INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB 1074 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TAJUK
TUGASAN 2 : PEMBINAAN e-PORTFOLIO (50%)
NAMA PELAJAR : IVYNALIA LIM SIEW LING
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310067
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 030613-13-0332
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR : PPRBMM1-3
: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
: PUAN SELINA HJ AHMAD
: 26.11.2021
PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1.0 PENGENALAN DIRI 1
2.0 PENGENALAN BAHASA MELAYU 1
3.0 PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU 2
3.1 SISTEM TULISAN PALLAWA 2
3.2 SISTEM TULISAN KAWI 7
3.3 SISTEM TULISAN JAWI 10
4.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN 13
PRAMERDEKA
4.1 BAHASA MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA 14
KEDUA
4.2 BAHASA MELAYU SELEPAS PERANG DUNIA 17
KEDUA
4.3 SUMBANGAN TOKOH DALAM MEMPERJUANGKAN 18
4.3.1 BAHASA MELAYU 18
SUMBANGAN TOKOH-TOKOH INGGERIS
4.3.2 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN 21
5.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN 27
PASCAMERDEKA
5.1 AKTA-AKTA YANG DIGUBALKAN DALAM BAHASA 27
MELAYU PASCAMERDEKA
5.1.1 AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959 27
5.1.2 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963 27
5.1.3 AKTA PENDIDIKAN 1996 28
6.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU 28
6.1 CABARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN 28
6.2 MASA DEPAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM 28
PENDIDIKAN 29
6.3 CABARAN DALAM BIDANG EKONOMI 29
6.4 MASA DEPAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG
29
EKONOMI 30
6.5 CABARAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN 30
6.6 MASA DEPAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN 31
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN DIRI
Nama saya Ivynalia Lim Siew Ling. Saya berumur 18 tahun dan merupakan pelajar
dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Saya merupakan salah seorang
pelajar dari kumpulan PPRBMM1-3 dan juga merupakan pelajar dalam Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
2.0 PENGENALAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu dikatakan telah wujud selama berabad-abad. Hal ini dikatakan
demikian kerana, terdapat beberapa bukti yang telah ditemui dan dapat dikaitkan
dengan kemunculan atau kewujudan bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Melayu juga
dikatakan bermula dengan bahasa Melayu purba dan kemudian berubah kepada
bahasa Melayu moden. Penggunaan bahasa Melayu adalah semakin meluas dan
telah menjadi bahasa pengantar dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, bahasa
Melayu amat ketara dan dapat dilihat bahawa telah mengalami banyak perubahan dan
perkembangan dari semasa ke semasa. Bahasa Melayu kini telah menjadi bahasa
rasmi dan bahasa pengantar kepada masyarakat di negara kita.
1
3.0 PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Terdapat beberapa sistem tulisan yang diperkenalkan dalam bahasa Melayu,
antaranya ialah sistem tulisan Pallawa, sistem tulisan Kawi dan sistem tulisan Jawi.
Sistem tulisan ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan tersendiri. Pengunaan tulisan-
tulisan ini dapat dilihat pada batu bersurat yang telah ditemui.
Tulisan Pallawa Tulisan Kawi
Sistem
tulisan
Tulisan Jawi
3.1 SISTEM TULISAN PALLAWA
Tulisan Pallawa merupakan suatu sistem tulisan yang merangkumi huruf suku kata,
atau dikenali sebagai abugida. Tulisan ini diasaskan daripada teks Grantha yang
2
dipakai oleh golongan Brahman Dravidian semasa menghasilkan kitab-kitab bahasa
Sanskrit di kawasan Selatan India.
Selain itu, tulisan ini juga digunakan oleh raja-raja Palava sejak abad ke-4 Masihi.
Oleh itu, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tulisan Pallawa
adalah berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush di
kawasan Selatan India.
Tulisan Pallawa terbahagi kepada dua, iaitu Pallawa Awal dan Pallawa Kemudian.
Kedua-dua sistem tulisan Pallawa ini mempunyai kelainan dari segi abjad yang
digunakan. Misalnya, tulisan Pallawa Awal telah menggunakan abjad yang besar,
manakala tulisan Pallawa Kemudian menggunakan abjad yang seimbang
ketinggiannya.
Terdapat beberapa batu bersurat yang telah menggunakan tulisan Pallawa.
