TAAT SETIA KEPADA RAJA
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil ke atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Jenis puisi : Gurindam 2 kerat
Tema : Ketaatan rakyat terhadap raja dan raja
yang mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang
disukai rakyat.
Jumlah rangkap – 5
Baris – 2 baris
Patah perkataan – 4 hingga 5 patah perkataan
Suku kata – 8 hingga 11 suku kata
Rima akhir – a,a
Gaya Bahasa
• Pengulangan kata/repitisi kata di awal baris kedua
bagi rangkap 2 dan 5
• Simile
• Inversi
• Citra
• Pengulangan bunyi huruf vokal
• Pengulangan bunyi huruf konsonan
• Simbolik
Pemikiran
• Muafakat
• Setia/betul hati
• Adil
• Kasih orang yang berilmu
• Menghormati orang yang berilmu
Peranan /Fungsi
• Didaktik /Pengajaran
• Nasihat
• World view
• Alat komunikasi
• Alat kawalan sosial
• Hiburan
• Pandangan sawarjagat
• Kreatif/puitis/bijak
• Rujuk puisi
Maksud mengikut Rangkap
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri
Raja perlu bekerjasama dengan pegawai negeri
terutamanya perdana menteri. Kesepakatan di antara
mereka akan membentuk sebuah pemerintahan
negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu
dipertahankan daripada serangan musuh negara.
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Raja perlu pandai membuat keputusan persetujuan di
atas sebarang rancangan pembangunan negara.
Maksud mengikut Rangkap
Hukum adil ke atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.
Raja perlulah menghukum rakyat yang bersalah
dengan hukuman yang adil. Seseorang raja yang adil
akan mendapat petunjuk dari Allah.
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu.
Mengasihi orang berilmu akan membawa kepada
keberkatan hidup kerana mendapat kasih sayang
Allah.
Maksud mengikut Rangkap
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Hendaklah menghormati orang yang bijaksana kerana
perbuatan tersebut akan membantu kita memezakan
perkara-perkara baik dan buruk.