The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2022 (KATEGORI PEREMPUAN SEK MEN PENGLIHATAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jaidyej, 2022-05-15 15:33:05

FOLIO SANTRIANA ZETA RONNY VERUS

ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2022 (KATEGORI PEREMPUAN SEK MEN PENGLIHATAN)

BUKU 2

TAJUK : JAMBATAN LAMA

PENULIS : AIDA ANGGERIK

SINOPSIS :

Cerita ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bernama Suriani yang mempunyai
hubungan rapat dengan neneknya Nek Bulat. Nek Bulat merupakan orang tempat
Suriani bermanja disebabkan kedua orang tuanya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan
mengurus adik-adiknya. Setelah Nek Bulat meninggal dunia, Suriani hilang tempat
bermanja. Sehingga menginjak dewasa Suriani sering didesak oleh kedua ibu bapanya
supaya mencari pasangan hidup. Atas desakan tersebut, Suriani meminta bantuan
daripada penunggu jambatan lama yang pernah diceritakan oleh neneknya. Suriani
bersama dua orang rakannya iaitu Azlin dan Pidah pergi ke jambatan lama tersebut.
Setibanya di jambatan, mereka bertiga memulakan ritual menyeru semangat. Beberapa
bulan selepas itu, Suriani telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama En. Kamal
yang merupakan seorang bekas ketua jabatan di pejabat tempat ayahnya bekerja. Pada
awal perkenalan, En. Kamal telah mengesan sesuatu yang kurang baik pada diri Suriani.
Dia mengetahui bahawa Suriani mengamalkan ilmu hitam bagi menaikkan seri di
wajahnya untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh itu, En. Kamal telah mengenakan
isyarat kepada Suriani agar membuang amalan jahat tersebut sekiranya dia ingin
mengahwini En. Kamal. Suriani pun bersama dua orang rakannya berjumpa dengan ustaz
untuk meminta bantuan. Suriani pun rasa menyesal dan bertaubat dengan perbuatannya.

Tamat

Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga


Click to View FlipBook Version