The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LATIHAN 2 (M13) TOPIK 7 SJHK3223 - Hasil Ciptaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ivynalia Lim Siew Ling, 2023-04-04 08:06:33

Majalah Peristiwa 22 Julai 1963

LATIHAN 2 (M13) TOPIK 7 SJHK3223 - Hasil Ciptaan

Peristiwa 22 Julai 1963


Hari Sarawak dan cuti umum diisytiharkan mulai tahun 2016. “Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963?”


Tan Sri Adenan Satem Tarikh berkenaan dipilih sempena kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British. Tujuannya adalah bagi mengingati jasa dan pengorbanan pemimpin dan pejuang kemerdekaan Sarawak.


10/20 tahun lalu, tarikh berkenaan tidak dipedulikan sangat oleh pemimpin dan rakyat Sarawak. Namun, kini 22 Julai 1963 merupakan sebuah tarikh yang mampu memberi semangat yang besar kepada masyarakat. 2.8 juta rakyat Sarawak berpendapat bahawa Hari Sarawak pada 22 Julai 1963 mengentalkan rasa cinta mereka kepada Sarawak dan haknya dalam Persekutuan Malaysia.


Apakah inti tarikh ini? Bagaimana ia dilihat penting di Sarawak? Bagaimana ia muncul? Apakah yang berlaku pada tarikh ini?


Professor Michael Leigh The Rising Moon 22 Julai 1963 bukan tarikh kemerdekaan, sebaliknya merupakan hari kabinet Sarawak/kabinet perikatan dibentuk. Sarawak memperoleh kemerdekaan daripada British pada 22 Julai 1963 adalah tidak tepat. Gabenor British masih memegang kuasa penuh sehingga 16 September 1963.


Penyelidikan hanya bergantung kepada sumber tempatan, tetapi dokumen yang kini di arkib yang berada di London. Setakat ini memang tidak ada sumber dan bukti yang mengesahkan kemerdekaan Sarawak dicapai sebelum 16 September 1963. 22 Julai diberi sebagai persediaan kemerdekaan 16 September atau 31 Ogos, jika ikut perancangan asal.


Prof Leigh: “Sarawak sebenarnya tidak memperoleh kemerdekaan pada 22 Julai 1963.


Penduduk peribumi hanya diberi tanggungjawab untuk mentadbir negeri mereka sendiri oleh penjajah. Kedaulatannya masih belum diserahkan oleh penjajah. Pihak British tidak memberi kemerdekaan terus kepada tanah jajahannya, sebaliknya melatih penduduk tempatan untuk berkerajaan sendiri. 01 02 03


Dr Sanib Satu kesilapan jika kita memikirkan 22 Julai 1963 merupakan hari kemerdekaan kerana terdapat banyak kesilapan fakta dan andaian yang mengelirukan, terutama akhbar dan media sosial. Hari Sarawak yang disambut di Bintulu bukan sahaja sebagai usaha untuk mengingati jasa dan sumbangan pejuang dan pemimpin terdahulu, malah juga merupakan peluang untuk rakyat menjadikan hari ini sebagai cermin.


Apakah pencapaian Sarawak sejak 56 tahun lalu? Apa pula kesilapan dan kelemahannya? Hari ini tidak sepatutnya hanya dijadikan sebagai suti umum, tetapi tarikh untuk rakyat benar-benar memahami ke mana hala tuju Sarawak selepas ini. Bagaimana perjuangannya untuk menuntut hak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963? Apakah cara terbaik untuk menuntut hak berkenaan? Adakah secara berseteru dengan kerajaan persekutuan atau pendekatan yang lebih berkompromi?


Hari Sarawak perlu dilihat dalam konteks Hari Malaysia, iaitu ketika Malaysia dibentuk pada 1963. Hari Sarawak perlu dilihat dalam konteks Hari Malaysia, iaitu ketika Malaysia dibentuk pada 1963. Tidak akan ada Hari Sarawak atau 22 Julai yang bersejarah jika tiada usaha untuk menggagaskan pembentukan Malaysia pada 1963.


Hari Sarawak dan Hari Malaysia sama-sama penting, malah Hari Kebangsaan juga tidak harus diremehkan.


Hari Sarawak perlu diraikan dengan penuh kesedaran tentang kepentingan sejarahya. Kita juga perlu meraikannya dengan rasionaliti yang berimbang dan tidak mudah terperangkap dan terpedaya oleh naratif politik yang songsang dan bercanggah dengan aspirasi negara dan pembinaan negara bangsa.


Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version