INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK – 30%
NAMA PELAJAR : IVYNALIA LIM SIEW LING
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310067
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 030613130332
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR : PPRBMM2-3
: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA HJ AHMAD
: 21.03.2022
PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
KANDUNGAN Muka Surat
1
Perkara 1
1.0 PENGENALAN DIRI 2
2.0 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU 2
3.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 3
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 3
4.1 HIBURAN 3
4.2 PENDIDIKAN 4
4.3 DAKWAH 4
4.4 KRITIKAN SOSIAL
5.0 AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT 5
MELAYU 6
6.0 RUMUSAN 7
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 – Penghasilan produk (30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat
dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik Dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Hasilkan perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
1.0 PENGENALAN DIRI
Saya Ivynalia Lim Siew Ling dari kumpulan PPRBMM2-3
2.0 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU
Menurut Abdul Rahman al-Ahmadi (1966), perkataan kesusasteraan boleh
didefinisikan sebagai satu karya yang unik dan berseni. Selain itu, menurut
Ismail Hussein (1998), kesusasteraan terdiri daripada penggunaan kata-kata
yang berdasarkan kreativiti penulis. Perkataan sastera adalah berasal daripada
Sanskrit. Awalan “su” dalam perkataan kesusasteraan bermaksud baik,
berbudi perkerti, dan indah. (A, Teeuw, 1995).
Menurut Muhammad Haji Salleh (2000), perkataan susastera berkait rapat
dengan sifat peribadi masyarakat Melayu yang mencintai keindahan dalam
seni sastera. Menurut beliau, keindahan ialah konstituen yang amat penting
dalam sesebuah karya kesusasteraan. Ini kerana, unsur keindahan dalam
sesebuah karya keusasteraan telah mempamerkan penggunaan bahasa dan
perkataan yang baik sehingga berupaya untuk merangsangkan minat pembaca
untuk meneruskan pembacaannya (Braginsky, 1994). Jadi, menurut pendapat
dari beberapa tokoh yang telah disenaraikan, jelaslah menunjukkan bahawa
keindahan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah hasil
karya kesusasteraan Melayu.
1
3.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya sastera yang dihasilkan melalui
idea, pendapat, hobi, dan pemikiran masyarakat Melayu sejak lama dahulu.
Selain itu, kesusasteraan Melayu juga terdiri daripada puisi tradisional, puisi
moden, prosa tradisional, dan tradisi moden. Menurut Abdul Rahman al-
ahmadi (1966), hasil karya sastera merupakan sebuah karangan atau
penulisan yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan bahasa
dan perkataan yang kritis serta cara penyampaian isi yang bagus terkandung
dalam sesebuah karya yang dihasilkan.
Menurut Siti Hajar (2003), kesusasteraan merupakan keperluan bagi
masyarakat Melayu pada zaman dahulu dan sering diterapkan dengan
perlakuan dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang
penjaga menggunakan lagu “Burung Kakak Tua” yang mengandungi unsur
kesusasteraan Melayu untuk mendodoikan anaknya. Kesusasteraan Melayu
yang dinyanyikan tersebut mempunyai maksud yang tersendiri yang dilagukan
dengan irama yang merdu serta selesa didengari.
Seterusnya, kesusasteraan ialah sesuatu pemikiran yang bergantung
kepada penghayatan jiwa seseorang dalam bahasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sesebuah hasil karya kesusasteraan Melayu membolehkan pendengar
menghayati, menikmati, memahami, dan sebagainya kerana penggunaan
bahasa yang baik serta cara hasil karya tersebut dilagukan.
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Hiburan
Kritikan Fungsi Pendidikan
sosial Kesusasteraan
Melayu
Dakwah
2
4.1 HIBURAN
Kesusasteraan Melayu juga dikatakan berfungsi sebagai hiburan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kesusasteraan Melayu tidak memaksa kita untuk
berfikir secara mendalam dan boleh digunakan untuk mengisi masa lapang.
