The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jaidyej, 2021-10-10 21:28:24

PDF SAJAK PERTEMUAN DI HYDE PARK

PDF SAJAK PERTEMUAN DI HYDE PARK

Pertemuan di Hyde Park
Adi Badiozaman Tuah

Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

Sumber : Wajah kita : Kumpulan Karya Penulis Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2004

Perkataan yang perlu difahami
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.

Tema
Bertemakan amanah dan tanggungjawab dalam menghargai dan berbudi kepada tanah warisan.
Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara beliau
hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak menimbulkan
sebarang masalah.

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta

Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan amanat melalui
puisi beliau dengan tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu
dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah perlu memanfaatkan tanah mengikut keperluan
semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan
dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama.
Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya
memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi.
Persekitaran Hyde Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan
manusia. Oleh itu masyarakat perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad
ini dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat
ayahnya yang selalu bercerita tentang erti “sebuah tanah”.
Contohnya :

Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Maksud Rangkap
Rangkap 1:
Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas
pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai
oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan
merupakan milik keluarga.
Contoh
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Rangkap 2 :
Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang
membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat
sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam
getah atau menanam lada.
Contoh
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Rangkap 3:
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting
ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan
memelihara tanah. Penggunaannya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan
semasa yang ditentukan oleh pemiliknya. Contoh :

Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
Sedia menerima tanpa bicara.

Rangkap 4:
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah
bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita
lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya. Contoh

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

Persoalan / Pemikiran
1. Persoalan tentang kasih sayang. Penyajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan
beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa. Penyajak
menjelaskan perasaan kasih sayang ayahnya kepada keluarga terutama kepada penyajak.
Sebagai tanda sayangnya, ayah memberikan sebidang tanah luas di kampung yang telah
banyak memberi jasa sebagai sumber rezeki kepada keluarga. Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa

2. Persoalan tentang kegigihan seseorang berusaha mengusahakan tanah. Penyajak
menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk
bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

3. Persoalan Kerajinan. Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis
tanaman silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Contoh:

atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Nilai
1. Keprihatinan. Nilai prihatin terhadap masa depan anak-anaknya dengan memberi
sebidang tanah.

aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung (R1B3&B4)

2. Kegigihan Nilai kegigihan dalam meneroka, menebang dan membakar tanah hutan
sehingga boleh ditanam padi huma.

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

3. Kerajinan Nilai kerajinan dalam mengusahakan pelbagai jenis tanaman di tanah warisan
keluarga.

menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman ladanya.

4. Kasih sayang. Nilai kasih sayang seorang ayah amat menyayangi penyajak, buktinya
ayah telah memberi sebidang tanah luas di kampung kepada penyajak.

Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung

5. Amanah. Nilai amanah terhadap penjagaan tanah warisan.

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian

6. Tanggungjawab. Nilai kegigihan dalam meneroka, menebang dan membakar tanah hutan
sehingga boleh ditanam padi huma

tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Pengajaran / mesej / harapan
(sama seperti nilai. Bezanya ayat yang akan digunakan)
1. Penyajak cuba menyampaikan amanah dalam tema „menghargai tanah warisan‟ di mana
tanah
warisan ini adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya.
2. Bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh
digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana
keperluan untuk makanan lebih utama.
3. Sebagai bapa, kita hendaklah sentiasa mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
agar
mereka sering mengingati kita.
4. Perlunya semangat kegigihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan
5. Perlunya kita menghargai pemberian seseorang
6. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
7. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.

Mesej
1. Bertanggungjawab menjaga dan berbudi kepada tanah warisan akan memberi
keuntungan. Mesej yang cuba disampaikan oleh penyajak ialah tanggungjawab yang
diamanahkan oleh ayah untuk menjaga tanah warisan wajib diteruskan. Tanah tersebut perlu
dijaga dan digunakan dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti yang ayah lakukan
sebelum ini. Hal ini kerana ayah telah berpesan bahawa kita yang perlu mencorakkan tanah
tersebut dan tanah hanya menerima tanpa bicara.. Jika si anak terus berbudi kepada tanah
secara bijak, maka si anak akan memperoleh keuntungan. Jika tanah warisan tersebut
dibiarkan, maka tanah tersebut akan menjadi hutan semula dan terbiar begitu sahaja.
Contohnya,

Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

2. Selain itu, anamah dalam menjaga tanah warisan dan tidak alpa dalam melaksanakan
Amanah tersebut. Penyajak menekankan tentang sifat anamah dalam menjaga tanah
warisan. Hal ini penting agar tanah tidak Kembali kepada keadaan asal dan terbiat. Sikap
gagal dan alpa dalam melaksanakan amanah akan menyebabkan seseorang itu rugi. Hal ini
jelas dinyatakan menerusi bait sajak iaitu jika alpa, maka tanah akan kembali menjadi milik
alam semesta.
Contohnya,
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

3. Di samping itu, mesej seterusnya ialah gigih mengusahakan tanah warisan akan
memberikan manfaat kepada pemiliknya. Tanah yang diwarisi boleh diusahakan dengan
pelbagai kegunaan antaranya ialah dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti padi,
getah dan lada seperti yang dilakukan oleh ayah. Kegigihan dalam mengusahakan tanah
warisan mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada tuan. Oleh hal yang demikian,
pemilik tanah hendaklah menjaga dan memelihara tanah yang dimilikinya sebaik mungkin.
Sekiranya kita gigih mengusahakan tanah warisan seperti yang disarankan oleh ayah maka
suatu hari ia akan mendatangkan manfaat kepada kita. Ayah penyajak menceritakan kepada
penyajak tentang tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah yang menjadi milik mereka
setelah hutan dara ditebang dan semak-samun dibersihkan. Ayah penyajak juga
menjelaskan bahawa kegunaan tanah akan berubah mengikut apa yang akan ditentukan
oleh pemiliknya dan keperluan masa atau zaman. Contohnya :

Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

4. Menghargai tanah warisan pemberian ayah. Sebagai pewaris, anak-anak seharusnya
menghargai pemberian atau harta peninggalan. Pemberian atau harta peninggalan itu
mungkin berupa sebidang tanah. Namun walau apa pun peninggalan ayah, pewaris
seharusnya menjaga dan menghargai peninggalan tersebut. Pewaris tidak sepatutnya
mengsia-siakan tanah warisan seperti yang telah dipesan oleh ayah dalam sajak tersebut.

