The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) (1)_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanamaisara68, 2024-03-17 20:29:44

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) (1)_compressed

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) (1)_compressed

2.0 SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


2.1 SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 2.1.1 SEJARAH PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban dilahirkan pada 9 Disember 1963 di Teluk Kumbar Pulau Pinang. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya bernama Shaaban bin Daud merupakan bekas guru besar di Sekolah Teluk Kumbar Pulau Pinang. Ibunya pula bernama Norma binti Abdul Rahman merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mendapat Pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung Pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepad di Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kurikulum Minatnya dapat dikembangkan apabila beliau berjaya menamatkan kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya pada peringkat Ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan Pendidikan Islam. Pada mulanya, beliau menjadi seorang guru di SMK Raja Abdullah. Beliau mempunyai jasa yang besar dalam dunia Pendidikan apabila telah mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS). KRS ini mula ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada awalnya, Ia digelar sebagai Kadet Putera Islam dan matlamat penubuhannya adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, bersemangat patriotic, berakhlak mulia dan berketerampilan bagi mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjayakan usaha 2020. Penubuhan KRS ini secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau sendiri pada 10 Ogos 1993. Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban


2.1.2 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah. Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban


2.1.3 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DI MALAYSIA Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN) Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Antara Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail dibawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Abdul Ghani, Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah kajang di bawah pimpinan Encik Abu Hassan Morad dan Sekolah Menengah Seri Titiwangsa di bawah pimpinan Encik Anuar Abdul Aziz. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban


2.2 PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 2.2.1 TUJUAN PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


2.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1. Disiplin yang kental KRS ditubuhkan adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta pada negara, mempunyai disiplin diri yang kental dan bepegang teguh pada agama.Ia juga membantu dalam menangani masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar seperti dadah, budaya lepak, dan juvana. Melalui Pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit uniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2. Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati, dan mengamalkan akhlak yang baik dan memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga.


3. Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan agenda utama dalam menubuhkan KRS ini. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya Masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zaman dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada KRS 4. Sanggup Berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegera. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman , kesedaran, kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


1.Nama dan Alamat Berdaftar a) Nama -Pasukan badan beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan KRS bagi sekolah b) Alamat Berdaftar atau Alamat KRS Peringkat Kebangsaan -Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Percel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62804, Putrajaya. Peringkat Negeri -Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) Peringkat Daerah -Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama) Peringkat Sekolah -Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200, Kuala Lipis, Pahang 2.2.3 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 1. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 2. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 3. 4.Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 5. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia 6. 7.Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. 2.2.4 LAMBANG DAN COGAN KATA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


ILMU: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 2.2.4 LAMBANG DAN COGAN KATA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Cogan Kata KRS ’ ILMU IMAN AMAL’


Warna Hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS 2.2.5 BENDERA DAN LAGU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kereatif, Kearah kecermelangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Tetapkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah. 2.2.5 BENDERA DAN LAGU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


2.3.1 Struktur Dan Organisasi Peringkat Kebangsaan / Negeri / Daerah / Ipgm / Ipgk Kadet Remaja Sekolah (KRS) Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan ·Penaung: Menteri Pelajaran Malaysia ·Penasihat: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ·Pengerusi: Pengarah Bahagian Sekolah ·Timbalan Pengerusi: Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah ·Setiausaha: Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah ·Penolong Setiausaha: Dilantik (2 orang) ·Bendahari: Dilantik Ahli-Ahli : -Pengarah- Pengarah JPN -Pengarah Bahagian Pendidikan Guru -Pengarah Bahagian Dakwah & Kepimpinan -Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional -Pengarah Institut Aminuddin Baki -Tiga Ahli Dilantik -Dua Wakil Jurulatih KRS/Dua wakil TKRS Juruaudit: Dilantik 2.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Jawatankuasa Peringkat Negeri: ·Penaung: Menteri Pelajaran Malaysia ·Penasihat: Ketua Pengarah Pelajaran Negeri ·Pengerusi: Pengarah Pelajaran Negeri ·Timbalan Pengerusi: Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan ·Setiausaha: Ketua Unit Kokurikulum ·Penolong Setiausaha 1: Penyelia Pasukan Pakaian Seragam ·Penolong Setiausaha 2: Pegawai Tadbir KRS ·Bendahari: Dilantik ·Ahli-Ahli:Dilantik Termasuk ·Pegawai Pelajaran Daerah ·2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS ·Wakil PKPSM dan MGB 2.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 2.3.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN / NEGERI / DAERAH / IPGM / IPGK KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Jawatankuasa Peringkat Gabungan/ Daerah: 1. Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan (Sabah & Sarawak) ·Penaung: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ·Penasihat: Pengarah Pelajaran Negeri ·Pengerusi: Pegawai Pelajaran Gabungan ·Timbalan Pengerusi: Ketua Unit ·Setiausaha: Penyelia Kokurikulum ·Penolong Setiausaha: Pegawai Tadbir Gabungan KRS ·Bendahari: Dilantik ·Ahli-Ahli:Dilantik Termasuk, 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS , Wakil PKPSM dan MGB (gabungan) ·Ex- officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri ·Juruaudit: Dilantik (2 orang) 2.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Jawatankuasa Peringkat Daerah: ·Penaung: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ·Penasihat: Pengarah Pelajaran Negeri ·Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah ·Timbalan Pengerusi: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (SPPK) ·Setiausaha: Penyelia ·Penolong Setiausaha: Dilantik ·Bendahari: Dilantik ·Ahli-Ahli:Dilantik Termasuk, 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS , Wakil PKPSM dan MGB (gabungan) ·Ex- officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri ·Juruaudit: Dilantik (2 orang) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa 2.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