Antaranya ialah, Batu Bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu
Bersurat Kota Kapur dan Batu Bersurat Karang Brahi. Batu Bersurat Kedukan Bukit
dan Batu Bersurat Kota Kapur telah menggunakan tulisan Pallawa sebanyak 10 baris
ayat, manakala Batu Bersurat Talang Tuwo telah menggunakan sebanyak 14 baris
ayat dan Batu Bersurat Karang Brahi telah menggunakan sebanyak 16 baris ayat.
Aksara Pallawa
3
Batu bersurat yang
menggunakan tulisan
Pallawa
Batu Bersurat Batu Bersurat Batu Bersurat Batu Bersurat
Kedukan Talang Tuwo Kota Kapur Karang Brahi
Bukit
ditemui di ditemukan di ditemui di Kota dijumpai di
Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kapur, iaitu di Meringin, iaitu
iaitu di kaki iaitu di sebelah sebuah pekan di daerah Ulu
Bukit Siguntang Barat Daya
yang terletak di Bukit Siguntang di Pulau Jambi
Barat Daya, Bangka
Palembang
ditemui ditemui ditemui ditemui
pada 29 pada 17 pada pada
November November tahun tahun
1982 1904
1920 1920
4
Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui di Kedukan Bukit, iaitu di kaki Bukit
Siguntang yang terletak di Barat Daya, Palembang pada 29 November 1920.
Batu Bersurat Talang Tuwo yang ditemukan pada 17 November 1920 di Talang
Tuwo, iaitu di sebelah Barat Daya Bukit Siguntang.
5
Batu Bersurat Kota Kapur yang ditemui di Kota Kapur, iaitu di sebuah pekan di Pulau
Bangka pada tahun 1982.
Batu Bersurat Karang Brahi yang dijumpai di Meringin, iaitu di daerah Ulu Jambi
pada tahun 1904.
6
3.2 SISTEM TULISAN KAWI
Tulisan Kawi merupakan tulisan yang berasal dari Jawa dan telah digunakan sejak
abad ke-8. Perkataan Kawi ialah perkataan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit dan
membawa maksud sebagai penyair. Dalam sistem tulisan Kawi ini telah menggunakan
47 huruf dan ditulis dengan format tanpa jarak antara kata-kata yang lengkap.
Tulisan ini kemudiannya semakin berleluasa sehingga kawasan Kpeulauan
Melayu dan kawasan Asia Tenggara. Terdapat beberapa penemuan batu bersurat
yang menggunakan tulisan Kawi di kawasan Sumatera Utara. Antaranya ialah Batu
Bersurat Joreng yang dijumpai pada 1179 Masihi dan Batu Bersurat Padang Lawas
yang telah ditemukan semasa 1213 Masihi.
Aksara Kawi
7
batu bersurat
yang
menggunakan
tulisan Kawi
Batu Bersurat Joreng Batu Bersurat
Padang Lawas
- ditemui pada - ditemukan pada
1179 Masihi
1213 Masihi
8
Batu Bersurat Joreng, iaitu batu bersurat yang ditemui pada 1179 Masihi.
Batu Bersurat Padang Lawas yang ditemukan pada 1213 Masihi.
9
3.3 SISTEM TULISAN JAWI
Tulisan Jawi boleh dikatakan merupakan tulisan yang berasal daripada tulisan Arab
dan dibentuk pada 1300 Masihi. Tulisan ini disebarkan oleh pedagang-pedagang
Islam yang berasal dari Parsi dan kawasan di Timur Tengah. Oleh itu, secara tidak
langsung bahasa Melayu Kuno telah menggantikan penggunaan abjad-abjad India
kepada penggunaan abjad Jawi.
Tulisan Jawi mempunyai format-format tertentu, iaitu ditulis dari bahagian kanan
ke bahagian kiri. Kemudian, tulisan Jawi telah diubahsuai dengan menambah
beberapa huruf yang tiada dalam bahasa Arab. Contohnya, ca, pa, nga, va dan nya.
Selain itu, tulisan ini juga merupakan tulisan yang digunakan dalam urusan rasmi di
Semenanjung Tanah Melayu, Brunei, Indonesia, Selatan Thailand dan Sri Lanka.
