The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL 20 PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR FAEZAH MOKHTAR, 2020-05-10 22:43:43

PEL 20 PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

PEL 20 PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

MRSM SULTAN AZLAN SHAH

TUGASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN –COVID 19

NOTA BERFOKUS

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 5

TAMADUN :

P.20 :PENYEBARAN ISLAM PADA
ZAMAN ABBASIYAH

SILA AMBIL MAKLUM PERKARA DI BAWAH :
1. Pelajar hendaklah terlebih dahulu membaca dan memahami
nota yang diberikan di dalam modul ini.
2. Pelajar digalakkan untuk menyediakan nota ringkas untuk
kegunaan sendiri

Nama :______________________________________________________________
Kelas :______________________No.Maktab:_____________________________

SEJARAH TAMADUN ISLAM

• Tamadun Islam bermula sejak terbinanya
negara Islam yang pertama semasa zaman
Rasulullah S.A.W. di Madinah.

• Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., ia
diteruskan oleh para Khulafa Ar-Rasyidin,
Bani Umaiyah, dan Abbasiyah

• Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tamadun
Islam mencapai zaman keemasannya.

• Umat Islam ketika itu mencapai kejayaan
dalam aspek penyebaran Islam, pendidikan,
sains, dan teknologi, ekonomi, serta
ketenteraan.



LATARBELAKANG

• Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama Al-
Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W..

• Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas
as-Saffah melalui gerakan Pevolusi Abbasiyah pada
tahun 750 Masihi.

• Faktor tertubuhnya Kerajaan Abbasiyah:
• Penentangan puak Mawali terhadap pemerintahan

Umaiyyah.
• Pemberotakan oleh puak Syiah dan Khawarij.
• Kecuaian pemerintahan Umaiyyah dalam

menjalankan tanggungjawab.
• Gerakan sulit Abbasiyah.

CORAK PERINTAHAN

ABBASIYAH

• Kerajaan Abbasiyah menjalankan sistem
pemerintahan yang lebih liberal. Rakyat
mendapat hak yang sama dalam
pentadbiran.

• Berbeza dengan dasar Umaiyyah,
kerajaan Abbasiyah lebih menekankan
aspek pembangunan negara dan
pembangunan wilayah serta kestabilan
rakyat.

STRUKTUR PEMERINTAHAN

KERAJAAN ABBASIYAH

• AL-KHILAFAH
• Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi

dalam wilayah-wilayah Islam.
• AL-WAZIR

• Perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir
yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan
kerajaan.
• AD-DAWAWIN
• Jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan dan

seliaan Al-Kuttab (sekretari) seperti jabatan polis, jabatan
audit, jabatan pertahanan dan jabatan perhubungan

KHALIFAH KERAJAAN
ABBASIYYAH

ABU ABBAS AS-SAFFAH

• Khalifah pertama kerajaan Abbasiyah
• Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan

bermula 132H (750M) hingga 136H (754M).
• Sumbangan tokoh terhadap tamandun Islam

• Mengasaskan kerajaan Abbasiyah.
• Menghapuskan pemberontak.

ABU JAFFAR AL-MANSUR

• Merupakan saudara kandung As-Saffah
• Menjadi khalifah selama 22 tahun bermula 136H

(754M) hingga 158H (775M).
• Sumbangan tokoh terhadap tamadun Islam.

• Menjadikan Bahghdad sebagai ibu kota dan
membangunkannya.

• Memperbaiki sistem cukai .
• Membuat saliran-saliran.
• Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang

strategi.

KHALIFAH HARUN AR-RASYID

• Khalifah yang paling warak dan terkenal.
• Memerintah selama 23 tahun 11/2 bulan bermula 170H

(786M) hingga 192H (809M).
• Sumbangan tokoh

• Membina kemudahan asas seperti rumah sakit, farmasi
dan pusat pengajian.

• Menjadikan Baghdad seperti pusat perdagangan, ilmu
pengetahun dan kebudayaan terkemuka.

• Menubuhkan ”baitul hikmah” yang menjadi pusat
perkembangan ilmu pada zaman itu.

• Mewujudkan jawatan kadi Al-Qada’ (ketua hakim)
• Memerintahkan kadi Abu Yusof menulis kitab tentang

percukaian hingga terhasilnya kitabAl-Kharaj.

KHALIFAH AL-MAKMUN

• Nama sebenarnya ialah Abdullah Abu Al-Abbas
Al-Makmun.

• Merupakan putera kepada Harun Al-Rasyid
• Menjadi Khalifah selama 20 tahun bermula tahun

198H (813M) hingga 218H (833M)
• Sumbangan tokoh

• menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai
bidang ilmu pengetahuan.

• menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar
cemerlang.

SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA

ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

• Keagungan Kerajaan Abbasiyah menjadi bahan
kajian para sejarawan hingga hari ini.

• Ia menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang
zaman.

• Keagungan tersebut tidak akan tercapai tanpa
usaha yang bersungguh-sungguh daripada umat
Islam.

• Mereka meluaskan konsep jihad hingga meliputi
penguasaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

• Penguasaan pelbagai ilmu oleh umat Islam telah
mengangkat martabat mereka sebagai umat yang
paling maju ketika itu.

KESAN POSITIF

PENYEBARAN ISLAM

• Kesan kepada akidah :

• Penyebaran Islam berjaya mengubah
kepercayaan kebanyakan masyarakat dari
kepercayaan menyembah berhala.

• Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang
menghapuskan perhambaan sesama manusia.

• Masjid di bina di merata tempat. Ia menjadi
pusat dakwah terbuka untuk semua orang.

KESAN KEPADA ILMU PENGETAHUAN :

• Penyebaran Islam telah membuka peluang

kepada perkembangan ilmu dan pemikiran.

• Islam mengira usaha menuntut ilmu fardu

ain dan fardu kifayah adalah sebagai jihad.

• Kerajaan Abbasiyah menyediakan

insfratruktur pendidikan seperti masjid dan

sekolah.

KESAN KEPADA KEBUDAYAAN :

• Umat Islam yang berasal dari pelbagai
latar belakang budaya bebas
mengamalkan budaya masing-masing,
bahkan ada antara budaya-budaya yang
tidak bertentangan dengan ajaran Islam
tersebut mempengaruhi umat Islam
seperti seni bina masjid dan bangunan.

KESAN KEPADA KEMASYARAKATAN :

• Penyebaran Islam ketika itu telah dapat
menghapuskan perhambaan.

• Islam membawa bersama konsep keadilan
sesama manusia tanpa mengira bangsa.

• Khalifah al-Mahdi menubuhkan Mahkamah
Tinggi Rayuan (Dewan al-Mazalim).

• Kerajaan Abbasiyah menyediakan peluang
kepada orang bukan Arab untuk memegang
jawatan utama negara.

BUKTI KERAJAAN ABBASIYAH
MENGAMALKAN DASAR LIBERAL

DALAM PEMERINTAHAN

• Melantik sesiapa sahaja yang di
kalangan umat Islam yang
berkebolehan dan berkemampuan
untuk mengurus dan mentadbir
negara.

TAMAT
SEMOGA ANDA FAHAM
BUAT LATIHAN PENIALAIAN DAN
HANTAR TERUS PADA USTAZAH

SYUKRAN…….


Click to View FlipBook Version