The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM1-0619 Nik Nur Alia Huda Bt Mohd Laha, 2023-04-01 04:44:03

KISAH TELADAN : SI TUPAI YANG RAJIN

CEPREN KANAK - KANAK

Di sebuah hutan, tinggal seekor tupai yang sangat rajin. Dia rajin mencari makanannya sendiri. Dia akan mengumpulkan kacang – kacangnya yang diperolehi di rumah atas pokok. Dia bersedia lebih awal sebelum musim hujan akan datang tidak lama lagi. Wah, banyaknya kacang aku dapat jumpa harini! Aku akan kumpul semua kacang ini sebagai bekalan makanan untuk menghadapi musim hujan tak lama lagi.


Si Tupai mempunyai seekor kawan baik iaitu Sang Kancil. Sang Kancil selalu membantunya ketika dia menghadapi kesusahan atau musibah. Sang Kancil juga suka menemaninya untuk mencari kacang – kacang dan dikumpul sebagai bekalan makanan. Aku rasa aku mahu pergi ke rumah Si Tupai, lama sudah aku tidak berjumpa dengannya.


Terdapat juga beberapa haiwan lain yang tinggal di hutan tersebut. Sang Monyet merupakan haiwan yang sangat licik dan nakal. Dia suka mengusik haiwan – haiwan lain di hutan itu. Manakala Sang Arnab pula suka berbohong dengan mereka cerita yang tidak benar. Dia suka menyebarkan berita palsu yang tidak benar tanpa berfikir akan akibatnya. Hei Arnab, aku bosan ni. Kau rasa apa kita patut buat harini? Apa kata kita pergi mencari makanan, aku rasa lapar pula sekarang.


Semasa Sang Kancil dalam perjalanan menuju ke rumah Si Tupai, dia terserempak dengan Sang Arnab dan Sang Monyet. “ Hei Kancil, kau mahu ke mana?”, tegur Sang Monyet kepada Sang Kancil. “Aku mahu pergi ke rumah Si Tupai untuk berjumpa dengannya”, jawab Sang Kancil kepadanya.


Kemudiannya, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk berjumpa dengan Si Tupai. Namun begitu, Sang Arnab berasa ingin tahu apa yang ingin dilakukan oleh Sang Kancil untuk berjumpa dengan Si Tupai. Dia kemudiannya mengajak Sang Monyet untuk mengekori Sang Kancil secara senyap – senyap.


Sang Kancil dapat merasakan bahawa ada yang mengekorinya dari belakang. Dia menoleh ke belakang dan melihat Sang Arnab dan Sang Monyet yang berjalan tidak jauh di belakangnya. Lalu dia terus bertanya, “Kamu berdua hendak ke mana?”, soal Sang Kancil dengan penuh tanda tanya. “Kami pun hendak pergi berjumpa dengan Si Tupai” , jawab Sang Arnab kepada Sang Kancil. Mereka pun terus menuju ke rumah Si Tupai. Kamu berdua hendak ke mana? Kami pun hendak pergi berjumpa dengan Si Tupai.


Setelah tiba di sana, Sang Kancil memanggil nama Si Tupai. Tidak lama kemudian, Si Tupai menyahut panggilan dan turun dari atas pokok. “Ohh, kau rupanya yang memanggilku Sang Kancil!”, kata Si Tupai. Dia melihat ada susuk tubuh Sang Monyet dan Sang Arnab lalu dia bertanya, “Ada apa kamu berdua datang ke sini?” soal Si Tupai kepada Sang Arnab dan Sang Monyet. “Kami ingin berjumpa dengan kau, sudah lama kita tidak berjumpa”, jawab Sang Monyet sambil menggaru kepala. Si Tupai berasa pelik terhadap sikap Sang Arnab dan Sang Monyet kerana sebelum ini mereka jarang datang berjumpa dengannya.