Aksara Jawi
10
Hukum Kanun
Melaka
Barang Manuskrip Melayu
penemuan Lama
yang
menggunakan
tulisan Jawi
Batu Bersurat
Sungai Teresat
11
Hukum Kanun Melaka yang telah menggunakan tulisan Jawi.
Manuskrip Melayu Lama, iaitu salah satu hasil karya yang ditulis menggunakan
tulisan Jawi.
12
Batu Bersurat Sungai Teresat, iaitu batu bersurat yang dijumpai pada 1303 Masihi.
4.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PRAMERDEKA
Bahasa Melayu telah digunakan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, terdapat beberapa penubuhan sekolah vernakular
sebelum merdeka. Sebagi contoh, sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular
Cina, sekolah vernakular Tamil, sekolah vernakular Inggeris dan sekolah agama.
Pada mulanya, sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai
bahasa komunikasi, tetapi semasa menjelang zaman pramerdeka dan kemudiannya
telah wujud beberapa tokoh yang menyedari bahawa kepentingan bahasa Melayu dan
berpendapat bahawa bahasa Melayu seharusnya dikuasai dalam sistem pendidikan.
Oleh hal demikian, wujudlah beberapa buah sekolah kebangsaan yang
melibatkan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa atau kaum dan telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sekolah tersebut.
Perkembangan bahasa Melayu ini juga dapat dilihat pada zaman sebelum dan selepas
perang dunia kedua.
Penggunaan tulisan Jawi dapat dilihat dalam buku undang-undang, hukum kanun,
kitab agama, manuskrip lama dan surat izin. Namun begitu, terdapat juga batu
13
bersurat yang ditemukan dengan mengandungi tulisan Jawi, iaitu Batu Bersurat
Sungai Teresat Terengganu yang dijumpai pada 1303 Masihi.
4.1 BAHASA MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Bahasa Melayu zaman pramerdeka dikatakan bermula sebelum berlakunya perang
dunia kedua. Sebelum perang dunia kedua, bahasa Melayu berperanan sebagai
bahasa pengantar dalam urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
juga digunakan oleh jabatan polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Bahasa Melayu adalah bahasa yang amat penting dan amat dititikberatkan pada
ketika itu. Terdapat beberapa pegawai Inggeris yang diminta untuk bertugas di Negeri-
Negeri Melayu, antaranya ialah Richard Olof Winstedt, Richard James Wilkinson,
William Shellabear, John Crawfurd, dan William Edward Maxwell. Pegawai-pegawai
Inggeris tersebut telah diminta untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu.
Selain itu, pegawai-peawai tersebut juga dikehendaki untuk memenuhi syarat dengan
perlu lulus dalam ujian sebelum diberikan pangkat.
William Richard Olof Richard
Edward Winstedt (2 James
Maxwell Ogos 1878 Wilkinson
(1867 –
– 2 Jun 1941)
1956)
Pegawai-
pegawai
Inggeris yang
bertugas di
negeri-negeri
Melayu
John William
Crawford Shellabear
14
Richard Olof Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1956)
Richard James Wilkinson (1867 – 1941)
15
William Shellabear
John Crawford
16
William Edward Maxwell
4.2 BAHASA MELAYU SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Kedudukan bahasa Melayu telah tergugat selepas berlakunya peristiwa perang dunia
kedua. Selain itu, penggunaan dan kepentingan bahasa Melayu juga semakin
dipinggirkan atau diabaikan pada ketika itu. Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak
British lebih menekankan penggunaan bahasa Inggeris dan telah membuat keputusan
untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Di samping itu, bahasa Inggeris juga telah dititikberatkan dan telah digunakan
dalam sekolah bagi memastikan para pelajar menguasai bahasa Inggeris. Bukan itu
sahaja, bahasa Inggeris pada masa itu juga merupakan keperluan untuk mendapatkan
kelulusan bagi memperoleh iktiraf yang tinggi.
Namun begitu, pegawai-pegawai Inggeris yang telah menguasai bahasa Melayu
telah menyalurkan sumbangan dalam memperjuangkan bahasa Melayu semasa
zaman pramerdeka. Contoh sumbangan yang diberikan ialah hasil karya penulisan
yang berkaitan dengan sistem bahasa Melayu, kesusasteraan bahasa Melayu,
Sejarah, Politik dan Geografi.
