ANAK-ANAK YANG
BERGELIMPANGAN
Sinopsis
Kisah kehidupan masyarakat ikan. "Aku"
dalam cerpen ini mewakili seekor ikan
haruan. Terdapat ahli masyarakat ikan
yang lain yang hidup aman damai dan
bersukaria di Sungai Tengas. Haruan
memberi peringatan kepada rakan-rakan
ikan yang lain meliputi Keli, Puyu, Sepat,
Sebarau. Lampam, Temelian, terbui,
Baung, Kelah dan semua penghuni
sungai agar selalu berhati-hati. haruan
memberi peringatan tentang kisah-kisah
sedih di sungai lain dalam dunia ini yang
telah menyebabkan kehidupan di air
musnah akibat pencemaran dan
sebagainya. Malah akal manusia sangat
cerdik untuk membuat tipu helah bagi
menangkap ikan sebanyak yang boleh
untuk di jadikan makanan.
Mereka menangkap ikan dengan pelbagai
cara seperti menjala dan menuba ikan.
Kegiatan menuba ikan adalah perbuatan
salah dan boleh menyebabkan air sungai
tercemar. Akibat perbuatan Pak Kasa,
Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan
telah menyebabkan anak-anak mereka
sendiri mabuk dan bergelimpangan akibat
terminum air tuba ketika mereka sedang
mandi di Sungai Tengas. Setelah minum
air kelapa muda, anak-anak itu pulih
semula. Namun begitu, yang lebih
menyedihkan masyarakat ikan ialah
melihat anak-anak, cucu dan cicit ikan
mati bergelimpangan akibat terkena air
tuba dari hulu sungai
PERBUATAN PERISTIWA
KEJI
MANUSIA
Pembuangan Ribuan nyawa ikan mati bergelimpangan,
bahan-bahan bertindih, bertindan bagaikan sampah sarap
buangan semata-mata kerana satu kesilapan manusia
industry ke yang tidak bertanggungjawab membuang
dalam sungai bahan-bahan buangan industry ke dalam
sungai.
Memerah akar Manusia memerah akar tuba dan airnya yang
tuba berwarna putih susu itu pun berbaur dengan air
sungai yang mengalir ke kuala menyebabkan
beribu-ribu anak, ibu bapa dan nenek ikan
kemabukan dan terapung mati.
Perbuatan Di Hulu Sungai Tengas Pak Kasa, Mat Dali dan
manusia yang Awang Cik Leh sibuk mengetuk akar tuba di
tidak atas batu. Getah tuba berwarna putih susu
bertanggungja dikocak dalam air. Air sungai yang jernih
wab dan mengalir dari Gunung Bongsu berubah
tamak
Membiarkan Lebih 70 tan bangkai ikan terbiar busuk. Suatu
bangkai ikan pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah
membusuk di kehidupan insan yang tinggal di perairan.
dalam sungai Suatu pencemaran paling guruk yang dilakukan
manusia.
Ikan-ikan
yang
terdapat
dalam
cerpen
Haruan
Ikan-ikan
yang
terdapat
dalam
cerpen
Tebal
sisik
Keli
Ikan-ikan
yang
terdapat
dalam
cerpen
Sepat
Baung
Ikan-ikan
yang
terdapat
dalam
cerpen
Temelian
Lampam
Ikan-ikan
yang
terdapat
dalam
cerpen
Sebarau
Kelah
Ikan-ikan
yang
terdapat
dalam
cerpen
Puyu
Keli
Tema
Kemusnahan alam sekitar /
pencemaran sungai
• Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
menjaga alam sekitar. Mereka lebih gemar
mengaut keuntungan dengan mudah tanpa
memikirkan kesan buruk terhadap alam sekitar
dan kehidupan manusia. Sikap begini telah
membawa kesan negative terhadap semua
kehidupan termasuk ikan dan manusia.
• Contohnya, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik
Leh telah menuba ikan di Sungai Tengas
menyebabkan air sungai tercemar sehingga
semua ikan mati dan anak-anak mereka sakit
terminum racun tuba sewaktu mandi di Sungai
Tengas.
Persoalan
Pencemaran/ kemusnahan alam
sekitar
• Kemusnahan alam yang indah ini adalah kerana
adanya tangan-tangan manusia yang tamak
haloba. Manusia yang tamak hanya
mementingkan keuntungan diri semata-mata
tanpa mementingkan nilai khazanah alam kepada
kehidupan seluruhnya yang mendiami alam ini.
