Pahlawan Ialah Dia
Abdul Ghafar Ibrahim
Dewan Sastera 2001
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.
Khidmat cemerlangnya mengapung
pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya
pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.
Dialah laskar pelindung kota penyokong desa
warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman
Dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawawapan makmur raya.
Tubuhnya perisai tembus peluru.
Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.
Baktinya bunga harum warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun.
Sebagai warga bangga bermaruah
dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamatkan negara
Besar bangsa
Pelihara agama
Daulat bahasa
Cemerlang budaya
Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
pengunjung amanat
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara.
Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara
tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
Pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah
Dipertahankan
Sumber : Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Ogos 2001
Maksud Sajak :
Rangkap 1 :
Para tentera (askar) ialah warganegara yang sentiasa menyumbangkan tenaga demi
negara tercinta dan mereka sentiasa bersedia untuk mengorbankan diri (mati) bagi
menjamin keharmonian dan keamanan negara yang berbilang kaum.
Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha
untuk menjaga negara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.
Rangkap 2 :
Para tentera sanggup menyumbang jasa dan sentiasa bersiap siaga atas tanggungjawab
sebagai warganegara untuk mempertahankan negara. Para tentera sanggup
menyumbangkan jasan dan sanggup menerima segala rintangan atas nama negara biarpun
terpaksa mengobankan diri.
Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tdak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga
perlu taat dan tabah berjuang demi negara.
Rangkap 3
Pada waktu siang para tentera sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara demi masa
depan bangsa agar hidup dalam suasana yang aman. Pada waktu malam pula para tentera
sentiasa berhati-hati/berjaga bagi memastikan anak bangsa dapat hidup aman dan
tenteram.
Bakti yang disumbangkan sentiasa mendapat pujian masyarakat walaupun adakalanya
dalam pujian ada juga pihak-pihak tertentu yang mengejinya. Namun para tentera sentiasa
bersemangat waja walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan.
Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang
kesenangan kepada anak bangsanya.
Rangkap 4
Para tentera terpaksa berkorban masa, berjauhan dengan ahli keluarga tercinta kerana
terpaksa menabur bakti ditempat yang jauh. Mereka juga terpaksa berdepan dengan
suasana yang bahaya semasa berkhidmat. Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka
untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.
Rangkap 5
• Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang.
Malah berkorban waktu rehat
Rangkap 5
Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah
berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.
Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu
aman sentosa.
Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan
negara.
Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke
hadapan.
Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai
matlamat.
Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi
orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan
taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.
Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)
Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada
bahaya.
Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi
bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.
Tema:
Patriotisme. Perjuangan dalam mempertahankan tanah air. Memaparkan tokoh pahlawan
sebagai wira yang sanggup berjuang dan berkorban tanpa mengharapkan balasan demi
tanah air tercinta. Sesiapa yang menabur bakti untuk negara dikira sebagai pahlawan
bangsa Penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan tentera yang sanggup berkorban
demi memastikan negara tercinta berada dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.
Contoh :
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah dipertahankan
Persoalan / Pemikiran
1. Tentera yang sanggup berkorban tenaga demi negara tercinta. Para tentera sanggup
mencurahkan bakti biarpun terpaksa berdepan dengan kematian demi memastikan negara
aman sejahtera.
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Demi menyuburkan ladang negara sayang
2. Tentera yang sentiasa siap siaga dalam melaksanakan tugas. Para tentera selalu berada
dalam keadaan siap sedia menjalankan tugas bagi memastikan negera tercinta berada
dalam keadaan selamat
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia
Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
3. Tentera yang setia dan tabah dalam mengharungi ujian. Para tentera sanggup berdepan
dengan apa jua cabaran yang mendatang malah sanggup berkorban nyawa demi negara
tercinta.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
Atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
4. Tentera yang sentiasa berkawal. Para tentera sanggup berkawal siang dan malam
semata-mata bagi memastikan keselamatan negara bagi memastikan apa juga peluang
dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
Masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
Peluang bangsanya tertutup.