Kemudiannya, Si Tupai mengajak Sang Kancil untuk menemaninya mencari dan mengumpul kacang – kacang sebelum musim hujan yang akan menjelma tidak lama lagi. “Mari kita bersama – sama pergi mencari bekalan makanan untuk menghadapi musim hujan nanti, Sang Kancil”, ajak Si Tupai dengan nada yang gembira. “Ayuh la, aku pun mahu mencari makanan juga supaya kita tidak kelaparan semasa musim hujan nanti”, balas Sang Kancil kepada Si Tupai. Selepas mendengar perbualan antara Sang Kancil dan Si Tupai, Sang Arnab dan Sang Monyet terus menyampuk, “Eh, lama lagi musim hujan akan tiba!”, kata Sang Arnab. “Ya betul tu, kenapa mahu susahkan diri untuk mencari bekalan makanan?”, soal Sang Monyet.


Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Kita mestilah sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Tidak salah untuk kita bersedia lebih awal. Kalau tiba – tiba musim hujan dan kita tidak mempunyai bekalan makanna yang cukup, berkemungkinan kita akan mati dalam kesejukkan dan kelaparan kelak.


Tanpa membuang masa, Si Tupai dan Sang Kancil terus pergi untuk mencari bekalan makanan mereka. Mereka tidak mengendahkan ejekan yang dilemparkan oleh sang Arnab dan Sang Monyet. Si Tupai berusaha dengan gigih mencari kacang dan makanannya yang lain untuk dibawa pulang ke rumahnya. Sang Kancil juga sibuk mencari makanan yang boleh dimakan olehnya kelak. Setelah penat mencari makanan, Si Tupai dan Sang Kancil berehat seketika di bawah pokok yang rendang.


Fuh, penat juga mencari makanan ni Ya, tapi tengoklah hasil yang kita dapat setelah kita bekerja keras. Mereka berehat untuk menghilangkan rasa penat. Tidak lama kemudian, Si Tupai dan Sang Kancil terlelap akibat keletihan.


Sang Arnab dan Sang Monyet yang sedang berjalan ternampak Si Tupai dan Sang Kancil yang sedang tidur di bawah pokok. Mereka ternampak banyak makanan yang dikumpul oleh mereka. Sang Monyet berhasrat untuk mencuri makanan tersebut. Namun begitu, cadangannya disokong oleh Sang Arnab. Tanpa membuang masa, mereka pun mengambil makanan yang dikumpul oleh Si Tupai dan Sang Kancil secara diam – diam supaya mereka tidak tersedar daripada tidur.


Mereka terus menyorokkan makanan yang dicuri di sebalik semak supaya tidak diketahui. “Jangan kita beritahu sesiapa tentang perkara ini”, pesan Sang Arnab kepada Sang Monyet. Tidak lama kemudian, mereka terus pergi meninggalkan kawasan tersebut. Jangan kita beritahu sesiapa tentang perkara ini.


Si Tupai dan Sang Kancil pun terbangun daripada tidur. Mereka sangat terkejut apabila melihat kesemua bekalan makanan mereka telah hilang. Mereka bergegas bangun dan mencari – cari bekalan makanan mereka yang hilang. “Aku rasa ada yang telah mencuri bekalan makanan semasa kita terlelap” , kata Si Tupai. Sang Kancil mengangguk tanda setuju.


Mereka terus mencari semua bekalan makanan. Tiba – tiba, mereka terserempak dengan Sang Arnab dan Sang Monyet. Mereka menceritakan hal yang telah terjadi. Dengan lantasnya Sang Arnab berkata, “Ohh, kami ada ternampak haiwan lain membawa makanan yang banyak tadi! Mungkin ada haiwan lain yang telah mencuri bekalan makanan kamu berdua. Sang Monyet hanya mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Sang Arnab.