Alam yang indah permai ini sepatutnya dijaga
dan dipelihara agar dapat diwarisi oleh generasi
baru sebagai satu khazanah yang bernilai.
• Contohnya, pusat pelancongan di Rio de Janerio
iaitu Lagun Rodrigo de Fritas menjadi mangsa
pencemaran air apabila ribuan ikan mati
bergelimpangan akibat sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab membuang bahan-bahan
buangan industri ke dalam sungai.
Sikap rakus/tamak manusia
• Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang dikuasai
oleh sifat tamak dan haloba sanggup menggunakan
racun tuba demi memperolehi ikan yang banyak.
Mereka dengan gelojoh menyauk bapa Sebarau,
Temelian, Baung dan lain-lain yang terkena racun
tuba. Mereka juga berkira-kira laba yang akan
diperolehi apabila menjual ikan yang dituba di pasar
nanti. Sikap rakus Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik
Leh telah memakan diri apabila anak-anak mereka
yang mandi di hilir Sungai Tengas pening-pening dan
muntah-muntah selepas mandi-manda di sungai.
Walau bagaimanapun mereka bernasib baik kerana
anak-anak mereka tidak mati terkena racun tuba.
Perkongsian hidup
• Alam dan segala isinya yang dijadikan oleh Allah SWT
adalah untuk dikongsi bersama. Alam yang dijadikan
ini bukan untuk manusia sahaja, malah ia sepatutnya
dikongsi besama dengan makhluk lain yang mendiami
alam ini seperti binatang, ikan, serangga, tumbuh-
tumbuhan, dan sebagainya. Perkongsian yang adil akan
mewujudkan keseimbangan alam ini.
• warga ikan, iaitu Haruan, Keli, Puyu dan sebagainya
sanggup berkongsi sungai bagi manfaat bersama,
khususnya dengan manusia.
Semua makhluk adalah ciptaan
Allah
• Manusia dijadikan berbangsa- bangsa supaya saling
kenal mengenal, berkasih sayang, bekerjasama, bantu-
membantu untuk kesejahteraanan hidup di dunia ini.
Seandainya manusia lupa akan hakikat kewujudannya
di muka bumi ini, maka manusia berkenaan akan
mudah melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka
bumi ini. Manusia harus sedar bahawa Allah menjadikan
manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah untuk
memakmurkan alam ini.
• Mat Dali, Pak Kasa, dan Awang Cik Leh telah menuba
ikan di hulu Sungai Tengas. Perbuatan mereka ini telah
merosakkan dan memusnahkan alam ciptaan Allah.
Lebih teruk lagi mereka mendatangkan bala kepada
anak-anak mereka sendiri yang sedang maandi-manda di
sebelah hilir Sungai Tengas. Husin, Mail, Jali, Hassan,
dan Amin pening-pening dan muntah-muntah setelah
mandi-manda di Sungai Tengas yang bercampur
dengan racun tuba.
Menghargai anugerah Allah
• Alam dan segala isinya merupakan anugerah Allah yang
tidak ternilai harganya kepada manusia dan makhluk-
Nya yang lain. Semuanya saling bergantungan dan
saling memerlukan antara satu sama lain. Lantaran itu,
kita sebagai makhluk yang diberi akal fikiran yang
waras sewajarnyalah menjaga alam ini dengan sebaik-
baiknya. Jika kita tidak mensyukuri dan menghargai
anugerah Allah ini, maka sudah tentu kita akan mudah
melakukan kemusnahan terhadap alam ciptaan-Nya ini,
khususnya sungai.
• Contohnya, Haruan mengingatkan Keli, Puyu, Sepat,
Sebarau, Kelah, Temelian dan sebagainya supaya sama-
sama menghargai rahmat daripada Allah. Kata Haruan
lagi, jika tidak bersyukur kehidupan kita ini sering
diancam bahaya.
Kesederhanaan dalam hidup
• Sifat sederhana dalam kehidupan adalah satu sifat yang
terpuji. Sifat ini tidak akan merugikan sesiapa, malah ia
memberi manfaat kepada semua. Sifat ini harus
diamalkan sama ada dalam mencari rezeki, bertindak,
menggunakan sumber alam, sungai dan sebagainya. Jika
kita mengamalkan cara hidup yang penuh dengan
ketamakkan dan melampau,maka kita sebenarnya
mengundang kecelakaan dan kemusnahan dalam
kehidupan ini.
