The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jaidyej, 2021-09-06 02:52:41

TALIBUN PDF

TALIBUN PDF

TALIBUN : KEINDAHAN DAN
KEMAKMURAN NEGERI

Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah.
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah.
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

Definisi

• Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid
(1987) puisi berangkap tentang perincian
sesuatu objek atau peristiwa, umumnya
dalam genre lipur lara (cerita kaba)
masyarakat Minangkabau.

• Mohd Taib Osman (1979) mula
menamakan talibun ini sebagai “ikatan
puisi bebas”. Memakai kata-kata yang
menimbulkan gambaran mata kerana
kata-kata yang digunakan dapat
menimbulkan pemikiran dan pendengaran
tentang imej yang lantang dan bermakna.

• Baris-barisnya memberikan dua macam
gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-
olah kita mendengarnya, dan gambaran
objek-objek dalam situasinya masing-
masing. Kedua-dua gambaran ini
berlatarbelakangkan alam Melayu.

Terdapat pelbagai tema yang terungkap
dalam cerita-cerita lipur lara Melayu
berdasarkan kepada fungsi dalam karya.
Contoh :-
1. Memerikan kebesaran, kehebatan dan

keagungan sesuatu tempat seperti ibu
kota dan bandar.
2. Memerikan keadaan dan kesibukan atau
keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana.
3. Memerikan kehebatan dan kecantikan
sesuatu objek seperti pakaian, manusia,
sikap dan kelakukan manusia.

Gaya Bahasa

Talibun menggunakan gaya bahasa
perulangan. Teknik pengulangan ini bukan
sahaja wujud dalam penggunaan gaya
bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi
tersebut. Wilkinsin menamakannya sebagai
runs, Pengulangan ini ditambah pula dengan
bentuk-bentuk pemerian sehingga menjadi
pelbagai variasi.

Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan
terjadi kerana talibun sangat mementingkan
bahasa berirama yang menjadi kegemaran
masyarakat Minangkabau. Bahasa yang
berirama ini digunakan secara meluas seperti
berpidato atau semasa bergurau senda.

Fungsi

Fungsi utama dan khsusu talibun ialah untuk
memerikan secara terperinci tentang sesuatu
gambaran seperti suasana, benda dan sifat
manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti
dan menyeluruh. Umumnya, talibun
merupakan gambaran pemikiran masyarakat
khalayak yang mementingkan perincinan
tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk
dengan keindahan terutamanya dalam
penggunaan gaya bahasa.

Ciri-ciri

• Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam
serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris,
jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang
seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem
rima tertentu.

• Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat
sisipan daripada genre puisi yang lain seperti
pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata
sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap
talibun.

• Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai
sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi
talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai
pemerikan kepada cerita berkenaan dan
memperjelaskan perlukisan tersebut.

• Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan
dengan pemerian yang dilukiskan di dalam
sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau
melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan
seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan
unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.

 Tema : Memerihalkan secara terperinci
tentang sebuah kota iaitu negeri Teluk
Bidung Kota Lama.

 1 rangkap dan 20 baris
 Serangkap talibun tidak mempunyai

jumlah baris, jumlah perkataan dan
jumlah suku kata yang seimbang.
 Pemerian kepada cinta berkenaan dan
memperjelaskan perlukisan tersebut.
 Memerikan atau melukiskan keindahan
sesebuah kota.

Maksud

• Menceritakan tentang keindahan tempat
tinggal/negeri yang bernama Teluk Bidong Kota
Lama. Bentuk muka buminya /negerinya luas,
bertebing tinggi, pasirnya berbentuk taji dan
berbatu. Batu yang kecil dijadikan alat untuk
melontar burung-burung yang boleh dijadikan
makanan dan jika terkena burung, ia akan jatuh ke
tanah yang penuh dengan binatang ternakan
seperti ayam dan lain-lain.


Click to View FlipBook Version