Misalnya, bagi masyarakat yang berminat mengenai kesusasteraan Melayu
boleh memanfaatkan masa lapangnya untuk menghasilkan karya sastera
mengenai kehidupannya.
Tambahan pula, masyarakat zaman tradisional tidak mempunyai
kemudahan untuk mengakses Internet dan mencari bahan yang menghiburkan
mereka. Jadi, mereka mencipta dan menghasilkan karya kesusasteraan
Melayu yang berfungsi sebagai media hiburan. Oleh itu, kesusasteraan Melayu
bukan sahaja dapat mengelakkan daripada kebosanan, malah turut dapat
melakukan perkara yang berfaedah.
4.2 PENDIDIKAN
Meurut Siti Hajar Abdul Aziz (2003), salah satu faedah kesusasteraan Melayu
ialah dapat dijadikan sebagai alat pendidikan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, penulis atau pengarang semestinya telah melalui pelbagai perkara,
masalah, halangan, dan cabaran dalam kehidupannya yang memberikan
pengalaman yang banyak kepada penulis.
Tambahan pula, penulis semestinya akan menerapkan aspek pendidikan,
ekonomi, sosiologi, politik, agama, dan sebagainya dalam sesebuah karya
kesusasteraan Melayu yang dihasilkan. Oleh itu, secara tidak langsung, penulis
akan memasukkan konstituen pengajaran, akhlak, pengetahuan sama ada
mengenai keadaan persekitaran atau keadaan sekeliling, mahunpun berkait
dengan manusia yang penulis kenal berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh
penulis.
4.3 DAKWAH
3
Menurut Aripin Said (2000), hasil karya sastera yang berdasarkan kehidupan
masyarakat membolehkan masyarakat untuk dijadikan teladan atau panduan
bagi perkara yang boleh buat dan tidak boleh buat dalam kahidupan kita. Salah
satu fungsi kesusasteraan Melayu ialah menerapkan nilai postif atau nilai moral
dalam diri seseorang individu. Dalam konteks ini, hasil karya kesusasteraan
biasanya bertemakan unsur keagamaan seperti unsur ketuhanan. Misalnya,
Hikayat Seribu Satu Malam.
Selain itu, karya yang mengandungi nilai moral ialah jika seseorang
tersebut hanya berangan-angan tinggi tanpa mengambil inisiatif, maka individu
tersebut akan menjadi seperti Mat Jenin. Selain itu, anak-anak terutamanya
golongan muda perlulah bertindak dengan bijaksana ketika menyelesaikan
sesuatu masalah seperti Sang Kancil.
4.4 KRITIKAN SOSIAL
Di samping itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa hasil
karya kesusasteraan Melayu yang bertujuan untuk mengkritik masyarakat
sekeliling. Kesusasteraan Melayu juga sesuai digunakan untuk tujuan
mengkritik, kerana ia diampaikan dalam bahasa yang halus dan tidak
menyinggung perasaan orang lain. Misalnya, Seloka Pak Pandir dan Pantun
Nasihat.
Seloka dan pantun yang telah dihasilkan tersebut bukan sahaja
mengandungi kritikan dalam bahasanya, namun turut melingkupi sindiran yang
bertujuan untuk menyindir masyarakat yang telah melakukan perbuatan negatif
supaya mereka sedar dengan kesilapan yang telah dilakukan dan tidak
mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sesebuah hasil kesusasteraan
Melayu juga bertujuan untuk meningkatkan akhlak seseorang peribadi yang
baik dan mempamerkan kepada masyarakat sekeliling.
5.0 AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU
4
Menurut Al-Attas (1979), perkataan akal dan budi harus diterapkan dalam
sesuatu bahasa dan tulisan yang dihasilkan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
akal budi dan pemikiran merupakan unsur yang saling berkait yang membawa
maksud keupayaan akal dan budi untuk menyanjung tinggi kedudukan sesuatu
bangsa sama ada secara lisan atau penulisan.