• Contohnya, Haruan sentiasa menasihati anak buahnya
supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan cara
hidup yang sederhana.
Kepentingan sungai kepada
kehidupan
• Sungai menjadi tempat tinggal dan tempat membiak
kepada segala jenis ikan seperti haruan, puyu, temelian,
baung dan sebagainya. Lantaran itu manusia harus
menghargai dan menjaga sungai.
• Kepentingan sungai ini dinyatakan dengan jelas oleh
Haruan (aku) dalam cerpen ini. Haruan mengatakan
bahawa sungai amat penting kepada semua makhluk
Allah termasuk manusia. Antara kepentingan sungai
yang dinyataakan oleh Haruan ialah sebagai sumber air,
sumber makanan, dan sebagai alat perhubungan.
Latar
masyarakat
Masyarakat yang tamak/kejam/
melakukan pelanggaran hukum hidup.
- Ribuan ikan mati di Lagun Rodrigo De Fritas, sebuah
pusat pelancongan akibat pembuangan bahan-bahan
industri ke dalam Sungai. (hlm 162)
- Peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia
memerah akar tuba dan airnya yang berwarna putih susu
itu pun berbaur dengan air sungai yang mengalir ke kuala,
menyebabkan beribu-ribu anak, ibu, bapa dan nenek ikan
kemabukan dan, tak kurang pula yang terapung-apung
mati. (hlm163)
- Mat Dali, Awang Che Lah dan Pak Kasa menuba di Hilir
Sungai Tengas. (hlm 171)
Kepentingan sungai kepada masyarakat
• Sungai yang menjadi nadi kepada semua habitat air
dan juga amat penting kepada manusia. Sungai
menjadi sumber air dan makanan serta pengangkutan
kepada semua makhluk. Tanpa sungai kehidupan air
akan pupus dan banyak penyakit akan menimpa.
• Contohnya, Sungai menjadi tempat tinggal ikan
haruan, sepet, belut dan pelbagai lagi yang menjadi
tempat pembiakan hidupan serta mejadi makanan bagi
manusia yang tinggal di Sungai. (hlm 163)
Tanggungjawab masyarakat dalam
menjaga alam sekitar.
• Masyarakat haruslah memastikan orang bawahan
membantu dan menegur jika ada berlakunya
perlanggaran hukum alam terhadap alam sekitar.
Malahan perlu diambil tindakan jika tidak
menyebabkan percemaran alam akan berleluasa dan
bertambah berat.
• Haji Ibrahim telah menasihati Pak Kasa, Mat Dali dan
Awang Cik Leh agar tidak melakukan perbuatan keji
kerana ia akan mendapat balasan iaitu bukan hanya
ikan sahaja dituba malahan anak-anak mereka mabuk-
mabuk dan muntah kerana terminum air tuba mereka.
(hlm 171)
Masyarakat yang bermuafakat/
bekerjasama
• Amalan berkerjasama dalam melakukan sebarang perkerjaan
akan menjadikan kerja lebih mudah dan mencapai kejayaan.
Kerjasama akan mewujudkan sikap toleransi dan hormat
menghormati antaran masyarakat. Namuan jika amalan ini
tidak diambilkan pasti berlaku pepecahan dan perbalahan
dalam kehidupan.
• Contohnya, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah
sama-sama mengetuk akar tuba di atas batu dan getah tuba
yang berwarna susu mengalir dalam air sungai. Mereka
bersama-sama mengumpulkan ikan yang kemabukan dan
dimasukkan dalam guni. (halaman 168)
Masyarakat yang sering
menasihati/memberi peringatan.
• Masyarakat haruslah saling ingat-mengingati dengan
memberi nasihat kepada orang lain agar sentiasa
berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang
berlaku pada masa hadapan. Ini bagi mengelakkan
bahaya yang boleh mengancam nyawa.
• Haruan menasihati anak-anak buahnya agar sentiasa
berwaspada dengan bahaya yang ada di hadapan
kerana mereka tidak boleh mengatasi akal fikiran
manusia.