17
4.3 SUMBANGAN TOKOH DALAM MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU
Terdapat beberapa sumbangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh sama ada tokoh-
tokoh Inggeris dan tokoh-tokoh tempatan dalam memperjuangkan bahasa Melayu.
4.3.1 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH INGGERIS
Terdapat beberapa tokoh yang telah memberikan sumbangan untuk meningkatkan
bahasa Melayu semasa zaman pramerdeka, antaranya ialah Richard James Wilkinson.
Beliau telah menghasilkan beberapa karya seperti Malay Billiefs (1906) dan telah
memperkenalkan ejaan Rumi Melayu.
Selain itu, Richard Olof Winstedt, iaitu salah seorang penasihat di Pejabat Karang
Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1924. Terdapat
beberapa hasil karya daripada beliau dalam bahasa Melayu, iaitu Notes on Malay
Subjects (1947), Kamus Bahasa Melayu (1960) dan sebagainya. Beliau juga banyak
menghasilkan karya dalam Sejarah dan Kesusasteraan di Tanah Melayu seperti
Sejarah Melayu.
Richard Olof Winstedt (2 Ogos
1878 – 2 Jun 1956)
Note on Malay Kamus
Malay Grammar Bahasa
Subjects Melayu
(1947) (1913) (1960)
18
Richard Olof Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1956)
Note on Malay Subjects (1947)
19
Malay Grammar (1913)
Kamus Bahasa Melayu (1960)
20
4.3.2 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN
Antara tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam bahasa Melayu ialah Raja Ali
Haji bin Raja Haji Ahmad. Beliau telah menghasilkan beberapa penulisan dan karya-
karya seperti Kitab Pengetahuan Bahasa (1858), Gurindam Dua Belas (1847) dan
Bustanul Katibin (1857).
Selain itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi juga merupakan seorang tokoh yang
banyak menyumbang dalam memelihara bahasa Melayu. Beliau telah menguasai
bahasa Melayu dengan baik dan telah menerbitkan beberapa karya yang berjudul
Hikayat Abdullah (1840), Syair Kampung Gelam Terbakar (1847), Kisah Pelayaran
Abdullah ke Judah (1854) dan sebagainya.
Kitab Gurindam Dua
Pengetahuan Bleas (1847)
Bahasa (1858)
Raja Ali Haji
bin Raja Haji
Ahmad (1809
– 1870)
Bustanul Katibin
(1857)
21
Hikayat Abdullah Syair Kampung
(1840) Gelam Terbakar
(1847)
Abdullah bin
Abdul Kadir
Munsyi
(1796-1854)
Kisah Pelayaran
Abdullah ke
Judah (1854)
22
Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1809 – 1870)
Kitab Pengetahuan Bahasa (1858)
23
Gurindam Dua Bleas (1847)
Bustanul Katibin (1857)
24
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854)
Hikayat Abdullah (1840)
25
Syair Kampung Gelam Terbakar (1847)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1854)
26
5.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PASCAMERDEKA
Bahasa Melayu pada zaman pascamerdeka telah memainkan peranan sebagai
bahasa kebagsaan di Persekutuan Tanah Melayu berasaskan beberapa undang-
undang yang telah digubalkan Kemudian, penggunaan bahasa Melayu juga telah
dimantapkan setelah kewujudan tiga Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada
tahun 1952, 1954 dan 1958.
Bukan itu sahaja, dalam laporan Razak pada tahun 1956 juga berpendapat
bahawa bahasa Melayu seharusnya menjadi mata pelajaran yang wajib bagi semua
sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah yang menerima bantuan
daripada kerajaan.
5.1 AKTA-AKTA YANG DIGUBALKAN DALAM BAHASA MELAYU
PASCAMERDEKA
Terdapat tiga akta yang tergubal dalam bahasa Melayu semasa zaman pascamerdeka,
iaitu Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta
Pendidikan 1996. Secara amnya, akta-akta ini adalah untuk membantu meningkatkan
serta memelihara kedudukan bahasa Melayu.
5.1.1 AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 diwujudkan agar dapat mengukuhkan
penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa pengantar dalam negara kita dalam semua
bidang seperti sains dan teknologi. Selain itu, akta ini juga membolehkan seseorang
individu untuk mencungkil bakat yang ada pada dirinya dalam menghasilkan karya-
karya yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
5.1.2 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963
Akta ini merupakan panduan bagi memastikan setiap masyarakat boleh menggunakan
bahasa Melayu dalam kegiatan formal kerajaan. Selain itu, akta ini juga berupaya
untuk membolehkan setiap masyarakat fasih dalam menggunakan bahasa Melayu
semasa bertutur kerana ia merupakan salah satu cara untuk meluaskan bahasa
Melayu.