5. Pengorbanan tentera dalam menjaga keselamatan negara
6. Kesediaan/ kegigihan tentera untuk berkhidmat pada bila-bila masa
7. Kesetiaan para tentera berjuang tanpa gentar
8. Cabaran/ Keberanian yang dilalui oleh pahlawan dalam mempertahankan negara
9. Nilai keimanan dan keagamaan tidak boleh ditinggalkan
10. Mendaulatkan bahasa dan orang yang berilmu
Persoalan / Pemikiran
1. Tentera yang sanggup berkorban tenaga demi negara tercinta. Para tentera sanggup
mencurahkan bakti biarpun terpaksa berdepan dengan kematian demi memastikan negara
aman sejahtera.
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Demi menyuburkan ladang negara sayang
2. Tentera yang sentiasa siap siaga dalam melaksanakan tugas. Para tentera selalu berada
dalam keadaan siap sedia menjalankan tugas bagi memastikan negera tercinta berada
dalam keadaan selamat
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia
Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
3. Tentera yang setia dan tabah dalam mengharungi ujian. Para tentera sanggup berdepan
dengan apa jua cabaran yang mendatang malah sanggup berkorban nyawa demi negara
tercinta.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
Atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
4. Tentera yang sentiasa berkawal. Para tentera sanggup berkawal siang dan malam
semata-mata bagi memastikan keselamatan negara bagi memastikan apa juga peluang
dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
Masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
Peluang bangsanya tertutup.
5. Pengorbanan tentera dalam menjaga keselamatan negara
6. Kesediaan/ kegigihan tentera untuk berkhidmat pada bila-bila masa
7. Kesetiaan para tentera berjuang tanpa gentar
8. Cabaran/ Keberanian yang dilalui oleh pahlawan dalam mempertahankan negara
9. Nilai keimanan dan keagamaan tidak boleh ditinggalkan
10. Mendaulatkan bahasa dan orang yang berilmu
11. Nilai patriotism yang ada dalam diri pejuang
Sifat-sifat diri seorang pahlawan.
1. Sentiasa menyumbang tenaga dan bakti kepada negara. Seorang pejuang tanah air akan
sentiasa bersedia menabur jasa dan bakti dengan cemerlang dalam semua tugas yang
dipertanggungjawabkan demi kemajuan, keamanan dan kesejahteraan negara yang
tercinta. Contohnya;
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Demi menyuburkan ladang negara sayang
2. Sanggup berkorban demi negara. Pahlawan sanggup bergadai nyawa dan masa untuk
mempertahankan negara, bangsa dan agama tercinta. Seorang pahlawan sejati sentiasa
bersedia berkorban apa-apa sahaja demi negara tercinta. Mereka sanggup berkorban harta,
masa bersama keluarga, nyawa, dan sebagainya demi kedaulatan negara tercinta.
Contohnya;
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
Demi menghidupkan simfoni negara berbilang.
3. Sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara. Pahlawan sentiasa bersiap sedia
tanpa mengira masa malam atau siang untuk mempertahankan negara. Contohnya;
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia
4. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap negara. Perasaan taat setia yang ada dalam
diri pahlawan akan menjadikan mereka sanggup melakukan pengorbanan demi
mempertahankan negara yang tercinta. Contohnya ;
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
5. Ciri pahlawan yang sebenarnya ialah tahan diuji. Seorang pahlawan perlu mempunyai jiwa yang
kental bagi menghadapi sebarang bentuk ujian yang menimpa ke atas diri mereka. Pahlawan yang
berjiwa rapuh akan menghadapi kegagalan. Contohnya;
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
6. Sifat keberanian perlu ada dalam diri seorang pahlawan. Seorang pahlawan perlu berani untuk
menghadapi musuh demi mempertahankan negara, dan demi kesejahteraan rakyat. Contohnya;
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
7. Menunaikan tanggungjawab/amanah sepanjang masa. Pelaksanaan tanggungjawab/Amanah
yang diberikan dilakukan oleh pahlawan secara berterusan demi memastikan keamanan serta
kesejahteraan negara terjamin. Contohnya;
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur jaya
8. Sanggup menanggung derita dan kesusahan. Seorang pahlawan akan sanggup untuk
menanggung penderitaan dan kesusahan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara.