Masyarakat yang suka membuat
kemusnahan alam sekitar.
- Ribuan ikan mati di Lagun Rodrigo De Fritas,
sebuah pusat pelancongan akibat pembuangan
bahan-bahan industri ke dalam Sungai.
- Peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin,
manusia memerah akar tuba dan airnya yang
berwarna putih susu itu pun berbaur dengan air
sungai yang mengalir ke kuala, menyebabkan
beribu-ribu anak, ibu, bapa dan nenek ikan
kemabukan dan, tak kurang pula yang terapung-
apung mati.
- Mat Dali, Awang Che Lah dan Pak Kasa menuba
di Hilir Sungai Tengas.
Masyarakat yang sentiasa
berwaspada/ berhati-hati
• Masyarakat perlu berwaspada sepanjang masa
dan peka dengan sebarang ancaman bagi
memastikan keselamatan terjamin.
• Haruan menasihati anak-anak buahnya agar
sentiasa berwaspada dengan bahaya yang ada
di hadapan kerana mereka tidak boleh
mengatasi akal fikiran manusia.
Latar
tempat
LATAR PERISTIWA
TEMPAT
Ribuan nyawa ikan mati bergelimpangan,
Lagun bertindih, bertindan bagaikan sampah
Rodrigo de sarap semata-mata kerana satu kesilapan
Fritas manusia yang tidak bertanggungjawab
membuang bahan-bahan buangan industri
ke dalam sungai.
Sebelah hilir Manusia memerah akar tuba dan airnya
dekat Kuala yang berwarna putih susu itu pun berbaur
Dingin dengan air sungai yang mengalir ke kuala
menyebabkan beribu-ribu anak, ibu bapa
dan nenek ikan kemabukan dan terapung
mati.
Sungai Buah kelempung masak ranum yang
Tengas ditabur orang untuk menarik perhatian
ikan-ikan. perangkap yang diatur manusia
Berjaya apabila buah kelempung masuk
ke lubuk, semua ikan ikut berkerumun ke
dalam lubuk. Jala ditebar, ikan-ikan
tersangkut pada lubang jala.
Hulu Sungai Di Hulu Sungai Tengas Pak Kasa, Mat
Tengas Dali dan Awang Cik Leh sibuk mengatetuk
akar tuba di atas batu. Getah tuba
berwarna putih susu dikocak dalam air.
Air sungai yang jernih mengalir dari
Gunung Bongsu berubah
Contoh
soalan
Baca petikan cerpen di bawah ini dan
jawab soalan-soalan yang
mengikutinya
Mendengar penjelasan Tuk Imam,
muka Pak Kasa kelihatan pucat, kalau
ditoreh tidak berdarah. Muka Mat Dali
Jjuga pucat lesi. Muka Awang Cik Leh
kecut macam sotong rebus.Mereka
menerkam ke Balai Lintang,
“Husin anakku!” rintih Pak Kasa.
“Mail! suara pilu Mat Dali,
“Budin, maafkan ayah.” Awang Cik Leh
menyesal.
Dicelah-celah rintihan, kepiluan dan
penyesalan itu, kedengaran esak-esak
halus daripada ibu-ibu anak-anak yang
bergelimpangan itu.
ST
PM
20
17
Kemudian suara-suara itu tenggelam
oleh suara Tuk Imam
yang menyampaikan Firman Allah
bermaksud: “Sesungguhnya Allah
menyuruh berlaku adil dan berbuat baik
serta menjamin sanak saudaranya dan
melarang perbuatan keji yang mungkar
yang aniaya. Dia Allah memberikan
pelajaran kepadamu sekalian agar
kamu selalu beringat”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan
Malaysia, [peny.], 2012
Cerpen “Anak-anak yang
Bergelimpangan” dalam Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, halaman 171-
172)
ST
PM
20
17
a) Galurkan dua peristiwa
yang membawa
terucapnya dialog di atas.
[4]
b) Huraikan tiga persoalan
yang dikemukakan oleh
pengarang dalam petikan
di atas. [9]
c) Jelaskan tiga perbuatan
keji yang dilakukan oleh
manusia seperti yang
terdapat dalam cerpen
“Anak-anak yang
Bergelimpangan” dalam
Permata Sastera Melayu.
[12]
ST
PM
20
17
Sekian, terima kasih.