri-ciri Islam sebagai agama fitrah .
5. Meyakini dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian secara beradab
dan istiqomah
PELAJAR AKAN DAPAT :( AKIDAH ISLAM )
Menyatakan maksud akidah
1.. Menyatakan sumber akidah Islam
2. Membezakan ciri-ciri akidah yang benar dan akidah yang salah
3. Menerangkan kepentingan akidah dalam kehidupan muslim
4. Menghuraikan hujah bahawa Islam adalah agama yang benar.
5. Berpegang dengan akidah islam sebagai mensyukuri nikmat iman dan islam secara
beradab dan istiqamah.
PELAJARAN ISLAM AGAMA FITRAH
13
(AKIDAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Agama Islam sesuai dengan naluri fitrahberagama manusia .
MAKSUD ISLAM yang ingin menyembah dan berdoa kepada Allah SWT Tuhan Yang
AGAMA FITRAH
Maha Esa dan Yang Maha Berkuasa serta menjadi pelindung kepada
manusia.
KEPERLUAN BERAGAMA
Fitrah kejadian manusia mengakui keperluan beragama.
Buktinya apabila manusia berada dalam kesusahan dan penderitaan, mereka pasti akan
segera mencari Tuhan untuk memohon perlindungan dan bantuan.
ALLAH SWT TUHAN YANG SEBENAR
Allah SWT tuhan yang sebenar. Tiada tuhan lain selain Allah SWT. Allah SWT mencipta
seluruh makhluk dan mentadbir seluruh alam.
HANYA ISLAM AGAMA YANG BENAR DAN SESUAI DENGAN FITRAH
PERKARA YANG ISLAM TUJUAN PERKARA YANG ISLAM
LARANG BENARKAN
Allah SWT melarang Untuk menjaga nasab Membenarkan
berzina. keturunan. perkahwinan.
Allah SWT melarang riba’. Untuk menghindarkan Membenarkan pinjaman,
penindasan. gadaian dan jual beli.
Allah SWT melarang minum Untuk menjaga akal. Membenarkan minum
arak. pelbagai minuman lain yang
Untuk membantu orang halal lagi berkhasiat seperti
Allah SWT melarang judi, yang memerlukannya.
rasuah dan mencuri. jus.
Mewajibkan zakat serta
menggalakkan amalan
sedekah, hadiah, wakaf dan
infak.
30. (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad)
ke arah Agama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) Agama Allah, Iaitu Agama Yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu; itulah Agama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah ar-Rum: ayat 30)
2
AGAMA YANG BENAR DAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT
✓ Allah SWT membuat pengakuan dalam al-Quran bahawa hanya Islam agama yang
benar dan diredai.
✓ Amat rugi manusia yang tidak tetap dengan agama Allah SWT kerana segala
amalannya tidak akan diterima di akhirat kelak.
✓ Kebenaran Islam sebagai agama fitrah yang benar dan diredai oleh Allah SWT dapat
dilihat apabila Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa, pada tempat dan zaman.
Islam memenuhi segala keperluan fitrah manusia untuk kebahagiaan dunia dan
akhirat. Ajaran ini bersumberkan al-Quran dan hadis. Pedoman ini memastikan
manusia tidak terkeluar daripada landasan fitrah manusia.
CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH
CIRI MAKSUD HURAIAN
RABBANIYAH Ketuhanan
SYUMULIYYAH Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT, iaitu
WAQI’IYAH daripada al-Quran dan hadis.
ALAMIYAH
UKHRAWIYAH Lengkap Agama yang lengkap dan memenuhi semua
keperluan hidup manusia.
Realistik Agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan
sepanjang zaman.
Sejagat Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa
Akhirat dan budaya.
Islam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan
jasmani, malah menjamin kesejahteraan rohani
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
3
PELAJARAN AKIDAH ISLAM
14
(AKIDAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
ISLAM AGAMAKU
Dahulu beliau seorang insan yang menentang Islam, tetapi setelah diberi hidayah oleh
Allah SWT akhirnya beliau telah memeluk Islam.
Beliau yang dimaksudkan ialah Saidina Umar bin al-Khattab R.A
BAHASA :
Ikatan atau simpulan
MAKSUD ISTILAH :
AKIDAH Keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap
SUMBER rukun iman dan perkara - perkara ghaib
Al-Quran
Hadis
CIRI AQIDAH YANG BENAR DAN SALAH
CIRI AQIDAH YANG BENAR CIRI AQIDAH YANG SALAH
Percaya tehadap kewujudan, KEPERCAYAAN Menafikan keesaan dan
keesaan dan kekuasaan Allah SWT kekuasaan Allah SWT
Mengamalkan kepercayaan SUMBER Mengamalkan kepercayaan yang
berlandaskan al Quran dan bertentangan dengan
as-Sunnah SWT al Quran dan as-Sunnah SWT
Mentauhidkan Allah SWT BATASAN Mensyirikkan Allah SWT
Melakukan amalan, upacara dan AMALAN Melakukan amalan, upacara dan
adat istiadat yang selari dengan adat istiadat yang bertentangan
aqidah Islam dengan aqidah Islam
4
KEPENTINGAN Membentuk jati diri sebagai muslim sejati.
AQIDAH Menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan.
DALAM Benteng daripada perkara khurafat dan syirik.
Syarat amalan diterima Allah SWT.
KEHIDUPAN Penentu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
MUSLIM Tunjang kekuatan umat dan negara Islam.
ISLAM AGAMA YANG BENAR
ISLAM AGAMA Kebenaran Islam terbukti menerusi sifatnya yang bersesuaian
FITRAH dengan fitrah manusia.
SUMBER YANG Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan hidup.
SAHIH Kebenaran Islam terbukti dengan kebenaran al-Quran yang tetap
terpelihara daripada penyelewengan sehingga hari kiamat.
MARTABAT ISLAM Islam agama yang tinggi kerana Islam datang daripada zat Yang
YANG TINGGI Maha tinggi. Ketinggian Islam terbukti apabila agama ini mampu
mengatasi ilmu dan kajian manusia. Islam juga merupakan
penyelesai semua permasalahan umat dan petunjuk jalan yang
terang kepada manusia yang berada dalam kegelapan.
Terdapat banyak ajaran salah di negara ini yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat.
Antaranya termasuklah ajaran Taslim, Qidyani, golongan anti hadis, ajaran Millati Ibrahim
dan Syiah.
5