The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jaidyej, 2021-10-10 20:21:20

PDF SAJAK SEORANG JEMAAH

PDF SAJAK SEORANG JEMAAH

Sajak Seorang Jemaah
A.Wahab Ali

I
Pada setia subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan
Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih

Sesekali aku berhenti
Mempelawanya menaiki kereta
Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman

Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.

Sebaik selesai imam memberi salam
Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah ke luar
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt
Putih topinya, putih bajunya, putih seluarya,
Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya
Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta selamatkan anak isteri
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup
Selamat yang mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya.

II
Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya
dulu
Wangi harumnya masih menerpa
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini
Ketika aku berjemaah
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku

Kini
Bila selesai imam memberi salam
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya
Doanya masih mengambang
Tetapi degup jantungnya sudah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato’ dan Tan Seri

Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
5-6.12.1991

Sumber : Suara dari Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2000

Maksud Sajak
Bahagian 1

Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.
R1: Pada setiap subuh ketika azan berkumandang di masjid, penyajak melihat dia tenang
berjalan berpakaian jubah,serban dan berkasut serba putih

R2: Penyajak mengaingati kembali pernah berhenti dan mempersilanya untuk menaiki kereta
bersama-sama ke masjid tetapi dia memberi salam dan diringi dengan bau yang wangi.

R3: Bila sembahyang berjemaah saya dan dia kadang kala bersebelahan dan sebelum
mengangkat takbir dia asyik mengosok giginya. Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan
amalan jemaah tersebut.

R4: Setelah selesai bersembahyang, dia berdoa secara ringkas, kemudian bergegas keluar
daripada masjid. Beliau kemudian menyimpan jubahnya dan berjoging dengan berpakaian
serba putih. Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian
lengkap.

R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati dan menyebut
nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara
seagama yang lain. Hal ini dapat dilihat dalam setiap langkahnya beliau berzikir dan berdoa
agar dipanjangkan umur, diselamatkan anak isteri, saudara seagama sama ada yang hidup
dan mati di dunia dan akhirat.

Bahagian 2
Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.
R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke
masjid. Sekarang pada setiap subuh azan berkumandang penyajak merasakan kosong jiwa
kerana tidak lagi berjumpa dengannya tetapi segala tinggalanya masih terasa.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan
jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau. Sekarang semasa penyajak berjemaah di
masjid, beliau merasakan bahawa jemaah tersebut tiada tetapi ingatan penyajak masih
terbayang-bayang segala kelakuan dan perbuatan bersugi sebelum mengangkat takbir.

R8: Sekarang apabila selesai solat penyajak merasakan tiada lagi beliau keluar dengan
tergesa-gesa dan juga tidak lagi berjoging menyebabkan ramai yang merinduinya. Walaupun
doa masih kekal tetapi beliau sebenarnya sudah lama meninggal dunia, bersemasi bersama-
sama dengan orang kenamaan.

Tema Sajak

Sajak ini bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan kenangan penyajak terhadap seorang
jemaah yang mempunyai keperibadian yang sangat mulia. Penyajak merakam kisah seorang
pesara tua ketika penghujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut
manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan
beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara
Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin
hidupnya.

Contoh 2

Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam atau mengenang kembali kisah
seorang pesara tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua
tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan
dengan beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh
saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa terkenangkan
kisah rutin hidupnya.

Pemikiran Sajak

1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat / solat dan amal kebaikan. Perbuatan bangun
pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa
beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu
yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu. Menjaga kebersihan dan bersugi

2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Hati manusia yang suci bersih
digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik manusia adalah orang
yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf
orangnya.

3. Menjaga kesihatan dengan beriadah. Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita

untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat
malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.

4. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya
adalah mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang
diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya.
Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba.

5. Nilai persahabatan dan persaudaraan yang seagama.

6. Masyarakat yang merendah diri dan tidak menghiraukan harta dan pangkat

7. Percaya kepada qada’ dan qadar / Kematian

Pandangan Sarwajagat
1. Masyarakat yang mengamalkan pegangan agama dan kebajikan. Melakukan sesuatu yang
bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak
akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan
cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat.
Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang
terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya
akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan
mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.
2. Masyarakat yang beriman / mengamalkan hidup sihat / menjaga kebersihan.

Nilai Dan Pengajaran
1. Hormat menghormati / Sikap manusia yang saling menghormati antara satu sama lain
2. Beriman /Taat pada perintah Tuhan/ Komited dalam melaksanakan perintah Tuhan
3. Bersih / menjaga kesihatan dan kebersihan diri
4. Tolong menolong / prihatin / mengambil berat terhadap saudara seagama
5. Merendah diri

Bentuk / Teknik Penulisan / Struktur Penulisan / Estetika Bentuk
(wajib bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
Kesan / Kepentingan – agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar.
Kesan / Kepentingan agar - mengindahkan lagi irama dan bunyi.
Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi.
Kesan: Untuk menimbulkan kemerduan bunyi /agar dapat menimbulkan keserasian bunyi dan
makna./agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima.

Gaya bahasa / Nilai estetika Bahasa
(wajib bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh)

Kesan / Kepentingan / Fungsi Gaya Bahasa antaranya
1. Harmonis dan indah dengan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak
dan memikat jiwa. Malah yang jauh lebih penting ialah di antara bunyi-bunyi tersebut ikut
melambangkan makna tertentu.
2. Menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat
pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi.
3. Menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan,
kelembutan atau kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan.
4. Melahirkan kelunakkan irama dan rentak dalam baris-baris sajak.
5. Menimbulkan kesan kelantangan bunyi dalam pengucapan.
6. Memberi kesan yang lebih realistik dalam kehidupan manusia.
7. Kadang-kadang anafora juga bertujuan untuk menarik perhatian atau tumpuan khalayak
untuk menghayati sajak yang dideklamasikan.
8. Dapat memperjelaskan gambaran atau mengindahkan pernyataan yang ingin di
ketengahkan oleh penyajak
9. Memberikan penekanan suatu pandangan, sikap, perasaan, dan pemikiran yang segar
dan baharu.

1. Asonansi. Pengulangan vokal
Contoh:
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.
pengulangan bunyi vokal “u” berlaku sebanyak 4 kali

2. Aliterasi – Pengulangan bunyi konsonan “t”
Contoh:
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya dulu pengulangan
bunyi konsonan “n” berlaku sebanyak 5 kali

3. Perulangan kata diawal baris . Dikenali sebagai anafora
Contoh:
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Pengulangan perkataan di awal baris Selamat

4. Hiperbola
Contoh:
Kemudian menerjah ke luar

5. Bahasa Asing - Bahasa Indonesia
Contoh
Setiap deret sepatunya – bahasa Indonesia

6. Personifikasi

7. Alisi

8. Citra
Unsur Bunyi/ Ritma / Rima
(wajid bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
(cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk)
Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi
Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi
Rima akhir dalam setiap rangkap puisi
Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata
dalam baris,
dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata
dalam karya
puisi. Rentak / ragam /tingkah.

8. Citra

Unsur Bunyi/ Ritma / Rima
(wajib bagi fakta, huraian, kesan/fungsi dan contoh)
(cara jawab sama macam jawab gaya bahasa dan bentuk)
Perulangan bunyi huruf vokal. Asonansi
Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi
Rima akhir dalam setiap rangkap puisi
Ritma / Irama. Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata
dalam baris,
dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik. Keharmonian bunyi dan susunan kata
dalam karya
puisi. Rentak / ragam /tingkah.


Click to View FlipBook Version