Contoh
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa
(wajib bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh)
1. Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi iaitu pengulangan vokal “a”
Rangkap 2: atau saja-saja santai antara panggilan emak

2. Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi iaitu pengulangan konsonan “n”
Rangkap 2: atau membetulkan barisan tanaman ladanya

3. Perulangan kata di awal baris. Anafora iaitu pengulanagan kata awal baris
Rangkap 2 : atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak

4. Simile iaitu penggunaan “bagaikan”
Rangkap 3 : Bagaikan membahas isu utama dunia di sudut Pidato

5. Metafora. Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit dengan sesuatu yang bersifat abstrak
yang membawa diluar kelaziman.
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara

6. Imej alam. Satu gambaran mengenai sesuatu kehidupan ia lebih terdiri daripada sekumpulan
kata yang menggambarkan objek, kisah, fikiran, falsafah.
pepohon/burung pipit/,padi/getah

7. Inversi Pembalikan rangkaikata “setelah ditebang pokok” dan “dibersihkan semak” sepatutnya
setelah pokok di tebang dan semak dibersihkan
Unsur Bunyi / Ritma / Rima
(wajib bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
(cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk)
Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi
Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi
Rima akhir dalam setiap rangkap puisi
Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam
baris,dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata
dalam karya puisi. Rentak / ragam /tingkah.

Aspek Estetik.
*Unsur keindahan / estatik / estatika ini ada pada
1. Estetika bentuk
2. Estetika bahasa
3. Estetika daripada isi yang cuba disampaikan
4. Estetika nada (bunyi yang ada dalam puisi, bukan nada romantis dll / bunyi / ritma
Jadi kalau soalan tanya secara umum tentang estatika, maka keempat fakta di atas menjadi
fakta dalam jawapan. Tapi boleh diberi fakta bentuk, fakta bahasa lebih.
Tapi kalau soalan tanya menjurus estatika bahasa contohnya, maka jawapannya adalah
berkait dengan gaya bahasa dan kesannya.
1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi
Sesebuah puisi khususnya sajak, menjadi lebih menarik dan indah apabila unsur bunyi
dihadirkan dalam sajak tersebut iaitu perulangan bunyi huruf vokal. Keindahan bunyi dalam
sesebuah sajak yang disusun secara teratur dapat menimbulkan kelembutan bunyi dan
keserasian bunyi.
Perulangan bunyi huruf vokal ini juga dikenali sebagai asonansi Contohnya,
Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park Vokal “a” diulang 5 kali
Selain daripada pengulang bunyi huruf konsonan yang dikenali sebgai aliterasi juga mampu
memberikan nilai estatika yang tinggi. Perulangan bunyi konsonan “k” sebanyak 4 kali dapat
menimbulkan kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Selain
daripada itu, kehadiran bunyi konsonan dalam sajak di atas juga dapat menggambarkan isi
dan pemikiran penyajaknya.
Contohnya,
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
Keindahan sajak “Pertemuan di Hyde Park” juga boleh dilihat melalui penggunaan gaya
bahasa iaitu
pengulangan kata di awal baris secara berurutan. Dikenali sebagai anafora. Perulangan
perkataan di awal baris ini menimbulkan irama, rentak, dan suasana muzikal merdu dan
llunak didengar. Selain daripada itu, anafora juga bertujuan untuk memberi penegasan
kepada makna tertentu yang cuba diungkapkan oleh penyajak dalam sajak.
Contohnya,
atau semasa membaiki menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak

Selain itu, pemikiran yang cuba disampaikan oleh penyair iaitu tanggungjawab menjaga
tanah warisan juga di sampaikan secara puitis dan kreatif. Berdasarkan ungkapan
Bagaikan membahaskan isu utama
dunia di Sudut Pidato
digunakan oleh penyajak untuk memberi penerangan tentang betapa pentingnya
menjaga tanah warisan dan jika dibiarkan ia akan kembali kepada asal. Penggunaan
perkataan membahaskan isu utama. Penggunaan bahasa yang puitis seperti
“membahas isu utama” yang merujuk kepada tanggungjawab dan “sudut pidato” yang
memberi gambaran tentang sesuatu yang perlu diperjelaskan memberikan impak yang
kreatif dan puitis kepada khalayak untuk memahami betapa pentingnya tanggungjawab
menjaga warisan tanah pusaka. Contoh
Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah

Fungsi / Peranan dan kepentingan Seloka
1. Untuk memberi nasihat
2. Untuk memberi pengajaran / Didaktik
3. Sebagai alat kawalan sosial
4. Sebagai alat hiburan
5. Sebagai alat komunikasi - penyampai maksud atau curahan rasa hati
6. Menggambarkan corak pemikiran masyarakat (word view)
Intuisi (Gabungan nada / emosi pengarang dengan mesej yang ingin disampaikan)

1. Pengarang dengan penuh rasa sayu mengingatkan bahawa harus meneruskan amanah
ayah dalam menjaga tanah warisan. Huraian seperti mesej /pengajaran boleh digunakan.
Kemudian beriikan contoh.


Click to View FlipBook Version