Mereka sanggup menanggung derita dan kesusahan walau di mana-mana sahaja mereka berada.
Contohnya;
Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara
tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah
Sumbangan yang diberikan oleh pahlawan :
1. Berbakti kepada negara. Sumbangan yang paling besar pahlawan dalam sajak tersebut
ialah berbakti kepada negara yang tercinta walaupun terpaksa bergadai nyawa untuk
memastikan negara yang berbilang kaum ini berada dalam keadaan aman dan makmur.
Tanpa sumbangan dari pahlawantersebut tentulah negara ini akan mudah diancam musuh
sama dari dalam atau luar.
Contohnya;
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang
Jelaslah sikap suka berbakti kepada Negara tercinta akan membawa keamanan dan
kemakmuran negara.
2. Berkorban memastikan keamanan negara. Pahlawan sentiasa berkorban tenaga dan
nyawa untuk memastikan keamanan negara terpelihara agar rakyat yang berbilang kaum
hidup dalam keadaan aman sejahtera. Jika pahlawan tidak sanggup berkorban, pasti
keselamatan negara akan terancam. Contohnya;
Tubuhnya perisai tembus peluru.
Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.
Jelaslah, nilai pengorbanan penting kerana ianya akan membantu negara kita agar kekal
aman sentosa.
3. Sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan tugas. Seorang Pahlawan mestilah sentiasa
bersiap sedia pada bila bila masa sahaja untuk berhadapan dengan musuh negara. Jika
para pahlawan tidak bersiap siaga dan banyak membuang masa, pastinya musuh bila-bila
dapat menyelinap masuk di negara kita dan seterusnya mengancam keselamatkan negara
tanpa diduga. Wajarlah para pahlawan negara sentiasa bersiap siaga dalam memastikan
negara berada dalam keadaan selamat. Contohnya;
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.
Sumbangan mereka bersiap siaga tanpa mengira masa akan menyebabkan Negara
sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa dari serangan musuh.
4. Semangat waja menghadapi cabaran. Pahlawan mempunyai semangat yang membara
walaupun banyak rintangan dan cabaran yang terpaksa dilalui di medan peperangan.
Dengan adanya semangat waja, pahlawan akan berjuang bersungguh-sungguh untuk
menentang musuh-musuh negara. Tanpa semangat waja yang tertanam dalam diri,
seseorang pahlawan pasti sukar untuk menentang musuh, melalui pelbagai rintangan selain
bersedia dengan risiko menghadapi maut. Sumbangan besar ini mampu menyebabkan
negara digeruni oleh musuh musuh luar. Contohnya;
Khidmat cemerlangnya mengapung
pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.
5. Kesetian tidak berbelah bagi terhadap negara. Kesetiaan para pahlawan terhadap negara tidak dapat
disangkal lagi. Tanpa kesetiaan yang ikhlas daripada para pahlawan, pastinya negara berada dalam
keadaan bahaya.Mereka sentiasa bersedia sepanjang masa bagi melindungi negara yang tercinta tanpa
berbelah bagi, walaupun pun terdapat pelbagai halangan dan cabaran sewaktu bertugas. Sekiranya para
tentera tidak setia dan ikhlas dalam melindungi negara, pastinya musuh mudah cerobohi dan negara
berada dalam keadaan tidak aman. Jelaslah sikap taat setia ini amat penting kepada seorang pahlawan
demi mempertahankan negara dari ancaman musuh. Contohnya;
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati
6. Berani mempertahankan negara dari ancaman musuh. Pahlawan juga berani untuk melindungi kota
mahupun desa daripada sebarang ancaman musuh yang akan menggugat keamanan negara. Mereka
berani menghadapi musuh biarpun terpaksa berhadapan dengan bunyi dan tembakan senjata yang
bertalu-talu, malah, mereka terus maju demi negara yang tercinta. Tanpa keberanian daripada
pahlawan ini tentulah Negara kita mudah dikalahkan oleh musuh dari luar. Keberanian pahlawan ini
membolehkan negara mengecap pembangunan. Sumbangan mereka ini membolehkan negara kita terus
makmur dan berkembang pesat. Jelaslah, nilai keberanian amat penting bagi seseorang pejuang untuk
mempertahankan Negara daripada ancaman musuh. Cotohnya;
Tubuhnya perisai tembus peluru.
Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
7. Amanah dalam melaksanakan tugas/ bertanggungjawab. Para tentera menunaikan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan keatas diri mereka untuk menjaga keselamatan negara. Para tentera bertugas
dengan penuh amanah sama ada di desa maupun kota demi memastikan negara berada dalam keadaan
aman dan seterusnya negara dapat berkembang dengan maju.Jika pahlawan tidak amanah tentulah
pihak musuh mudah menyerang negara kita. Contohnya,
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur jaya
8. Sikap amanah dalam tugas boleh menyebabkan negara aman dan sentosa di samping kemajuan dalam
bidang ekonomi dan pembangunan negara.
9. Sentiasa bersikap terbuka
10. Ikhlas dalam perjuangan
11. Menunaikan tanggungjawab/amanah sepanjang masa
8. Sikap amanah dalam tugas boleh menyebabkan negara aman dan sentosa di samping
kemajuan dalam bidang ekonomi dan pembangunan negara.
9. Sentiasa bersikap terbuka
10. Ikhlas dalam perjuangan
11. Menunaikan tanggungjawab/amanah sepanjang masa
Nilai-nilai kemanusiaan yang dikemukakan oleh penyajak :
1. Rela berkorban
2. Kesetiaan
3. Keberanian
4. Ketabahan
5. Patriotisme
6. Amanah
7. Semangat waja
1. Nilai pengorbanan. Tentera sanggup mengorbankan tenaga dan nyawa demi menjaga
keamanan negara agar rakyat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman sejahtera. Jika
tentera tidak sanggup berkorban, pasti keselamatan negara akan terancam. Dengan ini
akan lahir penghargaan rakyat terhadap pengorbanan tentera. Contoh:
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
2. Nilai kesetiaan. Tentera setia kepada negara dengan bersedia sepanjang masa
melindungi negara walaupun sentiasa diuji. Contoh:
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati
3. Nilai bertanggungjawab. Tentera bertanggungjawab menjalankan tugas tanpa mengira
masa demi masa depan bangsa dan negaranya. Contoh:
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
4. Nilai keberanian. Tentera berani menghadapi musuh biarpun terpaksa berhadapan
dengan bunyi dan tembakan senjata bertalu-talu. Malah, tentera terus maju demi negara
tercinta. Contoh:
Tubuhnya perisai tembus peluru
Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
5. Nilai amanah. Tentera menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk
menjaga keselamatan rakyat di desa mahupun di kota demi keamanan dan kemajuan
Negara. Contoh:
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur raya.
6. Nilai ketekunan. Tentera terus tekun menabur bakti tanpa mengharapkan balasan.
Mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara serta kedaulatan bahasa dan
kecemerlangan budaya. Contoh:
Baktinya bunga harum mewangi warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun.
7. Tentera yang sentiasa berkawal . Para tentera sanggup berkawal siang dan malam
semata-mata bagi memastikan keselamatan negara bagi memastikan apa juga peluang
dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Contohnya;
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.
MESEJ / AMANAH / PENGAJARAN / PESANAN
1. Pengorbanan dan jasa para tentera mengawal dan memastikan negara berada dalam
keadaan selamat sewajarnya dikenang oleh setiap rakyat di negara ini.
2. Kesetiaan para tentera kepada negara tercinta seharusnya menjadi contoh teladan untuk
setiap warganegara agar negara kita sentiasa aman.
3. Kita hendaklah mencontohi semangat waja para tentera yang tabah dalam menghadapi
cabaran dan dugaan dalam apa jua keadaan.
4. Kesanggupan para tentera berpisah dengan keluarga tercinta seharusnya mendapat
sanjungan daripada masyarakat.
