The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jaidyej, 2021-09-01 22:43:10

Gurindam

Gurindam

Gurindam : Norma-norma yang Baik
dalam Perhubungan Suami Isteri

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serah nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Isteri cantik permainan mata,
isteri budiman tajuk mahkota

Memilih pasangan adalah perkara penting dalam
menjalani kehidupan berumah tangga. Memilih
calon isteri yang sempurna bukan dinilai dari
aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah
sesuatu yang palsu pada pandangan mata.
Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana
kecantikan akan hilang mengikut masa. Isteri
yang budiman adalah lebih sempurna kerana
mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri
budiman mempunyai kepimpinan yang tinggi
untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman
berada di tempat yang tinggi sebagaimana
kedudukan mahkota. Oleh itu, dalam memilih
pasangan, si teruna haruslah mencari wanita
yang bukan sahaja cantik di mata, malah
mempunyai sifat-sifat yang baik. Wanita yang
beriman, berbudi bahasa dan baik layak menjadi
isteri yang solehah.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Perempuan yang dianggap baik bukan hanya
dinilai pada kecantikan di dunia nyata
sahaja. Namun yang paling penting ialah
memilih perempuan dari aspek agama iaitu
keimanannya. Kemuliaan seorang wanita
adalah diukur dari sudut keimanan yang
dimilikinya.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Hidup berumah tangga perlulah sependapat.
Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang
sama. Pada waktu yang sama mestilah
menjauhi perkara-perkara yang boleh
mendatangkan pertelingkahan serta
perselisihan pendapat.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Seorang suami adalah tempat bergantung
harap, sebagai pelindung dan memberi
nafkah. Kebergantungan isteri terhadap
suami adalah penuh dan suamilah yang
menentukan kebahagiaan hidup isterinya.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Suami mesti jujur supaya isteri tidak
menanggung siksa kerana memendam
perasaan.

Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa

Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab
besar. Namun kekuasaannya tidak mungkin
dapat digunakan jika dia hidup bersendirian
tanpa teman.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Hidup berumahtangga adalah ibarat dua
orang dalam satu tubuh. Maka mereka
diharapkan sentiasa bermuafakat di antara
keduanya sepanjang kehidupan berumah
tangga. Suami dan isteri perlu berpakat
dan mencapai persetujuan dalam segala
tindakan. Conthnya mengurus rumah
tangga, menjaga anak-anak yang telah
mereka lahirkan sehingga anak-anak itu
dewasa.

Gurindam

 Jenis puisi : Gurindam 2 kerat
 Tajuk puisi : Norma-norma yang Baik dalam

Perhubungan Suami Isteri
 Tema : Nilai-nilai yang perlu ada di dalam

hubungan suami isteri bagi menjamin
kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga.
 Rangkap : 7 rangkap
 Baris : 2 baris
 Patah perkataan : 4 – 5 pp
 Suku kata : 10 hingga 12 sk
 Rima akhir : a,a

Gurindam
 Pengulangan kata di awal baris : isteri,

perempuan
 Simbolik : cantik permainan mata, bagus

suntingan dunia
 Metafora : tajuk mahkota
 Inversi : Kepadanya serah
 Pengulangan bunyi huruf vokal : dalam

rangkap 5, baris pertama
 Pengulangan bunyi huruf konsonan :

dalam rangkap 6, baris pertama

Pemikiran
 Rangkap 2 : Cara memilih calon isteri
 Rangkap 3 : Beriman
 Rangkap 4 : Bertolak ansur
 Rangkap 5 : Amanah
 Rangkap 6 : Bermuafakat
 Rangkap 7 : Bersefahaman


Click to View FlipBook Version