27
5.1.3 AKTA PENDIDIKAN 1996
Penggubalan akta ini adalah berasaskan beberapa tujuan yang ingin dicapai dalam
bahasa Melayu pada zaman pascamerdeka seperti untuk membela bahasa Melayu.
Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa Melayu merupakan sesuatu bahasa yang
perlu digunakan oleh seseorang individu semasa berkomunikasi atau menyampaikan
maklumat. Namun demikian, hal ini dapat dilakukan dengan mengaplikasikan
penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Misalnya, guru-guru
berperanan untuk mendidik pelajar agar dapat menguasai bahasa Melayu.
6.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat penting dan telah dijadikan sebagai
bahasa pengantar dalam negara kita. Dengan itu, kepentingan bahasa Melayu dapat
dilihat melalui laporan Razak 1956. Dalam laporan tersebut telah menyatakan bahawa
bahasa Melayu seharusnya diterapkan dan dididik kepada para pelajar. Hal ini
dikatakan demikian kerana, sebagai rakyat dalam negara ini, setiap individu
seharusnya menguasai bahasa Melayu bagi menunjukkan semangat patriotik dalam
diri dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu,
memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa cabaran yang akan dihadapi untuk
mengukuhkan bahasa Melayu.
6.1 CABARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Menurut Juriah Long (2002), beliau telah mengatakan bahawa terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah, hanya segelintir guru sahaja yang
mengikuti latihan khusus dalam bidang bahasa dan bagi guru lain akan mengajar
berasaskan maklumat yang tertakluk dalam buku teks. Oleh itu, pengetahuan yang
disampaikan kepada murid adalah berbeza dan tidak semestinya tepat.
6.2 MASA DEPAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Dalam memajukan bahasa Melayu pada masa hadapan, guru seharusnya memainkan
peranan bagi memupuk minat dalam diri pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.
Misalnya, guru boleh menghasilkan produk pembelajaran dengan kreatif untuk
28
dijadikan sebagai bahan untuk mengajar para pelajar. Oleh itu, keyakinan dan
kebanggaan untuk menggunakan bahasa Melayu akan semakin menonjol dalam
kalangan pelajar.
6.3 CABARAN DALAM BIDANG EKONOMI
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa cabaran untuk mengukuhkan
bahasa Melayu dalam bidang ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penggunaan bahasa Inggeris juga semakin berleluasa dan banyak digunakan dalam
dokumen perniagaan. Misalnya, dokumen perniagaan syarikat swasta telah
menggunakan bahasa Inggeris dan dijadikan sebagai bahasa utama, malah bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa kedua.
Selain itu, bahasa Inggeris juga sering digunakan terutamanya dalam sektor
pelancongan dan perhotelan. Hal ini adalah disebabkan oleh terdapat ramai
pelancong yang melancong dari luar negara dan tidak fasih dalam bahasa Melayu.
Jadi, dari semasa ke semasa bahasa Melayu tidak dipentingkan lagi dan semakin kikis
penggunaannya.
6.4 MASA DEPAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG EKONOMI
Dengan niat untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu, para peniaga
seharusnya memainkan peranan dengan melaksanakan aktiviti promosi yang dapat
mendapatkan keuntungan yang mampu meransang perkembangan bahasa Melayu.
Selain itu, peniaga juga boleh memaparkan iklan-iklan yang menggunakan bahasa
Melayu yang tepat. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini dapat
meningkatkan perkembangan bahasa Melayu dan dijadikan sebagai bahasa ekonomi,
sains dan teknologi.
6.5 CABARAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
Bahasa Inggeris telah digunakan dalam maklum balas aduan di akhbar dan media
massa yang dipaparkan atau disiarkan kepada masyarakat. Oleh itu, siaran yang
menggunakan bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dan diubah dalam bahasa Melayu.
Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa-bahasa yang digunakan selain daripada
29
bahasa kebangsaan akan menyebabkan isu salah tafsir terhadap makna sesuatu
perkataan.