·Penaung: Pengarah Pelajaran Negeri ·Penasihat: PPD ·Pengerusi: Pengetua/ Guru Besar ·Timbalan Pengerusi: Penolong Kanan Kokurikulum ·Setiausaha: Dilantik ·Penolong Setiausaha: Dilantik ·Bendahari: Dilantik ·Ahli-Ahli: 7 Orang Dilantik+ Ketua Plantun KRS/TKRS ·Ex- officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri ·Juruaudit: Dilantik (2 orang) + Dilantik dalam kalangan guru Ø Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh Penolong Pendaftar Sekolah Ø Pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia Ø Guru KRS/ TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudah cara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah Ø Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS Ø Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS 2.3.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


2.3.3 Fungsi Majlis Tadbir Kadet Remaja Sekolah (KRS) Matlamat Majlis Tadbir -Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS -Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak -Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, Kebajikan Kerjasama, persefahaman, dan kesejahteraan bekerja -Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli -Menjalin hubungan dan Kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain Tugas Pengerusi -Mengurus dan mentadbir pertubuhan -Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung -Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa -Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti -Meneliti catatan minit mesyuarat -Berhak mempunyai undi pemutus -Menandatangani cek


2.3.3 Fungsi Majlis Tadbir Kadet Remaja Sekolah (KRS) Tugas Setiausaha -Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang -Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi -Mengendalikan urusan surat menyurat -Menyimpan buku daftar ahli -Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat -Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan -Tugas penolong setiausaha -Membantu Setiuasaha mentadbir dan mengurus pertubuhan -Menjalankan tugas semasa ketiadaan setiausaha Tugas Naib Pengerusi -Menjadi Pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila Pengerusi tiada -Membantu Pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran -Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Pengerusi


2.3.3 Fungsi Majlis Tadbir Kadet Remaja Sekolah (KRS) Tugas Bendahari -Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan -Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli -Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang -Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan -Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira -Menandatangani cek yang diterima’ -Mengeluarkan resit -Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat Tugas Ketua Jurulatih -Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program yang berkaitan kejurulatihan KRS -Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS -Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS -Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas- jurulatih dalam sesuatu program -Merancang dan melaksanakan program di peringkat Negeri -Membantu pegawai Tadbir mencalonkan pegawai -Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri -Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan Kebajikan jurulatih/ pegawai -Tatacara perkhemahan


Tugas AJK biasa -Menhadiri mesyuarat dan perjumpaan KRS -Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS -Mmepengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir -Merancang, menyediakan aggaran, melaksanakan dan memantau program KRS di peringkat negeri -Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS -Mencalonkan pegawai dan ahli kadet untuk berkursus du peringkat kebangsaan -Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri -Penasihat berkaitan dengan logistic KRS negeri -Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS -Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO -Tanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat Kebangsaan 2.3.3 Fungsi Majlis Tadbir Kadet Remaja Sekolah (KRS) Tugas Penolong Bendahari -Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari -Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol -Mengetuai satu Kumpulan kecil -Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan


