56 Tragedi Lembah Danum // 118
57 Bagai Mencurah Air Di Daun Keladi
58 Nani Adikku Sayang // 86
59 Sumpahan Raja Pulau Mintin
60 Berat Sama Dipikul // 86
61 Buaya Tulang Bawang
62 Bahana Tamakkan Harta Karun // 44
63 Puteri Tujuh Beradik
64 Tamaknya Ludini // 58
65 Puteri Lengking
66 Taklimat SOP Asrama // 44
67 Taklimat Penjagaan Gigi
68 Ketam Bermain di Laut // 76
69 Ikan Duyung dan Putera Raja
70 Raja Beruang Kutub // 80
71 Telur Emas
72 Burung Bulbul Maharaja // 80
73 Kuda Bertanduk
74 Si Kelabu Berkilau // 16
75 Hentakan Kaki Rama-rama
76 Si Katak //
Jumlah //
Jumlah bahan dibaca
//
//
//
//
//
//
//
//
//
0 0 0 76 8 0 0
76
ZAMLI BIN MANTAMIN
PENGETUA
SMK BADIN, TUARAN
08
SINOPSIS BUKU
49
BUKU 1
TAJUK : N YAN YI SUN YI
PENULIS : M ASKIAH M ASRO M
SIN O PSIS :
Nyanyi Sunyi menceritakan tentang kisah hidup seorang penuntut universiti iaitu Cempaka serta
pertemuannya bersama pensyarah muda asal Indonesia yang terkenal di universitinya iaitu Dr.
Arjuna. Cermpaka pertama kali mengenali Dr Arjuna semasa dia memutuskan untuk mengambil
kelas pensyarah tersebut atas alasan ingin menyahut cabaran teman baiknya, Nur Sandera. Walau
bagaimanapun, pertemuan pertama mereka sudah membuahkan rasa kurang senang dalam hati
Cempaka terhadap Dr Arjuna yang begitu lancang menjatuhkan martabat wanita. Perasaan jengkel
membuah lebih dalam apabila pensyarah tersebut memberikan tugasan yang sukar untuknya.
Namun, dengan bantuan Dr Arjuna jugalah Cempaka dapat mengumpul maklumat tentang
kajiannya. Hari demi hari, Cempaka mula menyimpan rasa pada Dr Arjuna dan akhirnya
memutuskan untuk menjauhkan diri daripada pensyarah tersebut. Ternyata, Dr Arjuna menyedari hal
itu. Sehinggalah tiba hari pembentangan, Cempaka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang atas
kehebatannya mengolah dan menyampaikan tugasannya berkaitan kisah Amir Hamzah dan Ilik
Sundari, kisah pujangga Indonesia yang paling sukar untuk dicari ceritanya. Pada saat itu, Cempaka
memutuskan untuk berhenti menjauhi Dr Arjuna sebaliknya sentiasa berfikiran positif. Malang tidak
berbau, Dr Arjuna dikhabarkan hilang dalam perjalanan balik ke kampung kerana ingin menemui
ibunya yang tenat. Cempaka berasa bersalah kerana belum sempat mengenal Dr Arjuna dengan lebih
dekat. Dia sentiasa merindui Dr Arjuna dan hanya mendengar ceritanya melalui kakak Dr Arjuna.
Sehinnga enam tahun berlalu, kes Dr Arjuna telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana
mayatnya yang tidak ditemui. Kisah cinta Cempaka dan Dr Arjuna seperti kisah pujangga Amir
Hamzah dan Ilik Sundari.
N ILAI M O RAL :
- Kita tidak seharusnya memberikan perspektif negatif pada orang yang baru dikenali. Hal ini dapat
dilihat pada perwatakan Cempaka yang pada mulanya membenci akan pensyarah universitinya iaitu
Dr. Arjuna. Cempaka tidak menyukai tingkah laku Dr Arjuna yang agak kasar dan lantang bersuara.
PERKAITAN D EN GAN ISU SEM ASA :
Malaysia mencatatkan angka puluhan ribu sejak tahun 2017 hingga kini bagi kes kehilangan orang ;
Sumber BH Online bertarikh 11 Oktober 2021.
50
BUKU 2
TAJUK : PUAKA JAMBATAN LAM A
PENULIS : AID A AN GGERIK
SIN O PSIS :
Cerita ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bernama Suriani yang mempunyai hubungan rapat
dengan neneknya Nek Bulat. Nek Bulat merupakan orang tempat Suriani bermanja disebabkan kedua
orang tuanya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan mengurus adik-adiknya. Setelah Nek Bulat
meninggal dunia, Suriani hilang tempat bermanja. Sehingga menginjak dewasa Suriani sering didesak
oleh kedua ibu bapanya supaya mencari pasangan hidup. Atas desakan tersebut, Suriani meminta
bantuan daripada penunggu jambatan lama yang pernah diceritakan oleh neneknya.
Suriani bersama dua orang rakannya iaitu Azlin dan Pidah pergi ke jambatan lama tersebut. Setibanya
di jambatan, mereka bertiga memulakan ritual menyeru semangat. Beberapa bulan selepas itu, Suriani
telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama En. Kamal yang merupakan seorang bekas ketua
jabatan di pejabat tempat ayahnya bekerja. Pada awal perkenalan, En. Kamal telah mengesan sesuatu
yang kurang baik pada diri Suriani. Dia mengetahui bahawa Suriani mengamalkan ilmu hitam bagi
menaikkan seri di wajahnya untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh itu, En.
Kamal telah mengenakan isyarat kepada Suriani agar membuang amalan jahat tersebut sekiranya dia
ingin mengahwini En. Kamal. Suriani pun bersama dua orang rakannya berjumpa dengan ustaz untuk
meminta bantuan. Suriani pun rasa menyesal dan bertaubat dengan perbuatannya
N ILAI M O RAL :
-Berpegang kepada amalan yang melanggar hukum hakam agama. Hal ini dapat dijelaskan melalui
perwatakan Suriani yang mengamalkan ilmu hitam untuk memikat dan menggoda lelaki bagi
mendapatkan pasangan hidup.
-Menyesal dan bertaubat atas salah laku. Hal ini dapat dilihat pada perwatakan Suriani apabila dia
mendengar nasihat dari En. Kamal untuk membuang amalan jahat yang diamalkan olehnya dan dia
berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
PERKAITAN D EN GAN ISU SEM ASA :
- Masyarakat hari ini masih lagi mengamalkan ilmu hitam walaupun hidup dalam pembangunan arus
kemodenan.
51
Sekian & Terima Kasih