5. Pengorbanan dan jasa para tentera mengawal dan memastikan negara berada dalam
keadaan selamat sewajarnya dikenang oleh setiap rakyat di negara ini. Contoh:
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara terbilang
6. Kesetiaan para tentera kepada negara tercinta seharusnya menjadi contoh teladan untuk
setiap warganegara agar negara kita sentiasa aman. Contoh:
Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung amanat
Yang bersandar pada sinar takwa
Yang pernah mengalami erti sengsara:
7. Kita hendaklah mencontohi semangat waja para tentera yang tabah dalam menghadapi
cabaran dan dugaan dalam apa jua keadaan. Mereka sanggup menghadapi kata nista serta
cercaan daripada pihak-pihak yang tidak sealiran dengan mereka demi membela bangsa
dan negara tercinta. Contoh :
Khidmat cemerlangnya mengapung
pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji
8. Kesanggupan para tentera berpisah dengan keluarga tercinta seharusnya mendapat
sanjungan daripada masyarakat. Mereka juga sanggup berdepan dengan suasana yang
bahaya semasa bertugas atau berkhidmat. Contoh:
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya
pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual emas
Harapan penyajak terhadap pahlawan
1. Penyajak berharap pahlawan mempunyai sikap sanggup berkorban. Pahlawan sangup
berkorban jiwa dan raga, hata berdepan dengan kematian demi memastikan negara
aman sejahtera.
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah (R1: B3)
demi menghidupkan simfoni negara berbilang (R1:B4)
2. Penyajak berharap pahlawan mempunyai sikap siap siaga (bersiap sedia). Pahlawan
hendaklah menyemai sikap bersiap sedia (siaga) berhadapan dengan serba kemungkinan
bagi memastikan negara tercinta dalam keadaan selamat.
Dialah pahlawan yang mengumpul tenaga(R2:B1)
siap sedia (R2:B2)
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka(R2:B3)
3. Penyajak berharap pahlawan mempunyai sikap setia/patuh/taat. Pahlawan hendaklah
bersikap setia atau patuh arahan @ tidak belot semata-mata untuk memastikan keamanan
dan kesejahteraan negara tercapai.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia(R2:B4)
tahan uji(R2:B5)
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.(R2:B6)
4. Penyajak berharap pahlawan menanamkan sikap tabah/cekal. Pahlawan hendaklah
menanam sikap tabah dan cekal sanggup mengharungi pelabagai ujian yang mendatang
mata demi kedaulatan negara yang tercinta.
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya(R5:B1)
pada keluarga semasa bertugas jauh(R5:B2)
Penyajak berharap pahlawan memikul amanah / tanggungjawab yang diberi.
5. Penyajak berharap pahlawan memikul amanah / tanggungjawab yang diberi. Pahlawan
hendaklah bersedia memikul amanah dan tanggungjawab yang diberi demi mepertahankan
negara tanpa mengira waktu siang dan malam.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela(R3:B1)
masa depan bangsanya lena(R3:B2)
Gaya bahasa / Nilai estetika Bahasa
(wajib bagi fakta, huraian/maksud fakta, kesan/fungsi dan contoh)
Kesan / Kepentingan / Fungsi Gaya Bahasa antaranya
1. Harmonis dan indah dengan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran yang lunak
dan memikat jiwa. Malah yang jauh lebih penting ialah di antara bunyi-bunyi tersebut ikut
melambangkan makna tertentu.
2. Menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat
pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi.
3. Menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @
kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan.
4. Melahirkan kelunakkan irama dan rentak dalam baris-baris sajak.
5. Menimbulkan kesan kelantangan bunyi dalam pengucapan.
6. Memberi kesan yang lebih realistik dalam kehidupan manusia.
7. Kadang-kadang anafora juga bertujuan untuk menarik perhatian atau tumpuan khalayak
untuk menghayati sajak yang dideklamasikan.
8. Dapat memperjelaskan gambaran atau mengindahkan pernyataan yang ingin di
ketengahkan oleh penyajak
9. Memberikan penekanan suatu pandangan, sikap, perasaan, dan pemikiran yang segar
dan baharu.