Maafkan Zahra Karya Puteri Berempat
Di satu sudut, terlihat sosok diri seorang kanak-kanak berumur 11 tahun, Zara meratapi kematian datuknya yang telah dikebumikan di tanah perkuburan. Zara sangat menyayangi datuknya dan tidak menyangka bahawa datuknya sudah pergi meninggalkan dia seorang diri buat selama-lamanya. “Atuk, kenapa atuk tinggalkan kakak seorang diri?” kedengaran suara Zara yang teresak-esak. Zara telah menganggap datuknya sebagai ibu dan ayahnya sepanjang dia dibesarkan oleh datuknya setelah kematian nenek ketika dia berumur 7 tahun. “Zara tak nak tinggal di bandar. Zara tak kenal sesiapa pun di sana”, suara kesedihan Zara semakin perlahan.
Dia tidak dapat menyangka bagaimana kehidupannya apabila dia akan berpindah ke bandar dengan persekitaran yang sangat berbeza dan perlu berpisah dengan rakanrakan sekolahnya serta berjumpa dengan adiknya yang tidak pernah bertegur sapa setiap kali mereka pulang ke kampung untuk menjenguknya. “Zara, jom kita pulang nak”, pujuk Puan Amirah sambil memimpin anaknya ke kereta. Zara mengikut sahaja tanpa bercakap panjang.
Setelah sampai di rumah baharu, Zara dilayan bak puteri sepanjang tinggal bersama ibu bapanya. Ibu bapanya, Puan Amirah dan Encik Zul berasa sangat bersalah terhadap perbuatan mereka yang meninggalkan puteri sulung mereka di bawah jagaan atuknya selama 4 tahun. “Sekarang kita akan tinggal bersama – sama di sini. Kalau kakak ada apaapa permintaan beritahu sahaja kepada ibu”, cakap Puan Amirah kepada Zara. Zara hanya menganggukkan kepala. Melihat air muka anak sulungnya, Puan Amirah berhasrat ingin memperbaiki hubungan dengan anak perempuan mereka agar Zara tidak berasa kekok untuk berkongsi apa-apa cerita dan masalah.
Setelah beberapa bulan Zara tinggal di bandar, Zahra iaitu adik perempuannya telah menyimpan dendam terhadap Zara kerana dia menganggap bahawa ibu dan ayahnya tidak menyayanginya lagi apabila kakak tinggal bersama mereka. Zahra bermonolog “Sejak kakak aku berada di sini, ibu dan ayah dah tak layan aku seperti dulu. Ish, tak sukanya!”
Di sekolah, Zara dikenali oleh ramai orang kerana kepintaran dan sikap sopan – santunnya yang menambahkan lagi rasa kebencian Zahra terhadap kakanya Setiap perbuatan yang dilakukan oleh Zara menjadi satu kesalahan di mata adiknya walaupun Zara banyak membantu apabila dia menghadapi masalah.
Suatu hari, Zahra ingin membalas dendam terhadap kakaknya dengan memerhati akan gerak-geri kakaknya. Dia sering ternampak Zara membuka satu kotak dan melihat isi-isinya sambil termenung. Ini menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri Zahra untuk melihat kandungan dalam kotak tersebut. Zahra bermonolog “Hmmm, agak-agaknya ada apa dalam kotak itu?”. Setelah beberapa minit, Zara keluar dari bilik tidur dan adiknya terus menyelongkar barang-barang peribadi kakaknya iaitu kotak rahsia.
Setelah Zahra membuka kotak tersebut, terdapat beberapa gambar datuk berserta satu kain pelikat yang buruk. “Oh, ini barang yang disimpan oleh kakak”, Zahra bermonolog dengan sinisnya. Tanpa rasa bersalah, Zahra telah merosakkan gambar tersebut. “Puas hati aku!” kata Zahra dengan sinis. Setelah pulang dari sekolah, Zara berasa sangat terkejut apabila melihat kotak yang sangat disayangi telah berselerak terutama gambar datuk yang telah rosak. “Ya Allah, siapa yang sanggup buat begini?” tangis anak sulung.
Melihat akan keadaan ini, Zara sudah tahu pelakunya lalu bertanya kepada adiknya sebab dia melakukan perbuatan tersebut. “Zahra, kenapa kacau barang-barang kakak? Kakak sayang sangat barang tu”, tanya Zara kepada Zahra. “Semua ini terjadi sebab kakaklah! Sejak kakak balik sini, semua tidak menghiraukan adik. Sebab tu adik mahu balas dendam kepada kakak.” kata Zahra dengan rasa tidak bersalah. Mendengar kata – kata adiknya, Zara berkata, “Sampai hati adik buat kakak begini”, tanpa berlengah lagi Zara membawa diri balik ke kampung semula. Dia berasa sangat kecewa dengan sikap adiknya yang sanggup berbuat sedemikian disebabkan oleh rasa iri hati. Sesungguhnya,itu satu-satunya kenangan datukn yang ada sehingga sekarang.
Ibu ayah baru saja pulang dari kerja melihat keadaan rumah yang sunyi sepi. “Adik, kenapa rumah senyap ni? Mana kakak?” tanya ayah. Zahra berkata sambil menangis “Ibu ayah, sebenarnya adik yang salah. Adik rosakkan barang peribadi kakak sehingga kakak lari pulang ke kampung”. Selepas mendengar cerita Zahra, membuatkan Puan Amirah dan Encik Zul berasa sangat marah akan sikap Zahra yang kebudak-budakkan sehingga sangup merosakkan barang kesayangan kakaknya.
Puan Amirah menjelaskan bahawa mereka sangat menyayangi kedua-dua anak perempuan mereka. “Zahra, ibu tak pernah menyebelahi siapa-siapa. Ibu sayang semua anak-anak ibu”, “Maafkan adik ibu”, teresak-esak Zahra menangis. “Dah-dah, kita cari kakak kamu dulu”, kata ibu lalu bergegas pulang ke kampung.
Di kampung, Zahra berjumpa dengan kakaknya untuk meminta maaf serta memujuk Zara untuk tinggal bersama – sama kembali. “Kakak, adik minta maaf sangat kak. Adik telah merosakkan barang kesayangan kakak. Jom kita balik kak”, pujuk Zahra kepada kakaknya. Zara yang sememangnya baik hati memaafkan kesalahan adiknya. “Ya, kakak maafkan kesalahan kamu. Lain kali jangan buat lagi. Dah jom kita balik.” kata Zara. Akhirnya, Zara dan Zahra telah berjanji untuk saling menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila bak kata pepatah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
-Tamat-
Nilai: Kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contoh: Puan Amirah & Encik Zul membawa pulang Zara ke rumah mereka di bandar setelah datuk meninggal. Nilai: Kesabaran seorang kakak terhadap adiknya. Pengajaran : Kita wajarlah bersikap sabar dalam melayan karenah seseorang. Contoh: Zara tetap sabar melayan karenah adiknya yang sering boros dalam berbelanja. Zara terpaksa memberitahu emaknya bahawa dia terpaksa menggunakan wang saku untuk membeli buku bagi menyembunyikan perbuatan sebenar adiknya. Nilai Dan Pengajaran