6.6 MASA DEPAN BAHASA MELAYU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
Pihak kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Penubuhan Majlis
Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) perlulah memainkan tanggungjawab yang
sangat besar untuk mengembangkan dan meningkatkan bahasa Melayu. DBP
seharusnya lebih mendalami dan membuat analisis terhadap penggunaan bahasa
Melayu di luar negara. Manakala bagi MABM pula perlulah menyusun aktiviti
kebahasaan dan persuratan dalam aspek pdp bahasa Melayu dengan sistematik dan
cekap.
7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh telah menunjukkan bahawa peristiwa
tentang kemunculan bahasa Melayu bukan direka atau dicipta, malah kewujudan ini
telah dirumuskan berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Secara amnya, penemuan
bukti-bukti tersebut juga telah meningkatkan semangat tokoh-tokoh dalam
memperjuangkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu merupakan sesuatu bahasa yang amat penting di negara kita. Hal
ini dikatakan demikian kerana, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
pengantar untuk berkomunikasi, menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan
mahupun digunakan dalam urusan rasmi.
Penggunaan bahasa Melayu juga adalah amat dititikberatkan oleh guru-guru dan
kerajaan. Hal ini disebabkan oleh bahasa ini memainkan peranan yang sangat besar
dalam memudahkan proses penyampaian maklumat. Oleh itu, kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat bukan
sahaja dalam bentuk penulisan, malah semasa bertutur juga.
(2000 patah perkataan)
30
8.0 RUJUKAN
Ahmad, S., Othman, H., Afkari, R., Rusdi, M., & Rahim, M. H. A. (2012). Cabaran
semasa tulisan jawi sebagai warisan masyarakat peradaban bangsa Melayu. Journal
of Techno Social, 4(2).
Arab, T. C. T. TULISAN ARAB: PEMBINA TAMADUN ISLAM DI
NUSANTARA. Siddhayãtra, 114. https://core.ac.uk
Aziz, A. Y. A., & Jumaat, N. (2010). Sistem Ejaan Jawi dan Kosa Kata Pada Batu
Bersurat Piagam Terengganu. Jurnal Aswara, 5(2010), 3-17.
https://www.researchgate.net/profile/Raja-Iskandar-Raja-Halid/publication
Daipi, M. N. (1990). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu.
https://repository.nie.edu.sg
HARUN, M. H., LUBIS, M. B., MALIM, T., & RIDZUAN, P. D. ANALISIS
PENGGUNAAN SERAPAN BAHASA ARAB DALAM BAHASA INDONESIA DAN
MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI.
https://www.researchgate.net/profile/Makmur-Harun-2/publication/
Hidayatullah, M. S. (2012). BUSTÃN AL-KÃTIBĪN KITAB TATA BAHASA MELAYU
PERTAMA KARYA ANAK NEGERI. THAQAFIYYAT: Jurnal Bahasa, Peradaban dan
Informasi Islam, 13(1), 1-34. http://ejournal.uin-suka.ac.id
Maulana, R. (2020). Aksara-aksara di Nusantara: Seri Baca Tulis: Ensiklopedia Mini,
Tabel Aksara, Latihan Baca Tulis. Writing Tradition Books.
Maulana, R. (2020). Aksara-aksara di Nusantara: Seri Ensiklopedia. Samudra Biru.
31
Nugroho, H., Hakimah, M., & Augusta, T. (2021, October). Pengenalan Pola Dengan
Penggunaan Metode Ekestraksi Fitur Zernike Moment Pada Citra Aksara Jawa
Kontemporer dan Aksara Jawa Kawi. In Prosiding Seminar Nasional Sains dan
Teknologi Terapan (Vol. 9, No. 1, pp. 548-554). https://ejurnal.itats.ac.id
Roza, E. (2017). Aksara Arab-Melayu di Nusantara dan Sumbangsihnya dalam
Pengembangan Khazanah Intelektual. Tsaqafah, 13(1), 177-204.
https://ejournal.unida.gontor.ac.id
Sulaiman, S., Rashidi, N. H., & Seong, T. K. (2015). Pengaruh Islam, Arab dan Parsi
dalam Inovasi Sistem Tulisan Jawi. PENDETA: Journal of Malay Language, Education
and Literature, 6, 214-229. https://ejournal.upsi.edu.my
32