“Tidak mengapa lah kalau begitu, mungkin bukan rezeki kita, Sang Kancil” , pujuk Si Tupai kepada Sang Kancil. “Nanti kita pergi cari bekalan makanan yang lain sebelum musim hujan tiba” , kata Si Tupai kepada Sang Kancil. Mereka pun terus mencari semula bekalan makanan bersama – sama. Sang Arnab dan Sang Monyet ketawa dalam hati. Mereka pun seronok menikmati makanan yang telah dicuri tanpa rasa bersalah.


Si Tupai terus mencari kacang – kacangnya untuk disimpan dan dikumpul. Dia gigih berusaha untuk mengumpul bekalan makanannya sendiri. Dia juga mencari beberapa buah pokok yang sesuai dijadikan tempat berlindung semasa musim hujan nanti. Dia berasa gembira kerana bekalan makanan yang diperolehinya telah mencukupi untuk menghadapi musim hujan tidak lama lagi. Oleh itu, dia tidak lagi perlu bersusah payah untuk keluar mencari makanan semasa musim hujan. Dia tidak akan kelaparan dan kesejukan.


Musim hujan telah tiba awal daripada ramalannya. Semua haiwan di hutan masing – masing berlindung di rumah sendiri. Hujan turun dengan lebatnya. Dalam pada itu, Sang Arnab dan Sang Monyet berlari untuk mencari kawasan berlindung. Mereka menggigil kesejukkan. Mereka berasa sangat lapar. Namun begitu, mereka tidak boleh mencari makanan kerana hujan turun dengan lebatnya.


Si Tupai yang sedang berehat di rumahnya mendengar suara keluhan di sebalik bunyi hujan yang turun. Dia menjenguk ke bawah pokok dan melihat Sang Arnab dan Sang Monyet yang sedang kesejukkan dan mengeluh kelaparan. “Kenapa kamu berdua berada di sini?” , soal Si Tupai. Sang Arnab dan Sang Monyet terus menoleh ke atas melihat Si Tupai. “Kami terperangkap dalam hujan, Si Tupai” , jawab Sang Arnab sambil menggigil. “Kami berasa sangat lapar dan sejuk sekarang” , tambah Sang Monyet.


Si Tupai berasa kasihan kepada mereka. Dia pun menawarkan bekalan makanan yang telah dikumpulkan kepada Sang Arnab dan Sang Monyet. Dia juga membawa mereka ke tempat berteduh yang lebih selesa. Sang Arnab dan Sang Monyet berasa sangat terharu dengan sikap Si Tupai terhadap mereka. Si Tupai sanggup menolong mereka yang sedang kesejukan dan kelaparan.


Mereka sangat berterima kasih kepada Si Tupai yang sudi membantunya tanpa mengharapkan apa – apa balasan. Sang Arnab dan Sang Monyet pun mengakui perbuatan mereka yang pernah mencuri bekalan makanan Si Tupai. Si Tupau berasa sangat terkejut. Namun begitu, dia memaafkan kesalahan mereka. “Tidak mengapa lah, jangan ulangi perbuatan yang sama lain kali” , pesan Si Tupai. Mereka mengangguk dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Sang Arnab dan Sang Monyet menyesali di atas perbuatan mereka. Mereka juga mengagumi sikap kerajinan Si Tupai yang rajin berusaha dalam apa jua perbuatan yang dilakukannya.


Tema : Kerajinan Si Tupai dalam gigih berusaha melaksanakan kerja dan tugasnya untuk mencari bekalan makanan bagi menghadapi musim hujan yang akan menjelma tidak lama lagi. Nilai Dan Pengajaran : Kerajinan Kita mestilah rajin berusaha untuk melaksanakan sesuatu perkara supaya dapat membuahkan hasil yang lumayan. Baik Hati Kita mestilah bersikap baik hati terhadap orang lain tanpa mengharapkan apa – apa balasan. Tolong – Menolong Kita mestilah saling menolong orang yang ditimpa musibah dan kesusahan antara satu sama lain.


Click to View FlipBook Version