Tugas pegawai istiadat -Pegawai kanan KRS Negeri -Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai dan ahli kadet Wanita -Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS -Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai istiadat negeri -Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & Kebajikan jurulatih Wanita & ahli kadet Wanita Tugas Pegawai Data/Maklumat -Mengumpul data atau maklumat tentang: Jurulatih & Ahli kadet -Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS -Mengumpul maklumat statik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet- semua peringkat -Mengemaskini data -Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet -Bertanggungjawab terhadap: (berhubung dengan statistic KRS dan TKRS), Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua unit kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum JPN Negeri -Membantu pegawai tadbir, ketua jurulatih, pegawai teknikal, pegawai istiadat, pegawai HELWA dan tugas penolong pegawai KRS dan TKRS -Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai kanan dan merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti -Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS -Penolong dan pembantu berkaitan logistic KRS negeri -Bertanggungjawab pengarah Pelajaran negeri, ketua unit kokurikulum dan penyelia kokurikulum 2.3.3 Fungsi Majlis Tadbir Kadet Remaja Sekolah (KRS)


3.0 ORIENTASI KURIKULUM


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah/ program UB di Sekolah Rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4,5, dan 6. Di Sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang selalunya ada di Sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Pandu Puteri dan Puteri Islam. Program jangka pendek ialah perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya ialah kurang daripada 1 tahun. Program ini menekankan tentang tugas dan rutin yang dilakukan secara kerap atau berulang-ulang. Contohnya ialah kerja harian, mingguan dan bulanan. Antara program yang melibatkan jangka pendek ini adalah pertandingan kawad kaki peringkat daerah atau sekolah, pentauliahan pangkat kadet dan perkhemahan. 3.1 KURIKULUM TKRS KURIKULUM UNIT BERUNIFORM Program Jangka Pendek Program jangka Panjang ini adalah untuk meningkatkan peritus markah pada aspek kehadiran setiap ahli kadet KRS. Tempoh masanya adalah sekurang-kurangnya 3 tahun. Contoh program yang melibatkan jangka panjang ini adalah perjumpaan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah di mana 100% murid menghadiri aktiviti badan beruniform yang dilaksanakan Program Jangka Panjang


3.2 PERANCANGAN PROGRAM •Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan penyelarasan PPK •Merumus dan menetapkan visi dan misikegiatan PPK •Mengkaji dan mengenalpastikekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegaiatan PPK,merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan •Menubuhkan Jawatnkuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan kegiatan PPK •Memberitaklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan PPK


1.Menyediakan keperluan Asas 2.Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan 3.Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah 4.Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru 5. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan PPK 6.Menyediakan mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksaan program 7.Melaksanakan skema penilaian program PPK untuk setiap pelajar 8.Merancang dan melaksanakan kursus kejurulatihan 9. Meneroka dan mewujudkan peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan PPK PENUBUHAN/ PENDAFTARAN - Pelantikan AJK peringkat unit (sekolah rendah) -Guru besar sebagai penaung -Kekuatan satu-satu pasukan (12 atau lebih murid) -Seksyen dalam satu-satu pasukan boleh ditambah berdasarkan bilangan kekuatan ahli. Satu seksyen tidak melebihi 8 orang MESYUARAT PERTAMA AKAN DIADAKAN:- Sources: Luebering, J. E. “Periods of American Literature.” Encyclopedia Britannica, www.britannica.com/list/periods-of-american-literature. Lorcher, Trenton, and Trenton Lorcher. “American Literature: Colonial Period, 1607-1783 | ELA Common Core Lesson Plans.” ELA Common Core Lesson Plans, Dec. 2016, www.elacommoncorelessonplans.com/american-literature-colonialperiod-1607-1783.html. 3.3 SKIM LATIHAN


Mendaftar ahli -Merancang aktiviti tahunan -ikrar 3.3 SKIM LATIHAN PENDAFTARAN Ujian pertolongan cemas -Penilaian -Ujian semula (gagal) -Penyampaian lencana PERTOLONGAN CEMAS -Kawad statik -kawad bergerak Latihan kawad CERAMAH -Kesihatan & kebersihan GOTONG- ROYONG Membersihkan Kawasan sekolah -Ujian kokurikulum kebersihan


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN MINGGUAN


SEKIAN TERIMA KASIH KADET REMAJA SEKOLAH


Click to View FlipBook Version