Berdasarkan pantun yang diberikan, akal budi dan pemikiran yang
terkandung dalam rangkap pertama ialah kita perlu mengamalkan nilai saling
menghormati dalam kehidupan seharian kita. Unsur ini dapat dilihat dalam baris
ketiga dan keempat dalam rangkap pertama, iaitu bermaksud kita seharusnya
merendahkan diri dan tidak bersikap sombong walaupun kita mempunyai
pangkat atau ilmu yang tinggi.
Selain itu, akal budi dan pemikiran yang terkandung dalam rangkap kedua
pantun tersebut pula ialah menekankan kepentingan untuk mengamalkan
amalan berbudi bahasa dalam pertuturan dan bahasa yang kita gunakan. Hal
ini dikatakan demikian kerana, pengguaan bahasa yang sopan dan baik dapat
mempamerkan penampilan peribadi sesorang individu yang berakhlak mulia
dan menyanjung tinggi bahasa yang digunakan. Unsur ini dapat dilihat melalui
baris ketiga dan keempat dalam rangkap kedua pantun.
Seterusnya, akal budi dan pemikiran yang terkandung dalam rangkap
ketiga pula bermaksud jika insan yang berada di sekeliling kita tidak
menunjukkan teladan atau contoh yang baik, maka anak-anak atau orang
sekeliling juga akan mempunyai keperibadian yang tidak elok kerana mengikuti
teladan yang ditunjukkan oleh insan tersebut. Unsur ini dapat dilihat dalam
baris ketiga dan keempat dalam rangkap ketiga pantun.
6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, jelaslah menunjukkan bahawa kesusasteraan Melayu
mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang tersendiri. Selain itu,
kesusasteraan Melayu juga merupakan unsur yang sangat penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu dan telah mendatangkan banyak
implikasi yang baik. Kesusasteraan Melayu boleh dikatakan merupakan identiti
5
masyarakat Melayu dan wajar dimartabatkan serta dipelihara agar keunikan
bahasa yang digunakan dapat disampaikan dan diterapkan dalam diri generasi
akan datang.
(1000 patah perkataan)
6
7.0 RUJUKAN
Abang Patdeli Abang Muhi. (2021). Analisis genre dan akal budi dalam
simpulan Bahasa Melayu Sarawak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu.
9(1), 49-61.
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu
Tradisional. Pendeta Journal of Malay Language, Education and
Literature. 2(1), 99-117.
Cho, M. S., & Mat Zaid Hussein. (2020). Fungsi pantun Melayu Tradisional
dilihat dari perspektif budaya dan alam pemikiran masyarakat Melayu.
Jurnal Putika. 16(1), 1-28.
Muhd Norizam Jamian. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional sebagai
wadah komunikasi massa suatu analisis. Jurnal Komunikasi Malaysia
Journal of Communication. 31(2), 183-194.
Nirwana Sudirman, & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu sebagai
cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu. 15(2), 145-
159.
Noor Hasnor Mohamad Nor, & Eizah Mat Hussain. (2020). Konsep ruang dalam
bahasa dan pemikiran menerusi pantun Melayu. Jurnal Melayu Sedunia.
3(1), 384-414.
Rahimah Hamdam, Arba’ie Sujud, Halis Azhan Mohd Hanafiah, & Roslina Abu
Bakar. (2021). Tinjauan terhadap kemantapan pengkajian syair Melayu.
Jurnal Pertanika Mahawangsa. 8(1), 28-50.
7
8.0 LAMPIRAN
Lampiran A
Hasil karya Baginsky (1994) yang mengandungi kesusasteraan Melayu.
The concept of beautiful (indah) in Malay Classical literature and its
Islamic roots (1979,1993)
Yang indah, berfaedah dan kamal: Sejarah Sastra Melayu abad ke- 7 –
ke-19 (1998)
8
Lampiran B
Hasil karya yang digunakan untuk hiburan, pendidikan, dakwah, dan kritikan
sosial.
Pantun empat kerat di atas adalah berfungsi sebagai medium hiburan.
Pantun yang berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan.
Pantun yang memainkan peranan sebagai dakwah.
Seloka yang digunakan untuk memberi kritikan atau menyindir, iaitu Seloka
Pak Pandir.
9